Tuesday, March 26, 2013

Dia Encik Basketball ku 16


Asalammualaikum.. yeay Aya tengah cuti ni.... so Aya akan start aktif menulis... InsyaAllah.. Nak habiskan novel ni secepat mungkin... doakan ye.. Sorry lama betul nak update.. Sorry sangat >___<.. 


Bab enam belas 

Mike yang kebetulan ternampak Aisy yang pada masa itu sedang break time dengan Ifti dan Sushmita tiba-tiba merasa panas terkenangkan kejadian dua hari lepas. Mukanya tiba-tiba saja jadi merah. Dia berdehem untuk menghilangkan resah yang bertandang.
“Wei Mike! Apa kau pandang-pandang tu?” Wentz yang sedar akan pandangan mata Mike pada Aisy sengaja menegur. “Ooooo Aisy yeee?” Sengihan Wentz melebar. Wentz suka hati dapat mengusik Mike.
Mike memandang Wentz dengan mata yang mengecil. “Kau nak kaki aku kat muka kau?”Marahnya.
Wentz tertawa kecil. Suka melihat wajah Mike yang agak merah ketika itu. Yafiee yang melihat ulah kedua temannya itu hanya tersenyum.
“Jom lah kita gi sana..”Ajak Wentz. Sengaja.
“Buat pe?” Tanya Mike.
“Kau malu ye?? Muka merah semacam je..”
‘Apesal dia ni.. hishhh..’
 Mike yang bengang dengan usikan Wentz menghampiri tempat duduk Aisy. “Woi!” Mike memanggil Aisy dengan nada suara yang agak keras dan jari telunjuknya menunjuk pipi Aisy. Aisy yang mula bengang menoleh. Mike?
“Ye ketua?” Bulat mata Aisy memandang wajah Mike. Entah kenapa semenjak kejadian tu Aisy tak lagi merasa bengang dengan perangai mahupun cara Mike memanggil dan memperlakukannya. Semua okey je,kenapa yek?
“Hai Aisy..” Sapa Wentz.
Yafiee yang berdiri bersebelahan Wentz hanya mengangkat tangan pada Aisy.
Sushmita sudah tersenyum-senyum. Apalagi kalau bukan excited sangat melihat tiga jejaka kacak berdiri di depan matanya. Memang cuci mata habis Sushmita kali ini.
Tiba-tiba Mike baru sedar dia tidak ada perkara nak cakap sehingga dia perlu menegur Aisy. Ni semua Wentz punya pasal la ni. Mike tanpa banyak bicara hanya pergi dari situ dengan muka bengang gila sebab dia tak rasa pun dia perlu menegur Aisy tapi dia tegur juga.
Wentz tertawa kecil. “Pergi dulu..”
Aisy tersenyum. Sushmita melambai sakan pada crushes pujaan hatinya itu.
Sejujurnya Aisy merasa agak kecewa kerana Mike tidak bercakap apa pun padanya. Tanpa sedar dia mengeluh.
“Kenapa Aisy?” Tanya Ifti yang sedar dengan perubahan wajah sahabatnya itu. Aisy menggeleng.
“Sengal ke dengan si Mike tu?”
Aisy sekali lagi menggeleng.
“Habis tu? Selalu mulut kau kepoh duk kutuk dia itu ini.. Hari ni apesal?” Kata Ifti lagi.
“Takde apa lah..” Aisy berdalih.
“Kacaknya abang-abang kesayangan aku tu kan?” Sushmita memang out of topic. Jumpa pemain-pemain pasukan basketball terus angau tak bertempat.
‘Ohh mungkin tadi dia nak cari pasal dengan aku kot tapi bila ingat kejadian tu dia malu kott... he he he..’ Aisy tersengih-sengih sendirian tanpa dia sendiri menyedari.
‘Eh tapi? Yakuza wannabe tu tahu ke apa itu malu?’ Kali ini sengihannya menghilang di ganti dengan dahi yang berkerut-kerut.
Sushmita dan Ifti berpandangan antara satu sama lain.
“Hoi!!!!” Jeritan Ifti dan Sushmita yang hampir serentak hampir membuatkan jantung Aisy luruh.
“Apa jerit-jerit ni..Hishhhh..” Marah Aisy. Bengang apabila dikacau ketika hati dan fikirannya sedang sibuk ‘meeting’ he he he..
“Yang kau tu sekejap tersengih sekejap berkerut-kerut dahi dah kenapa?” Ifti bertanya hairan. Sushmita pula terangguk-angguk macam burung belatuk.
‘Ye ke aku macam tu? Erk???’
“Kau tengah angau ye Aisy?” Sushmita serkap jerang.
“Eh apasal pulakk.. takde maknanya lah.. nak angau kat sapa..” Aisy berdalih. Tiba-tiba je dia gugup.
“Takde lah.. kau tu macam menunjukkan simptom-simptom angau..” Balas Sushmita.
Aisy pantas berdiri. “Mengade je korang ni.. Jom la masuk kelas..” Aisy menghempas agak lembut bahu Sushmita dengan buku textbook Sejarah.
 Buang kes lah tu.. Sushmita dan Ifti tersenyum-senyum melihat wajah Aisy yang merah. Apalagi kalau bukan malu?
............................................................
Semenjak dua menjak ni Mike seringkali mengelak dari bertemu dengan Aisy. Entah kenapa apabila terpandang wajah Aisy,Mike jadi malu. Malu sangat sehingga apa yang dibuat tak menjadi.
Hati Mike berdebar-debar. Mike pun tidak faham apa makna disebalik semua ini. Mungkin juga pura-pura tidak faham. Jauh di sudut hati dia takut untuk tahu makna disebalik perasaannya itu.
“Hai Mike..” Mariah menegurnya dengan senyuman manisnya.
Mike tidak membalas.
“You don’t miss me? Dah lama tak jumpa Mike. Budak tu asyik melekat je dengan Mike. Geli tengok. Benci tengok.” Mariah bersuara ala-ala manja dan pada masa yang sama merajuk.
“Not your problem.” Selamba sahaja Mike membalas. Dia tiada masa untuk melayan gadis manja terlampau itu.
Wajah Mariah berubah geram. “ Mike! I am gonna be your girlfriend! Mesti lah thats my problem.”
Statement yang keluar dari mulut Mariah membuat Mike tergelak sinis. Sangat sinis ianya menyakitkan hati Mariah. Mariah terasa seperti dihina pula dengan gelak Mike sebegitu.
“Mariah.. I think you should see Pakar sakit jiwa.” Mike menjauhi Mariah. Tidak ingin berlama-lama dengan gadis yang over-confident dan berlagak itu.
“You will be mine Mike!” Mariah menjerit namun tidak dipedulikan.
Telinga-telinga yang mendengar menoleh memandang Mariah yang tidak segan silu mengatakan hal sebegitu di khalayak ramai. Mariah yang geram menjeling tajam.
“Apa tengok-tengok? Kuno! I hate you all...” Dia menghentakkan kakinya kuat sebelum berlalu dari situ dengan perasaan geram yang membuak-buak.
..........................................
Aisy resah. Kelas Chemistry hanya di isi dengan aktiviti bebas. Bebas bermaksud membuat kerja sekolah ataupun membaca buku. Ini kerana Cikgu Chemistry mereka hari ini cuti sakit. Cikgu Maznah yang mengajar kelas sebelah sekali sekala menjenguk kelas mereka untuk memastikan tiada yang buat bising ataupun ponteng.
“Sush.. Ifti.. aku..” Aisy ragu-ragu untuk meluahkan tapi dia tidak tahu pada siapa lagi dia hendak berkongsi rasa. Pada Shah sudah diluahkan tapi apa lah yang budak tu tahu. Masih mentah.
Shah hanya mengangguk dan mengatakan.. “Mungkin akak suka dia kot?”
Itu memang tidak membantu. Dia perlukan nasihat yang boleh diguna pakai. Jadi dia tiada pilihan selain meluahkan pada kawan-kawan baiknya.
“Kau ni kenapa Aisy?” Tanya Ifti.
Aisy menghembus nafas berat dan perlahan. “Aku ada mimpi sesuatu..”
Sushmita menoleh seperti orang hendak menerkam. “Mimpi apa? Mimpi apa?” Dia pula yang terlebih excited.
“Sush! Jangan la over..” Aisy memberi amaran.
“Sorry..”
“Kalau aku cerita janji jangan ketawa..”
“Janji..” Ifti dan Sushmita hampir serentak berkata.
“Aku mimpi....Err..” Aisy rasa malu yang teramat sangat untuk menyatakan.
“Mimpi apa?” Hampir serentak juga Ifti dan Sushmita bertanya.
“Sabar la...” Marah Aisy.
“Cepat la..” Sushmita menggesa.
“Mike..” Aisy berbisik.
“O. EM. GEE...”Sushmita menutup mulutnya yang sudah ternganga. Ifti pula tersenyum-senyum.
“Kawal lah suara kau tu Sush...” Marah Aisy. Nasib ketika itu Cikgu Maznah  tidak menjenguk kelas mereka.
“Kau suka dia ye Aisy?” Tanya Sushmita tanpa memperdulikan Aisy yang geram dengan sikapnya yang lepas.
Muka Aisy memerah. “ I think so. Dalam mimpi tu Mike tersenyum pada aku.. dan aku rasa happy sangat..Entah la..”
“Suka nya suka nya..” Sushmita ni terlebih excited pula. Tak tahu kenapa.
“Ha ha.. Kan betul cakap orang dulu-dulu.. Yang dibenci tu lah yang kita akan suka..” Ifti mengusik.
“Aku tak nak suka kat dia.. Korang tahu lah dia macam mana.. But out of sudden.. perasaan ni timbul..” Aisy memegang pipinya dan mengeluh.
“I don’t know what to do..”
“Okay Class.. You can go now..” Miss Maznah yang hanya menjengukkan kepala bersuara.
“Hari ni hari last diorang berlatih…Huh…”Aisy sedikit merasa kehilangan pula hari ni. Selalu mulut pot pet pot pet je merungut dan mengeluh.
"Aku tak tahu macam mana aku boleh jadi gila,tiba-tiba je suka kat dia.."Aisy mengeluh.
"Kau tak gila,hakikatnya semua gadis-gadis,mak-mak,nenek-nenek pun akan suka dia..dia kan kacak.."Kata Sushmita dengan wajah selamba.
"Tapi perangai..."Aisy mencebik.
"Haha..tu belakang kira lah beb..bab perangai tu memang menakutkan tapi wajah tip top.."
"Tak boleh,tak boleh,aku kena lupakan dia sebelum parah hati aku ni...Aku tahu aku pasti akan terluka kalau suka mamat wannabe yakuza tu.."Aisy menggeleng laju sambil tangan kanan memegang dada,merasakan ada denyutan laju apabila wajah Mike terimbas di fikiran.
"Kau tak boleh lupakan dia Aisy..."Ifti tiba-tiba goncang bahu Aisy kuat-kuat.
"Ifti!!!"Jerit Aisy."Aku pening lah!!"
"Oppss sorry Aisy.."Ifti undur beberapa tapak."Tapi tak bestlah kalau kau give up tanpa mencuba.You always said giving up without even trying is a real,a total loser. Unforgivable!" Ifti mengajuk kata-kata Aisy suatu ketika dulu.Ketika Ifti hampir berputus asa.
"Tu hal pelajaran!Ni soal peribadi,mana sama.."Aisy memintas laju.
"Kau ingat tak dulu,aku pernah cerita aku suka sorang lelaki ni dan aku hampir give up sebab dia langsung tak respon dan tak endahkan aku..."Ifti mengenang kembali kisah setahun lalu.
Sushmita dan Aisy mengangguk."Yang aku menangis macam orang bodoh tu ha ha ha.."
"Kau cakap perkara yang sama sebab aku hampir putus asa..sebab kata-kata kau tu lah aku sampai sekarang masih menagih cinta lelaki tu.."
Aisy terpempam. 'Betul ke aku ada cakap macam tu kat Ifti?Kenapa aku boleh tak ingat?I can't recall..'
“Betul ke aku cakap macam tu?”Aisy berkata lebih kepada berbisik.
“Yes! Sebab tu kau kena tunjukkan yang kau bukan sekadar bercakap.Lakukan,kalau tak.. Aku pasti akan kecewa dengan sikap kau Aisy.”
‘E’eh melebih pula Ifti ni..Hmm.. Dia ni belum tahu ke siapa Mike tu? Lagi pula buat malu aku je kalau approach lelaki ciss..’ Ego melangit. Dulu cakap bukan main, advisor lah sangat,cuba jadi kat diri sendiri, pandai malu. Dasar!
Aisy mengeluh. “I will think about it.”
Jauh disudut hati Aisy takut jurang antara dia dan Mike menjauh jika dia meluahkan perasaannya pada Mike memandangkan dia tahu perangai Mike macam mana.

3 comments:

  1. Sambung lagi!!! Kita suka lah!!! XD

    ReplyDelete
  2. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete