Wednesday, May 23, 2012

Dia si Encik Kacakku 2(edited)

"Eh?"Zharfan pura-pura terserempak dengan mama si gadis comel itu padahal dia memang dah tahu mereka ada di situ.

Mataku membulat.Omg!!Aku pura-pura tidak ambil peduli.Wajahku selamba badak macam orang tiada perasaan.Ahhh terlebih over pula..

Mama melihat Zharfan dengan pandangan tanda-tanya.

"I guess auntie tak ingat saya kot?"Zharfan ketawa dengan kealpaannya."Saya anak Encik Zainal dengan Puan Rosita,remember?"

Mama menggerak-gerakkan jari telunjuknya.Dah ingatlah tu."Ohh..yang hari tu."

Zharfan mengangguk."Yes.This is my older brother."Zharfan mengenalkan abangnya,Zawir kepada mama.Matanya melirik-lirik ke arah Natina.'Huh.. macam tak peduli je.'Keluhnya.

Zawir menyalam mama dan mereka berbual-bual serba sedikit.Aku?Aku pura-pura sibuk bermain mobile phone padahal aku ketik-ketik suka hati je mobile aku tu.Tekan menu,masuk 'messagin',tekan 'create message',ketik ikut suka hati dan simpan dalam draft.

"Ini anak auntie,Nur Natina Ilya."Tiba-tiba mama mneyebut nama penuhku.Errkk?

Aku menoleh dengan wajah pura-pura bingung."Ah?"

"Ilya,ni anak auntie Rosita hari tu,ingat?Ni Abang Zharfan,ini Abang Zawir."Wahhh mama siap suruh ber'abang-abang' lagi.

Aku senyum.Ohhh nama Encik Kacak aku ni Zharfan,cantik!Puji ku dalam hati.

"Okaylah auntie.We have to go.Kena kerja lagi."Zharfan meminta diri.Dia tersenyum ke arah ku.Senyuman yang sangat manis dan membawa seribu makna.

Aku membalas senyumannya.Aku nak jumpa Encik Kacak aku ni lagi.Please don't make this meeting the last one.Doaku dalam diam.

.................................

"So kau memang kenal budak tu lah?"Zawir memandang adiknya dengan senyuman nakal.

"Experience konon."sambung Zawir.Nada suaranya menyindir.

Zhafran hanya ketawa.Dia senang dapat berkenalan lebih dekat dengan mama gadis yang baru dia ketahui namanya.Nur Natina Ilya.Cantik!Macam orang nya juga.

"Senyum sorang ni ada makna?"Abangnya serkap jarang.

"Eh?Auntie tu ada cakap,'Yang hari tu..',bila?"Zawir teringat kata-kata mama Natina Ilya.

"Adalah.."Zhafran sengaja membiarkan abangnya tertanya-tanya.

"Beritahu cepat.Or else abang tanya mama and tell her you..."

"Eh.. janganlah,malu gila."Zhafran menepis sebelum sempat abangnya menghabiskan ayatnya.

"Dia pernah datang rumah kita hari tu masa majlis yang abang lewat datang tu."Akhirnya Zhafran membuka rahsia.

"Ohhhh... love at the first sight lerrr ni?"

Zhafran tersenyum lagi.Love at the first sight?Hahaha.. apa-apa lah.

...........................................

"Kacakkan anak auntie Rosita tu?"Tiba-tiba mama bersuara memuji.Sengajalah tu nak tengok reaksi aku yang memang mama faham sangat perangai aku yang suka tengok lelaki yang kacak.Esehwah.Cuci mata je,bukan suka bebeno pun.Tapi Encik kacak aku ni lain,dia bukan eyecandy,tapi dia sweetheart aku.Ohh.. Zharfan,sumpah Ilya tak tengok lain lepas ni.Suwer! Lebih kuah dari sudu pula aku kali ni.Errkk apa erti peribahasa tu ye?Suka hati kau je Ilya nak berperibahasa.

"Yang mana satu?"Tanyaku dengan wajah selamba.Dalam hati dah riang sebab mama bangkit hal ni,boleh lah kami berbincang mengenai bakal menantu mama tu.Ceh..Natina Ilya.. dasar tak sedar diri la kau.Nak ke dia kat kau?Dia Doctor,kau?

"Alah.. dua-dua tu lah.Tapi yang bujang tu lagi hansem."Waaaa mama puji Encik Kacak aku.Bestnya!

"Ilya rasa macam mana?"Mama tanya pendapat aku macam lah kami ni juri professional untuk menilai paras rupa seseorang.Mama sengaja kot nak kantoikan.Haha kali ni Ilya akan lebih berhati-hati,takkan kantoi punya.Ilya akan berlagak selamba badak je,kan dah cakap kat mama tak nak  tengok dan suka lelaki kacak gi?Dah insaf?Haha memang dah insaf sebab aku tak de eyecandy lagi,aku cuma ada Abang Zharfan sayang...ewwww gedik nak mampos.Syuh..

"A'ah,kacak la juga.Tapi boring sebab dah ada gf."Ah mulut,kau sungguh celupar.Wahai hati bersabarlah!

"Ye ke?Mana Ilya tahu ni?"Mama memandangku sekilas dengan wajah curiga.

"Err.. hari tu.Err..tu.. masa kat rumah dia.Nampak ada perempuan dengan dia."Aku ketap bibir.Takut mama cop aku kaki sibuk dan stalker.

"Tadi mama tengok Ilya selamba je tengok diorang.Betul dah insaf ni?"Mama melirik ke arahku.

Aku mengangguk yakin."Betul Ilya dah tak nak tengok dah any handsome boys."except Zharfan,kata hatiku.

"Really?"Mama masih seakan tidak percaya dengan kata-kata anak gadisnya ini.

"Tapi nanti nak suami mesti kacak juga.Hehehehe..Itu sudah pasti mama."Aku tersengih macam kerang busuk.

"Kalau anak bujang auntie Rosita tu macam mana?"

Aku angkat bahu."Mana Ilya tahu.."Pipiku terasa sedikit panas akibat malu.

"Ohh.."Hanya itu saja yang mama katakan.

Aku juga ikut diam.Control perasaan tu Ilya,jangan sampai kantoi oleh mama yang dia tu pujaan hati kau.

...........................

"Irdina!!!"Aku menjerit kuat.Aku pura-pura tidak nampak pandangan mata manusia-manusia yang ada di taman Universiti itu.

"Bising la kau ni."Marahnya apabila aku menghampiri.

"Kau la pekak,buta!Aku lambai kau macam orang gila tau tak?Aku panggil nama kau,kau boo layan je."Aku bercerita dengan penuh emosi.

Irdina tersengih."Hehehe sorry lerr..spec aku patah,contact lens aku pula lupa beli."

"Cis!Tu la tengok cerita korea kat computer macam nak masuk je."Sindirku,geram sebetulnya.

"Alaaa.. kau ni macam tak biasa.Siapa lah aku tanpa cerita sweet dari korea tu."Irdina peluk tubuh,matanya terpejam,bibirnya mengukir senyuman.

"Bluweekkk.."Aku buat aksi loya."Aku pun tengok juga tapi tak ada lah obsess sangat."

"Eh kau tengok cerita boys over flower tak?"Irdina bertanya dengan nada teruja.

"O.M.G!!!!"Aku menjerit kerana teruja."Yi Jung!!!"Betapa terujanya aku mengingat kembali karakter si playboy comel yang di mainkan oleh Kim Beom itu.

"Eleh tadi kata aku tak lah obsess sangat,sekali aku sebut B.O.F menjerit bagai."Irdina mengutukku.Tadi sibuk kutuk kawan,nahhh kena kau sebiji Nat!

Aku tersengih sambil garu dagu."Tu sebab aku suka cerita dia dan pelakon-pelakon dia mantop."

"Eh Ji hoo sunbae aku punya okay!"Irdina memberi amaran.

"Yi Jung aku okay.Aku dah cop!"Aku juga ikut sama.Kami berlagak macam lah mereka tu kenal kami ni siapa.Ah tak kisah lah,cerita tu pun memang tip top sweet!.

Kami berbual-bual mengenai cerita itu sampai tak ingat dunia.

"Ehem ehem.."Deheman garau dari arah bertentangan menyentakkan aku dan Irdina.

"Eh mak kau pocot..opocot.Cot cot cot..."Irdina mula melatah,tangannya di gawang-gawang ke kiri ke kanan.Aku berundur sambil menekup mulutku,menahan tawa dari tersembur.Hilang ayu den.. kalau ketawa tak ingat dunia.

"Abang Fan!!!!!"Marah Irdina pada orang yang berdehem tadi.

Aku menoleh.'O.M.G!!!'

Lelaki di hadapanku ini juga ikut terkejut.Matanya memandangku dengan rasa tidak percaya.

"Hello!"Irdina melambai-lambai kan tangannya di hadapan mata kami berdua.

"Love at the first sight ke?"Ishhh celupar betul mulut si Irdina ni.Aku sepak kang!

Zharfan berdehem beberapa kali.Nafasnya terasa seperti tersekat pula di kerongkong.Hari tu abang cakap,kali ni Na pun cakap.Dah betullah tu.'Gulp.'Zhafran telan liur yang terasa pahit.

"Abang Fan lewat 1 jam 20 minit!"Kata Irdina tiba-tiba sambil melihat jam di tangannya.

"Sorry la Na.. Na tahu kan kerja abang macam mana?"Lelaki itu memujuk Irdina sambil menemukan kedua-dua tangannya tanda maaf.

Aku melihat gelagat mereka dengan rasa pelik yang menggunung.Oh My heart!Takkan lah lelaki ni boyfriend Irdina?Encik Kacak aku kepunyaan teman baik aku?Oh My head!Tanpa di sedari aku menggeleng-geleng,tidak mahu percaya akan hakikat yang sudah terbentang di hadapanku kini.Cis!Bertuah punya kawan,kau rampas lelaki pujaan hati ku?Wataaaaaa!!!!!

"Hello?Nat!"Irdina menghempas belakang badanku.Aku tersedak.

"Kau ni kenapa?Muka macam nak bunuh orang je?Apahal?"

Kata-kata Irdina itu mengundang tawa Si Encik Kacak ku.Opppss.. si Encik Kacak Irdina.

"Ah?Tak de apa.Aku.. err.. eh aku nak balik lah.Lewat ni."Aku beralasan.

"Na nak bawa kawan Na sekali ke?"Lelaki itu bersuara tetapi matanya memandang aku.Eh dasar playboy juga ye.Hari tu kat rumah dia,perempuan lain,hari ni sahabat aku,esok-esok aku?Eh lebih baik tak payah.Walau kau playboy comel macam Yi Jung pun aku tak nak!Ewah Natina Ilya oiii.. awalnya perasaan.

Irdina memeluk lenganku."Jom lah,Abang Fan dah bagi green light tu."

"Pergi mana?"Aku bertanya sebelum berkira-kira untuk menolak.

"Abang Fan nak belanja aku makan nih.Jom lah."Ajak Irdina lagi sambil menggoncang-goncang lenganku."Dia ni susah tau nak bawa orang naik kereta dia.Entah angin apa hari ni,dia sound aku.Ikut lah,please?."Sempat lagi Irdina berbisik mengutuk si Encik Kacak.

"Aku tak nak ganggu korang dating lerr..Aku nak balik."Balasku.

"DATING?"Irdina melepaskan pegangannya tangannya.Mata bulat memandang aku.

"Apa yang dating?"Zharfan lekas bertanya.Risau juga kalau-kalau si pujaan hati menolak sebab nak dating.'Dia dah ada kekasih ke?'Zharfan risau.

"Abang Fan tau tak apa Nat cakap?"Irdina ketawa geli hati.

Zharfan angkat kening.

"Dia tak nak ikut sebab nak tak nak ganggu kita dating."Terburai ketawa Irdina.

Zharfan ketawa kecil.'Lega rasa hati.'

Apa yang lucu?Aku memandang mereka pelik.

"Nur Natina Ilya.Abang Zharfan ni abang sepupu aku.Gila nak dating dengan dia.Geli!"Irdina buat aksi geli gelemen.

Zharfan pandang wajah Natina.'Rindunya aku dengan wajah comel ni..'Hatinya berbisik .

Aku ketap bibir.Rupanya...

"Jom."Zhafran menjemput.Matamu sungguh indah wahai Abang Fan.

Eiii gedikssss... bluweekk.. Aku akhirnya bersetuju saja untuk mengikut mereka.Sebelum itu aku telefon mama memberitahu yang Irdina ajak aku makan dengan dia.Kalau mama tahu,ahhh.. tak tahu nak cakap apa.Mungkin pertemuan ni dapat buat aku mengenali dia dengan lebih dekat lagi.Hatiku dalam diam berharap.

No comments:

Post a Comment