Sunday, September 23, 2012

Dia Encik Basketballku 13


Bab 13

Perlawanan bola keranjang tersebut di menangi oleh Pasukan basketball Sekolah St.Anthony English School dengan skor 82:76.
“Wuhuuu..”Andy membuat aksi high five dengan Zafran,Wentz dan Yafiee.
Mike pula merasa sangat gembira kerana dapat mengalahkan pasukan lawan.Yang paling memuaskan apabila melihat wajah jurulatih mereka merah padam menerima kekalahan.
“Great game Mike.I know you gonna win.You are the best.”Mariah tanpa dipinta memberikan pujian melambung.
Zafran angkat kening seakan memberi isyarat.Andy dan Wentz sudah tersenyum-senyum.Ibu jari di angkat tanda beres.
Bola basketball di lantun-lantun di lantai dewan oleh Andy.Wentz pula bertindak sebagai penghadang,Andy melakukan teknik crossover,melantunkan bola dari tangan kanan ke tangan kiri untuk mengacah-ngacah Wentz sebelum membengkokkan lutut dan bergerak pantas lalu menetapkan fokus mata pada bakul bola keranjang.
Andy melakukan lompatan tinggi dan membaling bola tepat ke gelung bola keranjang.“Goall....Ole ole ole..Kita menang,kita menang..”Dengan senyuman lebar Andy berlari mengelilingi gelanggang dewan sambil mengangkat kedua-dua tangannya.
‘Macam budak-budak..’Desis hati Aisy.’Aku halang pun bukan nak dengar..Aku berserah je la..”
Pihak lawan yang masih duduk-duduk berehat mula merasa tercabar dan terhina melihat perlakuan mereka terutama lelaki berbadan tegap dan besar yang memakai jersi nombor 16.
Baru sahaja lelaki itu hendak bangkit,bola basketball tepat mengenai wajahnya.
Berpinar-pinar pandangan mata lelaki itu sebelum rebah terduduk.
“Maaf..We are overexcited...sebab..”Zafran menemukan kedua-dua tapak tangannya dengan wajah yang bagi Aisy menghina.
“Kami menang..”Jerit semua pemain-pemain bola keranjang sekolah.
“Boooo....”Sebahagian besar penuntut sekolah ini yang belum balik turut-turutan,membakar hangat lagi perasaan jurulatih dan pemain-pemain basketball Sekolah St.Gregory English School.
“Orite!!”Andy sekali membuat aksi high five dengan Zafran.Mike hanya duduk-duduk,memejamkan mata kerana membuang rasa letih yang bertapa.
Jurulatih yang bernama Zainal itu menerpa Zafran dan Andy. “Korang berlaku kasar.”
“Wowowowo..tolong tanya anak buah kamu tu,ketua pasukan basketball kehormat..Liam?”Zafran membongkokkan sedikit badannya,tangan kanan mendepa sedikit ke arah Liam,seperti aksi ‘dengan hormat mempersilakan’ seseorang.
Liam mengetap bibir,ketara kelihatan urat-urat dilehernya.
“Coach jom kita balik.”Pinta Liam.Wajahnya tegang.
“Eh Liam diorang dah hina kita,Coach takkan berdiam diri.Diorang ni budak hingusan yang berlagak.”Encik Zainal melontar kata nista.
“Weii mulut jaga sikit,siapa yang cabar budak-budak hingusan berlagak ni dulu?”Andy sudah mula hilang sabar.
“Liam dah setuju,mana-mana pihak yang kalah akan dimalukan!”Wentz bersuara,tangan kanannya memegang bahu Andy yang kelihatannya ingin menyerang.
Aisy melihat pergaduhan yang tercetus dengan perasaan risau.’Yang si Mike ni kenapa nampak macam tak peduli?Siap boleh tidur lagi?’
Encik Zainal memandang pemain harapannya itu dengan wajah tegang.”Liam?Betul?”
Liam menunduk.Wajahnya menahan malu bercampur marah.
“By the way sebab kami masih punya belas kasihan,ini belum lagi memalukan dalam erti kata sebenar.Moral of the story:Jangan merendah-rendahkan orang kalau tak tahu kebolehan sebenar seseorang.Ehhh oppsss..korang dah tahu kitorang adalah champion di Bandar ni tapi masih juga nak cabar..Moral of the story yang sebenar adalah :Jangan cabar champion kalau tak nak malu kwang kwang kwang..”Andy terus-terusan memprovok.Bagi Aisy itu sangat melampau tapi siapalah dia untuk melarang.Hanya pengurus yang dibuli dan dihamba abdikan.
“Jom balik!”Encik Zainal meninggalkan dewan dengan perasaan malu yang menggunung.Sudah lah kalah,pemain-pemainnya juga dimalukan sebegitu.Melampau!
.........................................
“Aisy..”Panggil Sushmita.Ifti,Nazmi dan adiknya Shah juga ada.
“Kacaknya abang-abang aku main..terutama masa diorang kerjakan students St.Gregory tu.Oh..kacak..”Sushmita memuji-muji dengan aksi berlebihan.
“Amboi..puji melambung..melangit tinggi..Geram aku.Aku tak suka diorang buli-buli,malukan orang macam tu..”Marah Aisy.Memang dia pantang dengan orang macam tu.’Kalaulah idea aku lebih brilliant dari tulis rules kat manila kad..huh..jenuh-jenuh je tangan aku tulis..’Aisy mengeluh.
“Weii mana Seiran tu?”Tanya Ifti sambil melilau-lilaukan pandangan.
Aisy baru sedar yang Seiran tiada disitu.Malah dia sudah lama tidak nampak lelaki itu.
“Agaknya dia dah balik kot...”
“Balik mana?”Soal Ifti. “Aku tak nampak unfamiliar face pun kat tempat duduk pemain..”
“Dia memang takde aku rasa.Mungkin balik ke mana-mana entah..Hari tu kan aku dah bagitahu dia ada cakap nak balik..tu lah kot..”Jelas Aisy.
“Laaa boringnya..tak sempat tengok.Aku bet mesti kacak juga kan..”Sushmita berkata dengan nada hampa.Tak ada lain dalam otak minah ni,kacak kacak dan kacak je..Huh..ish ish ish..
Nazmi hanya berdiam diri tapi  matanya tidak lepas dari memandang sepupunya itu.Ifti yang menyedari renungan mata Nazmi pada Aisy menyilang tangan,hatinya terasa sakit.Wajahnya tiba-tiba saja mencuka.
“Hoii budak..”Jeritan Mike bergema memanggil Aisy.
“Aku sana dulu.”Ucap Aisy.Sushmita menemukan jari telunjuk dan ibu jarinya membentuk seakan bulat,jari yang lain dibiarkan tegak,tanda okay.Adiknya Shah,mengangguk,Ifti buat tidak peduli.Nazmi pula mula merasa risau namun berjaya disembunyikan dengan baik.
“Tadi dah elok-elok panggil nama aku..Ni start balik panggil aku budak..budak..”Omelan Aisy nyata didengari oleh Mike.
“Aku dengar..Kau nak aku tambah hukuman kau?”Ugut Mike.Matanya masih terpejam.
‘Gila tajam telinga dia..’Kali ini Aisy mengambil inisiatif bijak untuk mengutuk dalam hati sahaja.
“Hehehe..”Aisy tersengih.”Tak ketua,cukup dah empat tu.”
“Pasal hukuman kau,aku akan fikirkan hukuman yang bersesuaian dengan kau.”Senyuman sinis kembali terukir.”For now kau boleh lah blah..”
‘Cis cakap tak pernah nak lembut..blah..blah..blah..aku belah karang..’Aisy semakin giat mengutuk ketua basketball itu.
“Balik dulu ketua.By the way,saya sangat gembira dengan kejayaan hari ni walaupun saya pengurus yang tak tahu apa-apa mengenai basketball but seeing you guys bermain dengan bersungguh-sungguh tadi,hmmm...rasa macam berminat pula..”Aisy melambai Mike yang langsung tak memandang ke arahnya.
........................................
Selepas solat subuh,Aisy turun ke bawah,niatnya ingin berjoging kerana sudah lama tidak bersenam.Semasa melintasi dapur,dia ternampak mamanya sedang menyediakan sarapan pagi.Haruman bau nasi lemak dipagi hari membangkitkan selera.Perut Aisy tiba-tiba saja menyanyikan lagu syahdu.
“Jarang mama nak masak heavy breakfast,hari ini ada something special ke?”
“Hmm.. tak jadi lah joging aku hari ni..Nasi lemak buatan mama lebih penting..”Aisy menghampiri Puan Husnina.
“Mama...”Tegur Aisy.
“Hmm..Aisy..mama ada buat nasi lemak.Tapi tunggu papa dan Shah baru makan.”Kata Puan Husnina.
“Okey.”
“Bawa makanan-makanan ni ke meja makan.”Arah mamanya.Aisy patuh menuruti arahan Puan Husnina.
“Asalammualaikum..”Encik Abdul Rahman,papa Aisy menghulur salam suci.
Jarang papanya itu lekat di rumah,selalu pergi outstation atau overseas kerana hal kerja.Hari cuti sebegini memang seronok kalau meluangkan masa bersama keluarga apatah lagi makan bersama semeja.Best.
“Aisy pergi panggil Shah,budak tu kalau tak dipanggil,sampai ke malam pun tak bangun.”
Aisy cepat sahaja berlari anak menaiki tangga.
Tukk..tukk..tukkk..
Jenuh tangan Aisy mengetuk pintu bilik adiknya.’Shah ni kalau tidur susah nak sedar..geram..’
“Shah cepatlah bangun..Breakfast..”Laung Aisy sedikit kuat dari luar bilik sambil tangannya masih ligat mengetuk pintu.
Lambat-lambat pintu dibuka.Wajah adiknya tersembul dimuka pintu dengan rambut kusut masai,mata terpejam dan mulut yang terkuak besar kerana menguap.
“Shah..cepatlah turun..Mama buat nasi lemak tu..”
Demi mendengar perkataan nasi lemak yang merupakan makanan kegemarannya,matanya terbuka luas.Dia mengusap kasar wajahnya lalu menyisir rambut dengan jarinya agar nampak lebih kemas.Cepat sahaja dia ingin meluru turun namun sempat Aisy menahan dengan menarik kolar baju tidurnya.
“Weii weii..weii..disgusting la kau ni Shah..cuba cuci muka dulu,berus gigi..Ishh..”Aisy membebel sambil menggeleng-geleng kepala kerana perangai adiknya yang gelojoh itu.
“Kau nak kena bebel dengan mama papa atau kau nak pergi tandas dulu?”Aisy sengaja menggunakan mama dan papa sebagai senjata kerana mereka berdua pun sudah masak dengan perangai papa dan mama yang tidak suka mereka makan sarapan dengan penampilan yang selekeh dan gigi yang belum berberus.
“Iye lah..Shah pergi..”Muka Shah berubah monyok.
“Takkan lari nasi lemak tu Shah..”Aisy menyindir dalam nada usikan.
“Shah..Aisy nanti lepas Zohor bersiap awal sikit..papa nak bawa kamu pergi satu tempat.”Encik Abdul Rahman berkata apabila mereka semua sedang duduk-duduk di ruang tamu sambil menonton kartun tom and jerry.
“Pergi mana papa?”Tanya Shah dengan wajah teruja.
“Adalah..Karang cepat siap,jangan berlengah.”Sekali lagi papanya mengingatkan kedua-dua anaknya untuk bersiap awal selepas solat Zohor nanti.
.........................................
Aisy yang baru keluar dari kedai menjual buku di salah sebuah toko buku terkenal bergerak ke kedai menjual berbagai jenis mainan dari lego,nerf,puzzle,mainan barbie,mainan masak-masak,robot dan bermacam-macam lagi.Dia tahu adiknya Shah pasti ada disitu.
Bukk!!
Tiba-tiba Aisy dilanggar sesuatu.Aisy terdorong sedkit kebelakang.Terkejut Aisy dibuatnya.
‘”Ish..apanih langgar-langgar ni?”Marah Aisy dengan perasaan geram yang menggunung.
Mata Aisy terpaku pada seseorang yang sedang terduduk akibat jatuh.Cepat-cepat Aisy menghulur tangan menolong kanak-kanak comel itu bangkit berdiri.
“Adik..hati-hati..”Aisy tidak jadi marah apabila mendapati yang melanggarnya tadi hanya seorang kanak-kanak comel.
“Sorry kak..”Petah anak kecil itu memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan.
“Takpe..Hati-hati..”Aisy mengusap lembut pipi mulus si kecil.
“Kakak...”Baru sahaja Aisy ingin melangkah pergi si kecil tadi memanggil.
“Ye?”
“Err kakak tahu tak kat mana kedai musik?Aku lupa la..”Kanak-kanak itu terlihat semakin comel pula apabila menggaru-garu dahinya.Caranya bercakap macam Aisy tu rakan sebaya dia je.
“Kakak tak tahu..Adik kenapa nak pergi sana?”Tanya Aisy sedikit pelik.
Kanak-kanak itu tersengih.”Aku sesat..”
“Macam mana boleh?”Aisy semakin pelik.
“Tadi aku sembunyi-sembunyi pergi kedai mainan.Sekarang nak balik tapi tak ingat jalan pula..”
“Hmm.. okey..akak tolong cari tapi adik tunggu sini tau.Jangan ke mana-mana.Nanti sesat lagi,susah.”Aisy memesan dengan nada tegas sebelum berlalu dari situ mencari di mana kedai yang menjual barangan musik.
Pencariannya belum membuahkan hasil.Aisy mengeluh perlahan.”Lebih baik aku patah balik,patutnya aku bawa budak tu sekali,minta clue ke apa.Slow thinking lah kau ni Aisy..”Aisy menepuk dahi sambil berkata-kata sendiri,mengomen kelembapan diri sendiri berfikir.
.................................
Mike mencari-cari Andre dikedai menjual mainan tapi hampa.Budak itu tiada disitu.Hatinya tiba-tiba jadi risau.Selagi Andre tiada didepan mata selagi itu dia akan keresahan.Pertama kali Mike merasa takut yang teramat,dia takut terjadi apa-apa pada si kecil comel itu.Lututnya menggeleter pun begitu masih mampu berjalan pantas,tangannya berpeluh,hatinya berdetak hebat,lebih laju dari biasa dan bola matanya fokus mencari di serata tempat.
Tanpa disedari langkah laju Mike bertukar menjadi larian anak akibat tidak dapat mengawal perasaan gemuruh dan takut.Dia ingin segera menemui Andre.
Berdecit sedikit bunyi kasut sukannya yang mempunyai tapak yang sedikit tebal apabila dia berhenti mengejut.Hanya 5 langkah darinya,Andre sedang berdiri membelakanginya.
“Andre..”Panggilnya.Detakkan jantungnya yang tadi laju sekarang mulai kembali ke fasa normal.Dia lega.
Andre menoleh.Matanya yang bulat dan polos merenung Mike dengan sengihan.Andre berjalan dengan langkah yang tenang.
“Weii Mike mana kau pergi hah?Letih aku cari kau..”Tangan kecil Andre menumbuk lembut kaki Mike.
Mike mencubit pipi Andre lembut. “Kau yang pergi mana?Aku cari kau dimana-mana..”Mike duduk mencangkung sebelum mengangkat Andre ke dukungannya.
Aisy yang berada tidak jauh dari mereka berhenti mendadak.Terkejut beruk dia apabila mendapati lelaki yang mendukung Andre itu adalah Mike.Aisy mencari tempat yang sedikit terlindung dari penglihatan Mike.
‘Abang dia ke?’Aisy menajamkan telinga,ingin mencuri dengar perbualan diantara mereka berdua.
“Hehehe..Bibir kau pucat..”Komen Andre.
 “Bibir aku memang pucatlah..”Mike terus menjilat bibirnya dengan lidah untuk membasahkan bibirnya yang terasa kering.
“Weii Andre kau janganlah suka hati pergi mana-mana..Ish kau ni..Aku tak bawa kau lagi,baik bawa Natalia..”Marah Mike tapi suaranya kedengaran lembut walaupun sedikit keras.Aisy rasa lebih kepada omelan.
“Sorry la Mike.Tadi aku ajak masuk kedai mainan tu kau tak nak..Bosan la kat kedai musik,kedai papa pun sama je.Pergi kedai papa je la..”Andre meningkah sambil memuncungkan mulut.
Aisy kagum dengan keberanian budak itu bersuara pada lelaki serius seperti Mike.Siap panggil Mike lagi.Mike pula tak meradang.
 “Laaa budak,bukan tahu apa..main redah je kalau bercakap kan..”Bisik Aisy.Matanya terus memandang kedua lelaki dihadapannya.
Pertama kali Aisy melihat mata lelaki itu seperti ceria dan berbeza dari pandangan mata biasanya ketika di sekolah.Perlakuannya juga berbeza.Selama lebih dari dua minggu mengenali Mike,belum pernah dia melihat wajah Mike berubah selembut itu apabila bercakap dengan orang apatah lagi ketika tidak.Selalu serious,monyok dan menjengkelkan.
Mike tersenyum.”Banyaklah..Jom kita balik.”
Aisy terpukau melihat senyuman ikhlas yang terbit dari bibir Mike.Senyuman itu membuat wajah Mike menjadi sangat tampan.Indahnya senyuman itu tapi kenapa dia tidak pernah mahu mempamerkan senyuman sebegitu?
Mike yang Aisy kenali tidak pernah tersenyum ikhlas,hanya senyuman sinis yang menjadi pilihan untuk dilontarkan kepada manusia sekelilingnya.
‘Mike pernah tertawa..’Bisik hati Aisy.Ya,tapi Aisy dapat rasa ketawa itu muncul bukan kerana manusia lain itu sendiri bukan juga kerana Mike merasa bahagia lantas tertawa.Aisy kurang pasti pula sebab sebenar kenapa Mike tiba-tiba ketawa dalam tandas tempoh hari.
Aisy ingin mengekori Mike tapi apabila terkenangkan papa dan mama,dia terpaksa melupakan hasratnya itu.

p/s: I am trying my best to not give up. Kalau lambat update harap readers bersabar dengan saya. Saya akan tetap habiskan cerita ni.Cepat atau lambat.Sorry.And thank you yang komen dan setia membaca. Love you guys!!!

 

8 comments:

  1. Best sngt :)
    Mohon teruskan ^^
    Chaiyok-2 (;

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sgt2.:) akan teruskan sampai habis.. ^^v..

      Delete
  2. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete