Tuesday, September 4, 2012

Dia Encik Basketballku 12


Bab dua belas

Perlawanan antara sekolah St.Anthony English School dengan St.Gregory English School tinggal sehari lagi.
Aisy duduk di kerusi yang tersedia sambil memerhatikan pasukan basketball sekolah itu berlatih.Mike nampak sangat bersemangat dan sangat tangkas merampas bola.
‘Dia nampak sangat kacak bila main macam tu..’Tanpa Aisy sendiri menyangka hatinya sudah berani memuji lelaki berwajah serius itu.
‘Choiii.. macam tak pernah tengok je kau kan.. selama ni takde pun kau puji dia..Ni apakehal?’Otaknya yang sangat waras memarahi sang hati yang mudah sangat terpesona.
“Chupp..chupp..chupp..korang ni kacau je aku kan?Tolong jangan buat aku confuse boleh tak?”Aisy memegang pipinya yang terasa panas dan menghembus nafas melalui mulut bagi menghilangkan tekanan yang dirasa akibat si hati dan si otak berdebat tadi.
Mike nampak ulah Aisy tadi.’Bilalah agaknya budak tu nak berubah..Suka berangan,suka cakap sensorang..’Bola di lantun-lantun ke lantai dewan.
Aisy berdiri lalu duduk kembali,kakinya di tekan ke lantai dewan.’Nak pipis ni..Camne nak bagitau Ketua,nanti kalau aku ganggu latihan dia,terkencing aku kat sini kena tengking..Tak tahan...’Berkerut-kerut dahi Aisy menahan derita.
Sekejap-sekejap Aisy berdiri,kemudian duduk,dia nampak betul-betul resah gelisah.
“Weiiii!!!”Mike yang merasa terganggu melihat ulah Aisy menjerit sedikit nyaring.”Boleh duduk diam-diam tak?”
Aisy terpempam.
“Kalau kau takde kerja sangat pergi ambik air aku kat pentas tu.”Mike mengarahkan sambil menunjuk ke arah air botol miliknya yang diletaknya di kerusi yang terletak diatas pentas.
Aisy mematuhi arahan Mike.Lembap juga lah cara dia berjalan,nak sampai ke pentas yang dekat sangat tu pun dua minit,selalu tak sampai seminit pun.Nak hulur pada Mike pun memakan masa lebih kurang dua minit.Nak buat macam mana?Aisy kan tengah ‘terseksa’ sekarang.
Mike meneguk air tersebut dan setiap tegukan membuatkan Aisy semakin tak tahan.
Mike mengelap mulutnya yang sedikit basah dengan belakang tapak tangannya.”Nah letak balik.Lepas tu bawa bakul bola tu ke stor,kau takde kerja sangat kan..”
‘Ah.. aku dah tak tahan ni!!’Aisy berlari pantas keluar dari dewan.Mike yang kaget serta merta mengejar Aisy dari belakang.
“Hoi budak,kau lari apasal?!”Teriak Mike.”Jangan harap kau dapat lari.”Mike yang menganggap Aisy ingkar dengan arahannya terus mengejar dengan wajah serius.
Aisy masuk ke dalam tandas perempuan.Mike turut masuk ke dalam.
Salah satu pintu tandas ditutup rapat dan di kunci dari dalam.
‘Erk..’Mike pandang kiri kanan.’Tandas?’
Mike tertawa kecil dengan tindakan terburu-burunya dan merasa agak lucu yang Aisy terpaksa menahan diri sehingga gadis itu merasa terseksa kerana takut untuk memberitahu hal sebenar padanya.’Patut tadi dia gelisah semacam..haha..’
Aisy yang baru sahaja keluar tergamam melihat wajah Mike ketika tertawa.Wajah itu nampak sangat kacak dan lain dari kebiasaan.
Mike yang tersedar dia sedang diperhatikan berpura-pura berdehem.Wajahnya kembali masam mencuka.
“Err..maaf ketua,aku terpaksa lari tadi..err.. dah tak boleh tahan.”Ujar Aisy takut-takut.
Mike keluar dari situ tanpa berkata apa-apa.Aisy mengekori dari belakang.
‘Dia pun pandai ketawa juga..’Aisy tersenyum apabila terbayang kembali wajah pemuda dihadapannya ini tertawa.’Eh eh.. dia kan manusia,bukan robot,perangai je macam robot.Tapi kan bagus macam tu selalu..’
Aisy mendongak ingin melihat Mike tapi Mike sudah tiada.Hilang.
..............................
‘Cehh... jeles aku.Patut hilang,kaki punya panjang macam tu,dalam sekelip mata je dah sampai.Tak macam aku..’Aisy berkata-kata dalam hati sambil mengangkat-angkat kakinya yang apabila dibandingkan dengan kaki milik Mike dan pemain-pemain basketball yang lain,kaki Aisy nampak macam kaki semut je.
‘Hmm...’Aisy memandang manila kad yang dibawanya.’Nak terang-terang je ke nak sembunyi-sembunyi?’Aisy tidak dapat membuat keputusan.’Kalau beritahu nanti Mike rampas pula,ahh...sembunyi-sembunyi je la aku lekat..’
‘Aku ni nama je pengurus pasukan basketball sekolah,tapi kerja yang si Mike tu suruh buat macam pembantu je..macam orang suruhan..Heh..Baik bagi nama ‘hamba abdi pasukan basketball’.. ni nama nak bagi glamer je ‘Pengurus’.Cakap tak serupa bikin.’Rungut Aisy dalam hati.Sudah berulang kali perkara ini menjadi rungutannya pada Sushmita,Ifti,terutama sekali adiknya,Shah.
Latihan petang itu tamat pukul 3.
“Kau jangan lupa!Datang awal!”Mike mengeluarkan perintah,perintah dan bukan permintaan.
‘Tak boleh ke cakap,Aisy esok tolong datang awal ye.Sejuk hati ni..Huh..’
Aisy berlalu ke ke arah bertentangan dari mereka kerana kesemua pemain basketball menuju ke South wing dan West wing,dia pula menuju ke bahagian North wing untuk berjumpa adiknya Shah kerana mereka sudah berjanji untuk pulang bersama.
Sebelum itu Aisy ada misi untuk dijayakan.Misi melekat manila kad yang sudah ditulis peraturan-peraturan untuk permainan esok.Walaupun ini hanya perlawanan biasa-biasa saja tapi disebabkan Aisy tahu apa yang akan mereka lakukan jadi Aisy siap-siap membuat peraturan.
‘Tapi diorang tu patuh ke?’Tiba-tiba perasaan ragu terbit di hati.Aisy memetik ibu jari dan jari hantunya,ada idea yang muncul dari otaknya,idea itu dirasakan bernas.Tangannya menyeluk marker pen dari dalam begnya.Dia duduk bersila,manila kad di bentang,ligat tangannya menulis sesuatu.Setelah siap,terukir senyuman puas di bibirnya.
Aisy terhendap-hendap masuk ke dalam dewan.Hatinya berdebar-debar,takut kalau-kalau ada pemain yang datang kembali.Celotape dan gunting di keluarkan dari beg.Aisy melekat manila kad itu di board yang tersedia di kanan dewan.Dia menepuk tangannya sekali.Wajahnya jelas mempamerkan rasa gembira dengan apa yang dilakukannnya.Selesai saja misi itu dengan jayanya,dia pantas keluar dari dewan.
“Bye dewan..”Ujar Aisy.Dia berjalan menjauh dari dewan sambil menyanyi riang.
.........................................
Aisy sampai di perkarangan dewan sekolah 5 minit lagi pukul 12.40.Lima minit awal dari kebiasaan
Termasuk dirinya baru empat orang yang hadir.Ikhwan,penjaga masa,Ely dan Arman,dua pemain simpanan,dan Aisy,si pengurus a.k.a hamba pasukan basketball,ehh salah..hamba ketua basketball lebih sesuai sebab pemain-pemain yang lain tak pernah buli dia.
Ely dan Arman sibuk membaca sesuatu di board dewan.Selesai membaca kedua-duanya berpandangan antara satu sama lain lalu ketawa terbahak-bahak.Aisy merasa pelik melihat kelakuan dua jejaka itu.
‘Apa yang lucu sangat?’Soalnya dalam hati.
Mike dan empat orang rakannya masuk ke dalam dewan dengan muka ketat.Hehe..Mike saja yang bermuka ketat,yang lain semua normal.Aisy melihat jam di tangan.12:50 pm.
“Apa ni?”Andy sudah berdiri dihadapan board.”Cuba korang baca ni..Lawak lah..Hahaha..”
Aisy yang sedang memeriksa bola-bola basketball untuk memastikan tiada yang pancit menoleh ke arah Andy.
Wentz,Yafiee dan Zafran menghampiri.Selesai membaca mereka ketawa terbahak-bahak.
Aisy ternampak Mike mengukir senyuman sinis sambil memandangnya.
‘Gulp..Kenapa dia pandang aku macam tu?’Aisy resah macam cacing kepanasan.
Andy menarik manila kad yang terlekat di board lalu membawanya kepada Mike.”Cuba kau baca,anak sapa la yang bodoh sangat ni?Hahaha..”
Aisy yang mendengar kata-kata celupar si Andy menggenggam tangan penumbuknya.’Sabar..sabar..aku dikatanya bodoh?Sabar..Fuh..’
“Kau baca kuat-kuat.Aku nak dengar.”Arah Mike pada Andy.
“Haha okey,no problem.”Andy bersetuju dengan senang hati.
“Peraturan-peraturan yang wajib di ikuti semasa perlawanan.Kalau tak ikut,pemain-pemain basketball akan dikenakan denda jadi wajib patuh.Hahahahaha..”Andy tergelak.”Aduyaii.. macam kanak-kanak je..Alahai..”
“Rule no 1:Sebelum mulakan perlawanan,kena bersalam tanda persahabatan..”Andy menahan ketawa.
“Alahai comelnya..Anak sapa la yang innocent sangat ni..”Zafran sudah tergelak.
“Nak suruh kitorang salam tanda persahabatan?Dengan rival kerek macam tu?Innocentnya..”Wentz sudah tergeleng-geleng dengan senyuman seakan menyindir.
“Rule no 2:Siapa yang kalah kena terima kekalahan dengan redha.”..Bunga-bunga gelak sudah mulai terhasil,Andy pantas menekup mulutnya menahan ketawa sebelum menyambung bacaan.
“Rule no 3:Tak boleh berkasar dengan pasukan yang kalah.Yang sudah itu biar berlalu.Kena pasrah..Bwahahaha..”Andy tidak menahan diri dari tergelak.Jarinya mengelap airmatanya yang terhasil akibat ketawa yang tak sudah-sudah.
“Sambung cepat..”Arah Mike.Wajahnya masih tiada ekspressi.
“Rule no 4: Bermain dengan adil.Tak boleh memalukan pihak lawan..”
“Rule no 5:Selepas bermain pasukan haruslah bersalam lagi.Yang benar,orang yang mementingkan kejujuran dan disiplin.Ingat,kalau tidak ikut peraturan-peraturan yang disebut korang akan didenda dan berdosa!”Andy sudah terguling-guling di lantai.Zafran pula ketawa sambil buat aksi macam sedang ruku’.Wentz dan Yafiee pula hanya tersenyum-senyum.Hanya Mike yang masih expressionless.
‘Alahaii..Bila dengar orang baca macam tu,baru aku tahu rules tu sebiji rules untuk kanak-kanak..Malunya!!Kalau diorang tahu..Alamak!!’Aisy mengetap bibir.Dia cuba buat selamba tapi persaaan malu yang membuak-buak didada terserlah diwajah.
“Ada orang sengaja nak buat lawak kot.Tentu orang tu tak tahu yang kita tak suka ikut rules..Apatah lagi rules childish macam ni..Hahaha..”Zafran tergeleng-geleng.Ketawanya sudah semakin surut.
Mike bangkit dari tempat duduknya lalu mengambil manila kad yang sudah terlantar di lantai,digulungnya lalu manila kad itu ditunjuknya pada Aisy.
‘Alamak!!!He knew it...’Jeritan batin Aisy menggegarkan badannya sendiri dan tapak tangannya sedikit berpeluh.
“Mari sini..”Laung Mike.
Aisy mula-mula agak tergamam tapi demi saja terpandang wajah Mike yang seakan geram sebab Aisy lambat memproses arahannya,cepat sahaja kaki Aisy mengatur langkah menghampiri Mike.
“Err..ye ketua?”
Senyuman sinis terukir.”Buang benda alah ni,cepat.”
‘Kejam!!!kejam!kejam!!kejam!!’Aisy menjerit dalam hati. ‘Buat penat aku tulis,tak sorang pun hargai.Kejam!!!!’
“Ye ketua.”Lain di hati,lain pula dimulut.Aisy..Aisy..memang penakut dan hipokrit.
Aisy melihat manila kad itu sebelum memasukkannya ke dalam bakul sampah yang kosong.
.....................................
Dewan sudah dipenuhi ramai orang terutama gadis-gadis yang tergila-gila dengan pasukan basketball sekolah ini.Pihak lawan juga telah sampai tadi pukul 1.30 petang.
“Waa.. badan players basketball Sekolah St.Gregory ni besar-besar..sekali rempuh boleh mati aku..”Aisy gerun melihat lelaki-lelaki yang gagah perkasa berbanding Mike dan rakan-rakan mereka yang berbadan tinggi tapi agak kurus lebih kurang macam badan model.
Mike dan semua pemain-pemain basketball melakukan senaman regangan statik tanpa memerdulikan pandangan sinis pemain-pemain basketball Sekolah St.Gregory.
“Mike..”Mariah sudah berdiri dihadapan Mike dengan wajah berseri-seri dan tersenyum bahagia.
Mike buat-buat tidak nampak.Dia masih melakukan senaman memanaskan badan.
“Goodluck.Do the best.Aku akan tonton perlawanan sampai habis.I’ll give my full support.”Ucap Mariah dengan hati yang berbunga-bunga,berharap yang Mike akan terharu walaupun dia tahu perangai Mike macam mana.
Mike merenung tajam mata Mariah.”Kau..”
Preetttt!!!
Bunyi wisel ditiup.Semua pemain-pemain mengambil posisi masing-masing.Mike selaku ketua pasukan berdiri di tengah-tengah berdepanan dengan ketua pasukan dari pihak lawan.
“Goodluck Mike!!”Mariah melaungkan kata-kata itu sekali lagi.
Pengadil mengangkat bola agak tinggi.Mike nampak sangat-sangat fokus.Wajahnya betul-betul mempamerkan semangat untuk menang.
Bola dilambung tinggi(Jump ball).Perlawanan telah bermula.Bola berjaya dikuasai oleh Mike.Dia berlari pantas sambil melantun-lantun bola menuju ke gelung keranjang.
“Cepat Ketua..cepat!!!”Aisy pula yang terlebih teruja bercampur risau.Pada mulanya dia yakin yang pasukan sekolahnya pasti menang setelah melihat ketangkasan dan kehandalan pemain-pemain bola keranjang sekolah tapi setelah melihat pihak lawan yang lebih kurang dengan pemain-pemain basketball sekolahnya dia jadi risau.Risau kalau-kalau mereka kalah.
“Mike....”Jeritan gadis-gadis di tempat duduk penonton bergema apabila pihak lawan berjaya merampas bola dari tangan Mike.Pemuda berjersi nombor 8 dari pihak lawan tersebut berjaya membuat jaringan.
“Nooooo...”Suara-suara pelajar-pelajar lelaki mahupun perempuan menyatakan kekecewaan.
Mike tersenyum sinis.’Ini baru permulaan.Aku akan bagi diorang rasa happy dan selamat dulu baru aku rentap kebahagiaan diorang..’Rupa-rupanya ini adalah salah satu dari strategi Mike.
Jurulatih pihak lawan sudah menjerit-jerit menyuruh pemain-pemainnya terus fokus dan terus berusaha.
‘Ish..orang tua ni..memekak je..’Inilah yang paling Mike tidak suka apabila jurulatih asyik memekak je dari luar gelanggang,ada saja yang ingin dikomen macam jurulatih diorang dulu sebab tu Mike tidak pernah lagi memerlukan khidmat jurulatih,sementelah pasukan-pasukannya juga telah memberi sepenuh kepercayaan pada Mike agar melatih dan memimpin pasukan mereka.Mereka tak rasa mereka perlukan jurulatih.
Mike dan Wentz melakukan pergerakan mengacah pada si pemain pihak lawan yang sedang mendominasi bola.
“Sapa lelaki tu?”Aisy memerhatikan gelagat lelaki yang agak berusia yang sangat emosi memberi arahan.
“Tu jurulatih diorang..”Ely yang mendengar kata-kata Aisy menjawab.’
“Jurulatih?”Aisy memandang Ely.”Oh ye..”Aisy menepuk dahinya.”Kan sesuatu pasukan selalunya ada Jurulatih..korang mana?Aku tak pernah nampak pun..”
“Mike tak suka pada Jurulatih kami dulu..”Balas Ely.Matanya masih khusyuk memerhatikan perlawanan yang berlangsung.
“Hah?”Rahang Aisy tergugur sedikit mendengar jawapan Ely.”Ceh..”
“Wuhuuuu Wentz!!!”Sorakan bergema lagi,kali ini untuk Wentz kerana berjaya menjaringkan bola.Aisy melihat pada papan skor.Pasukan dari Sekolah St.Gregory English School masih mendahului sebanyak 6 mata.
Persaingan memang sengit.Aisy semakin risau.Dalam hati dia berdoa agar pasukannya menang.Kalau tak memang malulah kerana ramai yang menyaksikan dari kalangan penuntut dan juga cikgu-cikgu sekolah ini.
‘Kenapa Mike main sambil lewa je?Tadi aku nampak wajahnya yang betul-betul inginkan kemenangan,apa maksud di sebalik semua ni?’Aisy terfikir-fikir sehingga berkerut-kerut dahi dan keningnya
“Mike!!!Mike!!”Kali ini jeritan melaungkan nama ketua pasukan basketball itu bergema hebat.Mike berjaya menjaringkan bola dari luar lengkungan bererti mereka telah mendapat tiga mata.
Jeritan nama Mike semakin kuat,macam histeri pula Aisy rasakan.Pergerakan Mike semakin ligat dan pantas,Mike menyambut bola yang dilambung oleh Andy kepadanya dan sekali lagi Mike berjaya menjaringkan bola yang mencatat jumlah tiga mata.
“Yes!!Ketua Jia you..!!Ketua best!!!!!”Aisy merasa sangat teruja.Kali ini dia yakin yang mereka akan menang walaupun papan skor mencatatkan yang jumlah mata kedua-dua pihak adalah seri.
Bola sekarang berada di tangan Yafiee.Yafiee juga tidak kurang hebat dari Mike.Lelaki itu nampak tenang sahaja melantun-lantun bola ke lantai dewan,kadang-kadang dia menggunakan teknik mengacah pihak lawan yang sedang mencari peluang merampas bola dari tangannya.
Tiba-tiba Yafiee membengkokkan lutut,dia menggelecek pantas,ternyata Yafiee sangat tangkas mengawal bola mengunakan tangan kiri.Kidal rupanya.Yafiee berjaya menjaringkan bola.Skor pasukan sekolah mereka bertambah dua mata lagi.
“Hebat!”Aisy bertepuk tangan.dengan penuh kekaguman.
Preettt!!!Sekali lagi wisel ditiup.Perlawanan diberhentikan buat seketika.Mike dan rakan-rakannya menghampiri Aisy.
“Air..”Pinta Mike yang sedang bercekak pinggang.Dia kelihatan sedikit mengah kerana diakhir masa tadi Mike bertungkus lumus mengeluarkan tenaga untuk mendahului skor pasukan lawan.Ternyata plannya berjaya.Dia tersenyum puas melihat wajah jurulatih pasukan lawan yang sedikit berang dengan kekalahan awal pasukan pimpinannya.
“Nah..”Belum sempat Aisy ingin menghulurkan air botol pada Mike,Mariah sudah mendahului.
“Aisy!Air...”Pinta Mike sekali lagi.Air botol yang dihulur Mariah tidak diperdulikan.
“Ye ketua..”Aisy cepat-cepat memberi Mike air botol yang dipinta.
Mariah menghentakkan kaki.Matanya menjeling tajam wajah Aisy.Aisy pura-pura tidak nampak.
‘Orang meroyan tak boleh layan,gila sangat dia ni.. hahaha..’Aisy cuba menyembunyikan senyum.
“Jangan nak ketawakan orang..Nah..pegang air aku ni..jangan lepaskan!”Mike menghulur air botolnya sedikit kasar pada Aisy sebelum berlalu menghampiri pasukannya untuk membincangkan rancangan seterusnya.
Preettt!!!Separuh masa kedua sudah pun bermula selepas lima belas minit rehat diberikan.Kali ini Aisy menumpukan sepenuh perhatian ke arah perlawanan tersebut.Dia teruja ingin menyaksikan ketangkasan Mike.
“Ketua pasti menang!!!Aku yakin 100%.”Jerit Aisy.Wajahnya tergambar keceriaan dan semangat buat Mike.
Mike yang mendengar merasa agak lain.Aisy tidak seperti wanita lain yang terkinja-kinja melaung namanya dan nama-nama pemain yang lain demi untuk mendapatkan perhatian.Mike dapat rasa yang Aisy ikhlas menyokong.Bukan kerna rupa,bukan kerna suka,bukan juga kerna inginkan perhatian mereka.

p/s: kadang2 rasa nak giveup sebab idea makin kering.... and when that happened timbul rasa malas dan tak bersemangat :'( 

 

but I'll try my very best just because I love writing :')... Menulis novel is my passion. I did this because I love and enjoy doing it :')

4 comments:

  1. ehhh!!! jgn stop!! nvl ni best laa...
    x pe2..nnti muncul laa idea tuu..
    gambatte !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe InsyaAllah takkan stop tapi kalau mengambil masa yang agak lama untuk update Aya minta maaf sangat2 :(. Thank you for the support Raihana <3

      Delete
  2. sambung lagi...best best...

    ReplyDelete