Bab lapan
Rahadatul ‘Aisy menghampiri sahabat-sahabat baiknya,iaitu Sushmita dan
Ifti,yang sedang duduk-duduk santai di kantin sekolah sambil makan tengahari.Hari
ini pasukan basketball tidak berlatih di dewan sekolah jadi dia tidak perlu
datang ke dewan dan dapatlah dia menghadiri kelas tambahan hari ini.
‘Hari ni memang the best...’Senyuman Aisy semakin lebar.Walaupun baru seminggu,Aisy rasa macam agak lama juga dia tidak duduk-duduk santai sambil makan bersama teman-temannya itu.
Tangannya ligat membuka lunch box yang disediakan oleh mamanya tadi pagi.Nasi,sayur,telur dan sosej masak merah.Walaupun simple tapi memang membuatkan Aisy berselera apatah lagi hari ini dia merasa gembira.

“Macam mana?”Pertanyaan Ifti yang secara tiba-tiba tidak di fahami Aisy,begitu
juga Sushmita.
“Macam mana apa?”Tanya Aisy lagi,mengharapkan soalan yang lebih spesifik.
“Kau lah.Macam mana kau dengan ketua basketball and all..”Ifti menjelaskan
dengan rasa malas.
“Ohhh cakaplah terang-terang.Hmm.. as usual.Aku betul-betul tak tahan.Aku
betul-betul nak berhenti.Right now.At this moment!”Aisy menunjal-nunjal meja
makan yang di sediakan di kantin itu sedikit kuat.Aisy membayangkan meja itu
sebagai dahi Mike.Si ketua basketball yang berlagak sikit lagi macam yakuza tu.Biar puas hatinya.
“Urgghh
tiap hari aku kena buli.Aku rasa badan aku boleh jadi kering macam ni.”Luah
Aisy dengan perasaan geram yang membuak-buak.
“Dia
buli apa lagi?”Tanya Sushmita.Nada suaranya kedengaran tidak puas hati.
“Kutip
bola,bersihkan satu dewan arghh..sadisnya hidup aku.”Aisy menghempas-hempas
meja kantin.”Tu kerja pengurus ke?!Aku rasa macam hamba je!”
“Hahaha..
rasakan! Sekarang kau tahu.Aku harap kau lebih terseksa.”Tetamu tidak di undang
yang tidak diperlukan pun komen darinya bersuara menyindir.Tiba-tiba saja Mariah berdiri dihadapan meja mereka.Aisy dan rakan-rakannya berpandangan sesama sendiri.Mariah beredar dari
situ sambil tersenyum senang.
Kening
Aisy bertaut.”Ni hah.. lagi sorang.Dia tu aku agak ada masalah mental.Selalu
macam tu,datang tanpa di pinta,lepas gertak,cakap sinis-sinis dengan aku,blah
je macam tu.Korang tengok tak cara dia senyum tadi?Hish..naik bulu roma aku tengok!”
“Die
hard fan biasa lah,nak jadi pengurus tapi tak kesampaian tu yang bengang dengan
kau tu. ”Sushmita ketawa galak begitu juga Ifti.
“Die hard
sekalipun…Ah?!Nak jadi pengurus tapi tak kesampaian?”Aisy terkejut mendengar
beritahu baru itu."Maksud kau?"
“Takkan
kau tak kenal minah kerek tu?”Ifti membuntangkan biji mata,tidak percaya Aisy
tidak mengenali siapa Mariah padahal satu sekolah tahu Mariah siapa.
“Aku rasa
macam kenal tapi aku lupa lah.Tak boleh recall..”
“Tu anak
pengetua lah.. Mariah.. dia pun nak jadi pengurus pasukan basketball tapi kau
yang terpilih memang lah dia mental macam tu..”Ifti memberitahu.Sushmita
mengangguk-angguk tanda menyokong.
“Hahahaha…”Aisy
ketawa.”Patutlah semacam je.Aku fikir dia tu fan girls mati basketball
players.”
“Memang
pun.Aku dengar dah lama dia usha ketua basketball tu.”Ifti memberitahu satu
lagi berita.
“Banyak
nya yang kau tahu pasal dia..”Sushmita menyuarakan kehairanannya.
“Ah?Kawan
aku yang satu kelas dengan si Mariah tu yang cerita kat aku..”kata Ifti.
“Sekadar
nakkan si Mike tu pun nak mental.. bluwekk..”
“Tapi sekarang
ni lagi,asyik ada je perempuan nak menjeling aku.. Tak puas hati sangat dekat
aku..cehh.. takde la hansem sangat pun players basketball tu..”Aisy
mencebik,meluat dengan perangai gadis-gadis yang nampak sangat gila talak,tak
ada kena layan pun berlagak macam lah Aisy yang nak sangat dekat dengan
mereka,macam lah players tu semua boyfriend mereka.
“Nak
marah,nak protes pergilah pada si Mike tu,beritahu dia jangan ambik aku jadi
pengurus,tak pasal aku jadi mangsa jelingan siap ada yang
sindir-sindir,cemuh-cemuh lagi.Ni baru seminggu,aku tak tahu lah nanti..Nak
berhenti salah,tak berhenti pun salah..”Aisy menghempas meja sedikit kuat
dengan kedua-dua belah tapak tangannya.Nafasnya turun naik kegeraman demi
meluahkan rasa tidak puas hatinya.
“Eh kau
tak ke dewan ke hari ni?”Tanya Sushmita,pelik.Selalunya time-time macam ni Aisy
sudah menghilang.Apalagi kalau bukan ke dewan.
“Hahaha
hari ini saya manyak happy.. diorang tak berlatih sini,diorang berlatih kat
dewan dekat Bandar tu..”Aisy sudah tersenyum meleret.
“Eh tak pernah dengar diorang berlatih kat luar..”Ifti menjungkit kening.
Aisy mengangkat bahu.”Mungkin Seiran join diorang berlatih hari ni kot.Hari
tu mamat tu first time muncul pun mereka bawa dia main basketball kat sana..”
“Seiran?”Hampir serentak Ifti dan Sushmita menyebut nama itu.
“Siapa tu?Kau tak cerita kat aku pun..”Sushmita berkata dengan nada
merajuk.
“Aku ingat korang tahu siapa dia..”Melopong mulut Aisy apabila mengetahui
teman berduanya yang telah bersekolah di sini sejak tingkatan satu lagi tidak
tahu siapa Seiran.Lelaki yang nampak sangat akrab dengan Mike dan juga players
yang lain.Lain lah Aisy,dia baru nak dekat dua tahun sekolah di sini.Lagipun
dalam tempoh bersekolah di sini,dia tidak terlalu mengikuti apa yang terjadi di
sekolah.Teman-teman sekelas pun dia tak lepas,apalagi pelajar-pelajar di
sekolah ini yang mencecah angka ribuan.
“Nope,we don’t know him and never heard of his name.”Sushmita
menggeleng-geleng dengan matanya yang bulat merenung tepat wajah Aisy.
“So who is he?I thought dia pernah sekolah sini and one of the basketball
players.”Aisy menggosok-gosok dagunya,berlagak seolah-olah tengah berfikir
secara mendalam.
“Dari kau berfikir tapi tak tahu apa kau nak fikir..sebab kau memang pun
tak kenal siapa dia.Baik kau siasat.”Ifti menghempas jari jemari Aisy yang
sedang asyik menggosok dagu.
“Ceh.. kau ingat aku penyiasat persendirian ke apa?”Aisy memuncungkan bibir
bawahnya,matanya sengaja di besarkan.
“Kau senang nak siasat siapa dia,kan kau pengurus mereka,orang yang
terpaling dekat dengan mereka semua,tanyalah dekat siapa-siapa kat sana.”Ifti
memberi cadangan yang dirasakannya bernas.Sushmita pula mengangguk-angguk
laju,menyokong idea Ifti.
“Kau memang,apa si Ifti ni cakap semua kau angguk.Ceh.. nanti lah aku
fikirkan.Now aku tengah bergumbira..Hari ni aku boleh balik awal.Tak macam
selalu pukul 3,kadang 4 baru balik.”Aisy meletakkan kedua-dua tangannya ke belakang kepala
sambil menyandar di kerusi dengan
perasaan relaks.
Sushmita menghempas sedikit kuat.“Ewah.. relaksnya dia.. Jom masuk
kelas,dah 12.58 ni..”Ajak Sushmita."1.15 kan ada extra kelas.."
“Ishh baru nak senang..”Aisy memuncungkan mulut.
Aisy,Ifti dan Sushmita berjalan seiring menuju ke kelas mereka.
……………………………..
"Hai Aisy..baru muncul muka awak kat extra kelas cikgu.."Cikgu Naina menegur sambil tersenyum.
Aisy tersengih."Maaf cikgu.."
"Cikgu cuma nak cakap,boleh jadi pengurus pasukan basketball tu tapi jangan sampai lupa pada extra classes dan pelajaran.Ini penting Aisy.."Ujar Cikgu Naina,cikgu matapelajaran Geography mereka.
"Saya tahu cikgu,saya memang nak datang extra kelas setiap hari tapi saya baru lagi jadi pengurus tu dan diorang ada perlawanan tak lama lagi sebab tu agak sibuk."Aisy memberitahu walaupun hakikatnya dia bukan sibuk jadi pengurus tapi sibuk jadi hamba si yakuza wannabe itu."Tapi cikgu jangan risau saya takkan abaikan pelajaran.Study is still my first priority cikgu.."Ucap Aisy sungguh-sungguh.
"Baguslah macam tu,yang penting kamu kekalkan prestasi kamu sebagai antara murid cemerlang di sekolah ni.Cikgu tak ada apa-apa masalah asalkan prestasi kamu sebagai salah seorang murid harapan sekolah masih sama macam selalu,kalau boleh lebih meningkat lagi dari yang biasa,boleh kan Aisy?"Cikgu Naina tersenyum lagi.
"Baik cikgu,saya takkan mengecewakan cikgu,InsyaAllah."Aisy angkat ibu jari.Hubungannya dengan cikgu-cikgu yang mengajar dikelasnya memang rapat kerana Aisy seorang murid yang digemari ramai cikgu kerana kerajinannya bertanya dan berbincang soalan-soalan yang tidak difahaminya serta kepandaiannya sebagai murid kedua paling cemerlang bagi seluruh kelas menengah empat dan murid paling cemerlang di kelasnya iaitu kelas 4 Science 2.
"Cehh.. anak emas lah katakan.."Sushmita mengusik Aisy ketika Aisy baru duduk di kerusinya yang terletak bersebelahan dengan Sushmita.
Aisy tersenyum nipis."Biasa je la..."Ujar Aisy merendah diri walaupun dalam hati merasa sedikit bangga dengan gelaran yang Sushmita ucapkan itu.
........................................

Mike
membaling bola ke arah Seiran.Sudah lama dia tidak bermain bola keranjang
dengan Seiran.
Hanya
mereka berdua berada di gelanggang bola keranjang.Yang lain tengah duduk-duduk
berehat setelah lebih sejam berlatih.Seiran masih nampak tangkas.
“Kau
main basketball kat sana?”Tanya Mike.Berpeluh-peluh satu badan.Nafasnya juga
sedikit tercungap-cungap kerana dari tadi belum berehat.
Seiran
tidak menjawab,dia memicing pandangan mata,fokusnya kini pada basketball hoop
untuk menjaringkan bola.
Goal!!…
Seiran tersenyum bangga.
“Main
lah juga.Kalau free that is..”Kini baru dia mengalihkan perhatian pada Mike.
“Balik berapa
minggu?”Mike menyoal lagi.Dah lama Seiran tidak pulang ke sini.Kali terakhir
dia pulang dua tahun lebih yang lalu.Itupun kerana Natalia demam rindu sebab
tak biasa berjauhan dengan Seiran yang sudah di anggap seperti abangnya
sendiri.
“Lebih
kurang seminggu je.Easter break dua minggu.”Jawab Seiran.
“Aku
ingat nak balik masa cuti Summer akan datang sebab panjang sikit cutinya tapi aku tak dapat
balik sebab exam O’level dah dekat sangat.Lepas exam aku balik sini lagi,dalam
dua-tiga bulan.Papa dah bagi persetujuan.”Beritahu Seiran sambil
melantun-lantun bola.
“Dah
lama kau tak balik.”Ujar Mike dengan perasaan kecewa yang cuba disembunyikan.
Seiran
tersenyum.”Aku tahu.Aku agak sibuk kat sana.Sebenarnya papa suruh aku balik
lepas exam,tapi aku tetap tak mengalah,ni papa dah mengalah,dia siap sponsor
sebab aku dah berulang kali cakap aku nak pulang sini sebab rindu sangat dengan
semua orang kat sini.2 years?Aku tahu bukan sekejap..”
“Lepas
ni aku ikut kau balik.Aku dah janji dengan Natalia nak tidur sana bila cuti.”
“No
hal.Natalia pun dah sebut-sebut tentang kau je.Naik jeles aku dengar..”Ujar
Seiran dengan nada berseloroh.
"Aku dah sebulan tak ke sana,baru minggu lepas aku jenguk diorang,Natalia merajuk sakan.Tu yang aku janji tu.."
"Biasalah,dengan aku apatah lagi,siap nangis-nangis lagi masa jumpa aku dua hari lepas.Haha..comel tapi letih nak pujuk.."Seiran tertawa girang.
"Aku baru sebulan dia dah merajuk.."Mike tersenyum nipis sambil menjungkit kening,bangga sebenarnya.

“Ouchh..”Mike
mengaduh sambil memegang dadanya apabila bola yang Seiran baling terkena tepat
ke dadanya.Tak kuat tapi boleh lah menyentap tangkai jantungnya sementelah tadi
dia tengah berbangga diri.
Seiran
hanya ketawa.Lelaki berwajah pucat ini memang suka ketawa.Mike tersenyum
senang.
……………………………
“Dik!”Laung
Andre memanggil Natalia yang berada di tingkat atas.
“Mike
dah datang dengan abang..”Jeritnya lagi.
Kedengaran
suara pekikan teruja Natalia.
“Abang Mikhail!”Natalia
terkedek-kedek berlari mendapatkan Mike.
“Tengok-tengok,dua-dua
dah tak sayang abang Seiran dia..”Seiran pura-pura merajuk.
Natalia
ketawa suka.Andre pula memegang tangan Seiran.”Andre sayang Mike dengan abang.”
Seiran
menggosok lembut rambut Andre."Me too.”
“Jom
abang lanja makan aiskrim.Si Natalia tu tak yah lah lanja.Dia sayang abang
Mikhail dia je..”Seiran melirik ke arah Natalia yang kini berada di pangkuan
Mike.
Natalia
hanya ketawa.Gembira gamaknya tengok abang Seiran dia merajuk.
“Abang
balik UK awal ni je la…”Seiran tak sudah-sudah berpura-pura merajuk.Sengaja nak
tengok reaksi si comel kecil yang manja.
Mendengar
abangnya ingin balik ke UK,dia cepat-cepat turun dari pangkuan Mike,naik di
atas kerusi sofa dan berdiri di sebelah Seiran.Tangannya memeluk Seiran erat.
Seiran
ketawa.”Tahu pun takut..”Acah Seiran.
“Tak nak
abang balik sana,nanti abang balik sana,terus tak datang lagi.Tengok kat
computer tak best.”Natalia bersuara sayu.Nada suaranya macam nak nangis je.
“Tak
best ye?Tapi bila webcam memekik je…”Seiran tergelak,tangannya mengusap pipi
Natalia yang mulus.
"Tapi ni kan abang dah balik ni.."
"Tapi ni kan abang dah balik ni.."
Natalia
menggeleng."Lama.."Pipinya kemerahan,mulutnya muncung.Natalia ni memang macam Auntie
Arena.Mudah sangat nak menangis.
Mike
tersenyum-senyum melihat telatah Seiran dan Natalia. Natalia memang manja dengan Seiran,Mike,Andre,Uncle Samuel terutama pada Auntie Arena makin menjadi-jadi manjanya.Mereka semua memang rapat,ibarat satu keluarga walaupun tiada pertalian darah.
"Ish adik ni tu pun nak merajuk..Kira okey lah dapat tengok kat webcam.."Andre bercakap macam orang dewasa saja lagaknya."Kan Mike?"
Seiran dan Mike ketawa besar mendengarnya apatah lagi melihat ekspressi wajah Andre yang serius.Lucu dan comel betul.

hai ci writer..
ReplyDeleteciter ni akan di terbitkan ke...
awak minat basketball eh...
knp mike jdi cam 2...mcm org yg xde perasaan cian kat aisy kene buli....
Helo ryn :)
DeleteCerita ni blum siap,jadi blum hntar manuskrip,skrg tgh stuck,kering idea,nak kerah otak cari idea ni:{,harap dpt siapkan secepat yg mungkin.hehe.doakan ye.
hehe suka basketball :)
tu kena tunggu n baca ye.thank you ryn ;)