Tuesday, July 3, 2012

Dia Encik Basketballku 6


Bab enam
Aisy dan Shah masuk ke rumah setelah memberi salam.Salam bersambut.Erkk.. macam kenal saja dengan suara itu.
‘Oh my god,lupa!Nenek kan datang semalam.’Aisy mengetap bibir.Dia betul-betul terlupa kerana pagi tadi selepas bersiap dia terus bergegas ke sekolah bersama adiknya yang sudah sedia menunggu.Semalam neneknya datang lewat,dalam pukul 9 malam.Aisy tidak tahu neneknya jadi datang melawat mereka kerana selepas menunaikan solat Isyak dia tertidur kelelahan.
'Sepanjang nenek ada kat sini,aku akan terkurung je dalam bilik..''Keluh Aisy.Itu sudah menjadi rutin bagi Aisy sepanjang neneknya tinggal di rumah mereka.Selalu keluar bilik bermakna akan selalu berjumpa nenek dan mendengar sindiran neneknya yang adakalanya menyedihkan hatinya.
 Adiknya,Shah menguis lembut bahu kakaknya apabila melihat kakaknya hanya diam membatu di depan pintu masuk.
Aisy memandang wajah Shah dengan perasaan bergelodak.Shah yang memahami perasaan kakaknya ikut diam membatu di situ.
“Aisy,Shah.. cepat masuk,jumpa nenek.”Arah Puan Husnina apabila terdengar bunyi pintu depan rumah di tutup.
Aisy dan Shah berjalan perlahan-lahan menuju ke ruang tamu.Mereka menyalam tangan Puan Marina yang masih anggun bergaya walau sudah berusia 68 tahun.
“Macam tak suka saja dengan kedatangan nenek.”Puan Marina melirik wajah cucu perempuannya yang hanya berdiam diri.
Aisy tersenyum nipis.Jujur dia akui dia tidak tahu hendak berkata apa.Setiap kali berjumpa neneknya,dia akan menjauh.Bukan membenci atau berdendam,mungkin dia berjauh hati dengan perangai neneknya yang suka memperlekehkan dirinya dan mengagung-agungkan sepupunya,Nazmi.Kerana ulah neneknya itulah hubungan dia dan Nazmi tidak baik.Aisy selalu sahaja merasa cemburu dan bersangka buruk dengan Nazmi.Ini kerana apabila mereka balik ke rumah neneknya apabila ada majlis kekeluargaan ataupun berhari raya,pasti ada saja kata-kata neneknya yang membanding-banding mereka berdua sehingga ramai sanak saudara terikut-ikut dengan ulah neneknya itu.
“Aisy naik atas dulu.”Aisy pantas meminta diri,dia naik ke atas di ikuti dengan Shah.
“Tengok anak kamu tu Hus.Tengok.Macam ni didik anak?”Telinga Aisy sempat menangkap butir bicara nenek yang sinis dan menyindir.Dia terhenti di tangga paling atas.
“Dengan nenek sendiri pun diam membisu je.Tak macam Nazmi.Aisy tu memang macam tu ke perangai dia?Tak bergaul?”Sambung Puan Marina lagi.
"Asal aku kat sini je,hah berkurung lah dalam bilik..benci bebenar dia pada nengok aku kat sini?Pada nenek dia sendiri?Heh..budak-budak zaman sekarang tak faham aku.."
‘Nenek cakap macam lah dia kenal aku sangat.Jumpa pun jarang.Nak komen ulah aku pula.Aku macam ni pun sebab nenek tau..’Dalam diam Aisy memberontak geram.Sedikit tersayat hati Aisy dengan pandangan nenek kandungnya terhadap dirinya.
Shah menepuk lembut bahu kakaknya seraya menggeleng perlahan.”Jom masuk bilik.”Shah menarik lengan kakaknya dan membawanya ke bilik Aisy.
“Jangan dengar kata-kata yang boleh buat hati kita bersedih.”
“Mandi,solat and then go get some sleep.Akak mesti letih kan?”Walaupun Shah masih muda,tapi adakalanya cara dia bercakap seperti orang yang sudah dewasa.Selalunya adiknya akan berkelakuan begitu apabila Aisy bersedih.Memberi kata-kata nasihat ataupun sekadar menenangkan perasaan kakaknya.
Aisy menggosok rambut lebat hitam pekat adiknya.”Wahh cakap bajet macam orang dewasa.’Jangan dengar kata-kata yang buat hati kita bersedih?..Haha”Aisy mengajuk kata-kata adiknya itu dengan gaya berseloroh.Tidak mahu hati terus terasa dengan kata-kata Puan Marina.
Shah ketawa malu.”Hahaha.. pernah dengar dalam TV,kalau ada perempuan bersedih,hero mesti cakap macam tu.”
Aisy terhibur sedikit dengan kata-kata adiknya.”Okay hero.Go to your own bedroom.”
“I need some rest.Mempersiapkan mental dan fizikal.”Aisy berbisik lalu mengeluh.
"Hehehe heroin selalu berjaya tempuhi semua dugaan.Kalau akak rasa akak layak jadi heroin please do so.."Usik Shah sebelum masuk ke biliknya yang hanya bersebelahan dengan bilik Aisy. 
Aisy mencebik sebelum tersenyum."I will.Nenek pasti akan suka pada aku one fine lucky day."Tombol pintu dipulas sebelum dibuka sedikit untuk menerobos masuk.Pintu dikunci.
'Tapi entah bila dan bagaimana..'Beg sekolah diletak di atas kerusi belajar sebelum merebahkan diri di atas katilnya.Fikirannya mula menerawang jauh.
................................
“Heyyy handsome.”Aisy tersenyum lebar.Dia yang bersedih tadi terus kembali ceria apabila ternampak kucingnya yang di panggil ‘handsome’.
“Mana handsome pergi huh?Nakal ye?Ngorat kucing sebelah ye?Aisy jeles nih..”Aisy menggosok lembut kepala kucing kesayangannya itu.Kucing itu suka merayau,kadang-kadang dari pagi sampai ke petang tak nampak batang hidung,kalau kebetulan Aisy keluar membuang sampah selepas makan malam baru ternampak kelibat kucing itu mengiau manja meminta makanan.
Selain Shah,hanya handsome tempatnya mengadu di kala bersedih.Walaupun Aisy nampak macam orang kurang waras apabila meluahkan rasa hati pada binatang yang jinak itu tapi Aisy puas.Pada siapa lagi hendak dia luahkan?Mama yang garang?Papa yang jarang berada di rumah kerana sibuk dengan kerja?Nenek yang bermulut bisa? Dalam mimpi boleh lah.
Aisy masuk sebentar ke dalam dapur mengambil friskies,makanan kucing yang amat Handsome sukai lalu keluar semula dan meletakkannya ke dalam bekas makanan buat si kucing kesayangan.
“Aisy masuk cepat.Dah lewat.Pergi naik belajar.”Puan Husnina melaung dari dalam dapur.
“Okay ma.”Balas Aisy lalu mengeluh.Tangannya mengusap-usap kepala Handsome.”Sleep tight.Aisy masuk dulu.Don’t go anywhere.”Aisy memberi amaran macam lah kucing itu faham apa yang di sampaikannya.”Bye-bye.”Aisy melambai Handsome yang hanya merenungnya dengan mata membulat seperti kartun kucing 3d dalam cerita ‘Puss in boots’ sebelum menutup rapat pintu dapur.
“Seronok cakap dengan kucing?Dapat belajar bahasa kucing?Nampak macam fasih.”Puan Marina yang sedang duduk di meja makan sambil minum kopi dengan penuh gaya menegur dengan nada menyindir.Seperti menghina dirinya.
Aisy diam.
“Aisy pergi belajar.Jangan tidur lewat sangat.Tomorrow you have school.”Puan Husnina bertindak sebagai orang tengah.Faham betul dengan sikap mamanya yang selalu prejudis dengan Aisy,cucunya sendiri.
“Aisy naik dulu.”Selepas menyalam Puan Husnina dan Puan Marina,Aisy naik ke atas menuju bilik adiknya.
“Hello shah..belum tidur lagi?”Selepas mengetuk pintu,dia menjengulkan kepala kedalam bilik adiknya.
“Tengah buat homework.Masuklah kak.”Shah meletakkan pen lalu memusingkan kerusinya ke arah kakaknya yang sudah duduk di hujung katilnya.
“Patutnya Shah tunggu akak tadi.Dah kena sindir dengan nenek.”Aisy memuncungkan mulut.
“Kenapa?”
“Apalagi?Akak bagi makan kat Handsome,faham-fahamlah akak ‘berbual’ dengan dia,tak sangka nenek dengar.Habis dia sindir akak.”
“Apasal nenek tu hah?”Shah hairan dengan sikap neneknya kepada Aisy.Dengannya tidak pula begitu,biasa-biasa saja.
“Entah lah,tak tahu kenapa nenek macam tu,agaknya ada something wrong somewhere kot dengan akak yang dia tak suka tu.”
Shah menggosok-gosok lembut dagunya,lagak seperti orang tengah berfikir.
“Eh dari kau fikir masalah akak,baik kau fikir homework kau tu.Akak nak masuk bilik akak,belajar,nanti mama tahu akak kat sini.Lagi bingit hah.Bye.”Aisy menyusup keluar dari bilik adiknya menuju ke biliknya yang terletak bersebelahan saja.
.........................................

Didalam bilik yang luas dan serba mewah itu Mike berbaring di kerusi sofa panjang sambil kaki kanan menyilang naik di atas kaki kiri.Tangan kanannya diletak di atas dahi.Dia mengeluh lemah.
Rumah yang sangat besar dan luas ini terasa sunyi sepi.Beginilah hari-harinya setiap hari dirumah selepas pulang sekolah.Berbaring sambil berangan tanpa anganan yang pasti.
Dia tiada cita-cita dan dia tiada impian hidup ketika berada dirumah ini.Jiwanya terasa kosong sahaja.
Amat berbeza ketika berada dirumah Uncle Samuel dan Auntie Arena dimana hidupnya yang sepi terasa menceriakan dengan telatah dan gelagat dua kanak-kanak comel yang nakal dan manja iaitu Andre dan Natalia.
 Mummy dan daddy jarang berada dirumah,seminggu pun sekali dua sahaja balik.Semasa dia balik tadi,Mummy sudah tiada,katanya sibuk dengan butiknya dan hotelnya,mungkin juga 'gigolo' yang dibelanya.Huh..walau berkali-kali Puan Cassie menyatakan yang dia sudah tidak berscandal lagi namun amat susah untuk Mike percaya lantaran satu peristiwa yang membuat Mike semakin membencinya yang terjadi beberapa tahun lalu.
Daddy pula?Ha ha ha.. lelaki tua yang merasa dirinya masih muda itu takkan pernah berubah,setiap bulan berganti perempuan,Mike benci dengan lelaki itu dan malu untuk mengakui Encik Eman yang terkenal casanova itu sebagai daddynya.
Tuk..tuk..tuk...
Mike buat tidak peduli.
"Tuan Muda Mike.."Ahh.. pembantu rumah rupanya.Mike tekup telinga dengan bantal.
"Tuan muda nak makan tak?"Laung pembantu rumah itu lagi.
"Huh..nanti-nantilah aku makan."Mike melaung nyaring dengan rasa malas bercampur geram.
Tiada lagi sahutan suara dari si pembantu rumah.Rimas apabila dia di ganggu ketika dia ingin sendirian.
Mike mengeluh.Di saat dia sedang menahan rasa,selalu saja pembantu rumahnya jadi mangsa ledakan perasaan.
"Siapa suruh dia datang tak kena masa?"Mike mencebik.Mata kembali dipejam.
Dulu semasa dia masih agak kecil dia selalu berharap adanya teman dirumah untuk berkongsi cerita.Tapi lama-kelamaan dia sudah jadi agak kebal.Dia tidak perlukan sesiapapun kecuali Uncle Samuel sekeluarga walaupun dia tidak pernah berkongsi kisah peribadinya pada Uncle Samuel mahupun Auntie Arena tapi dia yakin mereka sudah maklum mengenai hal itu.Pada rakan-rakan sejak kecilnya iaitu Wentz,Zafran,Andy dan Yafiee pun tidak pernah dia menceritakan hal peribadinya.Tapi Mike pasti mereka memang tahu sebab daddy dan mummynya yang merupakan salah satu dari suami isteri terkaya di bandar ini telah berulangkali masuk ruangan gossip akhbar berita kerana mempunyai scandal yang keliling pinggang.Arghh dia sudah tidak peduli kalau siapa-siapa pun tahu mengenai keluarganya.
Mike bangun menuju ke jendela biliknya yang tertutup rapi dengan tabir berwarna putih krim.Diselaknya dengan jari telunjuk.
Di dada langit tiada satu bintang pun sudi menjengukkan diri.Terasa semakin sunyi mencengkam jiwa.Memang selama ini pun Mike selalu merasa sunyi.Hampir tiap-tiap malam dia akan berkurung diri keseorangan dalam bilik tapi dia sudah biasa begini.Memencil diri kerana merasa diri tidak dipeduli.Memang tiada yang peduli dia pun kat rumah ni.Semua sibuk dengan hal masing-masing.Yang lebih penting dari anak kandung sendiri.
Tabir yang dikuak dilepaskan.Dia menekan suis karan lalu menekan butang open pada ps3nya.Game sport menjadi pilihan.Dia lantas duduk sebentar di atas sofa. Remote control di capainya dan ditekan butang open pada Tv flat skrin jenama Sony yang berukuran 46 inci.Dia ingin bermain game boxing malam ini.Kali ini wireless controller pula yang dicapai.Ditekan butang itu ini mengikut arahan yang tertera di skrin TV tersebut.
Setelah itu,move motion controller pula yang dicapai.Dia berdiri tegak.Mengikut saja arahan yang dipaparkan di skrin dengan rasa malas.
Game boxing dimulai.Dengan semangat berkobar-kobar,dia melakukan serangan.Kalorinya sudah di bakar sebanyak 46 kalori selama satu minit.Dia hanya melakukan serangan pada angin tetapi di skrin melihatkan yang dia sedang berperanan sebagai peninju yang memukul patung manusia.Peluh mengalir laju mengikut gerakannya yang tangkas.Dia bermain game boxing itu lebih dari 15 minit.Apabila keletihan mula menjalar di segenap tubuh,dia berhenti dan duduk tersandar di sofa empuk.Nafasnya terasa lebih laju dari biasa.Dia puas kerana sekaligus senaman ini dapat melampiaskan rasa tidak puas hatinya.
'Gruk..grukk..'Tiba-tiba perutnya berbunyi.Mike rasa lapar pula.Lambat-lambat dia berdiri dan melangkah keluar dari bilik.
"Arghh dapur pun jauh.Membazir duit je buat rumah besar macam ni,yang tinggal aku sorang juga.Huh.."Mulutnya membebel.Wajahnya masam.
Baru sahaja kakinya mencecah lantai ruang tamu,sudah terpacul wajah si pembantu rumah yang lain yang lebih muda dari yang tadi dengan langkah berlari yang terkedek-kedek.
'Macam itik!'Komen Mike.Wajahnya nampak tidak berperasaan ketika itu.
"Tuan Muda Mike..Puan telefon nak cakap dengan tuan muda."Pembantu rumah itu sudah menghulur telefon rumah wireless.
"Tuan muda..Puan nak cakap ni.."Pembantu rumah yang muda itu menunduk sambil tangannya masih menghulur telefon wireless tersebut.
"Tuan Muda kau takde..eh suruh dia jangan telefon boleh tak?"Mike bersuara sedikit tinggi nada suaranya.
Terkulat-kulat pembantu rumah yang masih muda itu apabila ditengking sebegitu.Mike mengeluh.
"Bak sini telefon tu.."Mike mengarah.Cepat sahaja gadis itu menyerahkan.
"Weii.. kau tak perlu tunjuk kau ibu yang baik sampai nak telefon-telefon aku..Selama ni kau pernah ke telefon?Baru sekarang nak jadi ibu mithali?Ha ha ha..Boleh blah!"
"Mike.."Suara Puan Cassie yang terjerit di hujung talian tidak sempat mengatakan apa-apa lagi kerana Mike sudah menutup panggilan telefonnya.
"Lain kali kalau dia telefon.Kau jangan berani-berani bagi kat aku atau aku pecat kau!"Mike memberi amaran keras.Matanya menikam tajam mata si gadis yang baru 5 bulan menjadi pembantu rumah di rumah keluarga Mike itu.
Gadis itu menunduk.Tidak berani berlawan pandang dengan Mike yang nampak bengis ketika itu.
 Mike berlalu dari situ.
Sampai sahaja di dapur dia terus meminta atau lebih tepat lagi dia mengarahkan agar tukang masak menyediakan makanannya dalam masa kurang dari sepuluh minit.
"Kalau lebih dari 10 minit,kau,aku akan pecat!"Mike memberi amaran dengan wajahnya yang serius.
Memang sikap Mike begini.Suka melampiaskan kemarahan sesuka hati.Dia berbuat sesuka hati kerana tiada siapa yang berani melarang apalagi melawan.
Dia peduli apa!Asal hati dia puas!Tapi dalam kepuasan yang dirasanya ketika membuat orang takut padanya masih tersimpan kesedihan dan kesunyian jauh di sudut hati.Tiada siapa mengerti.

 
p/s: Sorry mengambil masa lama untuk post bab 6 DEB. Harap bab kali ni disukai pembaca semua.Thank you and Enjoy~ ;D

3 comments:

  1. jujur ckp....memang lambat gila lh nak menuggu cik writer update..........untuk bab 6 memang kecewa lh......

    ReplyDelete
  2. maaf terlambat dan maaf juga sbb mengecewakan:)..

    ReplyDelete
  3. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete