Tuesday, June 26, 2012

Dia si Encik Kacakku 5

Bunyi ketukkan pintu menyentakkan aku.

"Tak kunci..."Aku melaung sedikit kuat.Rasanya aku dapat teka siapa yang mengetuk pintuku.

Mama menjengulkan kepala. "Boleh mama masuk?"

Aikkk...sejak bila mama pandai minta permission nih?Hairan bin ajaib..

"Masuk je mama.."Kataku yang tengah pura-pura sibuk membaca novel.

Mama masuk dan duduk di birai katil.Aku mengintai dari balik buku novel yang ku pegang,wajah mama nampak resah semacam saja.
 
"Hmm.. mama cakap je apa mama nak cakap."Kataku lagi sambil menutup novel yang baru ku beli dua hari lepas.

Mama tersenyum nipis."Ilya dah buat keputusan?"

Kan.. memang aku dah jangka apa yang ingin mama perkatakan.

Aku mengeluh perlahan."Sebelum Ilya jawab,Ilya nak tanya mama one question,boleh?"

Mama mengangguk.

"Kenapa mama macam beria sangat nak Ilya setuju?Dia siapa?"

Mama mengengsot menghampiriku lalu tapak tangannya menepuk-nepuk lembut pahaku.
"Mama dapat tengok dia budak yang baik,mama dapat rasa yang Ilya akan bahagia dengan dia.Mama pasti Ilya pasti suka dia sebab mama pun suka dia,ni pertama kali tau mama bagi green light."

Uikk.. sejak bila mama tahu-menahu ni?Mungkin mama rasa taste kami sama sebab tu dia yakin aku akan suka si jejaka yang tidak tahu malu nak merisik aku tu?

"Ma.. Ilya..."

"Mama betul-betul harap yang Ilya setuju nak jumpa dulu."Cepat sahaja mama memotong percakapanku.

"Tapi ma..I just can't..."

"Ilya.Jumpa sekali je..Baru beritahu keputusan kamu."Sekali lagi percakapanku dipotong.

"Ma...I have someone already.."Aku nak sangat beritahu mama tapi tak berani.Aku mengeluh lagi.

"Ilya akan fikirkan..."Jawabku akhirnya.Malas mahu membincangkan hal ini lagi."Tapi dengan syarat,selagi Ilya tak bagi jawapan selagi tu mama jangan tanya apa-apa okey?"

Mama nampak kecewa.Huh.. apalah yang lelaki tu buat sampai mama kemaruk sangat nak jadikan dia menantu?Mama tak pernah macam ni.Kalau dulu,asal aku beritahu mama ada jejaka-jejaka yang nak jadikan aku teman wanita diorang,bukan main menyinga lagi mama beri amaran,selagi tak habis belajar selagi tu tak boleh bercinta.Sekarang?

......................................

Seminggu sudah berlalu sejak peristiwa mama memintaku berjumpa lelaki yang ingin merisik aku itu.Aku masih belum memberikan jawapan pada mama.Aku tidak pasti samaada aku patut bersetuju atau menolak keras permintaan mama ini.Hmm..

"Ilya.. malam ni siap cepat.Papa nak bawa kita dinner luar."Mama memberitahu ketika aku sedang asyik berkhayal di meja makan.

"Huh?"Aku yang hanya mendengar 'dinnner luar' mengangguk.

"Dengar ke tak?"Tanya mama sambil menepuk pahaku.Ishh..mama ni suka tau tepuk-tepuk paha aku,paha aku ni ibarat bantal tak bagi mama?

"Dengarlah agaknya.."Aku menjawab dengan sengihan.

Mama menjeling,geram dengan kerenahku."Papa bawa dinner luar.Bersiap cepat."Ulang mama sekali lagi.

Aku hanya menunjuk isyarat 'okey boss' pada mama.

"Pakai cantik-cantik.Jangan pakai t-shirt biasa-biasa je.Pakai elok-elok sikt."Pesan mama. 

"Kenapa?"Tanyaku.

"Ish..tak payah la tanya.Ikut je."

"Baik mamaku sayang."Aku buat tabik hormat.

"Apa tunggu lagi?"

Erk!Tunggu lagi apa?Aku yang tidak tahu hujung pangkal soalan mama mengerut dahi.

"Pergilah naik cepat.Mandi,sembahyang..dah asar belum?"

Aku tersengih."Nak solat asar lah ni.."Punggung yang terasa berat ku paksa bangkit.Kaki yang terasa lenguh-lenguh ku kuatkan untuk berjalan menaiki tangga menuju ke bilikku.

"Ishh.. kalau tak ditanya,entah asar ke tidak.."Mama membebel dengan perangai anak daranya seorang ini.

"Alaaa.. mama,Ilya memang nak asar ni..Don't worry.."

"Don't worry,don't worry,makan strawberry lagi bagus.."Mama mengambil buah strawberry yang baru dibeli oleh papa tadi tengahari dari dalam bekas untuk menyimpan buah.

Aku ketawa mendengar bebelan mama.Mama..mama..

...........................

Aku melihat penampilanku di cermin meja mekapku.T-shirt labuh berlengan panjang warna pink bertaris putih dan seluar jeans biru tua yang tidak terlalu fit menjadi pilihan. Simple tetapi ranggi.

Selepas maghrib kami berangkat ke Restaurant Songket.Perjalanan ke sana memakan masa selama lebih dari setengah jam.

'Cantik..'Detik hatiku apabila melangkah masuk ke restauran ini.

Aku,Abang nombor dua ku,Qasha dan adikku Nazri menyatakan kekaguman melihat tarian tradisional yang di tunjukkan di sana.

"Mama bila nak order?Ayie lapar la ma.."Adikku yang bongsu yang baru berusia 10 tahun merungut sambil menggosok perutnya yang leper.Entah kenapa,makan je banyak tapi badan tetap juga kurus macam cicak kobeng. Aku memang jeles dengan high-metabolism adik beradik lelakiku.

"Kejap lagi.Kita tunggu dulu kejap eh.."Pujuk mama.Adikku si bongsu ini kalau tidak dipujuk kena gaya boleh malu kitorang.Umur je 10 tahun tapi perangai mengalahkan kanak-kanak usia 5 tahun.Kanak-kanak usia 5tahun pun tahu malu.

"Tunggu apalagi mama?"Abang Qasha bertanya pelik.

Aku pun turut merasa pelik."A'ah takkan tak boleh order awal ni?Kitorang lapar lah mama.."Ceh aku pun sama je,2x5=10 je dengan adikku yang bongsu. hehehe..

Mama nampak resah.Apasal mama ni?Aku pandang wajah papa.Selamba je..

"Tunggu abang ye?"Duga Ayie.Abang ku yang sulung,Muiz,tidak dapat ikut kerana bermain futsal.Abang Muiz memang macam tu,jarang nak ikut kami sekeluarga kemana-mana.Aku pun tak rapat sangat dengan abang sulung ku itu.Entah kenapa..

Mama hanya tersenyum nipis.

"Asalammualaikum.."Sapaan suara-suara lelaki bercampur perempuan dari arah kanan membuatkan kami hampir serentak menoleh.

"Waalaikumsalam.."Jawab mama dan papa.Abang Qasha turut menjawab salam suci tersebut.

Aku terkedu.Ni kan mama dan papa Abang Zharfan?Adakah ini kebetulan?Tapi kalau kebetulan mesti orang akan cakap'e'eh.. kebetulan pula haha..' dan akan dijawab dengan 'A'ah hahaha..eh jemputlah duduk sekali..'
Tak gitu?Dalam drama macam tu,kalau aku kebetulan jumpa kawan semasa makan pun macam tu.Mama dan papa tak ada pula cakap macam tu.Ahhh lantaklah..

Tapi mana dia si Encik Kacakku itu?Bola mata hitamku bergerak-gerak mencari si pujaan hati.Kalau kebetulan tapi tak ada Encik Kacak aku,tak best betullah kebetulan ni...

Mama dan papa berdiri untuk bersalam-salaman.Abang Qasha mencuit bahuku menyuruh bangun.Kami bergilir-gilir menyalami Uncle Zainal dan Auntie Rosita.

Auntie Rosita tersenyum lebar melihatku.Kami berlaga-laga pipi.Aku tak suka salam berlaga-laga pipi macam ni..tapi kerana anaknya pujaan hatiku,aku biarkan je la.Cewaah..berlagak.

Ingin saja mulut ini celupar bertanyakan anak terunanya yang bongsu itu.Hmm..

"Asalammualaikum.."Suara itu memang aku kenali.Aku yang pada mulanya ingin duduk kembali tergamam melihat sang jejaka datang menghampiri dengan senyuman indah nan menawan.

Zharfan memakai baju T-shirt lengan pendek yang diperbuat dari cotton berwarna abu dipadankan dengan seluar original fit jeans dari levi berwarna optic white.

 Kacak!Hanya itu yang dijeritkan oleh hatiku.
Tiba-tiba bola mata hitam kami berlaga.Hatiku berdebar.Alamak..aku boleh busted pula.Cepat-cepat aku alihkan mataku ke tempat lain.

Zharfan tersenyum senang.Natina Ilya,kau memang dah buat aku gila bayang.

"Apa yang disenyum-senyumkan tu Afan?Duduk."Uncle Zainal menegur anaknya dengan senyuman lain macam.Aku tak faham pula makna disebalik senyuman itu.

Zharfan mengambil tempat duduk di kepala meja bersebelahan dengan Abang Qasha yang duduk berdepanan dengan mama.

"Ilya pindah tempat duduk,mama nak duduk sebelah Auntie Rosita."Pinta mama.

Erk?Kalau aku pindah tempat duduk bermakna aku akan duduk bersebelahan dengan Zharfan.Alamak..berdebarnya.Tak tentu makan lah aku.

Eh macam tak pernah makan dengan dia.Detik hatiku.Control je la..

Kami pindah tempat duduk.Aku tak berupaya nak angkat muka.Malu pula rasanya.

"Dah kerja ke?"Tanya Zharfan pada Abang Qasha.

"Belum.This year baru habis.Lepas ni InsyaAllah la.Tak tahu lagi."Jawab Abang Qasha.

"Lepas habis belajar nanti,jumpa uncle,kamu boleh lah kerja dengan Uncle."Uncle Zainal mencelah.

Abang Qasha hanya tersenyum. 

"Jangan malu,kalau ada kelayakkan apa salahnya."Kata Uncle Zainal lagi.

"InsyaAllah Uncle."Jawab Abang Qasha.

"Dah decide nak makan apa?"Tanya papa.

Aku mengangguk.Yang lain pun mengangguk sama.

Waitress dipanggil bagi mencatit order.

"Zharfan nak makan apa?"Tanya papa.Zharfan mengangkat bahu."Tengah cari."

"Nasi goreng kampong."Aku memberitahu makanan yang ku pesan pada si Waitress.

"Make it two."Zharfan menunjuk dua jari(jari tunjuk dan jari hantu) pada Waitress itu.

"Orange juice."

"Make it two too."

Eh?Apesal dia nak ikut-ikut makanan dan minuman yang aku order ni?

"Durian tiramisu."Aku sengaja memesan satu lagi sebagai pemanis mulut.

"Dua ye."

Sah!Sah!Zharfan memang ikut-ikut apa yang aku pesan.

Mama,papa,Uncle Zainal dan Auntie Rosita sudah tersenyum-senyum sesama sendiri melihat ulah Zharfan.

Alahai comelnya Encik kacak aku ni.Tapi kenapa dia nak menu yang sama?Dia suka aku tak?Hehehe..

Aku menyembunyikan senyum.Hmm.. kalau si dia ni yang merisik aku,memang kecil tapak tangan,Burj Khalifa aku tadahkan.

"Natina."Panggil Zharfan.Dia memandang aku dengan senyuman manis.Aku menoleh memandang wajahnya.Senyumannya ku balas seadanya.Control punya pasal.

Mata bertentang mata adakah kau terasa cinta kian memekar di hati kita,kau istimewa paling utama yang satu.Betapa manisnya senyumanmu,debaran penuh makna kelu tidak terkata,sering kali terjadi bila kau di sisi,namun yang pasti membuat ku jatuh hati,oh manisnya..manisnya senyumanmu.

"Err..Natina?"Panggil Zharfan sekali lagi.

Alamak sempat lagi aku menyanyi dalam hati."Ye?"Aku cuba mengawal air muka yang sedikit berubah kerana tersentak dari lamunan.

Zharfan tertawa kecil.Kacaknya!Aduh Ilya,berapa kali kacak la kau nak puji dia ni?Haishh..

"Esok kelas habis pukul berapa?"Tanya Zharfan.

Gulp!Dia tanya aku?Untuk apa?Bawa aku dating ke?

"Eh korang dah memang kenal ke?"Abang Qasha mencelah.Pelik barangkali mendengar pertanyaan Zharfan padaku.

Aku mengangguk begitu juga Zharfan.

"Irdina,kawan Ilya,cousin err..Ab..erm.. dia.."Agak tergagap-gagap juga aku bila time nak sebut 'Abang Zharfan' tapi malu punya pasal aku cancel.

Abang Qasha terangguk-angguk.

Zharfan menghampirkan sedikit wajahnya ke telingaku."Nak panggil abang pun tak pe.Lagi Abang suka."

Alamak!Dia perasan rupanya.Muka aku dah panas tahap gaban ni.Dah merah menyala-nyala kot.

Kalau orang tengok,sah orang cakap kami ni sweet couple.Oh bahagianya...

Coi!!Jangan nak perasaan sangat.

Aku diam membatu.Ku toleh ke siring,mama dan Auntie Rosita sedang memandangku dengan senyuman senang.Dah kenapa?

"Natina belum jawab soalan abang?"Zharfan mempamerkan kemesraan yang luar biasa malam ni.Hmm..pelik juga.

"Ah?soalan apa?"Otak aku yang lembap ni memang aku nak kasi pulas-pulas.Tak aku sangka kau memang mengecewakan aku otak,tak fokus pada soalan lelaki yang kau kasihi.

"Esok kelas habis pukul berapa?"Ulangnya lagi.

"Esok pukul 2.Agaknya.."

"Agaknya?Takkan tak tahu?"Zharfan melihat wajahku dengan matanya yang bening.

"Pukul 2."Aku memberi jawapan pasti.

"Nati..."

Percakapannya terhenti apabila waitress tadi membawa makanan yang kami pesan tadi.Ish kacau je...Detik hatiku.

Kami diam ketika makan tapi yang aku kegeraman bercampur kecutean sangat adalah perangai Zharfan yang bagiku sangat-sangat childish.

Aku makan nasi goreng,dia makan nasi goreng,aku minum,dia ikut minum,aku makan dessert,dia makan desset juga.Macam nak selurukan aku je la dia ni..

Mama dan Auntie Rosita tak semena-mena tertawa melihat kelakuan Zharfan.

"He can be childish sometimes.."Kata Auntie Rosita pada mama.Mama mengangguk dengan senyuman. 

Dalam hati aku mengangguk setuju.Dah memang betul.

.......................................

Zharfan seakan tidak ingin melepaskan kami sekeluarga balik.Ada-ada saja yang disoalnya pada mama dan papa semasa kami sudah berada di tempat meletak kereta.

Tadi kat dalam restauran tak ada pula nak tanya itu ini.Tapi tak apa,dapat juga aku berlama-lama bersama putera Idaman.Tapi kan..mama dah ada calon bakal menantu..Mama!!Ilya tak nak jumpa lelaki yang merisik Ilya tu,Ilya dah ada pilihan sendiri,ni ma..Ilya pasti,Abang Zharfan lebih kacak,lebih bergaya,lebih umppphhh dari lelaki yang mama beria-ria sangat nak Ilya jumpa tu,percayalah cakap anak gadis mama ni.Ilya tak tipu.Suwer!

"Hmmm Ilya,apalagi termenung tu..jomlah balik."Mama menyigung lenganku.Aku tersentak.

Ku lihat Zharfan tersenyum.

Aku segera bersalam,laga-laga pipi dengan Auntie Rosita dan bersalam biasa dengan Uncle Zainal,takkan nak laga-laga pipi juga?Mau kena pelangkung aku dengan Auntie.Cancel jadi menantu.Erkk?..perasan lah kau ni Ilya.Baik bawa berubat sebelum penyakit perasaan kau ni menjadi-jadi.

Ku lihat Zharfan buat kali terakhir.Aku hanya mengangguk padanya menyatakan yang aku akan pulang.Zharfan masih dengan senyumannya.

Kenapa aku rasa yang Zharfan juga menyimpan hati pada ku?Dari caranya tersenyum padaku,memandang aku,dari cara dia melayan aku?Semua menyatakan yang dia juga suka pada aku.Tapi ye lah,dia belum menyatakan apa-apa padaku,hanya sekadar perlakuannya saja,itu belum menjanjikan apa-apa.

Aku nak sangat luahkan perasaan aku dan aku tahu memang ramai dah jadi perigi cari timba,dan aku rasa okey je dengan konsep tu,tapi aku...hmm.. aku malu dan paling penting,kalau dia reject macam mana?Aku tak sanggup sebab aku dah cinta mati sama dia. huhuhu...

4 comments:

  1. Best gilaaa! Panjangkan lagi please :3 Kalau tak busylah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah post entry baru.Hopefully panjang la kot..hehe thank you ~

      Delete
  2. best sgt2...cpt2 update tau

    ReplyDelete