Monday, June 4, 2012

Dia si Encik Kacakku 4

Zharfan duduk di kerusi yang tersedia di balkoni rumah keluarganya.Angin malam menyentuh lembut wajah dan tubuh badannya.Terasa nyaman udara ketika itu.Tiba-tiba dia mengeluh.

"Encik Kacak?Siapa Encik Kacak?"Zharfan bermonolog sendiri."Kacak sangat ke pujaan hati dia?"

"Sebab tu dia macam tak layan aku.Aku kena siasat,dia tu single ready to mingle ke?atau single not available?"Zharfan nekad.

"Ehem.."Deheman itu membuatnya spontan berpaling.

"Mama!"

"Whats wrong?Selalu tak pernah ke balkoni..asyik memerap je."Mama Zharfan,Puan Rosita,bertanya risau.

"Dari tadi I saw Afan termenung.You have something on your mind?"Tanya mama Zharfan lagi.

'Nak terus terang atau tidak?'Zharfan berfikir sejenak.

"Afan?"Panggil Puan Rosita.

Zharfan menghembus nafasnya."I am just thinking.Kawan Fan ramai dah kahwin,some dah ada anak,I am thinking that.."Sengaja dia tidak menghabiskan kata-katanya kerana dia tahu mamanya faham dan sebenarnya dia agak malu sedikit kerana nampak macam dah gatal nak kahwin pulak.

Mamanya ketawa."You have someone?"

Zharfan mengangguk.

"Apalagi?Bring her,jumpa mama dan papa."Puan Rosita menjemput dengan senang hati.

'Errr.. masalahnya ma.. Dia tak tahu Afan suka dia."Keluhnya.

"Hah?Mama kenal that girl?"

Zharfan mengangguk,sedikit malu."I guess yes,you do."

"Who?anak kawan mama or papa?"

Zharfan kelihatan ragu untuk memberitahu.

"Afan,tell me,who.Boleh juga mama risik-risik kan."Mama Zharfan tersenyum mengusik.

"Actually that girl anak kawan papa kot.Yang datang last 2 weeks,masa ada majlis hari tu.Remember?"

"Yang datang hari tu?"Mama Zharfan mengerutkan dahi.Terlalu ramai yang pernah datang ke rumahnya pada hari yang dimaksudkan oleh anak bujangnya,jadi tidak mungkin dia boleh ingat siapa."Who?"

"Err.. that girl yang came with her mom.."

"Afan.Banyak anak gadis yang came here with their moms.Be specific please."

Zharfan ketawa.Di matanya hanya melihat Natina seorang sehingga lupa yang datang ke majlis mereka bukan cuma keluarga Natina saja tapi ramai.

"Itu.. yang err.. yang kawan papa,lupa pulak nama dia.Yang papa selalu cerita tu,yang selalu teman dia main golf dulu,yang papa kenalkan pada mama,yang kulit dia putih-putihtu,pakai baju biru,yang dia ada anak perempuan cantik sangat."Wah banyaknya perkataan 'yang' haha.. gugup le tew...

Mama Zharfan ketawa lucu."Wah.. siap puji 'anak perempuan cantik sangat'.Dah berkenan sangat nampaknya.Mama rasa macam ingat,nanti mama tanya papa." Puan Rosita menepuk lembut bahu anaknya.

"Thanks ma."Zharfan tersenyum manja.Macam budak kecil lagaknya apabila mama seakan memberi greenlight padanya.

..............................................................

"Ilya.Mama ada benda sikit nak cakap."Mama menghempas lembut pahaku yang sedang duduk menyandar santai di atas sofa cushion yang terletak di ruang melihat TV.

"Cakap je ma.Ilya dengar."Kataku acuh tidak acuh.Mataku masih tertumpu pada skrin kaca Tv yang menayangkan cerita kegemaranku.

"Tunggu papa kamu turun dulu."Mama membalas.

'Eh?Nak cakap apa ni sampai nak kena tunggu papa turun ni?'Hati mula rasa tidak menentu.Mesti hal serius ni,aku pasti!

"Ah.. bang.Cakaplah cepat."Mama bersuara apabila ternampak kelibat papa yang sedang menuruni tangga.

Aku ketawa.Begitu juga papa.Geli hati dengan sikap gelojoh mama."Kamu ni,baru je nak turun ni,takkanlah nak cakap dari atas tangga.Tak menyempatlah."

Mama menjeling geram."Abang tu lambat sangat.Cepatlah."

Papa duduk di sofa sambil memandang aku."Tutup dulu TV tu Ilya."Arah papa.

"Kejap pa.Nak habis dah ni cerita ni.Kejap ye."Aku membuat muka minta di kasihani dan menemukan kedua tapak tanganku tanda 'please'.

"Ish kamu ni Ilya.Cerita ni tak penting.Hal ni serius.Tak boleh tangguh-tangguh."Mama menghempas pahaku sedikit kuat.Aku terjerit kecil sambil menggosok-gosok pahaku yang sedikit terasa perit.

'Apa yang penting sangat ni sampai tak boleh tunggu aku tengok habis cerita aku ni?'Aku mencebik dan tayang muka sedih.

"Iyelah.Ilya kecikkan volume je.Papa cakap je.Ilya promise telinga Ilya dengar 100%!"Kataku dengan nada meyakinkan.Aku angguk-anggukkan kepala tanda memberi jaminan.

Mama dan papa sama-sama mengeluh melihat ulahku yang keras kepala.Degil!

"Macam ni Ilya.Kawan papa ada merisik tentang kamu untuk anak dia."Papa memulakan kata.Aku yang mendengar melihat papa dengan mata membulat.Mulutku ternganga.

"Merisik?"Nada suaraku sedikit lantang.Gila!

"Tak nak!"Aku cepat-cepat menolak.Hish lelaki gila manalah nak risik aku ni!Tak tahu ke di hati aku sudah ada si teruna kacak yang mengisi seluruh ruang hati!Erk kenal pun tak,macam mana dia nak tahu?

"Ilya dengar dulu."Pahaku sekali lagi menjadi mangsa hempasan tangan mama.

'Ish mama ni kenapa beria sangat ni?Nak sangat aku kahwin ke?Sejak bila pula ni?'Marahku dalam hati.Tidak berani meluah kata,takut nanti di cop derhaka.Naya!

"Mama I am still studying.Tak nak lah kawin-kawin ni.With someone I don't even know who and I don't even like?Tak nak lah ma.Please?"Aku merayu.Ahhh ini cuma alasan.Takkanlah nak bagitahu mama dan papa aku tak nak sebab dah ada pilihan hati yang belum tentu lagi membalas rasa hati ku ini?Malu lerr kalau papa dan mama tahu.Hish!

"Kamu cakap ni macam confirm je tak suka?Kamu tahu ke siapa yang risik kamu ni?"Mama mencebik.

Aku menggeleng.

"Kalau kamu tahu siapa yang risik,confirm kamu menyesal sebab tolak dia.Kacak.Ada ummphhh."Mama menayangkan ibu jari di hadapan muka ku tanda 'bagus'.

"Amboi kamu pula yang lebih ni.Terover excited."Papa berseloroh.

'Eh betul ke kacak?Eleh.. kacak pun tentu tak sekacak Encik Kacak aku kan?kan?kan?Duhai hati,teguh lah dengan pilihan hati mu.Cewah cakap bajet macam si Encik Kacak tu boyfriend kau kan Ilya?Perasan!

"Mana nak excited.Budak tu kacak bang,ada rupa.Ilya ni juga suka tengok lelaki kacak.Ni dah ada yang hansem nak kat dia di reject pula.Geram lah saya.Budak tu kerja pun bagus.Terjamin masa depan si Ilya ni."Mama membebel.

"Kamu jumpa dulu dia Ilya lepas tu baru bagitau mama dan papa samaada kamu betul-betul berkenan ke tidak?Menyesal kemudian tiada guna Ilya."Mama siap berperibahasa lagi.Aku mengeluh lemah.

Nak jumpa ke tidak?Kalau aku jumpa adakah perasaan suka aku pada Zharfan belum seteguh mana?

"Ini baru merisik,bukan meminang,kamu ni.Belum apa-apa lagi dah lebih-lebih.Tunggu lah dulu kata pihak sana."Papa bersuara setelah lama hanya menjadi pendengar bebelan mama.

"Hish.. merisik ni kira dah berkenan denga Ilya lah tu."Mama menjeling geram pada papa.

"Ilya fikir lah dulu."Hanya papa yang memahami perasaan aku.Aku mengangguk lalu cepat sahaja aku berlalu naik ke atas menuju ke bilikku.

.......................................................

"Ir,aku sedih lah."Aku meletakkan dagu ku dia atas lenganku.

"Sedih apa ke benda nya?"Irdina bertanya dengan wajah pelik.

"Ada orang nak risik aku."Balasku.

"Hah?!"Irdina juga terkejut mendengar perkhabaran yang ku bawa ini.

"Siapa?"

Aku angkat bahu."Mana aku tahu.Malas lah nak tahu."

"Tapi kan mama aku tu paksa-paksa aku jumpa.Lepas tu cakap jangan menyesal lah,lelaki tu kacak lah,ada umpphh lah,kerja bagus lah.Rimas ah.Tau lah aku ni suka tengok orang kacak.Tapi I have my own Encik Kacak already."Aku mengeluh rimas.

"Hmm.."Irdina menggosok-gosok dagunya tanda sedang berfikir.

"Kau jumpa je lah.Mana tahu Encik Kacak kau tu pun kalah.Hishh siapa lah Encik Kacak kau ni,nak sangat aku tengok.Kacak beno ke kacak tipu."

"Heii kacak betul lah.Mana ada kacak tipu."Marahku.'Kau kenal sangat Ir,in fact itu cousin kau.Kalau kau tahu,tentu kau tak boleh bernafas selama beberapa saat sebab shock hahaha..'

"Nanti kau kena tunjuk juga dia pada aku.Aku nak tahu.Kalau tak aku tak nak lah kawan kau.Tak best!"Irdina mengugut.

"Iye lah.Kalau aku ada jumpa dia juga.Now nak fikir masalah baru pula?Kalau lah Encik Kacak aku tu suka aku,this moment juga aku bawa dia jumpa mama dan papa aku.Confirm mama ubah fikiran."Aku menghempas meja belajar itu sedikit kuat.Aku yakin!

"Kot ye pun tak yah hempas meja tu.Kesian.Tak mengenal dosa meja tu pun kau ni."Irdina membebel sambil mengusap lembut meja yang baru ku hempas tadi.

Aku ketawa."Dah macam sewel kau buat macam tu."

Irdina mengetap bibir."Blah lah.."Amboi ganas sangat lah kawan aku ni.

"Alalala.. merajuk pula bestie aku ni.Takpe,jom aku belanja Vanilla Shake.Tapi kau kena tolong aku fikir cara terbaik nak reject plan mama aku okay?"Aku memeluk bahu Irdina.Irdina tersenyum senang sebab suka di belanja Vanilla Shake kegemarannya.

"Okay,set!Sebab kau nak lanja punya pasal.Aku lupakan kata-kata kau tadi."

"Memang kau macam tu.Kalau belanja je semua on."Aku mengutuknya secara berseloroh.

"Benda free memang buat aku happy.Apalagi if makan dan minum haha.Aku akan fikir solusi terbaik buat masalah kau tapi belanja lah aku makan,aku lapar ni."Irdina menggosok-gosok perutnya yang kempis.

"Hish tak malu lah kau ni."Aku mencubit pipinya yang sedikit gebu.

"Buat apa malu,dengan kawan sendiri pun.."Irdina jelir lidah.

Aku buat ekspressi 'Iyelah tu' dengan kerutan hidung dan jelingan manja."Jom."

No comments:

Post a Comment