Bab dua
"Mike!"Jerit seseorang dari pintu dewan.
"Mike!"Jerit seseorang dari pintu dewan.
Mike menoleh
sekajap lalu meneruskan latihan tanpa memperdulikan gadis yang memanggil
namanya itu.
"Mike!"Gadis
tinggi lampai itu menghampirinya.
Mike berhenti
berlatih."What?"
"Why you
chose her?You know my daddy wants you to choose me!right?"Perempuan itu
bersuara manja dan mempamerkan wajah sedih.
"No.Your
father asked us to choose a girl.Only 2 girls.I'd rather choose her than you."Mike
membalas dengan wajah selamba.Rimas dengan gadis di hadapannya ini yang tidak
henti-henti mengejarnya.
"But you
know who he meant!"Kata gadis itu lagi.
"Mariah!It's
over.Now will ya please shut up and go!"Suara Mike tertahan-tahan tanda
dia sedang menahan marah.
Mariah
menghentakkan kakinya lalu berlalu dari situ.Dia tahu kalau dia bersuara
sepatah lagi tentu Mike akan menjerit padanya.
.......................................................
.......................................................
Petang itu,ketika Aisy mengulangkaji matapelajaran maths di perpustakaan,Ifti datang
menemuinya.
"Aisy!Baik
kau pergi ke dewan sekarang sebelum ketua basketball tu mengamuk."Ifti
memberitahu.
"Kenapa pulak?"Aisy
masih dengan egonya.
"Aku takut
nanti hidup kau jadi tak senang."Ifti gelisah.
"Memang
hidup aku tak senang sekarang ni tau."Aisy mencebik.
"Takkan kau langsung tak tahu tentang perangai ketua basketball tu?Dia tu menakutkan.Kalau kau tak
percaya tanya la kat budak-budak west wing dengan north wing.Hidup kau akan
terseksa.Nasib kau baik semalam kau attack dia,dia tak
menyinga."Ifti membalas dengan cebikan juga.
"Kau jangan
nak takut-takutkan aku pula.Aku tak pernah dengar apa-apa perkara buruk tentang
dia pun."Sanggah Aisy.Sejujurnya kecut juga perut Aisy mendengar cerita
Ifti.
"Oh lupa.Kau tak
pernah kisah apa-apa pun yang berlaku kat sekolah ni,kau dengan hidup kau je
kan?"Terasa kena sindir pula apabila mendengar kata-kata Ifti.
'Tapi betul juga
kata si Ifti ni.'Dalam diam Aisy mengiyakan.
"Apa yang
menakutkan sangat tentang dia tu?"Aisy mempamerkan riak berani.
"Tahun
lepas,ada budak lelaki ni cari pasal dengan dia,lepas dua tiga hari,dah tak
dengar dah cerita tentang dia."Ifti bersuara cuak.
"Takkan
la.Kau ni ada-ada je la."Aisy ketawa kecil.
"Takkan kau
tak perasan,budak lelaki tu Ilman,takkan kau tak ingat,macam mana hebohnya
sekolah ni bila Ilman tiba-tiba je hilang dari sekolah ni."
"Ilman?Bulat
mata Aisy.Dia akui dia ada dengar nama Ilman tapi dia betul-betul tak tahu apa
yang terjadi pada Ilman sehingga membuatkan Ilman tidak hadir ke
sekolah lagi.
Ifti mengangguk-anggukkan
kepalanya.
"Baru tujuh
bulan lepas,budak lelaki yang jadi pengurus mereka tiba-tiba jadi kurang siuman.Dengar
cerita,Ketua basketball dah buat sesuatu yang dahsyat kat dia."
"Kau ni
apehal?Takkan la,dia tu ketua basketball ke ketua yakuza."Aisy mendengus
marah.
Ifti mengangkat
bahu tanda tidak tahu.
"Ketua
basketball tu berkuasa,berbahaya,kalau kau cari pasal dengan dia,aku takut
kau...."Kata-kata Ifti terhenti di situ.
Entah
kenapa,tiba-tiba Aisy jadi gerun.Tengok dari muka semalam,memang lelaki tu
macam tak ada perasaan.
"Tapi
kenapa budak-budak perempuan masih gilakan dia kalau betul dia tu
berbahaya?"Tanya Aisy lagi.
"Tu pasal
dia kacak dan nampak cool.You know,ada ciri-ciri idaman wanita.Tapi
berbahaya."Ifti menekankan perkataan bahaya.
"Hish kau
ni,kalau aku la,dah tahu bahaya lebih baik tak suka,lebih baik jauhkan diri
dari dia."Aisy mengeluh.
"Kenapa selama ni kau tak pernah cerita pun kat aku?"Aisy menyoal geram.
"Kan
aku dah cakap,kau tak pernah kisah apa-apa pun yang terjadi di sekolah
ni,kau dengan hidup kau je kan?"Adush!Kena sindir lagi.
Aisy mengeluh lemah.
"Kalau kau
nak selamat baik kau pergi sekarang,aku takut dia mengamuk,dengar cerita
juga,dia pantang orang tak dengar kata dia.Nahas kau nanti.Pasal kau tengking
dia semalam pun aku tak tahu apa dia akan buat,dari kau buat dia makin
marah,baik kau cepat-cepat ke sana."Ifti bersuara cemas.
'Hmmm..kalau
betul cerita dia ni,nahas aku,dari teruskan cari masalah,baik aku prevent
masalah.Tapi,aku tak kan tunduk pada ketua basketball tu.Lihat lah
nanti,mengalah sekarang bukan bererti mengalah selamanya.'Desis hatinya.
Aisy mendengus
kasar."Iya la,iya lah,aku pergi."
Ifti
tersenyum.Senyuman yang penuh dengan makna yang hanya dia dan Allah saja yang
faham.
...................................................
Aisy seboleh mungkin mengelak dari lelaki yang menjadi ketua pasukan basketball sekolahnya itu.Dia sedikit cuak mendengar cerita Ifti tadi.Menyesal pun ada kerana sesuka hati menyerang lelaki itu kelmarin.
"Eh awak datang juga."Sapa seorang lelaki berpakaian baju uniform basketball.Lelaki itu tersenyum mesra sambil duduk tidak jauh dari Aisy.
...................................................
Aisy seboleh mungkin mengelak dari lelaki yang menjadi ketua pasukan basketball sekolahnya itu.Dia sedikit cuak mendengar cerita Ifti tadi.Menyesal pun ada kerana sesuka hati menyerang lelaki itu kelmarin.
"Eh awak datang juga."Sapa seorang lelaki berpakaian baju uniform basketball.Lelaki itu tersenyum mesra sambil duduk tidak jauh dari Aisy.
Aisy diam tidak
membalas.
"Awak kata
tak nak datang semalam?Dah takut ke?"Lelaki itu tersengih-sengih.
Aisy
menoleh,memandang tajam wajah lelaki itu.'Sibok je..'Marah Aisy didalam hati.
Aisy sedaya
upaya menahan mulutnya dari berkata-kata.Dia takut kalau-kalau apa yang Ifti
katakan itu benar.Tak pasal-pasal diri dia pula yang kena.
"Pergi la
laporkan diri kat Mike."Lelaki itu tidak jemu untuk membawanya berbicara.
"Siapa
Mike?"Tanya Aisy tanpa memandang lelaki itu.
"Ketua
basketball."
'Gulp!'Aisy
menelan liur.Cepat-cepat Aisy bangun menuju ke hujung dewan apabila melihat
wajah ketua basketball yang garang itu.
"Mike?"Panggil
Aisy kepada lelaki yang baru diketahui namanya itu.'Melayu ke cina?Nama macam
tak islam je.'
Mike
menoleh.Hatinya bersorak kemenangan.Dia yakin gadis itu akan datang walaupun
rakan-rakannya mengatakan gadis itu tidak akan muncul petang itu.
Mike tersenyum
sinis.Aisy teringat akan senyuman sinis itu,senyuman sinis itu tidak pernah
dilupakan.Mike la lelaki yang meng'interview' dirinya dulu.
Senyuman sinis
itu juga lah selalu berjaya membuatkan hatinya meradang.
“Jangan suka hati panggil aku dengan nama,panggil
aku Ketua,FAHAM??”Arah Mike dengan wajah bengis.
"Sebagai
menyambut kedatangan pengurus baru..”Mike memandang Aisy atas bawah.”Pergi
belikan kami minuman dan makanan.Cepat!"Arah Mike dengan suara
lantang.Kecut perut Aisy mendengar pekikan Mike.
“HAH??”Aisy
tidak dapat menahan dirinya dari rasa terkejut.’Aku yang di sambut,aku juga
yang di suruh beli.Dasar!’Sumpahnya dalam hati.
'Memang betul
kata Ifti,lelaki ni berbahaya.Senyuman sinisnya,suara dia semua macam yakuza
je.'Walaupun geram dengan suara pekikan Mike yang besar mengalahkan suara
perempuan menjerit,Aisy tetap menahan dirinya dari mengeluarkan kata-kata yang
lancang dan pedas.
"Apa kau
tunggu lagi?"Lelaki itu memandangnya tajam.
"Duit?"Dengan
wajah polos Aisy bertanya.’Takkan nak guna duit aku pula,ikat perutlah aku
jawabnya.’Aisy mengomel dalam hati lalu menadah tangannya.
‘Nampaknya budak
ni betul-betul tak tahu apa-apa tentang pasukan ni.’Desis hati Mike.
"Just tell
them you buy those for us."Mike bersuara tanpa melihat wajah Aisy.
'Waaa..makcik-makcik
kantin pun takut dengan dia?Sampai boleh makan free.Nampaknya dia ni memang
betul menakutkan dan berkuasa.'Aisy cepat-cepat berlalu dari situ.
..........................................................
Aisy membeli air mineral sebanyak 10 botol dan makanan seperti roti,karipap dan macam-macam lagi kuih untuk pemain-pemain basketball.
..........................................................
Aisy membeli air mineral sebanyak 10 botol dan makanan seperti roti,karipap dan macam-macam lagi kuih untuk pemain-pemain basketball.
"Waaa..dik.Ada
duit ke nak bayar banyak-banyak ni?Untuk apa?"Tanya kakak kantin tempat
Aisy membeli barang-barang itu.
"Ni untuk
pemain-pemain basketball kak."Jawab Aisy.
Berubah muka
kakak kantin tersebut.Cepat-cepat dia memasukkan makanan-makanan dan
minuman-minuman tersebut kedalam beg plastik.
'Takkan la akak
ni pun takut?Kenapa aku selama ni tak pernah dengar orang takut kat ketua
basketball tu?Selama ni yang aku dengar,kacak sana kacak sini.'Aisy mengambil
plastic-plastik yang dihulur oleh kakak kantin tersebut.
'Mak oiii beratnya..'Aisy
mengangkat barang-barangnya tersebut perlahan-lahan.Kejap-kejap dia berhenti
berehat.
Akhirnya Aisy
sampai juga ke dalam dewan.Mike tersenyum sinis.Senyuman sinis sentiasa
menghiasi bibirnya,susah untuk melihat senyuman ikhlas terbit dari bibir lelaki
bergelar ketua basketball tersebut.
Semua
pemain-pemain basketball berjalan menghampirinya.
Mereka mengambil
makanan dan minuman masing-masing lalu duduk di bangku sambil berbual-bual.
'Tak reti nak
ucap terima kasih!'Aisy mencebik.
"Apa yang
buat kau ubah fikiran?"Lelaki yang menegurnya awal tadi bertanya soalan
yang dia sendiri tiada jawapan.Mungkin dia ubah fikiran kerana takut dengan
Mike?
Sejak dia ada
kaitan dengan pasukan basketball ni banyak perkara yang dia tidak ambil endah
dahulu,dia ketahui.
‘Arghhhh
sangat-sangat menyusahkan.Aku lebih suka kehidupan aku dulu.Kalau aku dapat
siapa yang calonkan nama aku.Aku kerat 18 badan dia.Nahas!’Dia
menyumpah-nyumpah didalam hati.Wajahnya berkerut seribu.Mulutnya mengherot ke
kiri,mengherot ke kanan kerana menahan geram.
Lelaki yang
berdiri di sebelahnya itu ketawa besar melihat ekspressi wajah Aisy yang
melucukan.
‘Cis!!!Ketawa
macam beruk kat hutan je’ Didalam hati Aisy mengutuk lelaki itu kerana
mengetawakannya .
“So
jawapan?”Tagih lelaki selepas puas mengetawakan Aisy.
"Hoi
budak!"Mike menjerit memanggil Aisy.
Aisy memandang
ke kiri dan ke kanan.Semua buat tidak peduli.Lelaki tadi hanya memandangnya
meminta jawapan.
Aisy menghampiri
Mike tanpa memperdulikan soalan lelaki tadi.
"Kutip bola
ni.Cepat!!"Arah Mike sedikit keras.
’Suara macam
gaya orang nak mengugut je.Ceh!’
Ingin saja dia
menempelak Mike,tapi entah kenapa perutnya kecut.Dia tiba-tiba jadi takut
dengan Mike.Itupun kerana cerita-cerita Ifti dan reaksi akak kantin tadi.
Tanpa membantah
Aisy terus mengutip bola-bola itu lalu memasukkannya kedalam bakul khas untuk
bola basketball.
'Aku tak boleh
macam ni,aku kena siasat!Betul ke tidak cerita si Ifti tu.Aku tak boleh takut
pada si Mike tu!'Putus hatinya.
'Manager pun
jadi macam orang suruhan patut tak ada yang tahan.'Dia ada dengar orang-orang
yang menjadi manager kelab basketball tiada yang tahan dengan perangai ketua
basketball tersebut,paling-paling pun 5 bulan.Sebab tu kebanyakkan candidatesnya
lelaki.Walaupun pemain-pemain kelab tersebut diminati ramai tetapi gadis-gadis
tersebut lebih suka melihat mereka dari jauh dari menghampiri.Semua kerana
perangai Mike?
..............................................................
"Sush,aku tak sanggup la.."Rengek Aisy kepada teman baik nya."Hari pertama dah kena suruh buat macam-macam.Hari kedua ni macam mana pula?"Aisy mengadu.
..............................................................
"Sush,aku tak sanggup la.."Rengek Aisy kepada teman baik nya."Hari pertama dah kena suruh buat macam-macam.Hari kedua ni macam mana pula?"Aisy mengadu.
"Sabar
la,aku pun baru dengar tentang ketua basketball tu,tak sangka betul dia tu
menakutkan.Selama ni aku dibutakan dengan kekacakkan dia aje."Sushmita
mengeluh.
“Kau
kipas-susah-mati pun tak tahu apa-apa?”Aisy memandang teman baiknya dengan rasa
tidak percaya kerana selama ini Sushmita nampak taksub dengan mereka.
"Aku memang
ada dengar tentang Ilman dan budak sorang tu tapi tak pula aku tahu semua tu
pasal ketua basketball.Lagipun I only love their faces not stories."Kata Sushmita
lalu duduk bersebelahan Aisy.
“Blok dia kan
jauh dari blok kita.Kalau aku tahu dia tu menakutkan aku tak sokong kau
masuk.”Sambung Sushmita lagi.
"Kalau aku
dapat siapa yang taruh nama aku,siap dia aku kerjakan,sebab dia la aku jadi
macam ni.Naik gila aku di buatnya."Aisy menghempapkan mukanya perlahan ke
atas meja.
"Aisy!Ketua
Basketball memanggil awak ke dewan latihan sekarang."Kedengaran namanya di
corong radio sekolah.
'Alamak!Aku dah
lambat.Gila,mati aku kena marah!'Aisy cepat-cepat berlari meninggalkan
Sushmita.
"Aisy!Take care!..”Laung Sushmita.Aisy memperlahankan lariannya untuk menoleh memberikan
senyuman kepada Sushmita sebelum melanjutkan larian pecutnya tadi.
hehe...i've found your blog...haha
ReplyDeletei like your stories...i loike i loike i loike!!!!
post n3 br tau..cpt2 pls pls pls....
.....D gelojos........
Hahaha.. thank you sebab suka karya aya.Hahaha okay,aya akan post nanti.check it out tau ;)
ReplyDeleteAgen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2Ec260
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88