Friday, August 17, 2012

Dia Encik Basketballku 11

Asalammualaikum.Sebelum tu Aya nak cakap sorry,bulan ni agak sibuk.Banyak yang tidak diduga terjadi :(. Apapun enjoy bab ke sebelas ni.Sorry kalau tak best :(.Sebarang komen/idea membina Aya terima dengan hati terbuka. Will try to update more frequently lepas raya ni.InsyaAllah.Thank you banyak2x dear readers <3.. And Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Anyo~~


 Bab sebelas


“Weiii Aisy,kau dah dapat berita tentang budak Seiran tu ke?”Sebelum kelas bermula,Ifti mengambil kesempatan untuk bertanya.

Aisy menggeleng. “Tapi aku dengar budak tu cakap dia nak balik..aku tak pasti pula ke mana..”

“Balik?Balik mana?Ertinya dia bukan orang sini le?Or dia tinggal luar negara?Hmm..”Ifti kelihatan berfikir secara mendalam.

“Aku tak tahu lah..Tapi budak tu memang sama species dengan diorang Cuma dia baik sikit kat aku hehehe..”

“Baik?Baik macam mana?”Tanya Ifti lagi,ingin tahu.

“Baik lah..semalam aku minta izin kat Mike nak balik awal tapi tahu je lah si Mike tu dia macam tak nak kasi je..Nasib lah mamat tu tolong pujuk sikit..”Beritahu Aisy.”Oh right.. aku betul-betul pelik.. si Mike tu berbeza kalau bercakap dan pandang budak tu.Wajah dia lembut semacam.Tak pernah aku tengok dia macam tu.Not even with his other friends.Pelik kan?”

Ifti mengangguk. “Entah-entah..”

“Hish gila lah kau.. kalau ada orang dengar dan sampai kat dia,boleh mati kita...Hish..”Aisy meletakkan jari telunjuk ke bibir.Tidak mahu lagi perkara itu dipanjang-panjangkan.

“Kau fikir apa?Aku cakap entah-entah dia tu orang yang sangat penting untuk Mike kot..”Ifti membetulkan sangkaan Aisy yang jelas terpesong.Aisy tersengih.

“He he...A'ah betullah tu,aku fikir macam tu juga lah..hehe..”

“Banyaklah kau..otak songsang!”Marah Ifti.

..........................

Aisy berjalan pantas menuju ke dewan,takut terlewat sebab jam di tangan menunjukkan 5 minit lagi sebelum menginjak ke pukul 1.Kalau lewat nanti Mike akan denda dia,Aisy tak sanggup di denda membersihkan dewan itu lagi.Cukup 2 kali.

‘Give up aku.’Aisy mengetap bibir.

Sesampai saja Aisy didepan pintu dewan,dia menjengulkan kepala,erkk..sunyinya.

‘Mike tak kata pun hari ni takde latihan.’Aisy merasa pelik kerana dewan itu sunyi,tiada seorang pun pemain basketball di situ.

‘Mana diorang eaah?’Aisy mundar mandir di luar pintu dewan.

Aisy menyilangkan tangan.”Cis.. kata tak suruh orang lambat la apa la.. now siapa yang lambat?takde orang lagi huh..”Mulutnya terkumat-kamit menyuarakan rasa tak puas hatinya.

“Ehemm..”Deheman seseorang dari arah belakang memeranjatkan Aisy.Hampir saja terkeluar bunga silatnya.
’Hissh.. memalukan betul.Jangan la ehem..ehem..bagi la salam!’Marah Aisy dalam hati.

“Err..”Aisy kenal pemuda yang kini berdiri dihadapannya yang ketara sangat cuba nak tahan diri dari tersenyum.

’Alamak mulut~~’Aisy menggerak-gerakkan bola mata ke kiri ke kanan,manalah tahu si Mike boleh pula muncul tiba-tiba dan mendengar kata-katanya tadi.Nahas!

“Mike suruh aku bagitahu kau yang hari ni no practice.So kau boleh lah balik sekarang.”Yafiee memaklumkan hal itu.

“Betul ke?!”Betapa riangnya hati apabila mendapat tahu yang hari ini tiada latihan dan paling penting hari ini Aisy juga tidak perlu menatap wajah masam ketua basketball itu dan tak perlu nak berusaha berlagak selamba kalau Mike tanya pasal hari tu.Selamat aku.Cewahh.. bestnya!

‘Dapat lah juga aku balik awal sebab hari ni pun takde extra kelas.’Senyuman Aisy semakin melebar.Hari ini gembira itu sudah pasti.

“Ehh..tapi Mike mana?kenapa dia tak bagitau sendiri?”Dalam gembira sempat Aisy memikirkan hal tersebut sebab selalunya apa-apa hal Mike yang akan maklumkan sendiri padanya.Ni pakai suruh-suruh orang ni pelik juga.

“Dia absent.”Jawab Yafiee dengan senyuman nipis.
Aisy mengangguk perlahan.”Okay.”

Dalam otak Aisy sudah banyak tersedia sebab kenapa Mike tidak sekolah;sakit,malas,saja-saja,mungkin juga ada hal penting.

‘Eh yang aku nak fikir sangat ni kenapa?Biarlah dia tak sekolah,lagi best.’Aisy menggeleng-geleng kepalanya sambil menghembus nafas perlahan.

“Balik dulu.”Ujar Aisy sebelum berjalan meninggalkan Yafiee di situ.

Yafiee mengangguk sekali.Lagaknya betul-betul nampak cool dan macho;bukan control macho dan buat-buat cool tapi Yafiee memang begitu orangnya.

Masing-masing punya karakter tersendiri;Mike yang dingin,mudah naik angin dan suka mengarah tapi sebenarnya sangat caring,Andy yang murai,pendengki dengan Zafran tapi peramah,Zafran yang playboy,suka menyakat dan bermulut manis tapi suka menolong orang tak kira siapa,Wentz seorang yang sangat natural dan simple dan Seiran pula seorang yang mudah tersenyum dan berhati lembut.
......................................

Mike memeluk erat tubuh Seiran.Berat hatinya ingin melepaskan pemuda itu untuk pulang ke UK.Uncle Samuel dan Auntie Arena faham perasaan Mike kerana dulu sebelum Seiran mengikut papa dan mamanya ke UK,Mike sangat rapat dengan Seiran.Apabila Seiran di hantar oleh mamanya ke rumah mereka dikala mamanya berkerja luar bandar Mike juga akan turut tidur di rumah mereka.Hubungan mereka seperti adik beradik.

“Take care.”Pesan Uncle Samuel sambil memeluk Seiran.

“Seiran bagitahu Auntie awal-awal tau bila nak balik,jangan macam hari tu.Tak ada angin tak ada ribut,dah terpacak depan pintu rumah.. terkejut..”Auntie Arena berpesan sambil mencubit lembut pipi Seiran.Bagi Auntie Arena,Seiran masih seperti kanak-kanak kecil yang nakal.Seiran sudah mereka anggap sebagai anak mereka sendiri,malah mereka juga sudah mengangkat secara tidak langsung Seiran sebagai anak angkat mereka yang sulung.

Seiran menggosok-gosok rambut berwarna perang semulajadi miliknya sambil tersengih.

“Jangan lupa tu,nanti big boss marah pula..”Pesan Uncle Samuel dengan nada berseloroh.’Big boss’ yang dimaksudkan adalah isterinya,Arena.

Auntie Arena menjeling suaminya di sisi.

“Okey boss.”Seiran buat tabik hormat pada Uncle Samuel dan Auntie Arena.

“Ish.. masih nakal..”Auntie Arena memeluk lengan suaminya sambil tertawa riang.

 “Okey,Seiran pergi dulu..We’ll meet again soon.Doakan Seiran berjaya untuk exam nanti tau.”Seiran menyalam Uncle Samuel,Auntie Arena dan Mike. 

‘I am going to miss you..’Bisik hati Mike.

“And don’t forget peluk cium buat Andre dan Natalia.Tadi tak puas lah nak cium diorang..”Seiran mengingatkan sambil jari telunjuknya bergerak ke depan ke belakang.

Seiran melambai-lambai sebelum masuk ke dalam ruangan menunggu yang terpisah dari ruangan menghantar.

Mereka membalas lambaian itu dengan hati yang sedih tapi masih mampu mengukir senyuman buat Seiran kecuali Mike.

Setelah Seiran masuk ke dalam ruangan menunggu,Auntie Arena dan Uncle Samuel pun pulang.Mike pula masih di situ.

Hanya selepas penerbangan Seiran selamat berlepas,baru dia bergerak dari situ.Mike menunggang motorsikalnya tanpa arah.Dengan ketiadaan Seiran di sini dia sekali lagi merasa kehilangan.

Mike tiba-tiba berhenti di bahu jalan.Dia memejamkan matannya buat beberapa saat.Hembusan nafasnya kedengaran deras di telinganya sendiri dari dalam helmet yang menutupi seluruh wajahnya.

Dia belum berpeluang untuk berterus terang dengan Seiran.Hatinya sudah merasa terseksa dan sakit menanggung bebanan di dada.

.........................

Aisy bernyanyi riang dalam perjalanan pulang ke rumah.Dia tidak balik bersama Shah kerana adiknya ada kelas tambahan petang itu.

“Hai senangnya dalam hati..tak payah jumpa si ketua yang perasan yakuza..”Aisy sesuka hati menukar lirik lagu mengikut situasinya.Suka hati dia je kan..”La..la..la..la..lalalalalala..”

‘Gulp..’Keriangannya berkecai apabila matanya mengesan dua ekor anjing liar sedang meronda-ronda di luar simpang masuk ke kawasan perumahannya.

Jaraknya dengan anjing-anjing itu hanya beberapa langkah.10 langkah mungkin.Dia berundur kebelakang,menjauhkan diri dari dari ternampak oleh dua ekor anjing liar tersebut.

“Macam mana nak halau dua ekor anjing ni?Susah la macam ni,macam nak masuk simpang tu,Mahunya datang gila diorang..mati aku..”Aisy berfikir-fikir cara yang paling berkesan untuk menghalau anjing liar.Mundar mandir Aisy berjalan di tepi jalan.Kadang-kadang duduk mencangkung memikirkan cara apabila keletihan berdiri.

“Vroomm.. vroommm..”Bunyi enjin motosikal kedengaran menderum laju dari arah belakang.Motosikal itu melintasi tempat Aisy berdiri dan terus menuju ke arah anjing-anjing liar tersebut.Habis bertempiaran lari anjing-anjing itu menuju ke arah bertentangan.

Aisy tercengang namun cepat tersedar dan mengambil kesempatan itu untuk berlari secepat yang mungkin,memaksa kaki berlari lebih laju dari biasa menjauhi anjing-anjing tersebut.Akhirnya Aisy sudah berada jauh dari anjing-anjing liar itu.

“Alhamdulillah..”Ucap Aisy dengan rasa lega.

“Thanks Allah sebab kirimkan si hero motosikal tepat pada masanya.”Aisy tersenyum sendiri. 

Tapi apa yang mengecewakan dia tidak sempat mengecam jenama dan plat lesen motosikal berwarna kuning hitam tersebut.Nak cam orangnya lagi tak dapat,punyalah laju,pakai helmet hitam menutupi seluruh wajah pulak tu.

“Tapi kalau tahu pun nak buat apa?Bukan boleh jumpa,bandar ni kan besar.”Aisy mengangkat bahu lalu beredar dari situ.Rumahnya sudah kelihatan dari jauh,maknanya dia akan sampai tak lama lagi.

‘Tak sabarnya nak guling-guling kat katil..la..la..la..’Aisy kembali riang meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

“Asalammualaikum..”Laung Aisy apabila pintu rumah dibuka.
Salamnya bersahut.

“Awal balik hari ni?”Puan Husnina yang sedang duduk-duduk di ruang tamu menegur Aisy.

“No extra class hari ni ma..”Beritahu Aisy.’And no basketball practice..’Sambungnya dalam hati.

“Pergi lah naik,mandi dan solat dulu,lepas ni mama nak bawa Aisy shopping groceries.”

Aisy mengangguk dengan senang.Hari ini dia tak letih jadi dia dengan rela hati bersetuju ibarat kecil tapak tangan,nyiru hamba tadahkan..Hah..Aisy,peribahasa tu memang sesuai.

“Emm Aisy,Shah balik pukul berapa?”

“3 kot.Or 3 lebih.”Aisy sendiri kurang pasti sebab adiknya itu kadang-kadang pandai menyimpang bermain bola selepas kelas tambahan,mana badan adiknya yang dulu bulat sekarang jadi sekeping.Tak berehat langsung,ada saja aktiviti harian yang dilakukan.

“Kalau macam tu, jalan pukul 3 je la,terus jemput Shah.Mama sms dia suruh tunggu kat grandstand.”Puan Husnina memberi kata putus.

Kasihan juga anak bungsunya itu,balik tapi rumah sunyi tiada orang.

Aisy setuju sangat,ada juga teman nak berborak.

Pintu bilik ditutup rapat lalu di kunci.Aisy mengguling-gulingkan badannya di atas katil. “Ah rindunya aku pada kau.. katil..I miss you la..”Aisy berkata dengan rasa teruja.Lain benar sikapnya,macam tak pernah jumpa katil je.

Aisy mengusap-usap pipinya pada tilam katil.’Ibarat berada di taman syurgawi...’Mata Aisy yang tadi segar bugar mula layu.Tiba-tiba saja rasa mengantuk mula bergayutan di kelopak mata.

“Aisy!!Jangan lewat!!Pukul tiga kita jalan.Mandi cepat!Dah 2.10.”Mamanya melaung dari bawah tangga.Faham sangat dengan perangai anak gadisnya yang suka berlengah-lengah.Selalu saja Aisy tertangkap sedang berbaring di katil padahal Aisy cakap dia tengah mandi atau berpakaian.

Aisy memaksa dirinya untuk bangun dari katil dan berlalu ke bilik air. ‘Maafkan aku katil.Hati ini tak berdaya untuk melawan mama.Di petang hari sebegini cinta kita sememangnya cinta terlarang..’Hati Aisy meraung pilu.

.........................................
Tepat pukul 3.10,kereta Audi model A8 berhenti betul-betul dihadapan Shah dan rakan-rakannya.

“Wooo cantik kereta kau Shah..”Puji Rahimi,teman sekelasnya.

“Apa pulak kereta aku.. Mama aku la..Aku chow dulu..”Shah membuat aksi bersalam cara remaja.

“Jarang mama nak ambil balik sekolah.Ada apa?”Tanya Shah setelah masuk ke dalam kereta.

“Esok papa balik,mama nak beli barang dapur.Nak masak special..”Kata Puan Husnina.

 “Tadi cakap apa dengan kawan?”Tanya Puan Husnina.

“Cakap apa?”Shah kurang jelas dengan pertanyaan mamanya.

“Ohhh.. tak.. dia puji kereta mama ni cantik.”Beritahu Shah dengan wajah bangga.

Senyuman tersungging di bibir Puan Husnina.

Mereka sampai ke pasaraya Giant pada pukul 3.30 petang. Puan Husnina meletakkan kereta agak jauh dari pasaraya tersebut kerana parking yang berhampiran pasaraya Giant sudah penuh.

“Shah,pergi ambik beg recycle kat bonet kereta.”Suruh Puan Husnina.Memang beg recycle itu sengaja Puan 
Husnina letakkan di dalam bonet supaya senang,tak lupa dan tak kelam kabut nak bawa dari rumah.

Shah menuruti suruhan mamanya.Dua beg ‘save the earth’ berwarna hitam dan putih disangkutkan ke bahu.

“Nah.. akak pegang yang hitam..”Shah menghulur beg berwarna hitam tersebut pada kakaknya.

“Tak nak,akak nak yang putih sebab kulit akak putih melepak..”Aisy sengaja cari gaduh.Saja nak bergurau kasar dengan adiknya.

“Eleh.. adik pun putih..”Shah meningkah.

“Manade..Shah gelap la..”Aisy ketawa.

“Elehhhh..Shah putih lah kak..tapi sebab Shah aktif tu yang kulit makin gelap..akak mana tak gelap,tak ada outdoor activities langsung..”Shah mengkritik kakaknya.

Baru hendak menjawab balik kritikan adiknya matanya tiba-tiba terpaku pada motosikal jenama Honda model CBR150R.

‘Eh ni macam motor tadi ni..Warna,pesen dia sama..’Aisy merenung betul-betul motorsikal tu.Kaki masih terus menapak tapi mata tidak fokus pada arah yang di tuju,fokusnya kini pada motorsikal itu.

“Eh Shah.. errr.. kau bagitahu mama akak nak ke tandas awam jap.. eah..eah..eah?”Aisy berlari-lari anak sambil melambai Shah.Dia cuma ingin tahu macam mana wajah pemilik motorsikal itu.Aisy yakin pemilik motorsikal itulah yang menghalau anjing-anjing liar tadi.

‘Tapi kalau dia tak timbul-timbul macam mana?Melongo lah aku kat sini..’Keluh Aisy.Dia berdiri dalam 5 langkah dari tempat motorsikal itu diletakkan.

‘Hmm.. tunggu sekejap je la..’Hatinya masih tidak ingin berganjak.Hatinya kini sangat nekad ingin tahu melihat wajah pemilik motorsikal Honda CBR150R berwarna kuning tersebut.

5 minit berlalu,Aisy mula resah,takut mamanya curiga pula kalau dia berlama-lama.’Hmm.. nampaknya bukan jodoh kita nak jumpa kot..’Aisy mengeluh.Dia sedikit kecewa.

“Kau buat apa kat sini budak?”Suara yang cukup dikenali itu membuatkan mata Aisy terbuka besar.

‘Gulp!’Aisy perlahan-lahan berpaling.Sah...Mike!

Aisy menyengih sambil menggeleng perlahan.

“Aku tengok kau asyik tengok motor tu je,apahal?”Soal Mike dengan wajah masam.

‘Trademark agaknya.Apa lah susahnya pun nak senyum.Alahai~ Kan senyum itu sedekah..’Aisy mengomel dalam hati.’Eh dia tahu ke senyum tu sedekah?Dia kan tak islam..Apa la kau Aisy.’Aisy menggeleng-geleng sambil buat lagak ‘facepalm’.

Mike bercekak pinggang,pelik bercampur geram dengan ulah Aisy.Di tanya susah betul nak menjawab.Berangan je tau.”Kau ni kata mana-mana pun boleh berangan ye?”

“Otak kau memang setting dia untuk berangan je ke?”Soalan-soalan Mike yang bernada menyindir membuat Aisy mengetap gigi kuat.Geramnya!!!

Mike tidak menunggu jawapan,dia membuang tin minuman yang sudah habis airnya dan terus melangkah tanpa memperdulikan Aisy lagi.

‘Eh?Kenapa dia tunggang motor tu?Jangan-jangan...’

“No!!!!!”Tanpa sedar Aisy menjerit lantang menidakkan apa yang di lihatnya.

“Dia bukan hero motorsikal tu.”Aisy tidak ingin percaya kenyataan dihadapannya ini.

“Salah orang ni.Bukan motor ni.Sama warna,sama pesen je,tanduk dua serupa..”Aisy cuba meyakinkan diri.

Mike memberhentikan motosikalnya betul-betul disebelah Aisy.”Aku sarankan kau jumpa pakar mental.Aku tengok kau ni dah kronik.”

Aisy menahan diri dari mencebik.

“And satu lagi,aku masih nak buat perhitungan dengan kau tentang hal petang sabtu tu.Lepas perlawanan ni kau akan terima tiga hukuman.Jangan ingat aku akan lupa.”Serentak itu,Mike menyorong cermin gelap helmetnya ke bawah untuk menutup wajahnya lalu menunggang laju keluar dari kawasan Pasaraya Giant itu.

‘Aaaaa dia ingat la!!!!!!malunya aku!!!!’Aisy menekan kedua belah pipinya dengan jari-jemari kedua belah tangan membuatkan mulut Aisy nampak muncung dan pipinya tembam seperti ikan buntal.

“Tapi tadi dia cakap tiga hukuman?Kenapa tiga?Jahat betul si yakuza wannabe nihhhhhh!”

‘Dan dia bukan si hero motorsikal tu!!!’ Aisy menghentak kaki dengan wajah cemberut sebelum berjalan laju masuk ke pasaraya Giant mencari mama dan adiknya dengan hati yang panas.

1 comment:

  1. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete