Tuesday, December 11, 2012

Dia Encik Basketballku 14



Asalammualaikum... Hai hai.. Maaf..it has been 3months >.< sorry banyak2.. rasa bersalah sangat.. Aya akan cuba aktif balik menulis.. sorry sangat2 Aya ucapkan >.<.. Ini Aya persembahkan bab ke empat belas.. hopefully best.. ^^v..

Bab empat belas

“Woiii!!”Sergahan Mike menyentakkan lamunan Aisy.Hampir saja dia melompat ingin membuka bunga silat.
Aisy mengetap bibir geram.’Eh bila pula dia ada kat sini?Tadi elok je kat hujung sana..’
“Yang kau renung-renung aku apasal?”Tanya Mike kasar.
‘Alamakk..aku memang renung dia tadi.. macam mana aku boleh tak sedar ni..’Aisy cuba buat selamba walaupun kulit pipinya sudah terasa hangat membakar kerana malu.
“Takde ketua..aku mana pandang ketua..takde..Buat apa?”Aisy menafikan sekeras-kerasnya.
“Jadi kau buat apa?”Mike angkat kening ala-ala The Rock tapi tak menjadi hehe..
“Err....”Aisy buntu,tidak tahu mahu bagi alasan yang logik dan dapat diguna pakai.
“Kau tak payah fikir-fikir nak bagi alasan.Aku tak nak dengar.”
‘E’eh tadi dia yang sibuk tanya aku buat apa..Ni cakap tak nak dengar..grrr...aku siku baru tau..’Gigi diketap,hati sudah panas dan bersedia melakukan kutukkan bertubi-tubi tapi wajah tetap nampak ayu dengan senyuman serupa orang kurang akal.
“Aku nak beritahu empat hukuman yang kau hutang.So sila fokus!”Arah Mike dengan wajah mencuka.
“Empat?Bukan tiga ke ketua?”Aisy sengaja buat-buat lupa.Mana tau boleh kurang he he he..
“Suka hati aku nak bagi hukuman kau berapa.Aku cakap empat maknanya empat.Atau kau nak aku tambah lagi?”Ujar Mike perlahan tapi nada suaranya dingin,tanpa menunjukkan apa-apa reaksi.
‘Cis.. menyesal aku tak bawa kamera hari tu,kalau tahu aku gambar lepas tu sebar satu bandar,biar semua tahu lelaki yang digeruni ni bila depan budak kecil berlembut,depan kita-kita je dia nak tunjuk macho dia,tunjuk garang,tunjuk kuat dia..Ceh...’
“Wajah kau tu dah mempamerkan hati kau yang busuk..”Komen Mike.
“Apasal pulak?”Aisy terkejut.
“Sepanjang kau jadi pengurus ni,aku tau dah beribu-ribu kali kau kutuk aku,aku dapat pahala tapi kau aku rasa dosa?”Senyuman sinis sekali lagi menghiasi bibir.
‘Cewah mulut...Boleh je aku sumbat stokin busuk aku ni dalam mulut dia heh..cakap orang,dia yang lebih..Buli orang tu apa?’
“Kau nak aku tambah hukuman kau ke?”Mike pandang wajah Aisy dengan muka serius macam Yakuza.”Yang akan buat kau menyesal dan tak berani nak masuk sekolah lagi?”
‘Gulp..Jangan-jangan dia ni ada kaitan dengan underground tak?’...’Ahh merepek ah..takkanlah...’Aisy jadi cuak pula lalu menggeleng dengan wajah minta kasihan+comel yang tak berapa kasihan+comel tu.hehe..
“Bagus..Sekarang.. .. hukuman pertama adalah lepas ni kau kena cuci tandas dan bersihkan tempat kami bersalin masa kami latihan.Aku nak semua kemas dan berkilat sebelum latihan tamat.Boleh?”
Dalam keterpaksaan Aisy mengangguk.
 “Hukuman kedua kau adalah mulai esok lepas latihan kau kena bersihkan dewan ni everyday selama satu minggu?Cukup?”Tanya Mike dengan nada menyindir.”Atau nak lagi?”
Aisy cepat-cepat menggeleng.”Cukup..hehe..cukup..”
“Hukuman ketiga..Hmm.. kau kena ikut berlatih..Aku nak kau start belajar main basketball.Esok adalah hari pertama kau..”
Aisy terkulai layu.”Takkan banyak kerja nak buat?Ketua...”
“Kau nak aku tukar kepada hukuman yang lebih kejam?Ini dah cukup baik dah..”Mike mengugut.
“Hukuman ke empat?”Tanya Aisy lemah.
Bibir Mike mengukir bentuk antara senyum dan tak.
“Hukuman terakhir yang paling berhati perut dan berperikemanusiaan ialah bawakan aku makanan untuk lunch dan snack petang setiap hari,no excuse!”
“Eh?”Aisy terkejut badak.Bukan lagi ‘terkejut beruk’.Aisy merasakan hukuman ke empat ini agak berlebihan.
‘Kalau untuk pasukan ni tentu free.. kalau setiap hari aduh boleh bankrupt kantin tu..’
“Tapi bukan dari kantin.Aku dah muak!”Kata-kata Mike membuat Aisy bertambah terkejut.
“Ketua,aku mana ada duit banyak nak order makanan dari luar,lagipun untuk lunch dan snack petang,agak berlebihan tu.Boleh tukar lain tak?”Aisy cuba berunding.
“Kau nak aku tukar hukuman yang lebih berat?”Mike tersenyum sinis.Terserlah kejahatan disebalik pandangan matanya yang tajam.
“Err..tak..”Aisy menunduk.
Tiba-tiba muncul satu idea dalam otak lelaki yang Aisy gelar sebagai Yakuza itu.Senyuman jahat bercampur puas hati terukir.
“Kau pandai masak?”Soalan yang baru terbit dari mulut Mike mengejutkan Aisy.
‘Aku salah dengar ke?’
Andy yang terdengar soalan Mike juga merasa kaget.
Mike sekali lagi angkat kening ala-ala The Rock yang memang tak menjadi.Kena banyak practice kot..atau hmm The Rock kan hanya satu di muka bumi ini.Cewah..
“Err..bolehlah setakat masak biasa-biasa saja..”Jujur Aisy mengakui.Takkan nak mendabik dada dengan menipu yang bidang masakan ini adalah hidupnya?Takkan nak berbohong dia pandai masak semua masakan Melayu,India,Cina,Jepun,Korea dan Western food?Mampus kalau Mike suruh dia masak dan penipuan terbongkar,bukan saja malu tapi bertambah lah lagi hukuman buatnya.
“Jadi hukuman kau yang terakhir adalah masakkan aku lunch setiap hari.Kali ni no excuse!”
 “HAH?!”Andy dan Aisy sama-sama terjerit,kaget mendengar hukuman buat Aisy yang terakhir.
“Ini bukan hukuman,ni pembulian!”Aisy membantah.
“Kau pasang telinga ye?”Mike menyergah Andy.
Andy tergeleng-geleng sebelum kembali semula ke gelanggang.
‘Tak ada angin,tak ada ribut,tiba-tiba saja,macam mana lah manusia depan aku ni boleh terfikir hukuman sebegini?Ni boleh kira hukuman ke?’
“Hukuman ini adalah arahan.Hukuman dan arahan yang wajib kau ikuti,kalau tak aku tukar hukuman yang lebih berat,sama macam aku hukum lelaki.”Mike mengugut.
Dalam keterpaksaan Aisy mengangguk.’Aku tak pernah bawa dua lunch.Lagipun selalunya mama yang sediakan.Ini tentu akan menimbulkan syak mama..Macam mana aku nak bagi alasan nih?Bencilah dia ni..Suka menyusahkan aku...Heh..’
“Bagus..”Mike terangguk-angguk,puas hati.
Aisy mencebik geram.
“So...Apalagi tunggu?”
“Tunggu apalagi ketua?”Tanya Aisy dengan wajah polos.Tidak mengerti dengan soalan si ketua basketball tersebut.
‘Huh.. dari hari pertama sampai sekarang dah nak tiga minggu,masih je bengap kan..’Keluh Mike dalam hati.Wajahnya masam kerana geram.
“Hukuman.pertama.kau.buat.sekarang.”Ujar Mike satu persatu dengan rasa geram yang menggunung.
“Ohh.. okey ketua,aku buat sekarang..”Pantas saja Aisy mengatur langkah menuju ke tempat persalinan untuk pemain-pemain pasukan basketball sekolah.
‘Heh.. tak sudah-sudah dengan perangai kurang sabar dia..dengan budak kecik tu tak pula dia hilang sabar..Ini tidak adil..’Hatinya memberontak dalam diam.
Tangannya ligat mengemas baju yang bersepah. ‘Kalau di sini dah macam tongkang pecah,kat rumah lagi teruk nih..nasib..nasib...’
“Eh?kenapa Ketua suruh aku yang masak pula?Ketua tu ada mama dia kan?Hmm suruh lah mama dia yang masakkan,lagi best..ni ishhh...Sengajalah tuuuu...geram nyeeeee..”Aisy menyental lantai dengan penyapu dengan sepenuh tenaga dan perasaan geram bercampur marah.
“Hati-hati...”
Aisy terkejut siot apabila mendengar suara garau seorang lelaki bercakap dibelakangnya.Zafran!
“Errr hati-hati kenapa?”Tanya Aisy pelik tapi dengan nada suara perlahan.
“Aku takut kalau Mike dengar kata-kata kau tadi mengamuk pula dia..”Zafran tersenyum manis dan lebar sehingga membuatkan matanya menjadi sepet.
‘Eh?’Aisy semakin pelik kerana dia tak rasa kata-kata yang diucapkan tadi ada yang salah namun berat pula rasa mulut dia untuk bertanya lebih lanjut.
..............................................
Nazmi duduk di kerusi yang disediakan di grandstand sekolah.Otaknya ligat memikirkan cara untuk menjernihkan hubungannya dengan Aisy yang keruh.
“Kenapa susah sangat nak berbaik dengan dia?”Nada suara Nazmi perlahan menuturkan kata-kata tersebut.
“Dia tak tahu ke yang aku betul-betul sayang dia...” Keluhan terbit dari bibir.
“Sayang dia?Sayang siapa?”Ifti muncul entah dari mana.Nazmi rasa teramat rimas kerana gadis ini ada dimana-mana saja ketika dia benar-benar perlukan masa untuk bersendirian.’Kalau Aisy takpe la juga..Huh..’
“Ah?Ha ha ha..takde,sayang apa..Salah dengar kot..”Nazmi menafikan dengan ketawa yang dibuat-buat.
“Eh aku balik dulu lah..Bye..”Nazmi tanpa berlengah terus saja bangkit dan meninggalkan Ifti berseorangan di situ.
Wajah yang tadinya ceria kini berubah menjadi muram dan masam.
“Takpe..one day,Nazmi pasti akan tergila-gilakan aku.Tengoklah..”Tangan penumbuk dikepal.Ada dendam dan semangat jitu mengalir dalam diri.
...........................................
Malam itu Aisy duduk diruang tamu.Dia merancang untuk masak sesuatu kerana ketika ini mama dan papa tiada dirumah.Senang sikit dia nak buat kerja.
“Kalau nasi goreng ke mee goreng masak sekarang dan bawa esok,mau sakit perut budak tu..Tak boleh,tak boleh..”Aisy geleng-geleng kepala.
Fikir punya fikir,Aisy buat keputusan untuk buat sushi sahaja.Senang dan simple.Lagipun sushi boleh simpan dalam peti sejuk dan lebih sedap dimakan ketika sejuk.
“Brilliant.”Ibu jari dan jari tunjuk diketik.Aisy turun ke dapur untuk melihat barang-barang yang diperlukan.
“Perfect.”Aisy tersenyum senang.
Semua bahan untuk membuat sushi memang sudah tersedia kerana selalunya kalau papa tiada dirumah mama lebih gemar menyediakan sushi untuk dinner.Aisy pun pandai buat sushi kerana selalu tolong Puan Husnina sediakan makan malam.Makanan ni paling senang buat kalau lapar pada ketika mamanya tiada dirumah.
Beras Jepun dicuci bersih sebelum dimasak seperti masak nasi biasa.Sementara menunggu nasi siap,Aisy mencuci crabstick dan memotongnya panjang-panjang.Timun jepun dikeluarkan dari peti sejuk dan dipotong panjang juga.
Rumpai laut diletak di atas tikar untuk menggulung.Nasi yang telah masak Aisy campurkan gula,garam dan cuka dan dikacau sehingga rata.Aisy menyendok sedikit nasi sushi tersebut untuk di rasa.
“Sedap.”Aisy tersenyum puas.
Aisy sendok nasi dari dalam rice cooker dan meletakkannya di atas rumpai laut.Dipenyek-penyek sehingga rata.Sedikit mayonis disebarkan di atas nasi tersebut.Crab stick dan timun jepun diletakkan diatas dan digulung rapi.Siap!Aisy gembira kerana gulungannya kali ini sangat kemas dan padat.Aisy membuat empat lagi golongan sushi sebelum gulungan sushi itu dipotong-potong dengan saiz sederhana,tidak nipis dan tidak tebal.
“Sekarang nak buat apa?Nasi banyak lebih pula..”Aisy yang sedang duduk menongkat dagu.”Eh?Tamago sushi?dan nasi sushi hello kitty?Tentu comel he he he..”
Aisy bangkit menuju ke peti sejuk untuk mengambil telur.Telur dipecah dua dan isinya masuk ke dalam mangkuk bulat.Dicampurkan gula pasir dan sedikit kicap jepun sebelum dipukul sehingga sebati.
Kuali segi empat dikeluarkan dan dicuci bersih.Kuali dipanaskan.Minyak disapu nipis diseluruh kuali tersebut.Telur dadar di goreng nipis dan dilipat-lipat.Perbuatan ini diulang-ulang sehingga telur dalam mangkuk habis.
Lebihan nasi yang lain digumpal dan dipenyek sedikit lalu diukir menggunakan pisau untuk membentuk muka Hello Kitty.Rumpai laut digunakan untuk mata dan misai,hidung dan rebennya pula menggunakan telur untuk tamago tadi.
“Hmm.. tapi untuk ketua basketball yang berlagak yakuza tu kita buat something else pula he he he..”Senyuman nakal terukir di bibir comel yang nipis milik Aisy.

4 comments:

  1. Best-2 >.<
    Teruskan oke (:

    ReplyDelete
  2. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete