Friday, June 1, 2012

Dia Encik Basketballku 3

Bab tiga

Peristiwa petang itu betul-betul menguji kesabaran minda dan hatinya.Dia betul-betul menyesal kerana tidak menegakkan keadilan untuk dirinya.
“Kutip semua bola-bola ni.” Arah Mike dengan wajah garang nak mampus.
Tanpa melengahkan masa Aisy pantas mengutip kesemua bola yang berjuritan di lantai dewan.
” Sebab tadi kau datang lambat,aku nak kau sapu satu dewan ni,lepas sapu mop lantai ni.Pukul 4 aku akan cek.Kalau tak bersih..”Mike tidak menghabiskan kata-katanya,dia hanya memberi pandangan tajam kepada Aisy.
Aisy menghentak geram.’Lambat sikit je pun.Hish,hati dia ni memang busuk ah.’Kutuknya dalam hati.Dia melihat jam di tangan.3:16?
“Mana sempat!!!”Jeritnya ketika Mike sudah keluar dari dewan.
‘Dewan ni punyalah besar.’Wajahnya terasa panas.Hatinya memberontak.Dia rasa hendak menangis untuk melepaskan tekanan perasaan yang dia alami sekarang.
“Dasar pembuli.”Mulutnya terkumat kamit menyumpah Mike.
“3:25.Jangan Ingat dengan mengutuk aku kau boleh habiskan kerja kau dengan cermat.Ingat kalau tak habis...”Aisy tahu suara di corong radio itu milik siapa.
“Tu pun nak heboh..”Kutuknya lagi.Dia menyapu dengan kasar.Perasaan sakit hatinya dilepaskan pada lantai menggunakan penyapu yang tidak mengenal dosa itu.
“Kalau tak habis..”Aisy yang masih kegeraman sempat mengajuk kata-kata Mike dengan mengikuti nada suara Mike apabila mengatakan ayat-ayat tersebut.”Itu je dia tau sebut.Cuba buat sendiri,entah-entah terlentang kat sini,menangis sebab letih.Cehhh..”
 Tangan Aisy pantas menyapu keseluruh dewan yang besar gedabak itu.Dewan itu tidaklah sekotor mana cuma ada sedikit pasir mungkin dari kasut-kasut students yang menggunakan dewan itu tadi.Ingin sahaja dia berlaku curang,menyapu sedikit di hujung kanan,di tengah dewan dan di hujung kiri dewan tapi dia takut juga,manatahu ‘Mike Tyson’ tu ada simpan kamera ke apa.Naya!
‘Mike Tyson?’Aisy ketawa apabila menyedari gelaran barunya kepada ketua basketball yang suka mengarah dan berwajah marung itu.
Dia mengeluarkan iTouch yang baru dibelinya seminggu yang lepas dari beg sekolahnya lalu menekan butang on.Lagu Dear God nyanyian Avenged SevenFold yang menjadi kegemarannya sejak dulu lagi dipasang kuat bagi menghilangkan kebosanan.
Aisy tahu dia tidak mungkin dapat menyiapkan kerja itu kerana dia hanya selesai menyapu keseluruh dewan itu 10 minit sebelum pukul 4.
Aisy mengambil mop yang diletakkan di depan pintu.Dia berpusing ke sana ke mari dengan mop,membayangkan dirinya adalah Cinderella.Hahaha layak sangat.Dia kan kena buli macam Cinderella juga.Pembuli Cinderella adalah mak tirinya yang jahat dan pembuli Aisy adalah ketua basketball yang tiada hati perut.Anak beranak kot pembuli dua ekor ni?Aisy ketawa sendiri dengan bayangannya.
Tepat pukul 4,Mike masuk kedalam dewan dengan mendapati Aisy belum lagi menghabiskan kerja yang diberinya.Gadis itu masih menyanyi riang sambil mengemop lantai.
‘Kerja aku bagi belum habis,boleh nyanyi lagu Dear God pula sambil menari pusing-pusing tah hape..’Desis hati Mike.
Mike mengeluarkan pemadam dari poket seluarnya lalu men’set’ sasarannya sebelum meghumban tepat ke pipi Aisy.
Aisy yang sedang asyik mendengar lagu sambil membuat kerjanya mengaduh kesakitan.Mop yang dipegang di campaknya ke tepi.
^%$%*#$@... “Sumpahnya dengan suara yang lantang.Sikap barannya yang jarang keluar akhirnya terserlah apabila dia dibuli sehingga menyakitkan fizikalnya. Pipinya yang sakit dan merah di usap.
Mike yang mendengar sumpahan power yang keluar dari mulut gadis bertubuh kecil molek dan berwajah lembut itu sedikit kaget.Walaupun kadang-kadang Aisy bersikap sedikit brutal,dia tetap tidak menyangka gadis itu berani mengeluarkan kata-kata sebegitu.Bagi lelaki sepertinya perkataan itu sudah biasa di lafazkan.
Aisy menekup mulut.Dia rasa sangat berdosa dan menyesal kerana tidak dapat menahan perasaan marahnya yang membuak-buak.
Mike yang hanya diam dari tadi kini tersenyum sinis melihat perlakuan Aisy.
’Lelaki ini sudah kurang ajar!!!!’Jeritnya didalam hati.
Aisy mengambil satu kerusi plastik yang disusun bertingkat-tingkat di tepi dinding dewan.Dia mengheret kerusi plastik tersebut lalu di letakkannya betul-betul dua langkah dihadapan Mike.Dia naik ke atas kerusi tersebut dan berdiri gagah.
Mike hanya memerhatikan tingkah laku gadis bernama Aisy itu dengan perasaan pelik dan hairan.’Apa minah ni nak buat?’Soalan itu berputar di minda.
Aisy membongkok sedikit lalu tersenyum macam orang kurang siuman.Niat di hatinya sebenarnya ingin menghentak badan Mike dengan tendangan saktinya tetapi apabila terkenang cerita Ifti dia jadi gugup lalu mengubah rancangan asalnya.
‘Ahhh pengecutnya kau Aisy!!’Marahnya pada diri sendiri.Dia kesal dengan sikapnya itu.Selagi dia sendiri belum mengesahkan cerita mengenai Mike,Aisy tidak berani cari pasal dengan ketua basketball itu.
Mike semakin tercengang melihat kelakuan gadis itu.
‘Menghairankan’.Fikir Mike.
“Kau!”Nada suara Mike yang garau membuat Aisy kecut perut.
“Turun!”Sambungnya lagi.
Seperti lembu yang dicucuk hidung,Aisy akur dengan perintah Mike.
“Aku tak nak pengurus kelab baru basketball aku ni menghadapi tekanan perasaan sebab next week kami ada perlawanan penting.Kau boleh balik sekarang.”Kata Mike perlahan namun tegas.Niatnya yang ingin mengenakan Aisy terbantut.
“Perlawanan?Bila?”Aisy yang tidak tahu menahu hal itu bertanya.
Mike membuat muka ‘aku-dah-sebut-bila’.
“NEXT WEEK.”Mike yang mempunyai penyakit kurang sabar apabila orang bertanya benda yang sudah terang lagi nyata dia katakan,menekan suaranya dari menjerit.
Aisy maksudkan tarikh sebenar tapi melihatkan wajah Mike yang marung macam tu,mulutnya terkunci.’Dasar monster lah dia ni..’
“Lepas perlawanan!”Senyuman jahat tiba-tiba menghiasi bibir ketua basketball itu.
Aisy yang sempat mendengar kata-kata itu menelan liur.’Gulpppp...Lariiiiiiii...’
.......................................
Balik sahaja Aisy dari sekolah dia terus masuk ke dalam bilik.Aisy merebahkan badannya di atas katil bersaiz queen miliknya.Hanya Allah sahaja lah yang tahu betapa letihnya dia akibat di hamba abdikan oleh Ketua Basketball itu tadi.
“Aisy!!!”Namanya di laung oleh mamanya dari bawah tangga.
Aisy mengeluh.”Baru nak rehat...”
Dia memaksa dirinya untuk bangun.Tombol pintu bilik di buka.”Yes ma?”
“Turun cepat.Nenek kamu nak datang  esok.Tolong mama bersihkan bilik tetamu bawah ni.”Arah mamanya.
Aisy mengetap bibirnya.Rasa ingin menjerit kerana badannya yang sedia letih di paksa mengerah tenaga lagi.
“Aisy mandi dulu ma.Busuk ni.”Dia beralasan supaya dia dapat merehatkan badannya buat seketika.
“Eh..lepas tolong mama baru mandi.”Puan Husnina tidak mahu membuang waktu.Tahu sangat perangai anak daranya yang suka melengah-lengahkan kerja membersihkan rumah.
“Adik?”Aisy cuba mengalihkan kerja yang di arah oleh mamanya kepada adik lelakinya,Iskandar Shah.
“Dia main futsal.Cepat.Jangan banyak cakap.”Marah Puan Husnina.
Aisy mengalah juga.Dia turun ke bawah dengan perasaan sebal.Fikirannya cuba menyuruhnya untuk bersabar tapi hatinya memberontak.
“Aisy.”Panggil mamanya lagi.Aisy tidak menoleh.
“Aisy!”Ulang Puan Husnina sedikit kuat.
“Ye ma?Cakap je.Aisy dengar.”Aisy bersuara lemah.
“Shah cakap Aisy jadi pengurus basketball sekolah,betul?”Tanya mamanya.
Busted!‘Alamak!Lupa pula nak warn Shah jangan bagitahu mama.’Aisy menggaru lehernya.
“Err.. Aisy..”Tergagap-gagap mulutnya untuk memberitahu perkara sebenar.Niatnya yang hendak menceritakan bagaimana dia boleh end up jadi pengurus basketball terbantut apabila melihat wajah garang mamanya.’Cerita pun,macam lah mama nak percaya..Hmm..’
“Mama nak Aisy berhenti.Exam berapa bulan lagi?”Puan Husnina memandang anak gadisnya  dengan pandangan ‘mama tak suka’
‘Runsing..runsing!’Aisy memejam matanya erat.’Di sekolah aku kena dengar cakap orang,di rumah pun aku tiada kebebasan bersuara.Tak pernah ada orang nak tanya apa aku nak sebenarnya.’
“Aisy dengar cakap mama?”Suara tegas mamanya menerjah kuping telinganya.
Aisy hanya mengangguk.Tangannya pantas membuat kerja.Dia ingin cepat-cepat keluar dari situ.Dia ingin berehat dan berkurung saja di dalam bilik.
Setelah siapa,Aisy meminta diri untuk naik.
"Lepas mandi dan sembahyang,Aisy turun,tolong mama masak untuk dinner."Arah Puan Husna.
Aisy mengeluh lemah.Dalam keterpaksaan dia mengangguk.
"Jangan malas.Esok kan hujung minggu.Dan esok jangan lupa bangun awal,nenek kamu nak datang.Ingat tu.Nanti nenek kamu bebel pula tengok anak gadis bangun lewat.Mama tak nak dengar nenek kamu complain anything sepanjang dia di sini.Kamu tahu kan perangai nenek kamu tu?"Puan Husna yang  mendengar keluhan anaknya meleter.
Aisy hanya mengangguk.Badannya yang letih dan fikirannya yang agak stress membuat dia cepat saja melangkah naik ke atas.Dia tidak sabar untuk merendamkan badannya yang lesu di dalam jakuzi berisi air suam,kerana berendam dalam jakuzi dapat membantu mengurangkan ketegangan otot-otot badan dan membantu dalam mendapat pemikiran yang lebih tenang dan santai.


p/s:Dah update,sebab kat penulisan2u terpaksa tunggu seminggu baru ada new chapter,aya post sini dulu.Pada siapa2 yang dah baca DEB ni dari bab 1 sampai bab 3,komen2 lah :),boleh bagi cadangan sekali kalau cerita aya ni ada kekurangan ke apa.. komen anda sangat di hargai :) enjoy~ ;)

5 comments:

  1. saya da baca..hehe(bangga ni!!)
    best n3 nii...i loike i loike
    gambatte ye,ayamiaka!!!
    awk buat la cite ap pon,sy sanggup bc..
    terharu x????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha thank you sebab suka entry kali ni.Buat aya rajin pula nak update bab 4 esok kalau takde apa2.Terharu sangat,thank you ye.Stay tune ;)

      Delete
  2. saya suka sangat citer. memang mantap arr bagi saya.

    ReplyDelete
  3. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete