Monday, July 30, 2012

Dia Encik Basketballku 10


Bab sepuluh 

Sebelum ke rumah Uncle Samuel,Mike terlebih dahulu pulang ke rumahnya untuk mandi dan mengambil baju dan barang-barang keperluan.Dia bercadang hendak tidur di rumah Uncle Samuel.

“Mike?Bila balik?”Tegur Puan Cassie.Peristiwa hari itu sudah dilupakan dari minda namun tidak bagi Mike.

Mike tidak menjawab.Mike melilau-lilaukan pandangan mencari daddynya.Ternyata daddynya tiada di ruang tamu.Mike tidak mahu bertanya pada mummynya tentang daddy,takut jawapannya mengundang sakit di hati.

“Aku nak keluar dan aku tak balik hari ni.”Mike memberitahu tanpa memberi jawapan pada soalan mummynya tadi.

“Pergi mana?Kenapa tak balik?”Puan Cassie bertanya dengan nada prihatin.Mestilah kan Mike anak dia?

“Tidur rumah kawan.Aku chow..”Mike melangkah laju ke pintu depan.

Puan Cassie tidak sempat menghalang kerana Honda CBR150R milik Mike sudah menderum laju keluar dari pagar rumah.

‘Dah lah si Eman tu dua hari tak reti nak cari jalan pulang..Mike pun tak balik malam ni..Bapa borek anak rintik..Aku dah cuba nak berubah.. tapi..Huh..’Puan Cassie melepaskan keluhan berat.Dia masuk semula ke dalam rumah dengan hatinya yang terasa seperti di keronyok-keronyok.
………………………….

Mike sampai di depan rumah Uncle Samuel tepat pukul 7 malam.

Kedatangannya disambut oleh teman-temannya,dua orang kanak-kanak yang nakal tapi manja dan juga Uncle Samuel beserta Auntie Arena.

“Lambat sampai..”Tegur Uncle Samuel.

“Busy ke?”Auntie Arena bertanya dengan senyuman manis.Walau sudah berusia hamper 40 tahun namun wajah itu tetap jelita seperti baru berusia dalam akhir 20-an.

“Kau lambat apasal?”Zafran yang turut hadir menyoal.Zafran sanggup awalkan temu janjinya dengan seorang gadis cantik dan comel semata-mata ingin menyertai Bbq ini.Sebab tu dia tak datang latihan tadi petang. Hehehe..

“Ceh cakap orang.. kau dah tak datang latihan..apa cerita?Dah terer?Handal sangat..”Mike menyindir Zafran.Zafran garu-garu belakang kepala sambil tersengih lebih busuk dari kerang busuk.

“Kena sebijik..”Andy tampak puas apabila mendengar Zafran di sindir oleh Mike.

Zafran buat muka ‘menyibuk je-blah lah’ pada Andy.

“Korang berdua ni kan..”Mike geram tengok perangai mereka berdua.Tak boleh nak bertembung,ada saja yang nak di gaduhkan.

Uncle Samuel dan Auntie Arena ketawa melihat ulah anak-anak muda itu.

Andre dan Natalia nampaknya tak renggang dari Seiran.Kemana-mana pemuda itu pergi pasti dibontoti oleh dua beradik itu.

…………………..

Sejak dua hari lepas Aisy sudah merasa sedikit bebas berada di rumahnya sendiri kerana neneknya sudah pulang ke rumahnya sendiri.

Selepas sembahyang maghrib Aisy menghempas badannya ke katil bersaiz queen miliknya.Dia tidak perlu lagi berkurung di dalam bilik hampir 24 jam ketika di rumah.Kelakuannya juga tidak diperhatikan dan di komen-komen oleh Puan Marina.Semasa neneknya berada di rumahnya dia merasa begitu tersekat,kalau keluar bilik kena terhendap-hendap sebab takut bertembung dengan nenek,aaaa… seksanya.

‘Free..’Aisy menjerit riang dalam hati.

Eh..Aisy teringat sesuatu.Dia segera duduk menyila di atas katil.

“Aku ada benda nak buat..”Aisy turun dati katil dan mencari-cari barang yang diperlukan.Manila kad dan marker pen.

“Hmm.. marker pen dah ada..Manila kad pula takde..Hish..Esok kena beli.”Aisy menulis ‘esok jangan lupa beli manila kad’ di atas kertas kosong lalu di simpan di dalam beg pensil sebagai peringatan.

“Baik aku list apa yang aku nak tulis dalam buku exercise ni dulu..”Aisy duduk di tempat dia belajar dan membuka buku notepadnya.

Dia menulis satu persatu peraturan dan perkara penting yang patut dan tidak patut di lakukan ketika sebelum,semasa dan selepas perlawanan berlangsung.

Aisy bercadang hendak melekatkan manila kad bertulis peraturan-peraturan perlawanan di atas board yang berdepanan dengan gelanggang bola jaring.

“Misi aku adalah menghalang mereka dari meneruskan niat jahat mereka..”Aisy tersenyum puas.

“Harap-harap berjaya!Amin.”Doa Aisy dalam hati.

“Eh tapi macam mana aku nak bersemuka dengan si Mike tu lagi..tadi aku dah busted!”Aisy bersuara perlahan dengan dahi yang berkerut-kerut.Apabila teringat hal tadi petang,wajahnya terasa hangat akibat rasa malu.

“Tolonglah.. mudahan je dia fikir tu mimpi..atau pun..apa-apa je lah..Aku kena berlagak selamba hari isnin nih..Buat macam takde apa..”Aisy sudah buat keputusan dan dia menganggukkan kepala untuk meyakinkan diri dan sekaligus memberi semangat.

Tuk..tuk..tuk.. pintu biliknya di ketuk.

“Masuk je..”Arah Aisy.Buku notepadnya di tutup.Risau juga kalau mama yang menjenguk.

Shah terjengul di muka pintu.

“Jom turun..makan..”Ajak Shah.

“Okey bos..”Aisy menyalut adiknya sambil tertawa manja.

Shah menunjukkan penumbuk dengan muka sengaja dikerutkan,sekadar bergurau.Mereka hanya dua beradik.Segala cerita dikongsi bersama,tiada rahsia antara mereka.Mereka sangat rapat dan saling sayang menyayangi.Aisy bersyukur sebab Shah adalah adiknya.

Hari ini hanya mereka bertiga saja di rumah.Papa Aisy iaitu Encik Abdul Rahman sedang berada diluar kota atas urusan pejabat.

“Aisy dah berhenti?”Ketika mereka sedang menikmati makan malam,Puan Husnina bertanya sambil merenung wajah anak gadisnya itu.

Sudah lama ingin dia tanyakan tapi tiada kesempatan kerana tidak mahu mamanya,Puan Marina tahu akan hal tersebut.Bukan apa,tentu ada saja yang akan di komen oleh mamanya itu.Kalau Aisy dengar tentu kecil hati.

Aisy berhenti menyuap nasi ke mulut.Dia rasa serba salah.Shah yang duduk disebelah mamanya memberi isyarat ‘jangan beritahu..’ dengan sekali gelengan.

“D..dah mama..”Dalam hati bergumpal rasa bersalah,menyesal dan kecewa dengan diri sendiri.

Puan Husnina tersenyum nipis seraya mengangguk sekali.”Bagus..Aisy belajar je.Kalah kan anak uncle kamu tu,Nazmi.Faham?”

Sudah berulang kali,mungkin beribu kali,Puan Husnina menyatakan harapan,mungkin arahan,supaya Aisy mengalahkan Nazmi dan menggondol anugerah pelajar paling cemerlang nombor satu untuk seluruh tingkatan empat.

Aisy hanya mengangguk perlahan.Memang niatnya ingin mengalahkan Nazmi pun tahun ini.Tapi mampu ke dia?

Aisy masih kurang pasti dan kurang yakin dengan kemampuan sendiri.

………………………..

“Esok aku tak sekolah..”Mike bersuara ketika mereka sedang asyik meratah ayam,daging dan sosej yang sudah di barbeku.

“Kenapa?”Tanya mereka yang ada di situ hampir serentak kecuali Andre dan Natalia.

“Saja…”Hanya itu jawapan Mike.Simple.

Mike sebenarnya ingin meluangkan masa dengan Seiran sebab hari ini adalah hari terakhir Seiran di sini dan esok tengahari dia akan berangkat.Kalau Mike sekolah esok tentu tak sempat nak hantar Seiran pergi lapangan terbang.

Sudah dua tahun dia terpisah dari Seiran,bila Seiran pulang ke sini,dia lah manusia paling gembira sekali walaupun dia tak tunjukkan sangat.Malah tak ketara langsung.Seminggu Seiran di sini pun hanya sekejap-sekejap saja Mike meluangkan masa dengan pemuda itu.Mike agak kecewa sebenarnya apabila mengetahui Seiran pulang seminggu sahaja.

“Takkan lah Mikhail tak nak sekolah sebab 'saja'?”Duga Auntie Arena.

“Dia nak hantar Seiran lah tu Auntie..”Seiran serkap jarang,sebenarnya tujuannya ingin berseloroh.
Mike diam.Diam tandanya setuju.Jadi memang betullah tekaan Seiran tu.

“Tak perlulah Mikhail tak sekolah.. Biar Uncle dengan Auntie je yang hantar Seiran ke Airport..”Uncle Samuel tidak berapa suka idea Mike untuk tidak sekolah itu.

Mike menggeleng.”Mikhail malas nak sekolah.Mikhail tak pernah cuti lagi.Sekali ni apa salahnya..”

“Pelajaran kamu macam mana?”Auntie Arena ingin protes.

Mike pandang wajah teman-temannya.Yafiee,Andy,Wentz dan Zafran mengangguk.Tahu sangat apa yang Mike nak sampaikan.

“Diorang bertiga tahu la apa nak buat.. kecuali si Ran ni..dia tak boleh pakai sikit.”Kata-kata Mike memecahkan ketawa mereka semua.Zafran pula sudah tersengih-sengih.Memang dia ni tak boleh harap.Dalam otak tahu nak mengurat je.

“Hahaha.. sampai pernah satu ketika tu cikgu subjek bahasa melayu Tanya si Ran.. “Pecah ketawa Andy apabila teringat kenangan lama yang baginya sangat lucu dan tidak ingin dilupakan.

“Cikgu tu cakap.. Zafran!Awak ni datang sekolah nak buat apa sebenarnya?Tersenyum sana,tersenyum sini kat perempuan,awak ingat saya ni mengajar subjek nak mengorat ke hah?”Andy dengan senang hati mengajuk kata-kata cikgu itu sambil cuba sedaya upaya mengikut nada suara cikgu perempuan yang mengajar subjek bahasa melayu tersebut.

Mereka tertawa mendengar cerita Andy.Wentz dan Yafiee yang tahu perkara itu juga ketawa apabila teringat kenangan lama yang berlaku tahun lepas.Mike hanya tersenyum.Mike memang jarang ketawa.Susah nak tengok budak sorang ni ketawa.Senyum sinis tu pun dah cukup dah untuk tahu si Mike ni pandai tersenyum.

“Hahaha.. kau ni Andy,kalau bab memburukkan aku memang first class.. A+.. suka dengki kat aku kan..E’eleh..Penjealous..pendengki..”Zafran buat muka menjengkelkan pada Andy.

‘Lagi… hmmm tak sudah-sudah perangai mereka berdua ni.Sampai ke tua agaknya diorang ni nak bertengkar..Tak pandai insaf.’Keluh Mike apabila pertengkaran itu menjadi-jadi.Terpaksa pula Uncle Samuel masuk campur untuk menyuraikan pergaduhan mulut antara Andy dan Zafran.

………………………….

Andre dan Natalia terlentang di atas sofa.Dua anak kecil itu sejak pukul 9 lagi sudah tertidur.Memang mereka dibiasakan untuk tidur awal terutama apabila keesokkan harinya mereka sekolah.

Andy,Yafiee,Wentz dan Zafran baru sahaja pulang.Mike sempat menyuruh Yafiee untuk memaklumkan Aisy yang esok tengahari dia tak perlu datang ke dewan kerana tiada latihan akan diadakan.

Seiran yang baru masuk ke dalam rumah mengangkat Natalia dan membawanya naik ke atas menuju ke biliknya.Mike pula mengangkat Andre.

“Bawa Andre masuk bilik aku.”Pinta Seiran.

Mike hanya menurut.Dia faham yang Seiran ingin tidur bersama mereka malam ini.

Uncle Samuel dan Auntie Arena masuk kedalam bilik Seiran.

“Kamu dah berkemas Seiran?”Tanya Uncle Samuel sambil duduk di birai katil.Bilik yang dikhaskan buat Mike dan Seiran ini masih sama seperti dulu.Tiada yang berubah.Auntie Arena hanya akan membersihkan bilik itu seminggu sekali supaya bilik itu kelihatan kemas.

“Diorang pasti rindu sangat kat kamu.Terutama si Natalia ni.”Auntie Arena mengusap rambut Natalia yang sedang nyenyak tidur.

“Seiran akan balik sini lagi bila exam habis.”Seiran turut duduk di birai katil bersebelahan Uncle Samuel.
Mike pula sedang berdiri menyandar di dinding bilik sebelah pintu masuk bilik.

“Exam start bila?”Tanya Auntie Arena.

“Around October,exact date belum lagi tahu.Jadual belum keluar.”Balas Seiran.

“Lepas ni nak sambung mana?Kat UK ke kat sini?Tak nak balik sini terus ke?”Auntie Arena menyoal lagi.
Seiran mengangkat bahu tanda tidak pasti.”Papa dan mama suruh sambung kat UK je sampai habis Uni..tapi tak tahulah..dah boring tinggal overseas.Ikut hati Seiran nak balik sini.”

“Mama kamu belum habis belajar lagi?”Giliran Uncle Samuel lagi bertanya.

“Mama nak sambung Master sekali.Maybe nak kerja sana dengan papa.Well baru perancangan..Tak tahu...”Seiran hanya menjawab sekadar yang diketahuinya,tidak berani memberi kepastian.

“Diorang layan kau dengan baik ke?”Soalan itu terpacul dari mulut Mike.

Uncle Samuel dan Auntie Arena memandang Mike dengan seribu pertanyaan tergambar di wajah mereka.

Seiran berdiri dan berjalan menghampiri Mike.”Kenapa soalan tu yang kau tanya?Haha..Memang lah diorang layan aku dengan baik...Diorang kan papa mama aku.”Seiran menepuk-nepuk lembut bahu Seiran.

"Orang kat sana?Kat sekolah?Ada yang buli kau?"Tanya Mike lagi.

Seiran menggeleng perlahan."Jangan risau lah,I am big enough untuk jaga diri sendiri."

"Tengok lengan aku,berketul-ketul." Seiran menyambung lagi sambil menunjukkan lengannya,dia cuba untuk berseloroh.

Mike tersenyum nipis.Lega mendengar jawapan Seiran.Walaupun Mike kenal kedua ibu-bapa Seiran tapi entah kenapa dia masih juga risau tentang Seiran yang jauh dari pandangan matanya.Dia risau sebab dia tak dapat jaga Seiran di tempat orang.

Uncle Samuel dan Auntie Arena berpandangan  sesama sendiri.Cuba memahami maksud tersirat dalam pertanyaan Mike tadi.

1 comment:

  1. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete