Thursday, July 19, 2012

Dia Encik Basketballku 9


Bab sembilan

“Aku takkan kalah pada diorang.Aku nak bagi diorang pengajaran berguna sikit,dah lama aku intai diorang.Kan Mike?”Andy ketawa,nampak jahat pada pandangan mata.

 “Aku tak dapat nak tengok perlawanan korang..aku balik hari selasa ni."Beritahu Seiran pada kawan-kawan yang lain."Which is lusa.”

“Laa.. tak boleh extend sampai jumaat ke?Perlawanan tu petang khamis.”Yafiee mendekati Seiran.

Aisy melabuhkan punggung ditangga pentas,dia memang sengaja duduk-duduk sendirian tidak jauh dari tempat mereka melepak melepas lelah.Dia menajamkan telinga,ingin mendengar perbualan mereka.

 “Aku pun kalau boleh tak nak balik..”Ujar Seiran.

‘Dia nak balik mana?Bila?’Aisy berfikir-fikir sendirian.

"Sayang la kalau macam tu.."Ujar Yafiee.

Seiran tersenyum sambil mengangguk sekali. “Tapi cuti dah nak habis."

"Tolong juga ye lunaskan dendam aku.”Sambung Seiran dengan senyuman devil nya.

‘Erkk mamat ni pun sama otak dengan diorang?’Aisy tidak puas hati,wajahnya berubah masam. ‘Erk dia cakap lunaskan dendam?Dendam apa?’

“Set bro..”Andy,Wentz dan Yafiee ketawa jahat manakala Mike hanya memandang tanpa perasaan.

“Perlawanan kali ni gerenti seronok..hohoho..”Andy tersengih macam kerang busuk.Malah lebih busuk lagi kot.Kerang pun boleh surrender bila tengok sengihan Andy.

“Aku dapat rasa aku rugi tak tengok..Fuh..”Seiran meniup rambutnya yang berjuntai di dahi.Rambutnya terawang-awang ketika ditiup lalu jatuh lagi apabila dia berhenti meniup.

‘Ada tangan tak nak guna. Kan boleh je dia sorong ke belakang rambut dia tu..’Aisy tak sudah-sudah mengkritik.Ada saja yang tak kena dimatanya.

“Aku nak sangat tengok si mamat badan besar dulu tu jatuh tersembam kat orang ramai,and please picture!”

‘Memang sah sama species dengan ambuk-ambuk nih..Otak jahat!’Kutuk Aisy dalam hati.

“Korang ingat dia kan?”Tanya Seiran.

Andy,Yafiee,Wentz terutamanya Mike tersenyum dengan wajah yang melakarkan kejahatan.

 “Don’t worrylah,kitorang ingat dia siapa.Aku pun tahu dia ada kat team tu.Memang bagus pun diorang cabar kita.Ada chance.”Ujar Mike.

‘Siapa lelaki ni sebenarnya?Apa kena mengena dia dengan diorang semua ni?’Aisy masih belum ketemu jawapan yang dicari.Hatinya jadi tidak sabar untuk tahu siapa Seiran.Kenapa Mike kelihatan sedikit berbeza apabila berbicara dan memandang Seiran.

“Mereka tu mendabik dada je.Diorang cabar kita kan nak tunjuk that diorang boleh kalahkan team kita yang TAK PERNAH kalah.”ucap Andy dengan hati yang membara.

“Sengaja cari masalah.Cari pasal.Diorang belum tahu kita yang sebenarnya..”Senyuman sinis bergayutan di bibir Wentz.

“Entah-entah diorang nak main kasar tak?”Aisy menggumam.”Bukan boleh percaya sangat diorang nih..”

 “Baik aku tulis arahan untuk perlawanan tu..”Aisy bangkit lalu menghampiri Mike. ‘Rasanya boleh pakai tak idea bernas aku ni?Ahhh lantak je lah.Yang penting mencuba.’

“Errr ketua.. kalau tak..takde a..apa,aku..ak.aku nak balik.”Aisy bersuara sedikit gemuruh,sampai tergagap-gagap jadinya.

Mike mendongak dengan wajahnya yang tidak lembut dan tidak dihiasi dengan senyuman merenung tepat wajah Aisy sebelum menyeluk tangannya ke poket untuk mengambil sesuatu.

Mike melihat skrin handphonenya.2.30 pm.

“Bagi je lah dia balik.Kita pun nak pergi ke rumah Uncle dah ni.”Seiran yang kasihan melihat Aisy  meminta 
Mike untuk membenarkan saja pengurus pasukan basketball itu balik.

Mike kelihatan berfikir sejenak.Aisy resah menunggu jawapan.

‘Bagi je lah balik,apa lah nak di fikir sangat..’Aisy mengomel dalam hati.Aisy dah merasa macam hamba pula,bukan pengurus.Balik pun kena minta izin.Ceh korang yang patut minta izin pada Pengurus untuk balik..

Andy merenung Aisy dalam diam.Kasihan dia melihat wajah Aisy yang nampak resah itu.

“Okay tapi esok kau datang tepat pukul 1.”Arah Mike.Aisy hairan kerana Mike senang berlembut hati dengan Seiran.

‘Aku pasti cari tahu siapa Seiran ni..Kekasih gelap Mike kot?Hehehe..’Aisy menyembunyikan sengihan.Kalau Mike tahu dia berfikir sebegini tentu Mike akan mengamuk sakan.Oh tidak!Yang seksanya tentulah dia.No way!

‘Aku dah banyak kali tak masuk extra,aku rindu nak masuk extra class..hmm.. takkan lah tiap hari kena datang.. bukan buat apa sangat pun.Lebih best masuk extra kelas..huhuhu..’Ayat yang terangka dalam fikiran hanya di telan tanpa mahu di luahkan.Mahu kena tengking ke nak cakap macam tu?

Aisy mengangguk juga dengan hati yang berat dan fikiran yang sarat dengan bantahan.

………………….

“Zafran mana huh?”Seiran yang tidak melihat Zafran hari ni menyoal Andy.

Mike dan yang lain-lain masih mengemas barang masing-masing.

“Biasalah.. lepas ayat awek,bawa awek jalan..casanova puii..”Jawab Andy dengan mukanya yang nampak sangat meluat.

Seiran tertawa kecil.Lupa pula dia tanya pada orang yang salah.Dia dah masak sangat dengan perangai Andy pada Zafran.Dari dulu sampai sekarang perkara itu masih tidak berubah.

“Aku ingat dah berubah,rupanya tak..”Seiran menyakat Andy.

Yafiee tertawa.”Semua orang tak berubah perangai,luaran je dah berbeza,tapi perangai lama still on.”

Andy sudah herot berot mulutnya mendengar kata-kata Yafiee.

“Budak tu sengaja cari pasal!Sekejap timbul sekejap hilang.Nak kena penumbuk aku agaknya.”Marah Mike.

Yang lain tertawa. “Biasalah..”Andy pula terangguk-angguk menyokong kata-kata Mike.

“Aku tertunggu-tunggu bila dan macam mana dia akan berubah..”Seiran menggeleng-geleng dengan senyuman. “Rasanya mungkin tak?Haha..”

Semua angkat bahu.Tidak yakin yang sahabat mereka itu boleh berubah.Sikap itu sudah sebati dalam diri Zafran yang terkenal playboy.

Mike sudah berjalan keluar mendahului yang lain.Sebenarnya dia sangat mengantuk,keletihan petang ini terasa luar biasa,jarang dia mengantuk keletihan macam ni tapi dia tidak suka tidur petang.Bukan kebiasaannya.Baru kali ini Mike merasa perjalanannya menuju ke tempat motornya di letakkan sangat jauh.Tempat parking pelajar adalah di belakang sekolah berdekatan dengan blok North wing.

Mike memandang sekeliling,baru tersedar yang dia tersalah jalan.Sepatutnya dia lalu ke kanan dari dewan bukan ke kiri.Inilah akibat rasa mengantuk ni.Semua tak sedar.

‘Huh.. nak tunggang motor lagi.Mata aku dah tutup buka ni..’Mahu tak mahu dia duduk juga di bangku yang disediakan di grandstand berdekatan East wing.Mike bercadang untuk menutup mata sekejap saja untuk menghilangkan rasa mengantuk yang merajai mata.

…………………….

“Alamak dik!”Aisy menghempas tapak tangan ke dahi.Kesal dengan kecuaiannya.

“Kenapa kak?”Soal Shah.

“Beg akak tinggal kat dewan.Urghh ni yang malas ni.Dah lah dewan tu jauh dari blok South wing ni.Lenguh la..”Aisy mengeluh.

Shah tertawa lucu dengan kecuaiannya kakaknya itu.Umur saja yang muda tapi hmm.. macam nenek-nenek,mudah terlupa dan cuai.”Nyanyuk kot akak ni..”Shah sengaja menyakat kakaknya.

Wajah Aisy sudah monyok disakat adiknya.

“Okey la..okey la..Shah ambilkan untuk akak.”Shah menawarkan diri.

Aisy sudah tersenyum-senyum.

“Shah takut akak nyanyuk lagi.Lagilah lambat..”Shah ketawa terkekek-kekek,tidak henti-henti hendak menyakat.

“Ceh.. Akak ambil sendiri la..”Aisy mula merajuk.

“Alaaa…Shah gurau je la..Shah ambik kan..”

“Tak..nak.. Akak nak buktikan akak tak nyanyuk,akak datang sini nanti gerenti bawa beg tu!”Aisy berkata dengan nada yakin.’Aku nyanyuk?Ceh.. tak sayang mulut,ni kan muda remaja..manade nyanyuk..’

“Okey..Shah tunggu sini.Cepat tau..”

Aisy berlari-lari anak menuju ke dewan.Dia ingin cepat sampai,ambil begnya dan cepat pulang.Dalam hati dia berharap yang Mike dan pasukannya sudah pulang.Aisy melihat jam dari handphonenya,7 minit lagi nak pukul 3.30.Dewan akan di kunci pada pukul 4.Aisy mempercepatkan langkah.

Di pertengahan jalan,dia terhenti. "Mike?”Berkerut-kerut dia memandang Mike yang tengah duduk-duduk santai di atas bangku besi yang sudah buruk dan pudar warna.Cepat-cepat Aisy bersembunyi di belakang tiang besar.

“Buat apa dia kat sana?”Aisy masih memerhatikan Mike.”Laaa tidur ke?”

Setelah memastikan Mike sedang tidur,dia menghampiri.Niatnya untuk mengenakan Mike.Biar tahu rasa..Aisy tergelak sorang-sorang tapi dalam hati.. hahahaha..Dah terjangkit agaknya perangai jahat pemain pasukan basketball kat si Aisy ni..

Aisy menilik wajah Mike yang sedang tidur.Mata Aisy terpaku memandang kepolosan wajah itu ketika tidur.Bukan selalu dapat tengok wajah Mike macam ni.Kalau sedar je,suram memanjang,muka ketat,bengis,muram,masam,garam.. ahhh yang penting tak pernah nak buat wajah suci nan manis macam ni.

“Kacak..”Aisy seakan terpesona.Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman yang paling indah.Dia mengeluarkan kamera dari dalam poket sekolahnya.

Klik..klik..dua kali punat capture ditekan.Puas menilik,dia memasukkan handphonennya kedalam poket sekolahnya.Senyuman bergayut dibibirnya.Puas.

Tiba-tiba..

Mata Mike terbuka besar.Mike terbangun dalam kekejutan.Aisy yang merasa tertangkap spontan terundur ke belakang.Kedua-dua tapak tangannya menekup mulut.Mike juga terkejut.

Belum apa-apa lagi Aisy sudah berlari selaju mungkin menjauhi Mike.Nasib baik ada tiang besar yang boleh menyembunyikannya dari pandangan mata Mike.Dia malu apabila tertangkap macam tu.’Apa yang Mike akan pikir?Aaaaa.. nak fikirkan pun aku dah rasa malu.’

“Tu Aisy kan?”Mike berbisik.Matanya dikedip-kedipkan banyak kali.Aisy sudah menghilang dari pandangan mata.”Apa dia buat kat depan aku tadi?Bukan dia balik dah ke?”

“Tak mungkin aku berhalusinasi kot?”Mike menggeleng-gelengkan kepala.Dia yakin dia nampak Aisy berdiri betul-betul di hadapan matanya dan berlari laju meninggalkannya.

Terukir senyuman separuh senyum separuh tak.”Cepat juga dia lari..Berdosa lah tu.Aku yakin dia ada buat something kat aku..Takpe,aku akan tahu juga nanti..”

Mike menyeluk ke dalam poket untuk mengambil handphonenya.Skrin handphone jenama Samsung Galaxy S II itu di sentuh lembut.3.35?

‘Dekat setengah jam aku kat sini?’Mike langsung tidak sedar yang dia tertidur.

One message received’ di tekan.

‘Weii Mike,kau kat mana?Kitorang dah blah..Meet us kat rumah Uncle.Jangan akhir-Seiran.’Mike pantas mengambil begnya lalu beredar dari situ.

Setelah Mike sudah tiada di situ,Aisy keluar dari tempat dia bersembunyi.Dia dengan pantas berlari balik ke blok South Wing.

Tercungap-cungap Aisy menghampiri adiknya,Shah.

“Wei kak..akak berlari ye tadi?”Shah menyoal perkara yang telah terang lagi bersuluh jawapannya yang setentunya ‘YA’.

“Tak akak swimming…”Aisy loyar buruk.

“Ceh..”Shah mencebik.”Hmm.. mana beg akak?”

Pap..sekali lagi dahinya menjadi mangsa hempasan tapak tangannya.

“Tengok..Shah offer nak ambik kan akak tak nak..”

“Err..”Aisy tidak tahu samaada hendak beritahu Shah perkara sebenar atau tidak.

“Tadi kata nak buktikan..sekarang dah terbukti nyanyuk..”Shah menyakat sambil menjelir lidah ke siring.Suka hati dapat menyakat kakaknya.

Terlintas satu idea bernas di fikiran.”Tak..a..akak.. tak lupa.. tadi kat sana tu dah sunyi sangat.Akak datang balik sebab nak minta teman kau lah..”Satu alasan yang bagi Aisy sangat diterima akal.

“Ohh..Hmm.. okey..Jom Shah teman.”Tanpa banyak bicara lagi Shah bersetuju menemani Aisy ke dewan untuk mengambil beg Aisy yang tertinggal.

Aisy menghembus nafas lega.'He he he.. Aku kira beruntung ke hari ni?Dapat tangkap gambar Ketua pasukan yang perasan Yakuza tengah tidur dengan wajah yang polos dan ayu..?Cewahhh...manisnya wajah cik abang hew hew hew...'

1 comment:

  1. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete