Wednesday, June 13, 2012

Dia Encik Basketballku 5


Bab lima

Petang isnin selepas sesi sekolah tamat sebelum latihan bermula,Rahadatul ‘Aisy memberanikan diri berjumpa dengan Mike.
“Apa kau nak?”Tanya Mike tanpa melihat wajah Aisy.
“Aku..aku..”Tegagap-gagap Aisy meluahkan kata.
“Aku..aku..aku..Aku apa?”Tengking Mike.
Rahadatul ‘Aisy terkejut beruk.Dia mengetap bibirnya.Geram dengan sikap panas baran Mike.
“Aku tak nak jadi pengurus korang lagi.”Aisy memberanikan diri memberitahu.
Mike berang.”What did I told you?Jangan jadi manusia tak bertanggungjawab!!!!”
Semua pemain-pemain basketball yang tengah duduk melepak memandang ke arah mereka dengan wajah tanda-tanya.
Aisy diam.'Di rumah kena marah,di sekolah pun kena marah.Kenapa takde sorang pun mahu tahu apa yang aku benar-benar inginkan?Kenapa aku mesti di paksa-paksa???'Hati Aisy memberontak dalam diam.Serasa ingin menangis apabila tertekan dengan permasalahan batin yang bagi Aisy amat melelahkan.Banyak berfikir dan berperang dengan hati dan perasaan sendiri sangat-sangat membosankan dan meletihkan tapi dia tidak mampu mengawal diri dari tidak memikirkan perkara-perkara yang memberati akal fikirannya,yang mengacau jiwanya.Dia juga manusia sama macam mama dan Mike.Dia juga ingin melakukan apa yang diminatinya tanpa perlu di marah-marah,di bentak-bentak dan di halang-halang.
“Just one more time you repeat the same words,you’ll regret it if anything happen.”Mike memberi amaran keras.Pantang bagi dirinya orang yang meninggalkan tanggungjawab sebelum selesai sesuatu pekerjaan.
Aisy hendak melawan,Aisy mahu menentang tapi suaranya seakan tersekat di kerongkong.Dia geram dengan diri sendiri kerana merasa agak cuak dengan lelaki panas baran itu.Dia benci kerana lututnya berketar saat di tengking tadi.Dia benci kerana dia tidak pernah bangkit bertegas untuk menegakkan keinginannya baik pada Mike,juga mama dan papa.
Zafran yang risau Mike akan menengking gadis itu lagi bertindak sebagai penyelamat.“Awak.”
Mike dan Aisy serentak menoleh.
“Zafran,kau jangan masuk campur dulu.”
Zafran tidak memperdulikan amaran Mike.”Jom saya belanja minum.Nak?”
Aisy terkedu.’Siapa dia ni?’
“Zafran!!!”Mike masih cuba menahan dirinya dari menengking sahabatnya itu.
“Eh Mike.Cuba kawal sikit amarah kau tu.Jangan jadi bodoh boleh tak?”Zafran menentang pandangan dengan Mike.Wajah Mike sudah merah menahan marah.
Aisy kagum.Kagum kerana lelaki ini berani bersuara dan melawan.’Aku ingat tiada sorang pun yang berani lawan ‘Mike Tyson’ ni.’
“Chill ok bro.Pergi minum air sejuk campur banyak-banyak ais supaya hati kau yang terbakar tu cool.”Zafran tersenyum,geli hati melihat wajah Mike.”Awak.Jom,kita pergi.”
Zafran tidak suka kalau Mike menengking orang-orang yang lemah terutama gadis-gadis comel macam Aisy.Itu satu pantang baginya. Zafran menarik lengan Aisy lembut.Dengan pantas Aisy menarik lengannya dari terus di pegang oleh lelaki yang tidak dikenalinya.Dia berjalan beriringan dengan penyelamatnya itu.
Mike menghempas bola basketball yang dipegangnya dari tadi.Geram dengan Zafran dan geram dengan perangai tidak bertanggungjawab Aisy.
'Kalaulah Mike tahu perkara sebenar.Kalau lah Mike tahu bukan aku yang menginginkan jawatan sebagai pengurus kelab Basketball ni.'Aisy mengeluh dalam diam.Dia kesal di cop sebagai 'manusia tidak bertanggungjawab'.
‘Aku takkan senang-senang nak bagi kau berhenti.Kalau nak,kau kena berkorban dulu.’Senyuman jahat terukir di bibir.Mike merenung tajam Aisy yang baru keluar dari pintu dewan.
.............................................
“Kau ni siapa?”Tanya Aisy semasa mereka melangkah keluar dari dewan.
Zafran tersenyum lalu menoleh.”Hai,aku Zafran,panggil je Ran.One of the basketball players but don’t worry aku ni baik dan peramah.”
Aisy mengangguk.”Okay,aku pergi dulu.Terima kasih sebab tadi.”
“Eh?”
Aisy yang berkira-kira hendak pergi dari situ memandang Zafran.”Yes?”
“Tak jadi minum ke?”Zafran tersengih.
“Aku tak nak lah.Mana ada selera nak minum lepas kena tengking.”Aisy menjawab.Bukannya tiada selera,tapi dia tidak selesa berjalan dengan lelaki kacak itu sementelah pasukan basketball ni ramai peminat.Mati kutu dia kalau kena jeling saja.Sudahlah dia terdengar ada anasir-anasir jahat yang minat gila dengan pemain-pemain basketball ini melabel dia sebagai gatal lah,pura-pura tak suka lah,ahhh.. mulut manusia mana dapat tutup.
“Kalau macam tu,next time no excuses.”Zafran melambai Aisy lalu masuk kembali ke dalam dewan.
Aisy terpinga.”Next time?”
...............................
Wentz dan Yafiee menepuk-nepuk tangan apabila melihat Zafran melangkah masuk ke dewan.
“Oooo.. kau nak jadi hero ye..Ada makna ke?”Wentz menepuk-nepuk bahu Zafran yang terkenal casanova.
Zafran tersengih.”Wei bro..ini ikhlas la.Ikhlas dari hati yang suci.”
Mereka bertiga tertawa.
“Sejak bila pula Muhammad Zafran Effendi Datuk Ihsan pandai tolong gadis comel macam tu,ikhlas?”Yafiee menyakat.
“Alaaa kau ni macam tak biasa..”Zafran menumbuk lengan Yafiee.
“Busuk..”Andy bersuara setelah dari tadi menjadi pendengar.
“Apa yang busuk?”Hampir serentak Zafran,Wentz dan Yafiee bertanya.
“Aku dapat cium satu perasaan yang sangat busuk sedang merebak..”Andy menyindir.Siapa lagi kalau bukan Zafran.
“Bahaya bau busuk ni kalau tak di nyahkan,takut berjangkit,dengan kita-kita jadi busuk.”Andy masih tidak puas menyindir Zafran.
Zafran tersengih.”Penyakit cemburu ni lagi bahaya.Kes berat.Kalau tak di ubat,takut jadi gila macam kau!”
Yafiee dan Wentz ketawa.
Andy memendam rasa.”Cemburu?Kau?Pigi dah...”
“Kalau jealous,ikut lah cara saya..”Zafran menyakat Andy dengan mengajuk suara lelaki-lelaki lembut.
Andy membuat aksi bagai nak muntah.Sakit hatinya bila melihat Zafran memegang lengan Aisy tadi.Tapi dia sendiri tidak tahu kenapa dia rasa sakit hati?Benar kah dia cemburu?
“Dah lah..Jom berlatih.Nanti si Mike tu mengamuk,sampai ke malam dia suruh berlatih.Dia tengah panas dengan kau ni Ran.”Wentz menyuraikan pergaduhan kecil antara Andy dan Zafran.
“Biar lah dia.Asyik dia je mengamuk.Kang aku ngamuk kang..”Kata Zafran sambil membuat aksi lawak.
Yafiee tertawa,tahu sangat dengan perangai Zafran yang tidak pernah serius.
“Banyak lah kau..Jom lah.”Ajak Wentz sekali lagi.
........................................
“Kak..”Panggil Iskandar Shah,adik Aisy.
Aisy yang sedang termenung panjang terkejut apabila namanya di panggil.
“Ish kau ni Shah.Tolong lah bagi salam dulu.Jangan main terjah je.”Marah Aisy.
“Sorry.”Iskanda Shah tersengih.
“Eh Shah.Kau tau tak akak di dalam kesusahan sebab kau bagitahu mama akak jadi pengurus basketball.”Aisy memuncungkan mulut.
“Shah terlepas kata lah Kak.Bukan sengaja.Sorry la.”Iskandar Shah memberitahu hal sebenar.
Aisy melihat adiknya meminta penjelasan lebih lanjut.
“Tak.. hari tu akak balik lewat,mama tanya akak mana?Tu yang terlepas tu.”Jelas Iskandar Shah.
Aisy mengeluh,terasa sesak dadanya dengan masalah baru yang mendatang.”Mama suruh akak berhenti.”
Iskandar Shah diam menanti kata-kata seterusnya.
“Tadi akak bagitahu si Mike Tyson tu.Habis akak kena tengking.”Adu Aisy.
“Siapa Mike Tyson ni kak?”Tanya Iskandar Shah,lurus bendul.
Aisy ketawa kecil.”Mike.Mike Tyson nama gelaran akak pada dia.
“Dia ketua pasukan basketball.”Sambung Aisy dengan cebikan.
“Oooo... dia.”Iskandar Shah mengangguk-angguk tanda tahu.”Dengar kata dia tu menakutkan.”
Terbuntang biji mata Aisy mendengar kata-kata adiknya itu.”Shah pun tahu?Jadi betullah dia tu menakutkan?”
Iskandar Shah mengangkat bahu.”Tak tahu,tak pasti tapi kawan-kawan Shah yang form 3 dengan 4 cerita macam tu lah.”
“Tapi macam best kan jadi pemain basketball.Popular.Kat sekolah ni futsal tak mengancam lah kak.Semua suka basketball.”Kata Iskandar Shah.
“Entah lah.Akak tengah runsing ni.Mana mama lagi,mana si Micky mouse tu lagi.”Satu lagi gelaran buat Mike.Aisy di kala marah memang sesuka hati akan memberi gelaran pada orang yang tidak di sukainya.
“Micky Mouse?”Iskandar Shah ketawa.”Tadi Mike Tyson.Akak ni suka lah bagi gelaran lucu-lucu.”
“Haha..macam kau dulu.Si bolat.Sebab badan kau bolat sangat dulu.”Aisy mengungkit.
“Itu dulu.Sekarang Shah dah tinggi,dah kurus.”Shah tersenyum bangga.
“Cheh..” Aisy mencebik.”Jomlah balik,nanti mama bising pula.Kalau mama tanya kenapa lewat,jawab je akak tunggu Shah habis training futsal.Akak pening lah nak fikir macam mana nak berhenti jadi pengurus tu.”
"Mama bertegas nak akak berhenti,Mike tengking akak sebab nak berhenti.Bila lah akak dapat bebas nihhhh?"Aisy menjerit kecil untuk melepaskan tekanan yang membelenggu fikiran dan jiwa.
 Shah diam kerana dia juga tidak punya jawapan.
“Jom.”Aisy dan Shah berjalan bersama sambil bergaduh manja balik dari sekolah ke rumah mereka yang terletak lebih kurang 2 kilometer jauhnya dari sekolah.

3 comments:

  1. Salam, Saya Kak Su dari Kaki Novel, boleh dapatkan manuskrip penuh saudari Dia Si Encik Basketballku di admin@kakinovel.com

    ReplyDelete
  2. Kesian Aisy :( Bila nak sambung lagi ni?

    ReplyDelete
  3. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete