Thursday, July 5, 2012

Dia Encik Basketballku 7


Bab tujuh
 
Ifti segera menghampiri apabila ternampak Nazmi yang sedang mengemas dan menyusun buku-bukunya ke dalam beg.

“Hai Mi.”Sapa Ifti dengan senyuman manis mengalahkan gula.

Nazmi menoleh ke kanan.”Oh hai Ifti.”sambil tersenyum.Tangannya masih ligat memasukkan buku-bukunya yang berselerak di atas meja.

“Petang ni ada extra class tak?”Ifti menyoal.Dalam hati berharap agar Nazmi berkata Ya.

“Yup.”

“Great!Jom kantin.”Ajak Ifti dengan wajah ceria.

“Errr...”Nazmi kelihatan ragu untuk menyatakan.

Wajah Ifti yang tadi ceria kini berubah.”Jangan cakap kau nak tolak ajakan aku lagi.”

“Bukan macam tu,tapi aku ada hal nak settle.Sorry.Maybe next time.”Nazmi beralasan.

“Hal apa?”Ifti bertanya dengan nada kurang senang macam lah Nazmi tu boyfriend dia.

Nazmi diam.Hatinya memberontak.Dia tidak gemar dengan perangai Ifti yang seakan-akan mengawal hidupnya.Siapa dia?Apa hak dia?Namun kata-kata itu hanya di fikiran saja.Tidak sampai hati pula untuk menyuarakan takut si gadis di hadapannya ini berkecil hati.

“Err esok kita lunch sama-sama kat kantin.Boleh?”Akhirnya Nazmi berkata dengan senyuman ceria yang di buat-buat.Saja nak ambil hati.

“Today I really have to settle something important.”sambung Nazmi.

Senyuman Nazmi yang manis menawan membuat Ifti kembali ceria walaupun jauh di sudut hatinya dia merajuk kerana soalannya tidak di jawab.

“Okay,promise?”Ifti menagih janji.

Nazmi mengeluh dalam hati.”Promise.”Bukan niatnya untuk hipokrit tapi memang sifatnya tidak suka menyakitkan hati orang.Dia lebih suka begini dari menjadi orang yang suka menyakitkan hati.
...............................
“Sushmita.”Nazmi melaung nama gadis berbangsa India itu.Sushmita menoleh.

“Nazmi?Apa hal?”Sushmita bertanya dengan kerutan di dahi.

Nazmi menapak ke hadapan,menghampiri Sushmita yang berdiri dalam jarak 10 langkah darinya.“Kau nampak Aisy tak?”.

“Kat dewan kot.Kenapa?”Sushmita yang memang kadang-kadang kaki sibuk bertanya.

“Dia masih jadi pengurus basketball tu ke?”

Sushmita mengangguk.

Nazmi mengeluh kasar.”Siapa yang buat macam ni pada Aisy?Kenapa?”Kata-kata itu lebih kepada dirinya sendiri.

“Apa dia?”Sushmita yang mendengar serba sedikit butir bicara Nazmi bertanya untuk memastikan apa yang di dengarnya itu betul.

Nazmi menggeleng.”Tak de.Okay,aku nak jumpa dia ni.Bye.Thanks.”

“Tapi..”Sushmita yang menjerit sedikit kuat menarik perhatian Nazmi yang baru melangkah dan juga beberapa pelajar yang berada berhampiran mereka.

Nazmi kembali berdiri di hadapannya.”Tapi apa?”

Sushmita kelihatan berat mulut untuk meluahkan kata.

“Sush?”

“Aisy tak suka kau.Nanti dia cakap apa-apa yang menyakitkan hati kau,kau jangan ambil hati sangat.”Nasihat Sushmita ikhlas.

Nazmi tersenyum.”Aku tau lah.Jangan risau,Aisy tu kan cousin aku.”

Sushmita tersenyum hambar.
..................................
Nazmi sampai di hadapan dewan 5 minit kemudian.Dia mencari-cari kelibat sepupunya itu.

‘Mana dia ni?’Nazmi meninjau-ninjau ke dalam dewan.

Aisy yang baru sampai di hadapan dewan mencebik melihat Nazmi.Dia berpura-pura seperti tidak nampak lelaki itu.

Nama saja sepupu tapi Aisy tidak ingat langsung mereka pernah bergurau senda atau bercakap baik-baik macam sepupu-sepupu yang lain.Mungkin kerana mereka berdua bersekolah di sekolah yang sama dan sebaya pula jadi mereka berdua selalu di banding-bandingkan oleh family mereka terutama nenek yang sangat membangga-banggakan Nazmi tapi selalu memperlekehkan dia.Dari segi pelajaran memang Aisy kalah satu langkah,tapi dari segi yang lain,Aisy memang jauh ketinggalan.Tapi manusia walaupun sedarah,tetap berbeza-beza.

Aisy mendengus kasar.

“Aisy!’Nazmi memegang lengan Aisy yang baru hendak masuk ke dalam dewan.

Aisy merenung tajam wajah Nazmi seakan memberi amaran.

Nazmi melepaskan pegangannya,wajahnya merona merah kerana malu.”Sorry.”

Ini bukan kali pertama dia cuba berbaik dengan Aisy tapi gadis itu sangat liat hatinya.Berpuluh-puluh kali dia cuba bertegur sapa dengan sepupu kesayangannya itu namun berpuluh-puluh kali itu juga dia gagal.

“Apa hal ni?”Tanya Aisy dengan nada suara yang jelas rimas.

Nazmi rasa sedikit tersentuh kerana di layan sebegitu oleh gadis yang amat dia sayang.

“Kau datang lah rumah aku.Jumpa nenek dan bawa dia pergi rumah kau.Nenek asyik puji kau je 24 jam.Kau memang suka dan bangga kan?”Aisy kegeraman apabila teringat kata-kata nenek kelmarin.

“Aku tak peduli hal tu.Aku cuma nak bagitahu kau,aku tak buat apa yang kau fikir aku buat.Walaupun kau tak suka aku,pada kau aku jahat,tapi percayalah aku tak buat apa-apa yang aku tahu kau tak suka.Aku tak pernah campur atau paksa kau buat apa yang kau tak suka sebab tu selama ni aku jauhkan diri dari kau.Tapi percayalah aku sayang kan kau.Kita tetap sedarah.”Nazmi meluahkan apa yang selama ini di pendam dengan panjang lebar.Wajahnya nampak sedih.

Telah bertahun lamanya dia memendam rasa,kali ini walaupun tidak sepenuhnya dia berterus-terang,tapi dia lega kerana dapat menyatakan separuh dari perasaannya.Dia rimas dengan hubungan mereka yang kaku dan hambar.Dia ingin berbaik tapi Aisy seperti tidak mahu.Kini dia tidak kira,dia akan cuba apa juga cara untuk memulihkan hubungan mereka.

Aisy hanya diam.Separuh dari hatinya terharu,separuh lagi merasakan kata-kata itu hanya untuk menutup dosa yang dia buat.

'Arghh.. kenapa aku tidak suka dia?Padahal kami sepupu?Kenapa mesti ada rasa cemburu di hati padahal kami sedarah?Kenapa perlu aku bersyak wasangka padahal selama ini memang dia selalu menang walaupun aku belajar 24 jam sehari.Kenapa perlu aku membenci dia padahal bukan dia yang minta di puji,keluarga aku yang suka membanding-bandingkan kami bukan dia?Selama ini dia hanya diam.Tidak sedikit pun dia membangga diri apabila di puji.Tidak sekali pun dia pernah memperlekehkan aku apabila keluarga aku menyatakan aku tidak sepandai Nazmi dalam pelajaran,tidak sehebat Nazmi,juara debat sekolah,tidak seaktif Nazmi dalam co-curriculum.Ah.. Nazmi,Nazmi,Nazmi..'

 “Aku...”

Aisy masuk ke dalam dewan sebelum sempat Nazmi meneruskan bicaranya.

Nazmi terkedu.Sedikit malu apabila tidak diendahkan.Dia hanya memandang Aisy tanpa niat untuk mengejar kerana dia takut Aisy akan bertambah benci dengannya kalau dia memaksa.

Di dalam dewan,Aisy duduk bersandar di dinding.Dia mengeluh.Bukan niatnya untuk kurang ajar tapi dia tidak tahu mahu respon macam mana pada Nazmi.Dia perlu berfikir panjang.Kalau Nazmi ikhlas ingin berbaik dan bukan dia dalangnya,pasti lelaki itu akan terus berusaha berbaik dengannya.Tengoklah macam mana.
……………………………

Mike kelihatan sedang duduk-duduk sendirian di hujung dewan ketika semua pemain sedang berehat-rehat setelah berlatih selama setengah jam.Dari sejak dia datang lagi,lelaki itu tidak bersuara langsung.Tidak membuli mahupun mengarah.Aisy rasa pelik pula.

‘Sikap dia berbeza hari ni.Selalu bising je suruh orang buat itu ini.Hairan bin ajaib bin tak percaya pula aku..’Berkerut-kerut dahi Aisy memikirkan perangai Mike.

“Apa yang kau fikir sampai berlapis-lapis aku tengok dahi kau..”Entah bila lelaki berambut terpacak itu sudah berdiri dihadapan Aisy.

“Mike..Eh maksud aku ketua tu kenapa?Selalu bising je,hari ni langsung tak bersuara..”Tanpa sedar Aisy meluahkan apa yang terbuku difikiran.

“Dia memang macam tu,kadang bising kadang diam..Kenapa?” Lelaki itu rambut terpacak itu bertanya lagi.Wajahnya terpancar rasa pelik.

’Alamak macam mana boleh lepas cakap ni..’Aisy yang baru tersedar memandang lelaki di hadapannya lalu memberi senyuman hambar.”Eh.. takde apa la.Aku tanya je.Aku kan orang baru.Takut kalau-kalau aku tertegur dia,rupanya mood dia tak baik,habis aku.Tu je sebab aku tanya.”

“Oh.Tapi kalau dia macam tu,tak bersuara langsung tu,memang mood dia tengah tak baik jadi tak sesiapa berani tegur dia.Kitorang dah faham sangat jadi kitorang biarkan dia.Biar dia cool dulu.”Lelaki itu memberitahu sambil matanya memandang Mike.

Aisy tergangguk-angguk faham.

Lelaki itu tersenyum.”Okey sambung berlatih dulu.”

Aisy mengangguk.Bibirnya terukir senyuman nipis.Fikirannya masih fokus memikirkan perangai Mike yang berbeza pada hari itu.

“Tapi bagus juga dia diam-diam tu,tak juga bingit telinga aku dengar arahan dia yang sadis tu.Alhamdulillah...Hari ni aku rasa aku selamat kot sebab lelaki tu cakap kalau si Mike ni mood tak baik dia akan berdiam diri..Hehehe..bagus.Mudahan setiap hari mood dia tak baik,tak juga dia peduli pada aku dan sibuk je nak arah aku itu ini..”Aisy tersengih-sengih.Nada suaranya perlahan seakan berbisik.Takut didengar oleh Mike walaupun pemuda itu berdiri jauh darinya.

“Hoi!Budak!”Mike menghumban bola basketball itu tepat mengenai kepala Aisy.Aisy yang tersentak pantas berdiri.Kepalanya terasa sakit dan berdengung.

“&*%&$^$!!!!’Marah Aisy.Ahhh penyakit panas baran yang jarang muncul datang lagi apabila di provok sampai menyakiti badannya.Aisy memang begitu,kalau di provok guna mulut memang diam membatu,tapi apabila fizikalnya di sakiti,memang dia akan menyumpah ikut sedap mulut.

‘Wow..bahaya budak ni.Boleh tahan power sumpahan dia ni.Ni kali kedua dah ni.’Kata Mike dalam hati.

Aisy yang baru sedar menekup mulut.’Aishhhh..suka benar dia tambah dosa aku!Dulu pun macam ni.Benci arr dia ni.Tadi dah elok-elok dia diam-diam kat situ.Cis..cuba diam terus!”Aisy merenung tajam wajah Mike.Apabila Mike menyingakan wajahnya,Aisy terus pandang tempat lain.

“Kutip bola tu cepat!”Sebenarnya bukan itu yang dia ingin katakan.Dia hanya ingin membuli dan membalas perbuatan Aisy tempoh hari.

Aisy hanya menurut tapi dalam hati berbakul kutukan sudah dia hadiahkan pada Mike.’Bila lah aku dapat berhenti ni?Kalau mama tahu,habis aku.Mama pun boleh tahan singa.’

Aisy terpaksa menunda hasratnya untuk berhenti.Takut di tengking lagi oleh ketua basketball yang menyebalkan itu.Ibarat di luah mati emak,di telan mati bapa,betul ke peribahasa tu?

“Bersihkan tempat ni.”Arah Mike lagi.Alang-alang membuli,baik buli banyak-banyak.

“HAH?LAGI?”Hampir terjojol biji mata Aisy merenung Mike.’Nak patah tahu tak badan aku yang sekeping ni!’Namun jeritan itu hanya berkumandang dalam hati.

‘Tadi dah elok-elok diam,ni mesti kes nak melampiaskan kemarahan pada aku sebab mood tak baik,dasar kejam..huhuhu..Cakap lelaki tu satu sen pun tak boleh pakai!’

“Nak buat aduan?”Mike bertanya dengan nada sinis.

“Tapi korang belum habis training lagi kan?”Aisy mencari alasan untuk tidak mahu melakukan kerja berat itu.’Patut lah ramai tak tahan.Pengurus pun kena buat macam pembantu!’

“Ada aku...”

“Yoooo Mike!Kau masih dengan perangai lama kau?!”Belum sempat Mike menghabiskan percakapannya,seseorang telah memotong kata-katanya.

Mike dan Aisy sama-sama menoleh ke arah pemilik suara itu.

Wajah Mike yang tegang tadi serta merta berubah apabila memandang wajah pemuda yang sedang tersenyum lebar,sangat lebar sehingga matanya kelihatan sepet.Kemarahannya yang tadi meluap-luap sekelip mata hilang demi terpandang wajah itu.Mike juga nampak seakan tergamam.

Lelaki kacak berambut panjang dan memiliki kulit yang overdose putih tersebut tiba-tiba memeluk Mike sambil menepuk-nepuk perlahan belakang badan Mike.Wajah lelaki itu nampak sangat pucat. ”Baru tak jumpa beberapa tahun,takkan dah lupa aku?”.”

Seiran menolak lembut bahu Mike dengan penumbuknya setelah pelukan terlerai.“Aku lah,Seiran.”

”Aku tahu.Kau cuma dah nampak lain sekarang.”Mike menumbuk perlahan bahu lelaki berwajah pucat itu.

Lelaki itu tertawa kecil.

”Bila kau balik?”

“Ahad hari tu aku pergi sana takde pun dorang cakap kau nak balik.”Sambung Mike.

 ‘Seiran?Siapa dia ni?Tak pernah nampak pun.’Aisy merenung wajah lelaki bernama Seiran itu dengan dahi berkerut.

“Subuh tadi.”Lelaki yang bernama ‘Seiran’ itu membalas.“Aku nak kasi surprise.Diorang pun tak tahu aku balik.”Seiran tersengih.

“Tadi pagi,bukan main terperanjat lagi uncle dengan Auntie.Apatah lagi budak kecik dua orang tu hahaha..”Sambung Seiran lagi sambil tertawa kecil apabila teringat wajah-wajah kesayangannya terkejut dengan kedatangan mengejutnya awal pagi tadi.

Bibir Mike ternaik sebelah seperti tersenyum dan sebelah lagi masih membentuk garisan lurus.Antara senyum dan tak.

‘Senyum pun macam kedekut.Mahal sangat kot senyuman dia tu atau ada peraturan kot..Mike kalau kau nak senyum wajib kena bayar dulu,kalau tak kau tak boleh senyum,kalau senyum gak..kau akan dikenakan denda..kwang..kwang..kwang..’Aisy tersengih sendirian dengan kata-kata hatinya.Pandai betul si Aisy ni.

Seiran mengambil bola yang terletak betul-betul di hadapan kakinya lalu menghumban ke arah pemain-pemain basketball yang lain yang sedang asyik bermain di gelanggang.

Bola itu terkena seorang lelaki.Kedengaran jeritan geram keluar dari mulut lelaki itu.Seiran ketawa galak apabila lelaki yang terkena bola itu menghampiri dengan wajah geram bercampur bengang.

Andy seperti pernah nampak lelaki yang berdiri di sebelah Mike itu.Matanya membulat apabila memorinya teringat sesuatu.

 “Woiii Seiran!Bila kau balik?Kurang hajar kau!”Andy bertanya sambil mengancing leher Seiran.Mereka ketawa.

“Subuh tadi.Kau dah banyak berubah Andy.”

‘Oh  lelaki yang kuat sangat tanya aku soalan ni dan berambut terpacak ni Andy namanya.’Bisik hati Aisy sambil mengangguk-angguk perlahan.

“Eleh cakap orang,tak cermin diri ke kau?Kau lagi berubah 360 degree,kau tau tak?”Andy yang memang terkenal mulut murai tersengih memandang Seiran.

“Yooo Seiran!!!”Aisy tersentak apabila tiba-tiba terdengar suara-suara pemain basketball yang lain menjerit dan berjalan laju ke arah Seiran.

“Siapa Seiran ni?”Aisy bersuara seolah berbisik.

“Kau jangan sibuk hal ni.Lebih baik kau selesaikan kerja yang aku suruh buat.Kalau tak....”Mike menghampiri lalu berbisik kepada Aisy.Suaranya,hishhh...garau semacam.Berdebar hati Aisy di buatnya.

’Dasar monster.Sikit-sikit mengugut.Tak manly langsung.Macam yakuza,macam ceti tak dapat duit,macam si penakut ahhhh..’Dalam diam Aisy mengutuk kaw-kaw.Geramnya dia!!!

“Mike,jom ajak Seiran berlatih kat dewan besar tu.Macam dulu.Kat sana syok main.”Yafiee mengemukakan cadangan.Wentz dan lain-lain menyokong cadangan tersebut.

“Alaaa aku letih ni.Baru sampai tadi subuh.”Seiran menggeleng.Senyumannya sangat menggoda.Lirikan matanya sangat ohhhh...jatuh pengsan!Dalam diam Aisy merenung wajah Seiran dalam-dalam.

Kehadiran Aisy di situ seperti tidak di endahkan lagi.Dia hanya membatukan diri di belakang Mike yang sedang berdiri sambil memegang bola.Mike juga berdiam diri.Hanya membiarkan yang lain mengerumuni lelaki yang baru muncul itu.Mata Aisy tidak lari dari terus memerhatikan Seiran.Wajah itu tersangat pucat bagi Aisy.

“Eh best tak tinggal kat sana?Dah lama kau tak contact kitorang kau buat apa?”Aisy sempat mendengar soalan-soalan dari kawan-kawan Seiran itu semasa mereka berjalan beriringan keluar dari dewan meninggalkan Aisy keseorangan di situ.

 “Hoi!”Mike tiba-tiba menjerit nyaring.Aisy melompat kekejutan.Kus semangat.

“Kau berangan macam mana pun,takkan dapat bersihkan tempat ni!Cepat bersihkan dewan ni.Esok kau kena datang pukul 12.30,faham?Perlawanan tinggal lapan hari lagi.Aku nak kau belajar pasal basketball,senang sikit kau nak faham kerja kau.Sejak kau kerja sini,kau tak buat apa sangat.Pemalas je lebih.Datang pun lambat.”Kata-kata Mike membuatkan darah Aisy naik.

“Hah?Kau cakap aku tak buat apa sangat?Pemalas?”Aisy menahan marah.”Siapa yang bersihkan dewan besar gedabak ni?Siapa yang beli makanan minuman korang?Siapa yang kutip bola-bola lepas korang main?Aku kan?”Bukan niat Aisy hendak membangkit tapi apabila kerjanya tidak di hargai,titik peluhnya di perkecilkan,tentu sesiapapun boleh marah dan terasa kecil hati.Sudahlah di paksa untuk jadi pengurus,kini semuanya hanya dipandang sebelah mata saja oleh ketua basketball berhati batu ini.Ceh!!Dasar!

“Lagipun aku memang tak faham apa-apa pasal basketball ni,bukan minat aku.Aku dah cakap awal-awal dulu kan aku tak nak apasal pula korang pilih aku juga?”

“Kerja kau bagi pun kerja macam hamba abdi je,macam mana aku nak tahu?”Panjang berjela Aisy meluahkan rasa tidak puas hatinya.Di amuk rasa geram yang teramat,dia lupa Mike siapa. 

Mike tersenyum sinis lalu berlalu dari situ menuju ke pintu dewan.

’Hah itulah saja yang dia tahu buat.Senyum jahat,senyum tak ikhlas.’Aisy menggerutu di dalam hati.’Opsss jangan-jangan senyuman dia tu ada makna tak?Ahhh mulut aku celupar sangat,aku lupa dia tu kan manusia pendendam.Matilah aku.’


1 comment:

  1. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete