Friday, December 28, 2012

Dia Encik Basketballku 15



Bab Lima belas 

Hari ini Aisy memaksa diri untuk bangun lebih awal dari biasa semata-mata untuk mengelak dari ketahuan oleh mama yang dia menyediakan dua lunch box.Dia tak boleh bayangkan kalau Puan Husnina tahu,apa dia nak cakap?Aisy di hukum oleh ketua basketball dan menyediakan makan tengaharinya adalah salah satu dari hukumannya mama,nak cakap sambil senyum lebar.Macam tu?
Setelah siap menyediakan lunch box untuk Mike,dia cepat-cepat menyeludup naik dan masuk ke dalam biliknya.Lunch box yang disimpan dalam plastik berwarna biru tersebut diletak dalam ruangan beg yang luas dan masih kosong.Buku-buku teks dan buku-buku exercise untuk pelajaran hari ini di simpan di ruangan yang lain.
‘Nasib beg aku ni besar..’Dalam keluhan,Aisy juga merasa bersyukur.
Selesai mandi dan bersiap,Aisy pantas turun,beg tempat menyimpan lunch dicapai.
“Bila buat sushi ni?”Mama mengeluarkan lebihan sushi yang ku buat semalam dari peti sejuk.
“Semalam ma.Lapar pula,terus buat untuk bawa sekolah..”Jawabku.
“Hari ni rajin sediakan lunch box sendiri..”Tegur Puan Husnina.
“Saja..”Aisy menyalam mamanya sebelum berangkat.”Papa mana?”
“Lepas subuh tidur balik.Letih agaknya..”
“Jom kak..”Ajak Shah.Aisy mengangguk lalu membontoti langkah adiknya yang sudah berada di luar rumah.
“Hukuman pertama sudah berjaya.Hari ini tiga hukuman?”Aisy mengeluh dengan nada suara yang perlahan seakan berbisik.”Aaaa...”Aisy menjerit nyaring.
“Kak.. kenapa menjerit ni?”Tanya Shah.Ketika itu mereka sedang dalam perjalanan menuju ke sekolah.
Aisy menggeleng lemah.”Takde apa lah Shah..”
“Takkan lah menjerit tapi takde reason?”Shah merasa pelik pula dengan perangai kakaknya pagi-pagi macam ni.
“Budak bawah umur tak payah tahu la..”Aisy menggosok rambut lebat adiknya yang sedikit panjang.
“Ceh..dia budak bawah umur juga..”Shah mencebik.
Aisy tersengih.’Ye tak ye juga,aku pun budak bawah umur juga..hehehe..’
“Ahh tak kisah lah..yang penting Shah diam je.Akak nak fikir something.Okey?Shhh..”Aisy meletak jari tunjuk ke mulut tanda diam.
“Elehh..malaslah nak layan akak ni..”Shah sudah mula merajuk.Dia melajukan langkah kaki meninggalkan kakaknya,Aisy jauh di belakang.
Aisy mengejar adiknya.”Ishh tu pun nak merajuk,macam budak-budak je.”
Shah tersengih.Kadang-kadang perangai Shah macam orang dewasa sahaja dan adakalanya Shah berperangai seperti budak-budak.Perangai kebudak-budakkanya paling ketara kalau Aisy tak layan Shah dan berkongsi rahsia.Macam perempuan je kan perangai Shah ni.Hehehe..
.....................................
“Wow comelnya sushi kau Aisy!!”Sushmita teruja melihat sushi berbentuk hello kitty ditengah-tengah sushi roll biasa yang disusun disekitar lunch boxnya.
Aisy tersengih.”Tengok orang la..he he he..”
“Cehh...”Sushmita mencebik.Aisy tertawa.
“Kau nak?Ifti mana?”Aisy menghulurkan lunch boxnya dihadapan Sushmita.
“Nak ..nak..emm Ifti?Dia ke kantin kot..”
“Kau tak ke kantin ke?”Tanya Aisy.
“Tak..Aku ke kantin dengan kau karang..”Balas Sushmita.
“Weii aku tak ke kantin la..”
“Maksud aku on the way kau nak ke dewan tu,aku jalan dengan kau..Bak sini sushi tu..”Sushmita menghulur tangan meminta sushi yang Aisy bawa.
“Oooo...”
“Nak hello kitty?”Pinta Sushmita dengan mata terkedip-kedip.
“Tak boleh,aku nak makan.Kau ambil sushi yang lain je..”Dengan menggunakan chopstick kayu,Aisy meletakkan sushi tersebut di telapak tangan kanan Sushmita.
“Kedekut..”Muncung Sushmita sudah panjang sejela.
“Alalaa..bucuknye bff aku ni merajuk.Okey esok aku bawa khas untuk kau..yang special edition punya okey sayang?”Pujuk Aisy.
Sushmita buat aksi kegelian.Aisy tertawa melihat ulah Sushmita.Sushmita jelir lidah.
“Comel juga kau merajuk...”Usik Aisy.
Sushi tersebut lesap tak sampai 5 minit.
“Jomlah..aku dah lambat ni..”Ajak Aisy.Mereka berdua beriringan berjalan laju.Sushmita melangkah ke kantin,Aisy pula meneruskan perjalanan menuju ke dewan.
........................
Aisy mengeluarkan lunch box Mike dari dalam begnya sebelum menghampiri Ketua basketball itu.
“Nah ketua...”Aisy menghulur lunch box itu pada Mike.
Mike menyambut tanpa berkata apa-apa hatta terima kasih sekalipun.
‘Nak cakap terima kasih pun kedekut bin bakhil..’Kutuk Aisy dalam hati.
Mike membuka lunch box yang diberi Aisy.Terserlah sushi yang disusun kemas disekitar lunch box tersebut,ditengah-tengahnya ada sushi berbentuk kartun mickey mouse versi lanun.
Mike makan sushi tersebut sehingga lesap semuanya.Tak sampai 3minit pun.Lahapnya cara dia makan.
Mike membiarkan lunch box milik Aisy itu terbuka luas walaupun isinya sudah selamat masuk ke perut.
Aisy yang sedang duduk mencangkung,mencebik sambil tangannya ligat mengemas.
“Dia suka tak sushi aku ni?Cehh.. punya bersih macam ni..gerenti sedap he he he..”Aisy tiba-tiba saja rasa bangga.
“Oihh..”Aisy terduduk kebelakang apabila bola keranjang yang dihumban oleh Mike hampir saja mengenainya.
‘Grrr....’Mata Aisy sudah menyepet,hidungnya kembang kempis,bibirnya pula terjuih-juih menahan geram.
Mike menggunakan jari telunjuknya untuk memanggil Aisy.Macam kucing yang jinak Aisy bangkit dan menghampiri Mike yang sudah berada digelanggang dengan wajah macam nak makan orang je.
“Ye ketua?”
“Cepat mula berlatih sebelum aku meradang..”Kata-kata itu diucap dengan nada tertahan-tahan.
‘Apasal mamat perasan yakuza ni?Terus-terus je nak marah-marah orang..Benci!Menyebalkan..’Aisy marah-marah dalam hati.
Aisy mengambil satu bola dari dalam bakul tempat berpuluh-puluh bola khas untuk keranjang disimpan.Bola itu dilantun-lantun  ke lantai dewan.Seringkali lantunan itu tidak menjadi.
Mike yang memandang perlakuan Aisy menggeleng-geleng.Keluhan berat dihembus melalui rongga hidung.Perasaan tidak puas hati makin beraja didalam hati.
Mike berjalan menuju ke arah Aisy lantas bola ditangan Aisy dirampas.Aisy tersentak.
“Sekadar melantun bola pun tak tahu?!”Mike tergeleng-geleng.
‘Ishhhh...aku kan tak pernah main bola,tangan aku ni kaku!Aku kaki bangku!’Hatinya menjerit.
“Kau tengok betul-betul...”Mike mengajar teknik melantun bola.Aisy mengamati dengan teliti.Nervous lah katakan,takut kena marah kalau tak perhatikan betul-betul. ‘Ingat dalam sekelip mata je boleh pandai main je?Hish aku siku juga mamat muka ketat ni karang..’Mengada pula bunyinya,nak melawan pun dah kecut apalagi nak siku ha ha ha dalam mimpi boleh lah..
“Nampak?”
Aisy mengangguk. ‘Nampaklah,aku bukan buta..ngok..’
Mike mengarahkan Aisy untuk melantunkan bola seperti yang diajarkan olehnya.Aisy mengambil bola yang dilambung oleh Mike lalu menarik nafas dalam-dalam.
‘Tolonglah tangan dan otak,sila bekerjasama..’Doa Aisy dalam hati.
Malang tidak berbau,bola yang dilantun tepat mengenai wajah Mike.Tidak cukup itu kaki Aisy terpijak kaki Mike.Gulp~!
“Arghhhh...”Mike menjerit nyaring.Gila.. Aisy tersentak.Matanya membulat.Tidak berani langsung untuk melihat wajah bengis Mike yang sedang memandangnya dengan tajam sekali.Tangan kirinya memegang wajahnya yang sakit terhempas bola.Rahangnya bergerak-gerak.
Tanpa berfikir panjang Aisy terus pecut lari. Tak sanggup nak kena tengking.Tak sanggup langsung nak bayangkan apa yang Mike akan buat pada dia. Oh..seramnya!!
“Aisy!Come back here..Or you will regret!I promise!!!!”Jerit Mike sangat kuat.Nak meletup rasa telinga setiap yang mendengar.Aisy terus lari tanpa henti.Dia tak fikir apa-apa lagi.Takut punya pasal.
Mike mengejar dari belakang.Kakinya yang panjang membuatkan langkahnya jadi laju.Aisy hanya beberapa sentimeter dihadapannya. “I said stop Aisy!”
Aisy sudah termengah-mengah.Dia rasa tak sanggup hendak meneruskan larian tapi kerana takut dia kuatkan juga semangat.
Kedebuk...
Aisy terundur beberapa langkah ke belakang dan terjatuh di atas rumput.Mike yang hilang imbangan turut jatuh betul-betul dihadapan Aisy.
“Ergghh..”Aisy mengerang kesakitan.Badan Mike yang 2 kali ganda tinggi dan besar dari dia menghempap tubuhnya.Aisy terpempan saat matanya terbuka.Mike betul-betul dekat dengannya sehingga hembusan nafas Mike dapat dirasakannya menghangatkan rambutnya.Nasib bukan mata bertentang mata.Kerana terkejut Aisy memusingkan wajahnya menyebabkan bibir nipis milik Mike tergesel dengan dahi Aisy. Darah menyerbu naik ke muka. Giliran Mike pula terpempan. Hatinya berbunyi ‘dub dab dub dab..’ laju,selaju larian seekor cheetah.
Aisy ketap bibir. Pipi sudah merah macam telah ditepek blusher 6 inci. Macam cerita korea yang dia tengok lah pulak.. Cium dahi segala tapi ini tercium. Dalam cerita korea,boyfriend sweet gila cium dahi girlfriend,kes dia ni sadis sikit,wannabe yakuza kejar dia sebab nak ‘terkam’ dia yang tak sengaja terhumban bola tepat ke wajah Mike dan terjadilah insiden-insiden yang tidak disengajakan.Malu gila beb.. Hish.. bilalah mamat ni nak bangun.. Lenyek badan Aisy dibuatnya..
Wentz dan Yafiee yang mengekori dari belakang kerana takut Mike akan melakukan sesuatu yang buruk terhadap Aisy turut terperanjat melihat ‘adegan romantik’ yang sebenarnya langsung tak romantik dan  tidak berbayar itu.
Wentz tersengih-sengih sambil mengeluarkan Samsung Galaxy SIII nya. Click..click..click.. Yafiee hanya memandang tanpa bicara.
Mike bangun segera dan berdehem.Buang malu yang bersarang di hati.Fikir punya fikir,terlintas satu idea untuk buang malu. “Eh kau ni apasal lari hah?! Sebab kau aku malang hari ni! Aku double hukuman kau baru padan muka kau!” Mike sebenarnya nak menengking tapi suara seakan tersekat di kerongkong. Tengkingannya tidak menjadi. Lucu pula jadinya.
‘Aishhhh.. yakuza wannabe ni.. Dia yang tarik aku,terhempap badan dia yang berat berganda tu,lenyek badan aku,aku lah yang malang! Ceh...’
Mike jadi tak tentu arah. Sebelum ketara kelakuannya itu,Mike terus blah dari situ.Muka ketat masih melekat di wajah walaupun sebenarnya Mike langsung tak marah lagi.Imej kena jaga.
Aisy masih tercegat di situ. Tiba-tiba terasa kehangatan bibir Mike di dahinya.Dia tersenyum-senyum sendiri. Jari jemarinya tanpa sedar memegang dahinya.
Sepasang mata tajam macam helang memerhatikan saja tingkah laku Aisy dari jauh. Panas hatinya menonton adegan mesra tadi.
.................................
Aisy melepas lelah dengan berbaring di atas katilnya.Tiba-tiba bibirnya mula mengukirkan sengihan yang kalau Aisy sendiri tengok kat depan cermin,memang dia geli la.Sengihan yang menjadi bukti Aisy tengah angau?Hahaha..
Jari jemari spontan memegang dahinya.Masih terasa hangat hembusan nafas Mike di setiap helai rambutnya,masih terasa bibir Mike menyentuh dahinya.Arghhh!!!
“Kenapa dengan aku ni?!!”Aisy pantas bangkit,mengambil tuala yang terletak di tempat menyidai kain lalu masuk ke dalam bilik air.”Dari melayan perasaan yang entah apa-apa lebih baik aku mandi!”
Berus gigi dicapai.Sambil memberus gigi Aisy melihat wajahnya di depan cermin,pandangan matanya jatuh ke dahinya.Ingatan sekali lagi tertumpu kepada kejadian tadi petang.Agak lama termenung sebelum Aisy tersedar dengan kealpaannya.
“Benci la macam ni ishhh!!!!”Air yang mencurah ke tapak tangan ingin di hambur ke wajah.Namun bisikan nakal mengusiknya ‘Jangan sampai kena kat dahi.Nanti hilang kesannya.. :p’Aisy yang resah gulana dan masih tidak memahami kenapa hanya mengikut.Dengan penuh berhati-hati Aisy mencuci wajahnya dengan sabun pencuci mukanya.
“Kenapa la dengan aku ni!Hisshhhh...”Aisy geleng-geleng kepala.Pancuran air membasahi seluruh tubuhnya,dari rambut,wajah hingga ke hujung kaki.”AAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.....”Pancuran air segera ditutup.Jari jemari pantas memegang dahi.”Dah hilang kesan...”Aisy mengeluh keras,sedih dengan kecuaiannya.
“Aisy?!”Ketukkan bertalu-talu memeranjatkannya.Mama! “Aisy kenapa menjerit?Buka pintu ni cepat...”
“Opssss....”Aisy tak sangka pula jeritannya begitu kuat.hehe..”Sorry mama.. Aisy tak apa-apa..Ada cicak je tadi...”Aisy melaung dari dalam tandas sebelum menggigit bibir kerana berbohong.Erkkk...

5 comments:

  1. next entry please,,nice story..keep it up :)

    ReplyDelete
  2. makin menarik...teruskan....please sambungannya...

    ReplyDelete
  3. best..apdet tau..i'll baca your story..hehe

    ReplyDelete
  4. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete