Saturday, June 23, 2012

Dia Encik Basketballku Bab 4 dan 5 yang di gubah.


Atas sebab-sebab tertentu Aya re-write kembali bab 4 dan 5,jadi ada banyak perubahan yang berlaku pada dua bab ini.Aya sekarang tengah berusaha nak siapkan manuskrip penuh jadi maaf andai entry baru agak lambat dipostkan kat sini.Aya akan cuba yang lebih baik dan akan cuba perbaiki lagi penulisan Aya dan cerita DEB ni.Tengah cari idea lagi ni ~___~.. Harap anda enjoy bab4&5 yang di ubah ni..Do comment ;)..

Bab empat
Mike duduk di kerusi besi berwarna putih yang berukir cantik.Wajahnya memang jarang tersenyum.Dia lebih suka bermuka masam dan marung.Angin petang yang meniup lembut tubuhnya pun tidak mampu membuat hatinya tenang.
“Mike?”Panggil mummynya,Puan Cassie,atau nama betulnya,Qasidah.
“Kenapa tak layan Mariah kat dalam tu?Merajuk pula dia.”Puan Cassie memegang bahu anaknya lembut.
Mike berdiri.Hatinya yang membara cuba di tahan.
Puan Cassie sedikit terkejut dengan kelakuan anak terunanya.
“Puan Cassie.”Mike cuba tersenyum tetapi tidak ikhlas.Wajahnya masih nampak marah.”Mind your own business.”
Puan Cassie terpana.Hatinya tersayat apabila anaknya hanya memanggilnya dengan nama.
Salahnya juga kerana tidak mendidik anaknya itu dengan betul.Semasa Mike masih kecil dia asyik bersuka ria ke luar negara bersama teman-teman.Dia juga pernah berlaku curang dihadapan Mike suatu ketika dahulu sebab itulah Mike membencinya dan hilang rasa hormat padanya.
Puan Cassie tertunduk.Airmata mula menitik ke pipi.
Mike melihat wajah mummynya dengan pandangan meluat.”Jangan buat orang geli melihat kepalsuan Puan Cassie okay?!”
Puan Cassie tidak bersuara.Ikutkan hati memang dia ingin menampar anaknya tapi salah siapa anak itu tidak bersopan pada nya?Anak itu jadi manusia berhati batu kerana nya.Anak itu tidak percayakan orang-orang sekelilingnya kerana dia.Dia!Anak itu tidak di didik dengan didikan yang betul.Semua itu sudah terlambat,menyesal pun sudah tiada gunanya lagi.
“Lagi satu..suruh minah tu balik.Aku tak nak tengok muka dia bila aku pulang nanti.”Mike memberi arahan dengan wajah mencuka.
Puan Cassie hanya memandang Mike yang sudah jauh berjalan meninggalkannya.
.........................................
Wentz,Yafiee dan Andy yang sedang melepak main PS3 di rumah Wentz masing-masing menerima message dari Mike menyuruh mereka datang ke stadium tempat mereka selalu berlatih apabila cuti sekolah.
“Baru nak main game guitar hero ni,dah si Mike ni message.”Rungut Yafiee.
“Biasalah,angin dia tak baik lah tu.”Kata Wentz.Tangannya ligat membersihkan violin miliknya.
“A’ah.Selalu kalau angin dia tak baik.Kita lah mangsa menemani dia main basketball.”Sokong Andy.
“Kalau sekejap tak pe.Ni sampai tengah malam.Masak aku.Esok aku test lah.”Sambung Andy lagi.
Yafiee menghumban bantal peluk Wentz kepada Andy.”Bangang lah kau.Cakap test tapi melepak apasal?”
Andy tersengih-sengih apabila menyedari ketelanjurannya memberitahu kawan-kawannya itu dia ada test esok.
“Wei.. nak humban benda pun jangan bawa-bawa bantal peluk aku.Humban je dia dengan meja belajar aku tu.”Wentz tersenyum jahat sambil mengambil kasar bantal peluknya dari Andy.
“Cis!Dasar kawan lah kau ni.Nak bunuh kawan agaknya..”Kata Andy tanpa mengambil hati kerana dia tahu Wentz hanya bergurau.
“Eh mana si Zafran huh?”Yafiee yang menyedari kawannya yang seorang lagi belum timbul bertanya kepada Andy dan Wentz.
“Ah..kau tahu-tahu je la dia tu.Tentu si Mike pun ada message dia.Dia pun pasti ada kat sana nanti.Jom lah,nanti lambat,mengamuk pula si Mike.”Jawab Wentz sambil menyimpan violinnya dalam bekas kayu.
Mereka menaiki kenderaan masing-masing menuju ke destinasi yang sama.
.............................
Zafran adalah orang yang terawal sampai ke stadium selepas Mike.Dia menerima message dari Mike ketika baru bangun dari tidur.Niatnya untuk ke rumah Wentz di batalkan kerana dia tahu dia akan berjumpa juga dengan mereka di stadium.
Zafran duduk menyendiri di pintu masuk dewan stadium.Dia berkeadaan seperti orang mengantuk.Matanya kadang-kadang pejam,kadang-kadang celik.
Mike yang menyedari kehadiran Zafran menghampiri lalu duduk disebelahnya.
“Kau party lagi ke semalam?”Tanya Mike dengan wajah marung.
Zafran tersenyum sedikit,malas hendak menjawab soalan yang dia pasti Mike tahu akan jawapannya.
“Kau panggil sini untuk apa?”Soal Zafran dengan mata terpejam.Berharap dengan memejamkan mata dapat menghilangkan rasa mengantuk yang bergayut di tubir mata.
“Berlatih.Perlawanan kan tak lama lagi.”Mike memberi alasan walaupun dia tahu Zafran dan teman-temannya tahu sebab utama kenapa dia memanggil mereka ke sini.
“Berlatih apa pakai baju macam ni?”Zafran masih memejamkan matanya tapi bibirnya tersengih.Mike melihat bajunya dan baju Zafran.
“Yang kau pakai baju macam tu apasal?”Marah Mike apabila menyedari Zafran memakai baju kemeja lengan panjang dan seluar slack hitam.
Zafran tersenyum geli hati.”Aku ada blind date lepas ni.”
“Cis!Blind date kepala hotak.”Mike pantas berdiri lalu masuk ke dalam dewan dan bermain basketball sendirian.
Zafran ketawa besar dengan kata-kata Mike.Entah apa yang lucu baginya.
Di antara mereka semua,Zafran yang paling berani dan suka menaikkan kemarahan Mike.Dia akan ketawa galak kalau berjaya membuat Mike di hambat perasaan geram padanya.Zafran suka menyakat teman-temannya terutama Mike dan Andy kerana Mike dan Andy mudah melatah dan naik angin,tidak seperti Wentz dan Yafiee yang tidak mudah marah dan hanya menganggap gurauannya bagai angin lalu.Baginya itu satu kepuasan dan satu kejayaan kalau mereka terkesan dengan usikan tidak betapisnya.Betul-betul pelik tapi itulah hakikatnya.
.............................
Wentz,Andy dan Yafiee sampai ke perkarangan dewan 10 minit kemudian.Mereka meletakkan kereta masing-masing di tempat meletakkan kereta di tempat khas buat pengguna dewan.
Mereka berjalan beriringan menuju ke dalam dewan.
Dari jauh lagi mereka nampak kelibat Zafran yang sedang duduk dengan mata terpejam di pintu masuk.
“Budak ni,kat mana-mana pun dia boleh tidur.Dah lah tak pandai tepati janji.”Andy meluahkan rasa geram dengan perangai buruk Zafran yang baginya melampau.
Wentz dan Yafiee ketawa mendengar kata-kata Andy itu.
“Kau ni,bukan Zafran la namanya kalau dia tak tidur dan tepati janji.”Wentz menyahut.
“Macam kau.Bukan Andy la nama nya kalau kau BELAJAR untuk test kau esok.”Yafiee membalas dengan menekankan perkataan belajar.
Andy tersengih-sengih macam kerang busuk apabila perangai buruknya di bangkit.
“Yoo ran.Tidur lagi?Tak cukup tidur ke tadi?”Wentz menegur dengan nada menyindir sambil menguis kaki Zafran.
“Dah lama tak nampak muka,alih-alih jumpa tidur pulak..Tak berlatih?”Tanya Yafiee pula.
Perlahan-lahan Zafran membuka matanya.’Ganggu aje lah..’
“Aku ada blind date lagi karang,tak nampak baju smart aku ni?Semalam pukul berapa aku balik.Mengantuklah kawan..”Jawab Zafran dengan suara malas.Sindiran Wentz tidak sedikit pun membuatnya terasa.
“Kalau mengantuk buat apa datang?”Andy mencebik.
“Siapa tak kenal playboy taie hidung masin ni..”Andy yang cemburu dengan Zafran kerana popular di kalangan perempuan mengutuk.
“Eh?”Zafran memandang Andy dengan wajah pelik.”Tak mungkin lah...”
“Kenapa?”Tanya Yafiee.
“Kau..”Zafran menuding jari telunjuknya ke arah Andy.
“Aku apa..gagap betul lah kau ni.”Marah Andy.
“Kau pernah rasa taie hidung aku?Bila?”Dengan wajah pura-pura polos,Zafran bertanya.Sengaja ingin menyakat temannya yang suka mengutuknya itu.
“Cis!”Marah Andy.
Zafran,Wentz dan Yafiee ketawa besar melihat wajah masam Andy.
“Kau juga yang cakap aku playboy taie hidung masin.Aku suspect lah kau pernah rasa taie hidung aku ke.Mungkin curi-curi kot.Sebab tu kau tau rasa taie hidung aku.”Zafran menjelaskan dengan sisa-sisa tawa.
“Pengotor!Makan taie hidung kau boleh buat orang jadi bodoh.” Andy merengus.
“Tengok..”Zafran memandang wajah Wentz dan juga Yafiee dengan senyuman nakal menghiasi bibirnya.
“Ish...”Andy yang bengang ingin melawan kata.
“Korang ni!”Mike yang tiba-tiba muncul bersuara keras.”Asyik gaduh je bila jumpa,lepas tu baik,lepas tu gaduh,macam budak-budak.Sengal!”
“Cepat berlatih.”Arah Mike tegas.
Andy,Yafiee dan Wentz yang baru sahaja duduk-duduk menyandar di dinding bangkit dengan wajah masam.
Zafran kembali memejamkan mata.
“Kau!”Mike menahan diri dari menjerit.Moodnya petang itu sangat-sangat teruk.Asyik nak marah je.Ada saja yang tidak berkenan di matanya.Hatinya cepat sangat meradang.Penyakit ‘dalaman’ ini memang berbahaya kalau tidak di kawal.
“Pergi balik kalau tak nak berlatih.Tapi kalau kalah,aku cari kau!”
“Dah lah lama tak datang berlatih.”Sambung Mike dengan keluhan yang kedengaran keras.
Zafran masih begitu.Tidak bergerak atau menyahut.
Mike yang berdiri dalam 5 langkah dari tempatnya duduk mengeluh keras.
Zafran tersenyum sendiri dengan mata terpejam.’Mike..Mike..bila lah kau nak berubah.’
“Kau tak pernah nak berubah Ran..”Kata-kata Mike membuatkan mata Zafran yang terkatup rapat celik kembali.Senyuman sinis menghiasi bibir Mike yang sudah berjalan menuju ke gelanggang dewan.
“Kau pun sama Mike!”Laung Zafran diiringi ketawa kecil.
..........................................
Mike menyangkutkan papan tanda kecil yang di perbuat dari kayu di depan pintu rumah.
Dia tersenyum sinis membaca perkataan yang terukir.Sakit di hati membuatkan dia melakukan kerja gila itu.Peduli apa kalau daddy dan mummynya marah.Ini memang kebenarannya.
Mike membuka pintu rumah lalu menendangnya sepuas hati.Berdentum bunyi pintu berlaga dengan dinding.
Puan Cassie yang kebetulan sedang makan terkejut.Pantas dia berlari laju ke hadapan.Encik Eman bersama kekasihnya keluar dari bilik dengan wajah tercengang.
Mike yang melihat daddynya selamba berpelukkan dengan perempuan yang tergedik sana tergedik sini sedaya upaya menahan diri dari meradang,ternyata dia gagal mengawal perasaan.Dia berjalan laju ke arah kekasih daddynya lalu menarik kuat lengan gadis itu.
“Mike!”Marah Encik Eman.
“Ouchh sakit lah.”Gadis yang tua mungkin beberapa tahun saja darinya mengaduh dan cuba melepaskan diri dari cengkaman tangan Mike yang menyakitkan.
Mike berhenti lalu melepaskan pegangannya.Dia merenung tajam wajah gadis yang tidak tahu malu itu.”Eh bodoh!Baik kau keluar sekarang sebelum aku mengamuk.”
Encik Eman menghampiri.”Mike!Kau jangan kurang hajar dengan Lina.”
“Kau diam!”Mike meneriak.Kemarahannya membatasi kesedihannya.”Eh,kau keluar sekarang!Keluar!Kau perempuan bodoh!Kalau aku nampak kau kat mana-mana dengan orang tua gatal ni.Aku akan buat kau merana.Aku warn kau sebelum keluar perangai gila aku ni.KELUAR!!!!!!!!!!!!!!”Mike menolak kasar tubuh kecil kekasih Encik Eman.
Encik Eman yang tahu perangai anaknya hanya diam.
Puan Cassie yang hanya menjadi penonton tersenyum menyindir ke arah suaminya.
Mike merenung tajam kedua-dua orang tuanya.
“Korang berdua ni tak layak jadi ibu-bapa.Kalau bodoh sangat,jangan kahwin,jangan pandai buat anak je,tapi tak pandai jalankan tanggungjawab.Apa jenis ibu bapa korang ni?!Rumah ni memang tempat maksiat,aku rasa rumah ni jalan menuju neraka!”Seenaknya Mike meluah rasa.
“Mike!”Encik Eman yang panas hati mendengar kata-kata anaknya menjerit kuat.Anak ni dah melampau!Encik Eman menghampiri,ingin di tamparnya pipi anaknya itu.
Mike berdiri gagah.Kening terangkat.Tuan Eman yang hanya berketinggian 5 kaki 7 inci berhenti 3 langkah dari Mike.Mike yang mempunyai ketinggian 6 kaki 1 inci tersenyum sinis menunduk memandang daddynya.
“Tuan Eman,kalau tahu diri tu pendek sila jangan cuba-cuba nak ‘kerja’kan aku.”Serentak itu Mike  keluar dari rumah.
“By the way,happy anniversary to you both.Ni hadiah teristimewa  dari aku buat korang.”Mike tersenyum sinis sambil mengetuk papan yang di letaknya tadi.
Encik Eman dan Puan Cassie hanya memandang dengan wajah yang sukar di tafsir.Mungkin malu,marah,sedih atau bengang?Mike tidak peduli asal hati puas melontar kata-kata yang menyakitkan hati mummy dan daddynya.
Papan tanda itu terukir ayat ‘BROKEN HOME WITH IRRESPONSIBLE PARENTS.PITY THE CHILD.’
Dia tahu sikap dia ini keterlaluan,kurang ajar dan menderhaka.Tapi dia tidak mampu untuk bercakap dengan mummy dan daddynya baik-baik kerana sejak dari dulu,hatinya selalu di sakiti dengan perangai jijik mereka.Sejak kecil dia tidak pernah merasa apa erti hidup bahagia bersama keluarga,apa rasanya di sayangi mummy dan daddy.Apa rasanya melihat mummy dan daddy duduk berdua bergurau senda,apa rasanya di hantar dan di jemput pulang sekolah oleh mummy dan daddy.Tidak pernah sekalipun mummy dan daddy cuba berbaik,walau sekali,demi dia.Membuang tabiat buruk mereka demi seorang anak yang kehausan kasih sayang.
Kadang-kadang dia terfikir macam mana mummy dan daddy boleh berkahwin dan mempunyai anak kalau kesudahannya begini?Kerana cinta kah?Kerana di jodohkan kah atau kerana saja-saja?Main-main?Perkahwinan boleh buat main ke?
..........................................
Dia tiba-tiba teringat satu tempat yang mampu menenangkan fikirannya.Hanya tempat itu yang boleh buat dia tersenyum dan ketawa.Apabila dibelenggu masalah dengan perangai mummy-daddynya,dia akan ke sana.Mike menaiki motorsikal Honda CBR150R nya lalu berpusing di perhiasan taman yang berbentuk bulat seperti round about kecil di hadapan rumah.Dari dalam topi keledar hitamnya dia tersenyum meluat melihat wajah tegang daddynya dan wajah terkebil-kebil mummynya.Dia melambai sekali lalu menderum-derum enjin motorsikalnya sebelum menunggang laju keluar dari pagar besar berwarna putih keemasan yang berukir seperti bunga matahari,daun dan akarnya yang indah di sekeliling pagar itu.
“Anak awak tu dah melampau.”Encik Eman mendengus kasar.
“Anak saya?Bukan anak awak juga?”Puan Cassie memulangkan paku buah keras.
“Awak sepatutnya ajar sikit si Mike tu jangan kurang ajar sangat!”
“Kalau daddynya juga kurang ajar,nak buat macam mana?Turun lah ke anak.”Puan Cassie menempelak suaminya.
“Awak!”Encik Eman menunjuk wajah isterinya dengan jari telunjuk.
“Apa?Anak tu jadi macam tu sebab kita,perangai kita.Awak jangan nak tuding jari pada saya sorang.Bagus sangat lah Mike halau scandal awak yang kaki kikis,tak sedar diri tu,nak juga kat orang tua macam awak.Eiishhh..kalau si Mike tu terajang  siapa nama dia?Lin..lina?Ahhh baru puas hati saya.Awak pun kalau nak memilih,cari yang betul-betul sayang,bukannya talam dua muka yang hanya sayang duit awak,Eman oiii.”Panjang lebar Puan Cassie menyindir suaminya.
"Awak jangan ingat awak baik sangat nak nasihatkan saya.. awak lagi teruk..Awak ingat tu."Encik Eman tersenyum sinis.
Puan Cassie terpana tapi dia tidak akan berdiam,suaminya perlu di'basuh'."Sekurang-kurangnya saya cuba untuk berubah,saya cuba untuk tak berperangai macam dulu lagi.Scandal sana sini.Lagipun..pleaselah..dah tua-tua macam ni,perangai masih tak berubah?Rumah kata pergi,kubur kata mari."
Wajah Encik Eman merah.Dia hanya merenung tajam wajah isterinya lalu masuk ke dalam tanpa apa-apa balasan lagi.
Puan Cassie tersenyum sinis.Persis senyuman sinis Mike.Tidak di ragui lagi,wajah Mike memang genap wajah mummynya.
.................................
Mike masuk ke dalam kedai menjual peralatan musik.Di kedai itu juga ada menawarkan kelas mengajar bermain musik.
Kadang-kadang dia rasa Uncle Samuel dan Auntie Arena itu lah ibu-bapanya kerana layanan mereka terhadapnya berbeza sekali.Walaupun telah banyak dia menyusahkan mereka berdua,mereka tetap sabar dengan perangainya.Dia juga belajar musik di sana dari umurnya 12 tahun.Pada hari-hari tiada kelas musik dia juga akan ke sana untuk melawat pasangan suami isteri itu bila dia senang ataupun sedang dilanda tekanan.Kini sudah 7 tahun dia mengenali Uncle Samuel dan Auntie Arena.
“Uncle Sam?”Mike menggamit bahu lelaki yang sedang membelek-belek gitar keluaran terbaru di kedainya.
Samuel menoleh dan mendongak.Dahinya berkerut sebelum bibirnya mengorak senyuman.”Mikhail!”Dia memeluk tubuh pemuda yang sudah lama dia tidak bersua.
“Dah panjang rambut kamu,patut nampak lain.Kacak!”Puji Samuel seraya mengusik.
“Haha..Uncle apa kurangnya.”
Auntie Arena keluar dari satu bilik.Wajahnya nampak tercengang bercampur terharu.”Mikhail.”
Ya.Nama sebenarnya adalah Mikhail.Hanya Uncle Samuel dan Auntie Arena sahaja yang memanggilnya begitu.
“Almost three months kamu tak jenguk kami.Sampai hati kamu.”Menitis air mata Auntie Arena.Dia memang begitu.Seorang yang mudah terasa dan mudah terharu.
“I am sorry,bukan Mikhail lupa pada pada korang tapi these nearly three months had been so tough for me to handle.Korang pun tahu kan?and Mikhail pun sibuk dengan latihan,perlawanan basketball dan studies.Harap korang faham.Mungkin ini alasan tapi inilah juga kenyataan.”
“Baru tiga bulan,kedai ni dah banyak berubah.Dah makin besar.”Mike meronda sekeliling kedai.
“Auntie rindu sangat pada kamu Mikhail.”Auntie Arena memandang wajah Mikhail yang sudah di anggapnya seperti anak sendiri sementelah mereka juga tidak mempunyai anak.Mereka hanya punya tiga orang anak angkat sahaja.Yang sulung lelaki berusia 17 tahun,yang kedua juga lelaki berusia 8 tahun dan yang bongsu perempuan baru berusia 7 tahun.
Sejak mereka bayi lagi,Mike sering menjaga mereka walaupun pada awalnya dia merasa janggal.Kadang-kadang dia sanggup tidur di rumah Uncle Samuel apabila mummy dan daddynya tidak berada di rumah semata-mata ingin berdamping dengan kanak-kanak comel tersebut.Hanya di rumah keluarga Uncle Samuel dia betul-betul merasakan kegembiraan.
Namun hampir tiga bulan dia tidak menjenguk mereka sekeluarga kerana sibuk dengan sekolah,peperiksaan,kelab basketball,masalah di sekolah dan rumah,juga masanya banyak di peruntukkan untuk belajar,melepak dengan kawan-kawannya dan berlatih basketball.
“Mana Natalia?Andre?”Mike bertanyakan dua kanak-kanak comel yang suka membulinya dulu.Hanya Andre dan Natalia sahaja di izinkan untuk membulinya kerana Mike sangat kasihan pada mereka berdua yang tidak punya ibu bapa,di buang oleh manusia kejam lagi tidak berhati perut semasa mereka masih bayi.Cara mereka membuli pun comel.Biasalah kanak-kanak.Kalau orang lain buli Mike?Mampus orang tu dia kerjakan.
Nasib baiklah masih ada Auntie Arena dan Uncle Samuel yang berhati mulia,sanggup menjaga anak kecil yang polos walaupun bukan darah daging mereka sendiri.Disebabkan mereka,Andre dan Natalia tidak pernah kekurangan kasih sayang,perhatian mahupun harta dan pelajaran.Apa saja yang Andre dan Natalia inginkan pasti akan ditunaikan dengan syarat mereka mendapat keputusan yang bagus dalam tiap-tiap peperiksaan.
“Diorang ada tuition.”Jawab Uncle Samuel.
Memang Samuel dan Arena menghantar anak-anaknya tuition pada hari-hari tiada sekolah.Mereka cuma tidak ingin Andre dan Natalia membuang masa di rumah.Selepas pulang dari tuition baru lah mereka sekeluarga akan meluangkan masa bersama.
“Dulu Andre selalu tanya mana Mike?Kenapa tak datang sini lagi?Mike marah Andre ke sebab suka kacau dia dan tak panggil dia ‘abang’?Andre siap janji tak kacau Mikhail lagi kalau Mikhail ke sini dan akan panggil Mikhail 'abang'.”Auntie Arena tersenyum sayu mengingatkan kata-kata Andre dua bulan yang lepas.
Mike diam kerana rasa bersalah kerana sudah lama tidak menjenguk mereka.
“Auntie boleh call Mikhail.”
“Uncle kamu tak suruh,dia tak nak auntie kacau Mikhail.Uncle cakap tentu Mikhail busy,kalau tak tentu Mikhail jenguk kita.”Beritahu Auntie Arena lagi.
“Sorry Auntie,Uncle but Mikhail tak pernah lupa pada you guys,sebab you guys lah keluarga Mikhail,yang ajar Mikhail erti kebahagian.Yang ajar Mikhail apa itu ketawa,apa itu keluarga.”Mike bersuara dengan penuh ketulusan.
“Tapi Mikhail masih juga dengan perangai lama kan?Masih kaku,masih cool dengan orang lain kan?”Uncle Samuel ketawa kecil.
“Hahaha itu sudah tentu.Hanya di sini,hanya dengan Uncle sekeluarga je sikap saya berlainan.Itu satu keistimewaan.And tell no one!”Mike masih sempat berseloroh.
Uncle Samuel dan Auntie Arena tertawa kecil.
Mike memang berkata jujur.Hanya dengan keluarga ini saja sikapnya happy go lucky dan selesa berbual mesra.Sangat-sangat berbeza dengan sikapnya dengan keluarga kandungnya dan kawan-kawannya.Entah kenapa,itu dia kurang pasti.
“Pukul berapa mereka pulang?”Tanya Mike.
Uncle Samuel yang memahami gerangan ‘mereka’ yang Mikhail maksudkan menjawab.”4.”
“Mikhail akan jemput mereka.Tempat tuition masih sama kan?”Mikhail tersenyum.Tidak sinis seperti kebiasaannya.
Uncle samuel menggeleng.”Tak dah tukar dah last month.Sini uncle tulis alamat dia.”
Mike melihat jam di tangan.Tepat pukul 3.30 petang.
“Mikhail pergi dulu.”Mike mengangkat dua jari(jari telunjuk dan jari hantu disatukan)lalu membuat aksi salute.
Uncle Samuel membalas serupa dengan senyuman meleret.
................................................
Mike berjalan laju di ruang pejalan kaki melintasi deretan-deretan kedai kecil menjual pelbagai barang,mencari tempat tuition seperti yang tertera di atas kertas yang di tulis oleh Uncle Samuel.
“Tuition A plus bestari?”Mike menoleh ke kiri dan ke kanan mencari papan tanda bertulis nama tempat tersebut.
Matanya terarah ke arah papan tanda yang di letak di atas dinding menuju lorong menaiki tangga.’I guess this is the place.’Mike menarik nafas dengan debaran yang menggunung menantikan jam menginjak ke pukul empat.Setelah hampir tiga bulan,dia akan berjumpa lagi dengan Andre dan Natalia.Bagaimanalah reaksi mereka apabila nampak dia kejap lagi?Andre tentu akan buli dia lagi.Natalia pula tentu merajuk.Mike tersengih sendirian.
Tepat pukul 4.05 minit petang,berpusu-pusu kanak-kanak seusia Andre dan Natalia menuruni tangga.Mike melilaukan pandangan ke depan,ke belakang,ke kiri ke kanan mencari kedua-dua anak Auntie Arena dan Uncle Samuel.Debaran makin kuat apabila seorang budak lelaki mirip Andre memandangnya dengan dahi berkerut.
Mike menghampiri.”Andre?”Senyuman terukir di bibir nipisnya.
“Mike?”Andre bersuara sedikit ragu.
Mike ketawa galak.”Andre,kamu masih tak berubah.”
“Mike!!!”Andre menjerit seperti orang histeria,teruja apabila orang yang dia tunggu-tunggu selama ini muncul kembali.Andre berlari mendapatkan Mike lalu memeluk erat tubuh Mike yang jauh lebih tinggi dari nya.
“Weiii..”Mike mengangkat Andre yang bertubuh kecil itu.
“Rambut kau Mike dah panjang..”Andre mengelus-elus lembut rambut Mike.
Mike tertawa.Andre kalau bercakap dengan dia memang macam orang sebaya.Perasan sangat nak jadi remaja dewasa.
”Mana Natalia?”
Andre melilau-lilaukan pandangannya mencari adiknya yang sangat manja dan mudah merajuk itu.”Dik!”Panggilnya pada Natalia yang nampak seperti mencari-cari seseorang.
Natalia menoleh.Pada awalnya wajahnya tiada reaksi,Mike melambai girang dengan wajah lucu.Natalia tertawa.Dia kenal sangat dengan lelaki tinggi yang baginya seperti gergasi itu.
“Abang Mikhail.”Natalia juga sama,terkedek-kedek berlari mendapatkan Mike.”Abang jahat!”Tiba-tiba Natalia menangis dan menumbuk paha Mike.Tumbukan dari tangan kecil itu langsung tidak terasa apalagi menyakitkan Mike.Mike menunduk dan mengangkat Natalia menggunakan tangan kirinya.
“Abang belanja aiskrim then abang akan angkat korang berdua balik rumah as hukuman,boleh?”Mike memujuk Natalia yang mudah menangis.Natalia menggeleng manakala Andre sudah mengangguk riang.
“Alaaa adik ni,macam budak-budak je merajuk.”Andre mencebik.
Mike ketawa mendengar kata-kata Andre yang berlagak dewasa itu.”Memang korang budak-budak kalau tak tentu Andre malu kena dukung macam ni?”
Andre tersengih.
“Natalia please maafkan abang?Sorry~”Mike mencium pipi gebu Natalia.
Andre dan Natalia di turunkan ke lantai.Mike yang terlalu tinggi buat kedua-dua kanak-kanak betubuh kecil itu duduk mencangkung.
“Lepas ni abang Mikhail janji akan selalu datang jenguk Natalia.Boleh?”
 “Andre juga!”Andre mengingati.
“Hahaha Andre juga..”Mike mencubit pipi gebu Andre.
Akhirnya Natalia mengangguk-angguk sambil menggosok-gosok matanya,cuba menghapus air mata.
“Esok abang datang tak?”Tanya Natalia.Wajah polos itu nampak amat mengharap sekali.
“Ermm.. esok tak dapat,abang sekolah.Natalia pun sama kan?”Bicara Mike pada si kecil sangat lembut.Kalau satu sekolah tahu Mike yang di geruni berhati lembut dengan budak,memang heboh.
Natalia memuncungkan bibir,mula hendak merajuk lagi.
“Hmm.. abang datang cuti nanti.Abang tidur rumah Natalia,okay?”Mike membuat janji hanya untuk memujuk si kecil yang walaupun sudah berumur tujuh tahun tapi badan kecil macam budak berusia 5 tahun saja.
Natalia memeluk erat leher Mike.”Okay.”Wajah Natalia kembali ceria.





Bab lima
Petang isnin selepas sesi sekolah tamat sebelum latihan bermula,Rahadatul ‘Aisy memberanikan diri berjumpa dengan Mike.
“Apa kau nak?”Tanya Mike tanpa melihat wajah Aisy.
“Aku..aku..”Tegagap-gagap Aisy meluahkan kata.
“Aku..aku..aku..Aku apa?”Tengking Mike.
Rahadatul ‘Aisy terkejut beruk.Dia mengetap bibirnya.Geram dengan sikap panas baran Mike.
“Aku tak nak jadi pengurus korang lagi.”Aisy memberanikan diri memberitahu.
Mike berubah semakin berang.”What did I told you?Jangan jadi manusia tak bertanggungjawab!!!!”
Semua pemain-pemain basketball yang tengah duduk melepak memandang ke arah mereka dengan wajah tanda-tanya.
Aisy terkedu dan metunduk.Tidak berani mendongak melihat wajah Mike yang bengis.
“Aku..aku apa?”Pertanyaan Mike mengembalikan Aisy ke alam kenyataan.
‘Aku berangan rupanya..Dalam angan pun aku kecut perut.Apalagi nak cakap depan-depan,belum sampai seminggu dah nak berhenti.Isk...Dia ni lagi perangai sikit lagi nak iras Yakuza..tsk..tsk..tsk..’Aisy berkata-kata dalam hati.
“Aku ...aku just nak tanya pasal perlawanan tu..hah..perlawanan..”Aisy mengubah rancangan asalnya.Ini bukan masa yang tepat ni.
“Apalagi kau nak tanya?”Tanya Mike wajahnya nampak macam malas je nak layan.
‘Ceh..apalagi kau cakap?Ni baru first time tau aku tanya kau hal ni.. muka ketat,macam nak tak nak je layan..Hampeh..’Aisy mengutuk lelaki itu dalam hati.Geram melihat wajah Mike.
“Weii kalau nak berangan,jangan depan aku..Kalau tak nak cakap,blah la..”Mike menegur sedikit kasar.Huh.. dia memang macam ni.. tak pernah nak tegur..’Aisy,janganlah berangan depan aku,susah aku nak main,sila ke tepi ye.. maaf..’
Walaupun agak geli untuk Aisy membayangkan Mike berkata-kata seperti itu atleast kata-kata itu lebih sedap di dengar oleh halwa telinga.
“Err..borang perlawanan dah ambil?dah isi?”Tanya Aisy.
‘Apasal bengap sangat minah.. ni..takkan dia tak tahu ni just perlawanan antara dua sekolah.Isi borang bagai ni apakehal..’Mike menarik nafas keras dan menghembus melalui mulut dengan agak keras juga.
‘Aku tanya salah ke?’Aisy tidak mengerti kenapa Mike nampak macam tak suka saja dengan soalannya.’Aku tengok drama,ada borang perlu di isi sebelum perlawanan.Soalan bernas lah aku lontar kan ni heh…’
“Ni just perlawanan biasa antara our school dengan St.Gregory Secondary English School.Tak perlu isi borang bagai.. ni bukan perlawanan sekolah-sekolah..”Mike cuba bersabar untuk menerangkan dengan sejelas mungkin.
“Oooo..”Mulut Aisy yang kecil terbentuk bulat dan comel apabila menyebut ‘O’.
‘Comel..’Hati Mike tiba-tiba memuji.
“Mana aku tau,ketua tak beritahu apa pun,ketua just cakap next two weeks ada perlawanan,the exact date pun ketua tak beritahu..”Tanpa sedar Aisy ter ‘complain’.
Mike mengebil-ngebilkan matanya.’Heh comel apa ke benda..’
“Weii aku dah beritahu la weii.. lagipun.. pakai common sense la sikit..takkan tak tahu peraturan di Bandar ni.Perlawanan antara sekolah-sekolah hanya dapat diadakan selepas exam akhir tahun berakhir..”Tempelak Mike membela diri.
‘Dasar!Dah lah jahat,suka buli orang.. ni tak nak ngaku dia tak pernah beritahu aku apa-apa..Aku kan baru lagi weii,mana tahu apa-apa..’Aisy tidak berani membalas tempelakan Mike melalui mulut lantas Aisy hanya mengambil inisiatif bijak mengutuk dalam hati.Itu lebih selamat!Haha..
“Ye saya salah.Maaf saya masih baru lagi.Nanti saya try pakai common sense saya..”Aisy menunduk.Aisy sengaja ber’saya-saya’….’’Ada ubi ada batas tak berdaya aku nak balas..huhuhuhu..’
“Bagus..”Kata Mike dengan senyuman sinis yang tampak puas hati.
“Dah.. now kau pergi ambil bola-bola kat hujung tu dan baling kat aku..”Arah Mike.
Aisy tanpa banyak songeh melangkah pantas ke hujung dewan tempat bakul bola-bola basketball di letakkan lalu satu persatu di ambilnya dan di baling ke gelanggang dewan .
Tangannya ligat membaling bola-bola tapi fikirannya melayang memikirkan kata-kata mama yang inginkan dia berhenti.’Macam mana aku nak cakap ni?Baru dia pandang aku dengan mata dia yang garang tu dah aku getar,apalagi if dia  keluarkan suara,kecut beb..Dengan perangai dia yang tak pernah nak berlembut bersabar..huh..atau dia pakai sihir penunduk kot sampai semua takut kat dia ni..’
“Aisy!!!!!!!!!!!!!!”
Aisy terkejut beruk apabila mendengar suara garau Mike menjerit kuat.
Mike berjalan menghampirinya dengan wajah bengis,ketara dada Mike yang berombak kencang seperti menahan marah.
“Errmm.. ketua.. ke..ke..kenapa?A..ada ..a..apa?”Tergagap Aisy bertanya.Takutnya….
Mike menundukkan badan lalu memandang tepat ke arah mata Aisy”Yang kau baling bola macam tu sampai kena kepala aku ni apa hal?”Mike menengking.Geram dengan Aisy yang sesuka hati membaling bola ke arahnya berdiri.
“Hah?Bila?Eh ..manade aku baling bola pada Ketua..”Aisy menafikan,lutut sudah terketar-ketar.Nasib tak terkencing apabila Mike menengking betul-betul di hadapan wajahnya.
“Habis tu apa yang kau tengah buat?”Mike menahan hati dari terus ingin menengking pengurus baru mereka ini.
“Siapa gadis tu Wentz?”Zafran yang baru datang setelah tiga hari tidak muncul di dewan latihan memandang dengan dahi berkerut Mike dengan wajah menyinga dengan gadis comel yang nampak berkerut-kerut wajahnya.
“Ohh tu Aisy,pengurus basketball baru kita.”Wentz memberitahu.
“Apasal tu?”Soalnya lagi.Ingin mengetahui apa yang terjadi.
“Biasalah buat salah.Faham-faham je la..Mike mengamuk..”Yafiee menjawab dengan wajah selamba.
Andy yang diam sedari tadi sebenarnya ingin menenteramkan Mike dari terus menengking gadis bertubuh kecil itu tapi nanti dia pula jadi mangsa tengkingan Mike.Haru!
Zafran yang risau Mike akan menengking gadis itu lagi bertindak sebagai penyelamat.“Awak.”
Mike dan Aisy serentak menoleh.
“Zafran,kau jangan masuk campur dulu.”
Zafran tidak memperdulikan amaran Mike.”Jom saya belanja minum.Nak?”
Aisy terkedu.’Siapa dia ni?’
“Zafran!!!”Mike masih cuba menahan dirinya dari menengking sahabatnya itu.
“Eh Mike.Cuba kawal sikit amarah kau tu.Jangan jadi bodoh boleh tak?”Zafran menentang pandangan dengan Mike.Wajah Mike sudah merah menahan marah yang mula membuar.
“Jangan mengamuk kat perempuan macam ni.Tak baik~.Hilang macho brooo~~”Zafran ketawa dapat mengenakan Mike,tangannya yang menepuk lembut bahu Mike di tepis kasar oleh Mike.
Aisy kagum.Kagum kerana lelaki ini berani bersuara dan melawan.’Aku ingat tiada sorang pun yang berani lawan ‘Mike Tyson’ garang macam naga ni.’
“Chill ok bro.Pergi minum air sejuk campur banyak-banyak ais supaya hati kau yang terbakar tu cool.”Zafran tersenyum,geli hati melihat wajah Mike.”Awak.Jom,kita pergi.”
Zafran paling tidak suka lelaki menengking orang-orang yang lemah terutama gadis-gadis comel macam Aisy.Itu satu pantang baginya. Zafran menarik lengan Aisy lembut.Dengan pantas Aisy menarik lengannya dari terus di pegang oleh lelaki yang tidak dikenalinya.Dia berjalan beriringan dengan penyelamatnya itu.
Mike menghempas bola basketball yang dipegangnya dari tadi.Geram dengan Zafran dan lagi geram dengan Aisy.
“Setiap kesalahan ada hukuman.Remember that!”Mike melaung kuat dengan perasaan geram bercampur sakit hati  yang berbuku di dada.
Aisy mengetap gigi.’Aku bukan sengaja!Dasar pendendam lah manusia sorang nih! ’
Zafran hanya galak ketawa.
………………………………
“Kau ni siapa?”Tanya Aisy semasa mereka melangkah keluar dari dewan.
Zafran tersenyum lalu menoleh.”Hai,aku Zafran,panggil je Ran.One of the basketball players but don’t worry aku ni baik dan peramah.Aku juga sangat anti dengan pembulian terhadap gadis-gadis lemah.”Zafran menunjukkan sikap gentleman nya untuk mengambil point.Kebiasaannya apabila berhadapan dengan gadis-gadis comel.
Aisy mengangkat kening.”Aku tak pernah nampak kau pun.”
“Oh,dua tiga hari ni memang aku tak datang berlatih.Busy sikit.”
Aisy hanya mengangguk.”Okay,aku pergi dulu.Terima kasih sebab tadi.”
“Eh?”
Aisy yang berkira-kira hendak pergi dari situ memandang Zafran.”Yes?”
“Tak jadi minum ke?”Zafran tersengih.
“Aku tak nak lah.Mana ada selera nak minum lepas kena tengking.”Aisy menjawab.Bukannya tiada selera,tapi dia tidak selesa berjalan dengan lelaki kacak itu sementelah pasukan basketball ni ramai peminat.Mati kutu dia kalau kena jeling saja.Sudahlah dia terdengar ada anasir-anasir jahat yang minat gila dengan pemain-pemain basketball ini melabel dia sebagai gatal lah,pura-pura tak suka lah,ahhh.. mulut manusia mana dapat tutup.
“Kalau macam tu,next time no excuses.”Zafran melambai Aisy lalu masuk kembali ke dalam dewan.
Aisy terpinga.”Next time?”
...............................
Wentz dan Yafiee menepuk-nepuk tangan apabila melihat Zafran melangkah masuk ke dewan.
“Oooo... kau nak jadi hero ye..Ada makna ke?”Wentz menepuk-nepuk bahu Zafran yang terkenal casanova.
Zafran tersengih.”Wei bro..ini ikhlas la.Ikhlas dari hati yang suci murni.”
Mereka bertiga tertawa.
“Sejak bila pula Muhammad Zafran Effendi Datuk Ihsan pandai tolong gadis comel macam tu,ikhlas,suci murni?”Yafiee menyakat.
“Alaaa kau ni macam tak biasa..”Zafran menumbuk tidak terlalu kuat lengan Yafiee.
“Busuk..”Andy bersuara setelah dari tadi menjadi pendengar.Andy menutup hidungnya dengan tangan kanan.
“Apa yang busuk?”Hampir serentak Zafran,Wentz dan Yafiee bertanya.
“Aku dapat cium satu perasaan yang sangat busuk sedang merebak.Semakin membusuk.”Andy menyindir.Siapa lagi kalau bukan Zafran.
“Bahaya bau busuk ni kalau tak di nyahkan,takut berjangkit,dengan kita-kita jadi busuk.”Andy masih tidak puas menyindir Zafran.
Zafran tersengih.Faham sangat dengan perangai Andy.”Penyakit cemburu ni lagi bahaya.Kes berat.Kalau tak di ubat,takut jadi gila.Macam..... kau!Hahaha..”
Yafiee dan Wentz turut ketawa.
Andy memendam rasa.”Cemburu?Kau?!Pigi dah...”
“Kalau jealous,ikut lah cara saya..”Zafran menyakat Andy dengan mengajuk suara lelaki-lelaki lembut.
Andy membuat aksi bagai nak muntah.Sakit hatinya bila melihat Zafran memegang lengan Aisy tadi.Tapi dia sendiri tidak tahu kenapa dia rasa sakit hati?Benar kah dia cemburu?
“Dah lah..Jom berlatih.Nanti si Mike tu mengamuk,sampai ke malam dia suruh berlatih.Dia tengah panas dengan kau ni Ran.”Wentz menyuraikan pergaduhan kecil antara Andy dan Zafran.
“Biar lah dia.Asyik dia je mengamuk.Kang aku ngamuk kang..”Kata Zafran sambil membuat aksi lawak.
Yafiee tertawa,tahu sangat dengan perangai Zafran yang tidak pernah serius.
“Banyak lah kau..Jom lah.”Ajak Wentz sekali lagi.
........................................
“Kak..”Panggil Iskandar Shah,adik Aisy.
Aisy yang sedang termenung panjang terkejut apabila namanya di panggil.
“Ish kau ni Shah.Tolong lah bagi salam dulu.Jangan main terjah je.”Marah Aisy.
“Sorry.”Iskandar Shah tersengih.
“Eh Shah.Kau tau tak akak di dalam kesusahan sebab kau bagitahu mama akak jadi pengurus basketball.”Aisy memuncungkan mulut.
“Shah terlepas kata lah Kak.Bukan sengaja.Sorry la.”Iskandar Shah memberitahu hal sebenar.
Aisy melihat adiknya meminta penjelasan lebih lanjut.
“Tak.. hari tu akak balik lewat,mama tanya akak mana?Tu yang terlepas tu.”Jelas Iskandar Shah.
Aisy mengeluh,terasa sesak dadanya dengan masalah baru yang mendatang.”Mama suruh akak berhenti.”
Iskandar Shah diam menanti kata-kata seterusnya.
“Tadi akak nak bagitahu si Mike Tyson tu.Tapi tak jadi pula.. akak tak berani la.”Adu Aisy.
“Siapa Mike Tyson ni kak?”Tanya Iskandar Shah,lurus bendul.
Aisy ketawa kecil.”Mike.Mike Tyson nama gelaran akak pada dia.”
“Dia ketua pasukan basketball.”Sambung Aisy dengan cebikan.
“Oooo... dia.”Iskandar Shah mengangguk-angguk tanda tahu.”Dengar kata dia tu menakutkan.”
Terbuntang biji mata Aisy mendengar kata-kata adiknya itu.”Shah pun tahu?”
Iskandar Shah mengangkat bahu.”Tak tahu,tak pasti tapi kawan-kawan Shah yang form 3 dengan 4 cerita macam tu lah.Mereka bagitahu Shah sebab diorang tahu akak kakak Shah..”
“Akak pun baru tahu juga.Huhh...”Aisy mengeluh.”Dan memang betul menakutkan..kerja dia renung orang dengan tajam,senyum sinis-sinis dan paling menyakitkan hati.. tengking orang walaupun orang tu buat salah secara tak sengaja..”Aisy mencebik geram apabila teringat kejadian tadi.
”Siapalah orang yang baik hati sangat calonkan nama akak dulu?Nak sangat akak cakap thank you kat dia.”kata Aisy dengan nada sinis beserta keluhan kesal.
“Tapi macam best kan jadi pemain basketball.Popular.Kat sekolah ni futsal tak mengancam lah kak.Semua suka basketball.”Kata Iskandar Shah.
“Entah lah.Akak tengah runsing ni.Mana mama lagi,mana si Micky mouse tu lagi.”Satu lagi gelaran buat Mike.Aisy di kala marah memang sesuka hati akan memberi gelaran pada orang yang tidak di sukainya.
“Micky Mouse?”Iskandar Shah ketawa.”Tadi Mike Tyson.Akak ni suka lah bagi gelaran lucu-lucu.”
“Haha..macam kau dulu.Si bolat.Sebab badan kau bolat sangat dulu.”Aisy mengungkit dengan sengihan.
“Itu dulu.Sekarang Shah dah tinggi,dah kurus.”Shah tersenyum bangga.
“Cheh..” Aisy mencebik.”Jomlah balik,nanti mama bising pula.Kalau mama tanya kenapa lewat,jawab je akak tunggu Shah habis training futsal.Akak pening lah nak fikir macam mana nak berhenti jadi pengurus tu.”
"Mama bertegas nak akak berhenti.Mike pula.. heh pikir dia mengamuk tu pun akak dah menggeletar.. Bila lah akak dapat bebas nihhhh?"Aisy menjerit kecil untuk melepaskan tekanan yang membelenggu fikiran dan jiwa.
 Shah diam kerana dia juga tidak punya jawapan.
“Jom.”Aisy dan Shah berjalan bersama sambil bergaduh manja balik dari sekolah ke rumah mereka yang terletak lebih kurang 2 kilometer jauhnya dari sekolah.

3 comments:

  1. bezz!!! keep it up!!!!
    lame x bc kat blog nee....sori
    sambung n post cpt2 tau....

    ReplyDelete
  2. Thank you~.. It's okay;).. thank you msh baca blog ni :D. Yes,will do~ :)hehe

    ReplyDelete
  3. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete