Tuesday, April 2, 2013

Dia Encik Basketball ku 17


Asalammualaikum.. Sorry agak terlambat post new entry. Esok Aya akan post bab 18 okay? ;).. Thanks pada yang support and followers blog Aya.. Thank you sangat2..<3


Bab 17


“ Kau luahkan  je la perasaan tu... Belum cuba belum tahu..” Beria-ria Ifti memberi sokongan pada Aisy. Sushmita pula hanya mengangguk. Budak itu memang teruja sakan apabila mengetahui Aisy menyimpan  perasaan pada Mike. Lelaki kacak menakutkan tapi digilai ramai gadis. Cewah..
“Kau gila!” Marah Aisy. Gila.. gila.. Nak luahkan apasal? Nak kena pelangkung dengan Mike ke? Naya... naya..
“Kenapa pula?” Tanya Ifti.
“You know him right? Kalau aku luahkan, tu ibarat mencari nahas.”
“Kalau kau  tak luahkan kau akan menyesal. Atleast cuba la sekali. Mana la tahu kan dia pun suka kat kau..”Kali ini giliran Sushmita pula memberi semangat dan sokongan padu. Entah kenapa dengan dua orang temannya itu, sangat bersemangat untuk membuatnya meluahkan perasaan pada Mike.
“Aku tak yakin la Ifti... Sush..” Aisy mengeluh. Kalau dia tu lelaki normal okay la juga.. Tapi ni ish.. aku takut la..”
“Kau rasa dia jahat tak Aisy?” Tanya Ifti.
Aisy menggeleng perlahan. “Dia tak  jahat cuma dia kurang sabar dan bertindak sesuka hati. Tapi aku tahu dia baik.”
“Kalau macam  tu nak takut apa?”
‘Aku takut di tolak dan  itu akan membuat aku menjadi jauh dari dia..’ Itu hanya mampu di ucapkan di dalam  hati.
“Korang tahu kan.. Dah la.. Nanti aku fikirkan...” Aisy tidak mahu berbicara lanjut mengenai perkara itu. Dia runsing.
.........................................................................................
 “Mike..” Tanpa sedar Aisy menyebut nama itu. Akibat terlalu ralat memandang wajah Mike,dia terlupa keadaan disekelilingnya.
“Mike?” Zafran memandang wajah Aisy penuh kehairanan.
Aisy menoleh.
“Kenapa dengan  Mike?” Soal Zafran yang ketika itu sedang break dari bermain bola keranjang.
‘Erk?! Aku sebut nama Mike ke?’ Berubah wajah Aisy.
Zafran  nampak seakan menagih pemnjelasan.
“Er.. kenapa dengan  Mike?” Aisy pura-pura kehairanan sama.
“Eh?” Zafran yakin dia tidak silap dengar.
“Zafran!” Mike menjerit memanggil namanya. “Get back to the field!”
Zafran  tersenyum  pada Aisy. “Tak ada apa la.. Okay pergi dulu.”
Aisy tayang wajah selamba. “Fuh!”.. ‘Ish mulut ni kenapa la boleh  tersebut nama dia.. Nasib pandai cover..’
“Aisy!” Mike menjerit sekali lagi. Kali ini memanggil namanya pula.
“Jangan nak goyang kaki. Hari ini last kita training so please.. Focus. Jangan asyik nak berehat, nak berangan!” Keras nada suara Mike memberi ceramah.
Terkocoh-kocoh Aisy menghampiri Mike.Bola dicapai dan dilambung-lambungkan. Dia bertekad untuk menunjukkan pada Mike yang dia benar-benar serius berlatih. Mana tahu dapat pikat hati Mike he he..Sempat lagi Aisy berangan di saat genting macam  tu.
“Aisy!!! Watch out!!” Jeritan itu datangnya dari Wentz. Mike ingin menarik tangan Aisy,malangnya dia tidak sempat berbuat begitu.
“Gedebukkk..” Aisy terjatuh  akibat terpijak bola basketball yang tiba-tiba saja muncul dibelakangnya.
“Aduh sakit nya..” Aisy memegang belakang badannya. Dia cuba berdiri tapi gagal. Rasanya kakinya terseliuh sedikit. Air mata keluar. Kakinya terasa agak sakit. Dia tidak suka sakit.  Aisy memang orang yang tidak tahan sakit. Ketika dia demam  pun dia akan menangis kesakitan.
 Mike menghampiri dan mencempung tubuh kecil Aisy. Aisy yang tidak menjangka perkara itu akan dilakukan oleh Mike membesarkan mata. Dia terkejut badak dengan reaksi Mike.
“Tahan je..” Mike bersuara lembut tapi dia tidak memandang wajah Aisy langsung.
Aisy merasa berdebar-debar. Denyutan jantungnya terasa berdenyut-denyut lebih 2 kali ganda dari yang biasa. Tangannya terasa berpeluh akibat teruja yang dirasa.
Mike membawanya ke bilik rehat. Di sana Aisy di rawat oleh jururawat yang memang ditugaskan di sekolah itu. Berkerut-kerut wajah Aisy menahan kesakitan.
“Dah okay tak? Sakit lagi? Kat mana?” Tanya Mike. Nada suaranya kedengaran cemas.Wajahnya nampak sedikit risau dengan keadaan Aisy.
Aisy seakan dapat rasa yang Mike risaukan dirinya. Dia merasa seperti ada harapan apabila melihat reaksi Mike sebegitu.
‘Aku patut consider cadangan Ifti dan Sush... Aku patut yakin pada diri..’ Aisy merasakan seperti ada semangat masuk ke dalam dirinya. Dia nekad! Cuma dia perlukan masa yang sesuai untuk melakukannya.
“Dah okay dah...” Jawab Aisy. “Thank you...er.. Ketua... You are a nice guy..”
Pipi Mike tiba-tiba terasa panas pula  mendengar pujian dari Aisy. Itu kali pertama dia dipuji sebegitu,apalagi melihat wajah Aisy yang tiba-tiba saja boleh jadi comel dipandangan matanya. Makin merah pipi dibuatnya.
“Kalau macam tu aku chow dulu..” Mike segera berlalu dari situ. Mike tetap Mike. Control cool.
Aisy tertawa kecil Dia sedar pipi Mike memerah. Dia dapat rasakan Mike seperti serba tak kena.
Aisy meletakkan tapak tangannya ke dada. ‘DUB DAB DUB DAB....’ Denyutan itu terasa laju dari kebiasaan.
..................................................................
“Sush!!! Ifti!!!” Pagi itu Aisy nampak sangat ceria. Penangan semalam masih terasa. Suara Mike yang cemas melihat dia menahan sakit seakan-akan ada di pendengarannya. Sah! Aisy semakin angau.
“Ceria nampak?” Sushmita tersengih-sengih.
“He he..” Aisy juga ikut tersengih-sengih. “Korang... boleh tak korang temankan aku nanti?”Aisy malu-malu kucing hendak meluahkan hasratnya yang satu itu sebab hari tu siap protes lagi.
“Pergi mana?”
“Er...” Aisy ketap bibir. “ Aku nak confess kat Mike.”
“WAAAAA.....” Seperti yang dijangkakan, Sushmita terlebih-lebih excited dengan berita itu.” Boleh! Boleh! Boleh! Aku nak juga tengok reaksi Mike.. he he.. Once in alifetime tu...”
“Bagus! Macam tu la.. semangat..” Sokong Ifti. “Bila kau confess?”
“Tak tahu. Waiting for the perfect time.”
“Eh tak payah la.. Petang ni okay!” Ifti pula yang membuat keputusan.
“Erk?!”

No comments:

Post a Comment