Wednesday, July 11, 2012

Dia Encik Basketballku 8


Bab lapan

Rahadatul ‘Aisy menghampiri sahabat-sahabat baiknya,iaitu Sushmita dan Ifti,yang sedang duduk-duduk santai di kantin sekolah sambil makan tengahari.Hari ini pasukan basketball tidak berlatih di dewan sekolah jadi dia tidak perlu datang ke dewan dan dapatlah dia menghadiri kelas tambahan hari ini.

‘Hari ni memang the best...’Senyuman Aisy semakin lebar.Walaupun baru seminggu,Aisy rasa macam agak lama juga dia tidak duduk-duduk santai sambil makan bersama teman-temannya itu.

Tangannya ligat membuka lunch box yang disediakan oleh mamanya tadi pagi.Nasi,sayur,telur dan sosej masak merah.Walaupun simple tapi memang membuatkan Aisy berselera apatah lagi hari ini dia merasa gembira.

“Macam mana?”Pertanyaan Ifti yang secara tiba-tiba tidak di fahami Aisy,begitu juga Sushmita.

“Macam mana apa?”Tanya Aisy lagi,mengharapkan soalan yang lebih spesifik.

“Kau lah.Macam mana kau dengan ketua basketball and all..”Ifti menjelaskan dengan rasa malas.

“Ohhh cakaplah terang-terang.Hmm.. as usual.Aku betul-betul tak tahan.Aku betul-betul nak berhenti.Right now.At this moment!”Aisy menunjal-nunjal meja makan yang di sediakan di kantin itu sedikit kuat.Aisy membayangkan meja itu sebagai dahi Mike.Si ketua basketball yang berlagak sikit lagi macam yakuza tu.Biar puas hatinya.

“Urgghh tiap hari aku kena buli.Aku rasa badan aku boleh jadi kering macam ni.”Luah Aisy dengan perasaan geram yang membuak-buak.

“Dia buli apa lagi?”Tanya Sushmita.Nada suaranya kedengaran tidak puas hati.

“Kutip bola,bersihkan satu dewan arghh..sadisnya hidup aku.”Aisy menghempas-hempas meja kantin.”Tu kerja pengurus ke?!Aku rasa macam hamba je!”

“Hahaha.. rasakan! Sekarang kau tahu.Aku harap kau lebih terseksa.”Tetamu tidak di undang yang tidak diperlukan pun komen darinya bersuara menyindir.Tiba-tiba saja Mariah berdiri dihadapan meja mereka.Aisy dan rakan-rakannya berpandangan sesama sendiri.Mariah beredar dari situ sambil tersenyum senang.

Kening Aisy bertaut.”Ni hah.. lagi sorang.Dia tu aku agak ada masalah mental.Selalu macam tu,datang tanpa di pinta,lepas gertak,cakap sinis-sinis dengan aku,blah je macam tu.Korang tengok tak cara dia senyum tadi?Hish..naik bulu roma aku tengok!”

“Die hard fan biasa lah,nak jadi pengurus tapi tak kesampaian tu yang bengang dengan kau tu. ”Sushmita ketawa galak begitu juga Ifti.

“Die hard sekalipun…Ah?!Nak jadi pengurus tapi tak kesampaian?”Aisy terkejut mendengar beritahu baru itu."Maksud kau?"

“Takkan kau tak kenal minah kerek tu?”Ifti membuntangkan biji mata,tidak percaya Aisy tidak mengenali siapa Mariah padahal satu sekolah tahu Mariah siapa.

“Aku rasa macam kenal tapi aku lupa lah.Tak boleh recall..”

“Tu anak pengetua lah.. Mariah.. dia pun nak jadi pengurus pasukan basketball tapi kau yang terpilih memang lah dia mental macam tu..”Ifti memberitahu.Sushmita mengangguk-angguk tanda menyokong.                                      

“Hahahaha…”Aisy ketawa.”Patutlah semacam je.Aku fikir dia tu fan girls mati basketball players.”

“Memang pun.Aku dengar dah lama dia usha ketua basketball tu.”Ifti memberitahu satu lagi berita.

“Banyak nya yang kau tahu pasal dia..”Sushmita menyuarakan kehairanannya.

“Ah?Kawan aku yang satu kelas dengan si Mariah tu yang cerita kat aku..”kata Ifti.

“Sekadar nakkan si Mike tu pun nak mental.. bluwekk..”

“Tapi sekarang ni lagi,asyik ada je perempuan nak menjeling aku.. Tak puas hati sangat dekat aku..cehh.. takde la hansem sangat pun players basketball tu..”Aisy mencebik,meluat dengan perangai gadis-gadis yang nampak sangat gila talak,tak ada kena layan pun berlagak macam lah Aisy yang nak sangat dekat dengan mereka,macam lah players tu semua boyfriend mereka.

“Nak marah,nak protes pergilah pada si Mike tu,beritahu dia jangan ambik aku jadi pengurus,tak pasal aku jadi mangsa jelingan siap ada yang sindir-sindir,cemuh-cemuh lagi.Ni baru seminggu,aku tak tahu lah nanti..Nak berhenti salah,tak berhenti pun salah..”Aisy menghempas meja sedikit kuat dengan kedua-dua belah tapak tangannya.Nafasnya turun naik kegeraman demi meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“Eh kau tak ke dewan ke hari ni?”Tanya Sushmita,pelik.Selalunya time-time macam ni Aisy sudah menghilang.Apalagi kalau bukan ke dewan.

“Hahaha hari ini saya manyak happy.. diorang tak berlatih sini,diorang berlatih kat dewan dekat Bandar tu..”Aisy sudah tersenyum meleret.

“Eh tak pernah dengar diorang berlatih kat luar..”Ifti menjungkit kening.                    

Aisy mengangkat bahu.”Mungkin Seiran join diorang berlatih hari ni kot.Hari tu mamat tu first time muncul pun mereka bawa dia main basketball kat sana..”

“Seiran?”Hampir serentak Ifti dan Sushmita menyebut nama itu.

“Siapa tu?Kau tak cerita kat aku pun..”Sushmita berkata dengan nada merajuk.

“Aku ingat korang tahu siapa dia..”Melopong mulut Aisy apabila mengetahui teman berduanya yang telah bersekolah di sini sejak tingkatan satu lagi tidak tahu siapa Seiran.Lelaki yang nampak sangat akrab dengan Mike dan juga players yang lain.Lain lah Aisy,dia baru nak dekat dua tahun sekolah di sini.Lagipun dalam tempoh bersekolah di sini,dia tidak terlalu mengikuti apa yang terjadi di sekolah.Teman-teman sekelas pun dia tak lepas,apalagi pelajar-pelajar di sekolah ini yang mencecah angka ribuan.

“Nope,we don’t know him and never heard of his name.”Sushmita menggeleng-geleng dengan matanya yang bulat merenung tepat wajah Aisy.

“So who is he?I thought dia pernah sekolah sini and one of the basketball players.”Aisy menggosok-gosok dagunya,berlagak seolah-olah tengah berfikir secara mendalam.

“Dari kau berfikir tapi tak tahu apa kau nak fikir..sebab kau memang pun tak kenal siapa dia.Baik kau siasat.”Ifti menghempas jari jemari Aisy yang sedang asyik menggosok dagu.

“Ceh.. kau ingat aku penyiasat persendirian ke apa?”Aisy memuncungkan bibir bawahnya,matanya sengaja di besarkan.

“Kau senang nak siasat siapa dia,kan kau pengurus mereka,orang yang terpaling dekat dengan mereka semua,tanyalah dekat siapa-siapa kat sana.”Ifti memberi cadangan yang dirasakannya bernas.Sushmita pula mengangguk-angguk laju,menyokong idea Ifti.

“Kau memang,apa si Ifti ni cakap semua kau angguk.Ceh.. nanti lah aku fikirkan.Now aku tengah bergumbira..Hari ni aku boleh balik awal.Tak macam selalu pukul 3,kadang 4 baru balik.”Aisy meletakkan kedua-dua tangannya ke belakang kepala sambil menyandar di kerusi  dengan perasaan relaks.

Sushmita menghempas sedikit kuat.“Ewah.. relaksnya dia.. Jom masuk kelas,dah 12.58 ni..”Ajak Sushmita."1.15 kan ada extra kelas.."

“Ishh baru nak senang..”Aisy memuncungkan mulut.

Aisy,Ifti dan Sushmita berjalan seiring menuju ke kelas mereka.

……………………………..  

"Hai Aisy..baru muncul muka awak kat extra kelas cikgu.."Cikgu Naina menegur sambil tersenyum.

Aisy tersengih."Maaf cikgu.."

"Cikgu cuma nak cakap,boleh jadi pengurus pasukan basketball tu tapi jangan sampai lupa pada extra classes dan pelajaran.Ini penting Aisy.."Ujar Cikgu Naina,cikgu matapelajaran Geography mereka.

"Saya tahu cikgu,saya memang nak datang extra kelas setiap hari tapi saya baru lagi jadi pengurus tu dan diorang ada perlawanan tak lama lagi sebab tu agak sibuk."Aisy memberitahu walaupun hakikatnya dia bukan sibuk jadi pengurus tapi sibuk jadi hamba si yakuza wannabe itu."Tapi cikgu jangan risau saya takkan abaikan pelajaran.Study is still my first priority cikgu.."Ucap Aisy sungguh-sungguh.

"Baguslah macam tu,yang penting kamu kekalkan prestasi kamu sebagai antara murid cemerlang di sekolah ni.Cikgu tak ada apa-apa masalah asalkan prestasi kamu sebagai salah seorang murid harapan sekolah masih sama macam selalu,kalau boleh lebih meningkat lagi dari yang biasa,boleh kan Aisy?"Cikgu Naina tersenyum lagi.

"Baik cikgu,saya takkan mengecewakan cikgu,InsyaAllah."Aisy angkat ibu jari.Hubungannya dengan cikgu-cikgu yang mengajar dikelasnya memang rapat kerana Aisy seorang murid yang digemari ramai cikgu kerana kerajinannya bertanya dan berbincang soalan-soalan yang tidak difahaminya serta kepandaiannya sebagai murid kedua paling cemerlang bagi seluruh kelas menengah empat dan murid paling cemerlang di kelasnya iaitu kelas 4 Science 2.

"Cehh.. anak emas lah katakan.."Sushmita mengusik Aisy ketika Aisy baru duduk di kerusinya yang terletak bersebelahan dengan Sushmita.

Aisy tersenyum nipis."Biasa je la..."Ujar Aisy merendah diri walaupun dalam hati merasa sedikit bangga dengan gelaran yang Sushmita ucapkan itu.


........................................
                                               
Mike membaling bola ke arah Seiran.Sudah lama dia tidak bermain bola keranjang dengan Seiran.

Hanya mereka berdua berada di gelanggang bola keranjang.Yang lain tengah duduk-duduk berehat setelah lebih sejam berlatih.Seiran masih nampak tangkas.

“Kau main basketball kat sana?”Tanya Mike.Berpeluh-peluh satu badan.Nafasnya juga sedikit tercungap-cungap kerana dari tadi belum berehat.

Seiran tidak menjawab,dia memicing pandangan mata,fokusnya kini pada basketball hoop untuk menjaringkan bola.

Goal!!… Seiran tersenyum bangga.

“Main lah juga.Kalau free that is..”Kini baru dia mengalihkan perhatian pada Mike.

“Balik berapa minggu?”Mike menyoal lagi.Dah lama Seiran tidak pulang ke sini.Kali terakhir dia pulang dua tahun lebih yang lalu.Itupun kerana Natalia demam rindu sebab tak biasa berjauhan dengan Seiran yang sudah di anggap seperti abangnya sendiri.

“Lebih kurang seminggu je.Easter break dua minggu.”Jawab Seiran.

“Aku ingat nak balik masa cuti Summer akan datang  sebab panjang sikit cutinya tapi aku tak dapat balik sebab exam O’level dah dekat sangat.Lepas exam aku balik sini lagi,dalam dua-tiga bulan.Papa dah bagi persetujuan.”Beritahu Seiran sambil melantun-lantun bola.

“Dah lama kau tak balik.”Ujar Mike dengan perasaan kecewa yang cuba disembunyikan.

Seiran tersenyum.”Aku tahu.Aku agak sibuk kat sana.Sebenarnya papa suruh aku balik lepas exam,tapi aku tetap tak mengalah,ni papa dah mengalah,dia siap sponsor sebab aku dah berulang kali cakap aku nak pulang sini sebab rindu sangat dengan semua orang kat sini.2 years?Aku tahu bukan sekejap..”

“Lepas ni aku ikut kau balik.Aku dah janji dengan Natalia nak tidur sana bila cuti.”

“No hal.Natalia pun dah sebut-sebut tentang kau je.Naik jeles aku dengar..”Ujar Seiran dengan nada berseloroh.

"Aku dah sebulan tak ke sana,baru minggu lepas aku jenguk diorang,Natalia merajuk sakan.Tu yang aku janji tu.."


"Biasalah,dengan aku apatah lagi,siap nangis-nangis lagi masa jumpa aku dua hari lepas.Haha..comel tapi letih nak pujuk.."Seiran tertawa girang.


"Aku baru sebulan dia dah merajuk.."Mike tersenyum nipis sambil menjungkit kening,bangga sebenarnya.

“Ouchh..”Mike mengaduh sambil memegang dadanya apabila bola yang Seiran baling terkena tepat ke dadanya.Tak kuat tapi boleh lah menyentap tangkai jantungnya sementelah tadi dia tengah berbangga diri.

Seiran hanya ketawa.Lelaki berwajah pucat ini memang suka ketawa.Mike tersenyum senang.

……………………………

“Dik!”Laung Andre memanggil Natalia yang berada di tingkat atas.

“Mike dah datang dengan abang..”Jeritnya lagi.

Kedengaran suara pekikan teruja Natalia.

“Abang Mikhail!”Natalia terkedek-kedek berlari mendapatkan Mike.

“Tengok-tengok,dua-dua dah tak sayang abang Seiran dia..”Seiran pura-pura merajuk.

Natalia ketawa suka.Andre pula memegang tangan Seiran.”Andre sayang Mike dengan abang.”

Seiran menggosok lembut rambut Andre."Me too.”

“Jom abang lanja makan aiskrim.Si Natalia tu tak yah lah lanja.Dia sayang abang Mikhail dia je..”Seiran melirik ke arah Natalia yang kini berada di pangkuan Mike.

Natalia hanya ketawa.Gembira gamaknya tengok abang Seiran dia merajuk.

“Abang balik UK awal ni je la…”Seiran tak sudah-sudah berpura-pura merajuk.Sengaja nak tengok reaksi si comel kecil yang manja.

Mendengar abangnya ingin balik ke UK,dia cepat-cepat turun dari pangkuan Mike,naik di atas kerusi sofa dan berdiri di sebelah Seiran.Tangannya memeluk Seiran erat.

Seiran ketawa.”Tahu pun takut..”Acah Seiran.

“Tak nak abang balik sana,nanti abang balik sana,terus tak datang lagi.Tengok kat computer tak best.”Natalia bersuara sayu.Nada suaranya macam nak nangis je.

“Tak best ye?Tapi bila webcam memekik je…”Seiran tergelak,tangannya mengusap pipi Natalia yang mulus.

"Tapi ni kan abang dah balik ni.."

Natalia menggeleng."Lama.."Pipinya kemerahan,mulutnya muncung.Natalia ni memang macam Auntie Arena.Mudah sangat nak menangis.

Mike tersenyum-senyum melihat telatah Seiran dan Natalia. Natalia memang manja dengan Seiran,Mike,Andre,Uncle Samuel terutama pada Auntie Arena makin menjadi-jadi manjanya.Mereka semua memang rapat,ibarat satu keluarga walaupun tiada pertalian darah.

"Ish adik ni tu pun nak merajuk..Kira okey lah dapat tengok kat webcam.."Andre bercakap macam orang dewasa saja lagaknya."Kan Mike?"

Seiran dan Mike ketawa besar mendengarnya apatah lagi melihat ekspressi wajah Andre yang serius.Lucu dan comel betul.

2 comments:

  1. hai ci writer..
    citer ni akan di terbitkan ke...
    awak minat basketball eh...
    knp mike jdi cam 2...mcm org yg xde perasaan cian kat aisy kene buli....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Helo ryn :)
      Cerita ni blum siap,jadi blum hntar manuskrip,skrg tgh stuck,kering idea,nak kerah otak cari idea ni:{,harap dpt siapkan secepat yg mungkin.hehe.doakan ye.
      hehe suka basketball :)
      tu kena tunggu n baca ye.thank you ryn ;)

      Delete