Wednesday, May 23, 2012

Dia si Encik kacakku 1

"Rumah siapa ni mama?"Tanyaku apabila melihat rumah moden yang sangat cantik,walaupun halamannya tidak seluas halaman rumah kami tetapi rekaannya yang sangat moden dan nampak eksklusif dan agak berbeza dari rumah-rumah yang lain mencuri perhatianku.

"Rumah kawan papa."Ujar mama ringkas.

Aku mendiamkan diri.Kami disambut oleh seorang lelaki yang aku agak mungkin anak pemilik rumah tersebut.

Dia menghulur salam.Aku tersenyum.Dia menarik tangannya.Aku menghulur tangan.Aku tersenyum,dia menghulur tangan.Ahh sudah.Awkward~

"Tak payah salam kot."Katanya sambil tersenyum.Aku pula tanpa berfikir menghulur tangan.Eh apa ni?

Aku memarahi diri sendiri kerana malu dengan situasi tersebut.Akhirnya kami bersalaman juga,itupun kerana otak aku yang lembab.Ish apa jenis orang la aku ni?Dia tersenyum kepadaku.Aku pula tersipu malu.Eh eh..lembutnya tangan dia.Cepat-cepat aku lepas tangan.

Aku berjalan pantas ke arah mama yang sudah jauh di hadapan.Hiasan dalaman rumah itu sangat cantik dan bersih.Aku berpendapat mereka menggunakan elemen 'English Style' dalam menghias rumah.

Aku bersalaman dengan Uncle yang aku kenali sebagai Uncle Zainal dan isterinya yang bernama Auntie Rosita.

"Is this your daughter?"Tanya Auntie Rosita.

Mama tersenyum."A'ah.Anak saya."Agaknya mama pun kekok juga seperti aku.Maklum lah,ini rumah kenalan papa yang mama dan aku tidak pernah jumpa.

"Umur berapa?Is she the oldest?"

"21.No,dia ada abang tapi yang sorang tak ikut."Mama memberitahu.

"Oh I see.How many children you have?"Tanyanya lagi.Agak-agaknya mereka ni bukan calang-calang orang.Asyik speaking saja dari tadi.

"Four."Jawap mama ringkas.Auntie Rosita tersenyum.

"Me dua aje,sorang kerja dengan papa dia,dah kawin.Belum sampai lagi agaknya."Beritahu Auntie Rosita tanpa di pinta.

"Itu anak bongsu I."Auntie Rosita menunjuk ke arah lelaki yang sedang duduk di sofa tidak jauh dari kami.Itulah dia lelaki tadi.Aku pura-pura tidak melihat.Malu.

"Owh,your son."Aku agak mama tidak tahu apa hendak di kata."How old is he?Working?"Mama bertanya dalam Bahasa English.

Fullamak..mama aku speaking.Aku tersenyum kecil.Mencuba sedaya upaya untuk menyembunyikan senyuman.Speaking mama mencuit hati ku.

"27.Yes,doktor."

Wuihhh..muda lagi,muda lagi.Kacak anak Auntie.Hatiku berbisik nakal.

"Makan la dulu.I'll be back."Ujar Auntie Rosita sambil tersenyum manis.

Bukan aku hendak perasan hot ke apa..tapi dari tadi aku merasa tidak selesa kerana lelaki itu asyik melihat-lihat ke arahku.Terlampau ketara ye encik kacak.Sekejap-sekejap dia menghampiri,bertanya samaada kami memerlukan makanan or minuman.Aku berdiri untuk menghantar pinggan kotor ke dapur.Dia menghampiri.Aku tau dia akan datang jadi aku cepat-cepat memberi pinggan itu kepada adikku yang bongsu.Aku masih malu dengan kejadian tadi.

"Give it to me."Kata lelaki itu sambil mengambil pinggan-pinggan kotor dari adikku.Aku pura-pura bercakap dengan mama.Aku pun tidak tahu kenapa aku jadi segabra ini.

Aku baru sedar ada seorang gadis yang asyik membontoti langkah lelaki itu.Ke mana dia pergi,tentu ada gadis itu.Mungkin girlfriend dia kot.Agak nya memang aku perasan hot kot tadi ha ha ha.Tapi kenapa dari ekor mata,aku nampak dia merenung aku?Renungan yang errrr..okay cut..jangan nak mengada-ngada wahai Nur Natina Ilya.

.............................................

"Wei Nat.Kau mengelamun apasal?"Irdina menhempas bahuku kuat.

"Ouch!Dina!Sakit la."Aku menjerit geram sambil menjeling marah.Dia ingat ni bahu dia ke nak tampar-tampar macam tu.

Irdina hanya ketawa melihat muncungku yang sedepa."Kau tu yang berangan?Dah sampai mana?Dah sampai part jumpa prince charming tak?"

"Ughhh..Suka hati la."Marahku lagi.Tiba-tiba otakku teringat sesuatu.

"Irdina!"Panggilku.

"Apa?"Irdina menguis-nguis makanan yang baru dibelinya dari kantin Universiti.

"Aku dah jumpa encik kacak aku."Aku memberitahu sambil tersenyum lebar.Mungkin selebar bumi kelangit.Okay itu aku tipu.

"Encik kacak?"Irdina ketawa."Orang selalu cakap..aku rasa aku dah jumpa Mr.Right aku."

"Ishh kau ni,suka hati aku la nak gelar orang yang aku suka.Kau ni nak tau ke tak ni?"Kataku sedikit geram.

Irdina mengangguk."Dengar lah ni."

"Yesterday we went to a friend of my father's house...."Aku menceritakan detik-detik awal hingga akhir kejadian.

"But he has a gf."Beritahuku dengan muka sedih.

"Macam kau pasti sangat itu gf dia?"Tanya Irdina apabila aku sudah habis bercerita.

"Well,she always ikut-ikut that encik kacak.I don't even know his name too."Aku bersuara sedih.

"Ish kau ni,kau patut tanya,begok la."Irdina menghentamku.

Aku akui memang Irdina seorang yang kasar,tetap pendirian dan akan straight away go for what she wants.Tak macam aku,aku hanya berserah.Kalau ada jodoh,ada la,tak de,ya udah.

"Kalau kau terus macam ni,aku guarantee la,kau takkan dapat dia punya."Katanya lagi.

"Ish kau ni,Dina.Aku bagitahu just nak share cerita.Aku tak harap apa-apa pun."Aku berbohong.Dalam hati aku memang berharap akan berjumpa dia lagi.Huh..

....................................

Zharfan Amar tersenyum apabila terkenang kejadian seminggu yang lepas.Gadis itu sungguh comel di matanya.Wajahnya yang cerah terlihat menjadi pink apabila malu.

"I wonder who is her name?"Zharfan bersuara seakan-akan berbisik.

"Senyum-senyum sorang ni kenapa?"Zawir Zakwan hairan melihat kelakuan adiknya.Tidak pernah-pernah adiknya tersengih sana,ketawa sini lepas tu geleng-geleng kepala.

Zharfan pura-pura tidak mendengar.Wajahnya kembali serius.

"Abang buat apa kat sini?"Tanya Zharfan sambil membetulkan duduk.

Zawir ketawa kecil melihat perlakuan adik bongsunya itu.

"Hmm..abang macam pernah berada di situasi Fan sekarang."Zawir mengusik sambil duduk tanpa di jemput.

"Situasi apa?Abang ni,kalau nak mengacau,baik balik ofis abang."Zharfan tetap dengan wajah serius.Hatinya berdebar-debar tiba-tiba.Takut kantoi dengan Abang.

"Abang nak ajak makan la."Zawir mengubah topik.Tahu sangat dengan perangai adiknya yang tidak suka berkongsi rahsia walau dengan sesiapapun.

Zharfan kelihatan seperti berfikir."Hmm boleh jugak,tapi abang belanja."

"Boleh.Abang belanja,kau bayar,macam mana?"Zawir mengenakan adiknya.

""Cehhh.."

"Ahh Jomlah.."Mereka berdua berjalan seiringan meninggalkan ofis Zharfan.

....................................

Eh aku salah tengok ke?Atau aku memang dah angau?Aku nampak encik kacak aku dengan seseorang yang aku tidak kenal.Okay Natina pergi dekat-dekat dia sekarang tapi pura-pura lah tak nampak.

"Eh nak pergi mana tu?"Tanya mama.

"Nak pergi toilet ma.Boleh?"Aku cuba senyum bersahaja.

"Okay,jangan lama."Mama membenarkan.

'Yes!!'aku menjerit dalam hati.Tersenyum lebar hingga ke telinga.

Aku menghampiri kedai makan mamak dengan hati yang berdebar.'Ceh.. gatal lah kau Nat.Baik kau balik!!'

'Alaaa.. aku nak tengok betul ke tidak itu dia.'

'Leceh lah!'Hati dan minda yang tidak sekata membuat aku jadi bengang.

Semua manusia dalam kedai mamak tu pandang aku.Aku lepas cakap ke?aku rasa aku cakap dalam hati je pun.Tiba-tiba mataku bertembung pandang dengan encik kacak.Toink~~malu!!!!Lari...

Dia melihatku dengan pandangan pelik bin hairan.Mana nak letak muka ni???

Aku tersengih macam kerang busuk,eh salah.. aku wangi sikit.. dan terus buat muka selamba gila,aku pusing badan dan menghayunkan kaki meninggalkan tempat itu.

"Kenapa muka merah ni?"Mama menegur ketika aku menghampiri.

Aku pegang pipi.Panas."Panas lah mama."Alasan yang sangat tidak logik kerana hari ini sangat mendung.

"Ilya pergi mana tadi?Cakap dengan mama."Mama merenung wajahku meminta penjelasan.

"Tandas.Tandas tu panas.Busuk."Aku buat muka loya dan geli.

Walaupun mama nampak tidak berpuas hati tapi mama hanya diam.

'Fuhh..' aku tarik nafas lega.'Sorry mama,bukan niat hati nak menggatal di usia muda,cuma hati ini yang degil.Akal tak..'Ahhh aku merapu lagi.

..............................................

Zawir ketawa besar melihat aksi gadis tadi.Lucu apabila tiba-tiba sahaja gadis itu membentak.

"Anak sapa lah tu.."Kata Zawir selepas ketawanya reda.Zharfan tersenyum.Senyuman yang sekali nampak dah faham.Senyum angau lah..

"Comel juga budak tu."Zharfan memuji dengan senyuman manis.

"Dah sudah.. Fan,dah tahu budak memang lah comel.Jangan senyum macam tu boleh tak?Macam pedo bear je."Zawir menyakat adiknya.

Zharfan menjegilkan mata."Cheh.. ada ke cakap orang pedo bear.Badan je nampak kecil tapi umur dia tu dah boleh kahwin tau tak?"

"Aikkk??"Zawir pelik."Macam mana tahu ni?"

'Alamakk..lepas pula.'Zharfan ketap gigi."Errr.. dari experience,macam tu lah selalu,perempuan melayu ni kan banyak kecil molek,tengok macam budak tapi umur dah lebih."Zharfan mengeluarkan pendapat bagi menutup rahsia hati.

Zawir hanya ketawa.Kedengaran sinis.

"Ah.. abang makan lah cepat,dah nak habis waktu rehat ni."Zharfan beralasan membuatkan ketawa Zawir semakin kuat.

1 comment: