Thursday, May 24, 2012

Dia si Encik Kacakku 3

Aku duduk di bahagian belakang sebaris Irdina.Aku tidak berani hendak melihat ke bahagian pemandu walaupun hati ini meronta-ronta ingin melihat sekilas wajah kacak milik lelaki itu.Aishh.. aku tak nak lah,nanti dia cop aku nak ngurat dia pula?Ishh.. aku masih ada maruah,masih wanita melayu terakhir.Tak nak lah main perigi cari timba.Kalau dia tolak,mana aku nak letak muka aku ni?

Tiba-tiba lagu Istimewa nyanyian Indigo berkumandang.Aku tak pasti pula samaada itu radio atau CD. Wahh.. aku memang layan lagu jiwang macam ni.Aku layan lagu macam ni tatkala hendak beradu.Senang sikit aku nak lelap mata sebab mendayu-dayu dan sedap di dengar.

Zharfan sengaja memainkan lagu itu untuk memberi mesej kepada gadis pujaannya yang duduk di belakang.'Dia tak layan pun.Tengoklah sini..cik adik oiii..'Zharfan sesekali menjeling ke belakang melalui cermin pandang belakang.

"Eh bang jeling-jeling belakang ni kenapa?Dah berkenan sangat ke?"Suara Irdina memecah kesunyian.

"Hah?"Zharfan yang hanya memikirkan tentang Natina tersentak.

Darah gemuruhku menyerang.Ishhh Irdina ni kalau cakap memang ikut suka hati dia je kan?Dia tak tahu ke aku ni malu.Pemalu!

Tangan ketamku pantas mencubit lengannya.

"Ouchhhh!!"Jerit Irdina sedikit nyaring."Sakitlah Nat."Dia berpusing ke belakang sambil menggosok lengannya.

Aku menjeling geram.Aku tunjuk bibirnya dan buat aksi 'kunci mulut tu'.

"Aku cakap betullah,abang Fan asyik jeling-jeling belakang je.Entah-entah lagu ni dia saja pasang untuk kau kot?"

Zharfan menggelabah.'Ishh mulut sepupu aku ni direct sangat.Tak slow and steady betul lah.'

Aku jadi rasa tidak selesa dan sebelum keadaaan jadi parah dan aku jadi perasan baik aku tegah."Dina!Kalau kau cakap macam tu lagi,aku tak jadi ikut kau.Aku balik je."Ugutku.

'Irdina.Tolonglah faham.Kalau kau buat kami rasa tak selesa macam ni.Macam mana aku nak kenal rapat dengan dia?Kau buat aku malu lah!'Marahnya dalam hati.

"Oppsss.. sorry Nat.Aku lupa."Irdina menghempas dahinya perlahan.

"Sorry bang.Nat dah ada si  Encik kacak dia.So you have no chance at all."Ergghhh..boleh tak aku sumbat je mulut tempayan kawan baik aku ni????

'Dia lah si Encik Kacak aku!Dina,janganlah buat aku berharap dengan kata-kata kau yang tiada bukti kukuh tu.''Kata-kata itu hanya terluah dalam hati.

Zharfan diam,wajahnya sedikit berubah namun terkawal.Dia melihat aku melalui cermin pandang belakang.Matanya...

Aku mengeluh.'Dina!Thanks.Kau dah hancurkan harapan aku yang memang hancur ni.'

..................................

Kami makan di Restaurant Insaf.Memang kegemaran aku lah nasi beryani campur ayam goreng salut madu dia. Petang itu tidak ramai orang jadi tak adalah kami terpaksa menunggu hanya untuk makan.Kalau hari-hari cuti,fuhhh berkeriuk juga perut menunggu meja kosong.

"Err.. Dina.Kau share dengan aku please?"Pinta ku.

Irdina buat muka 'aku-tak-nak!!'

"Alaaa kau tahu lah aku macam mana kan?Aku tak boleh habis satu pinggan ni."Pohonku lagi,aku buat muka seposen."Aku tak nak membazir."

"Biar abang je share."Tiba-tiba Zharfan menawarkan diri.

"Errr..."Aku ragu.'Share dengan dia?'

"Abang Fan dah offer tu,kau juga tak nak bazir.Aku nak makan full.'Tangki' aku kosong ni.Aku nak full."Irdina berkata sambil menepuk-nepuk perutnya.

Aku hanya tersenyum nipis.Kami memesan 2 nasi beryani ayam goreng salut madu.kami tidak perlu lama menunggu,dalam 5 minit,pesanan kami sudah sampai.Aku membiarkan Zharfan menuangkan sedikit nasi beryani dan sedikit isi ayam ke piring kosong.

"Nak mana?"Tanya Zharfan.

"Mana aje."Aku memberinya pilihan.

"Nahhh.."Dia memberiku pinggan yangberisi lebih banyak nasi.

"Err..saya nak yang sikit tu je."Aku tidak punya pilihan,takkan lah aku makan banyak dia sikit.Dia yang belanja.

Zharfan ketawa kecil."Tadi kata nak mana aje."

"Sorry."Ujarku dengan wajah bersalah.Zharfan hanya tersenyum.Uwaaa kacaknya!!

"Natina pernah makan sini?"Tanya Zharfan.

Aku mengangguk lalu tersenyum nipis.

"Macam mana abang tahu nama dia?"Irdina bertanya pelik.

"Er..."Zharfan diam sejenak.Aku jadi gabra.Irdina tak boleh tahu.Mati aku kalau dia tahu.Tentu Irdina boleh agak dia ni lelaki yang aku ceritakan dulu.

"Tadi kau sebut-sebut nama aku."Aku pula yang gabra menjelaskan.Zharfan memandang wajahku.Aku buat dekkk je..

"Oh ye juga.Hehehe lupa."Irdina kembali menumpukan perhatiannya pada makanannya yang separuh habis.

Kami kembali diam.Makanan sudah selamat masuk ke dalam perut.Kenyang.Alhamdulillah.Dia kenyang ke makan share dengan aku ni?

Zharfan menghantar pulang aku dan Irdina.

"Nak hantar Na dulu ke?"Tanya Zharfan sengaja untuk melihat reaksi Natina.

Aku terkedu.Kenapa nak hantar Dina dulu?

"Eh abang ni,hantar Nat lah dulu,mati kalau mama dia nampak Nat dengan abang je.Mahu kena investigate ke apa?"Bebel Irdina.

"Abang gurau je lah."Ucap Zharfan sambil melirik ke arahku.Aku diam,tapi dalam hati berdebar-debar.

Kami berangkat menuju ke rumah ku dulu.Zharfan memandu mengikut panduan yang ku beri.Akhirnya kami sampai di hadapan rumahku.

"Kirim salam uncle and auntie."Ujar Zharfan semasa aku membuka pintu kereta.

"InsyaAllah.."Sahutku.

"Ngada-ngada lah abang ni,kirim salam segala."Aku sempat mendengar omelan Irdina.Aku ketawa.Kalaulah Irdina tahu sepupunya itulah si Encik Kacak aku,mahu terkejut beruk dia. Hahahaha..

1 comment:

  1. i loike i loike i loike!!!!!!
    gud work nyahh!!!hehe
    sori salam tq
    ...D gelojos...

    ReplyDelete