Monday, July 2, 2012

Dia si Encik Kacakku 6

Zharfan tersenyum-senyum sendiri mengenangkan ulahnya tadi semasa makan malam bersama keluarga Natina Ilya.

Entah apa yang merasuknya sampai dia boleh berkelakuan begitu keanak-anakkan.Natina Ilya pula ketara nampak geram dan malu-malu saja.Kadang-kadang nampak selamba.Hmm.. betul-betul buat Zharfan rasa keliru.

"Tapi dia nampak sangat cantik.."Tanpa sedar Zharfan mengungkapkan pujian itu sebelum tersenyum angau sendirian.Sah!Memang sah penyakit dia ni dah tahap kronik ni.Dia perlu cari penawar sebelum penyakitnya menjadi lebih serius.

Hujung ibu jari digigit lembut.'Agaknya dia suka aku tak?'.Zharfan sekali lagi tersenyum angau sebelum tergeleng-geleng perlahan..'Zharfan!kau memang dah gila bayang.Macam baru nak remaja pula aku rasa..alahai..'

Tiba-tiba lagu untukmu nyanyian Tito Sumarsono berkumandang di radio.

'Ahh radio ni tau-tau je aku tengah in love..Heh..suka betul membuai-buai perasaan aku..'Detik hati Zharfan.Mulutnya ikut menyanyi rangkap lagu jiwang tersebut.

Ku persembahkan lagu ini,sebagai tanda cinta kasihku padamu,setulus hati ini untukmu,kau permata hati.Adakah rindu yang melanda selama jauh dari sisiku,cintaku ku ingin selalu bersamamu,sampai roda dunia tak berputar..

teettt...teeettt...teettt...Nyanyiannya terhenti apabila di ganggu oleh bunyi vibrate handphonenya tanda ada message masuk.

Handphone yang diletak di tempat khas menyimpan barang di tengah-tengah belakang brek kereta di gapai.Tangannya ligat menekan keypad untuk di unlock.Matanya masih memandang ke arah jalanraya.
Setelah berjaya di unlock,dia menekan butang 'open' dan membaca,kereta diperlahankan.Nasib juga masa tu jalanraya agak lengang.

'Fan..esok nak jumpa boleh?-Anya..'

Ibu jari tangan kanan pantas saja menaip balasan message tanpa perlu melihat skrin.Hehehe..handal tu.Orang zaman sekarang.. serba boleh..hehehe..

'Okay,see you tomorrow..'

Hanya itu yang di balas,ringkas.Zharfan malas hendak menolak kerana faham dengan perangai Anya,kalau tak diturut,tentu sampai ke esok tak berhenti mendesak.

Bunyi vibrate untuk message kedengaran lagi.

'Okay,I'll go to your office time lunch..-Anya..'

Zharfan tidak membalas.

Tiba-tiba Zharfan menghempas stereng sedikit kuat.Tindakan refleks apabila dia terlupa sesuatu."Aku tak tahu nombor Natina la..Lupa pula nak tanya Auntie..'Laaa.. pasal ni je ke?Tu pun nak gabra.Tanda-tanda orang tengah jatuh cinta la nih..Adui Zharfan..

......................................

Aku tersengih memanjang terkenangkan sikap Zharfan semalam.Comel.

"Hoi!"Irdina mengejutkanku dengan menyucuk pinggangku.Hampir saja aku melompat di situ.Ish minah ni suka tau buat aku hilang ayu.Ada ubi ada batas,okey fine,nanti aku balas!

"Dina!Apa kau ni?!"Marahku dengan wajah macam singa yang kegeraman.Ada ke macam tu?Lantak je lah..yang penting aku memang geram.Orang syok berangan,dia kasi spoil pula?Memang tak boleh blah..

Irdina tersengih."Aku tengok kau asyik hehe..sana..hehe..sini..Aku nak try juga kalau aku cucuk perut kau,kau terkejut tak..mana tau kau dah tak normal,semua sense kau dah tertutup ke.Ketara sangat kau ni angau dan nampak macam dah mereng..."Irdina menjelaskan dengan panjang lebar dengan wajah yang serius lagi.Ni saja lah ni nak kenakan aku.

"Ish.. kau ni potong line lah.. aku kan tengah angaukan Encik Kacak aku la.."

"Encik Kacak lagi..Eishhh.."Irdina menjeling.

"Hehehe..kau tau tak semalam masa aku tengah nak dinner dengan family aku kat restoran songket,terserempak with him and his family,kami makan dinner sama-sama tau.."Aku tersengih lagi,lagi dan lagi.Kedua-dua tapak tanganku memegang pipiku yang terasa panas kerana malu.Heh...nak malu buat apa?

"Ye ke?"Irdina nampak seperti kaget.

Aku mengangguk laju dengan rasa teruja yang menggunung."Kau tahu tak?Dia pesan apa yang aku pesan,dan dia macam selurukan aku je.Aku makan nasi,dia ikutkan,aku makan dessert,dia pun sama.Comel!"

"Dia cakap aku panggil dia abang pun tak pe,lagi dia suka.Kau rasa itu tanda dia suka aku ke?"

"Dari cerita nampak macam ada hati je kat kau.Tapi eiii nampak gedik la dia tu..hahaha..."Irdina ketawa besar.

"Amboi sedapnya kau ketawakan dia.."Aku sudah berdiri bercekak pinggang.Muka sengaja buat ketat dan masam.

"Kau pulak yang sensitif?Susah macam ni.."Irdina buat-buat mengeluh.

"Tentulah,bagai cubit paha kanan,paha kiri pun terasa.."Aku sekali lagi buat muka angau.Tak sudah-sudah.

"Siapa nama Encik Kacak kau tu.Tentu kau tahu kan?"Tanya Irdina.

"Zh.."Aku terus zip mulut.Ahh.. sikit lagi aku nak terlepas cakap.Nasib aku sedar.

"Ze?Ze apa?Zewai?Zuwai?Zerai?Hahahah.."Duga Irdina,main-main.

"Banyak la kau,kau fikir ni suwa sewai goodmorning ke nak zewai zuwai bagai hah?"Aku menjegilkan mata ke arah Irdina.Irdina gelak.

"Aku lapar la,jom kantin."Ajakku,sengaja supaya Irdina tidak bertanyakan lagi tentang nama Encik Kacak aku tu.Dia ni mesti guna alasan makanan ni,kalau tak susah nak mengelak.

"Jomlah kita keluar,makan.Makan kat kantin je tak best lah.."Ajak Irdina.Aku bersetuju sahaja.

.........................................

"Kita makan kat mana?"Aku bertanya semasa Irdina sudah selamat meletakkan kereta di parking lot.

"Ermm..kat situ je la.Tu restauran auntie aku,boleh makan free kot."Irdina bergurau.

Aku mencubit lengannya lembut sahaja."Ishh tak malu.."

Mengekek ketawa Irdina bila aku mengucapnya begitu.

Kami berdua seiringan menuju ke kedai makanan melayu yang kelihatan sudah agak penuh.Maklumlah time ni kan time lunch,tentu banyak orang yang berkerja datang makan sini.

"Full lah Dina.."Ucapku.Aku tak suka tempat yang penuh manusia kerana aku mudah rimas.

 "Ehh tunggu lah kejap,aku cari auntie aku.Ada tempat VIP ni.."

Aku mengeluh."Suka hati kau lah.."

"Kau tunggu sini aku pergi dapur dulu.."Irdina lantas meninggalkan aku di tengah khalayak ramai yang sedang enak mengisi perut.Geram lah aku dengan si Irdina ni!

Beberapa minit kemudian Irdina kembali bersama perempuan yang berusia dalam lingkungan awal 40-an tapi masih bergaya.Itu sudah pasti,kan dia big boss restoran.

"Jom lah,auntie bawa pergi bilik VIP,Abang kau pun ada tu Irdina.."Auntie Irdina yang Irdina kenalkan sebagai Auntie Alina mengajak kami ke belakang.

Kami membontoti saja langkah kaki Auntie Alina.

Pintu gelongsor yang diperbuat dari kayu di buka.Terserlah bilik makan untuk para VIP.Sangat luas dan cantik hiasan dalamnya.

Bola mataku yang asyik meneliti di segenap ruang terhenti pada wajah yang cukup aku kenali.

Zharfan juga nampak kaget melihat aku disitu.Pantas saja dia berdiri dan menghampiri tempat aku dan Irdina berdiri.

"Ni hah..abang kamu datang bawa girlfriend dia.."Usik Auntie Alina.Tidakkah kau tahu bahawa usikan mu itu sangat menyakitkan telinga sekaligus hatiku ini duhai auntie si Irdina oii?Macam mana nak tahu,tahu aku pun tidak,apalagi perasaan aku pada Zharfan,heh..

Wajah Zharfan kelihatan resah.Berulang kali dia melihat wajahku.Gadis yang dikatakan girlfriendnya itu sudah berada dihadapan kami.

Dia ni perempuan yang selalu membontoti Zharfan kan semasa majlis hari tu?Memang betul tekaan aku.Gadis ni girlfriend dia!

"Hah..apalagi Kak Anya,aminkan lah..kata auntie tu.."Irdina juga ikut giat mengusik.Zharfan menjegilkan mata pada Irdina.Anya tersipu-sipu malu.

"Or you guys dah declare?Goshh.."Irdina semakin giat mengusik.Aku cuba berlagak selamba dan tidak kisah padahal dalam hati dah berasap-asap ni.

"Na tanyalah Abang sepupu Na ni.Akak tak boleh cakap.Nanti dia marah.."Jawab gadis yang bernama Anya itu.

Dalam diam aku memerhatikan gadis itu.Orangnya sederhana tinggi,berkulit cerah dan mulus,berambut panjang berwarna brownish,tak pasti samaada original atau fake hair colour. Wajahnya agak chinese look,sekali imbas macam agnes monica pun ada.Memang patut Zharfan suka dia,orangnya kan cantik,dia kan kacak,memang sesuai sangat.Aku puji dia cantik ikhlas,tapi kata diorang berdua ni sepadan memang tak ikhlas..Hmm..

"Na buat apa kat sini?"Zharfan bertanya,nada suaranya seakan tidak senang dengan kehadiran Irdina dan mungkin juga aku.Sebal kot sebab kami secara tak sengaja mengganggu dia tengah asyik dating.

Semalam bukan main dia tanya aku balik pukul berapa.Untuk apa?Saja kot.Kalau dah ada girlfriend,buatlah cara macam orang dah berpunya.Ni tak!Perangai dia semalam macam nak bagi harapan je.Aku benci betul orang species macam ni.Cemburu punya pasal,habis aku kutuk dia dalam hati.

"Kitorang nak makan lah..kat luar full tu yang minta auntie bawa kitorang sini.Tak sangka pula ganggu abang Fan dating hehe..sorry ye.."Irdina tersengih.Tapak tangannya ditemukan tanda maaf.

"Kitorang tak dating lah,we have things to discuss."Jawab Zharfan dengan nada serius.

"I know..I know.."Irdina menjawab dengan nada meleret.

"Hah..Nat..kenalkan ni Anya,one of my cousin,kira second cousin la..Ni Nat,kak Anya,my BFF.."Irdina tiba-tiba memperkenalkan kami.Kami bersalaman.Senyuman ku ukir untuk gadis bernama Anya itu.

"Dan mungkin juga bakal jadi kakak ipar sepupu aku..Hehehe.."Irdina angkat-angkat kening pada Anya.Gadis itu tersenyum malu.

'Cukup!Cukup Dina!Kata-kata kau semuanya menyakitkan hati aku je.Aku nak balik..Aku tak jadi makan..'Ingin saja aku katakan begini tapi heh...ingat ni drama ke?Malukan diri aku sendiri je nak cemburu tak bertempat.Zharfan tak pernah pun cakap dia suka aku.

"Na!"Zharfan menjeling Irdina.Aku jadi pelik pula melihat perangai Zharfan.Wajahnya seakan tidak suka apabila Irdina mengusiknya dengan Anya.Kalau diusik dengan aku,bagaimana agaknya?Hehehe..

"Come join us there.."Anya mengajak dengan muka manis.

Sempat lagi aku melirik wajah Zharfan.Dia rupa-rupanya sedang merenungku.Cepat-cepat ku alihkan bola mataku ke arah lain.Irdina menarik lenganku.Dalam keterpaksaan aku mengikut sahaja.Jangan main api Ilya,girlfriend dia kat depan mata pun kau masih nak pandang-pandang dia?Jangan Ilya!

"Nat,kau nak makan apa?"Tanya Irdina.

"Apa-apa saja lah.."Jawabku malas.

"Kau ni apasal?Macam takde mood je?Tadi kau juga yang kata lapar.Ni tak nak pula order sendiri."Irdina merungut.Aku memilih untuk diam.

Zharfan merasa resah sebenarnya.Dia tidak mahu Natina,gadis yang disayanginya,salah faham.Tapi macam mana hendak terus terang?menjelaskan?Dia sendiri pun belum pasti akan perasaan Natina padanya.Kalau dia terhegeh-hegeh menjelaskan padahal Natina tak ada apa-apa perasaan padanya macam mana?Mana nak letak muka?

"Weii abang Fan!Semalam aku ada singgah rumah!Tapi Mak ngah cakap korang semua takde kat rumah.Pergi mana?"Irdina bertanya dengan nada suara seakan merajuk.

"Oh we have dinner kat restoran songket dengan family Natina kan?"Zharfan pandang wajahku.

"Korang dah kenal ke Fan?"Tanya Anya pada Zharfan.Zharfan hanya mengangguk mengiyakan.

Gulp!!Alamak!!Zharfan!!!Irdina sudah memandangku dengan pandang 'OH.EM.G' nya.Matanya membulat,mulut terbuka sedikit.Erk?

"She didn't say anything?"Tanya Zharfan apabila melihat reaksi Irdina yang agak berlebihan bagiku.Heheh..mana tak berlebihan,gerenti shock habis.

"Ah?She did.With details."Senyuman terukir.Tak pasti pula samaada itu senyuman menyindir atau senyuman sinis.Tapi aku rasa pilihan kedua adalah yang tepat.Senyuman sinis.

Aku mengisyaratkan pada Irdina sesuatu.I'll tell you later.Itu isyarat yang aku cuba sampaikan.

Irdina tersenyum sebelum membisikkan sesuatu ke telingaku."You better do!"

Aku senyum cuak.Kantoi rahsia aku!Malunya!!!!

Zharfan pula merasa pelik melihat ulah kedua-dua gadis yang duduk bertentangan dengan dia dan Anya.

Kalau ikut hati memang dia nak sangat jelaskan pada Natina yang Anya bukan teman wanita dia.Tapi akal fikiran yang waras seakan menyuruhnya bersabar dulu dan jangan bertindak terburu-buru.

..............................

"You owe me an explanation."Ucap Irdina semasa kami sudah berada didalam kereta.Ish tak sabar-sabar lah budak ni.

"Kita balik lah dulu,lepas kelas habis nanti kita cerita okey?"Aku cuba melengah-lengahkan masa.

"Nat!"Irdina menjerit kecil tetapi dengan nada suara geram.

Aku mengeluh.

"I think..no no no..I am sure my cousin,abang Fan tu you Encik Kacak?Yes?"Irdina bertanya sinis.

Lambat-lambat aku mengangguk."I didn't tell you sebab aku malu. He is your cousin.Mana tau kau lepas cakap kat dia.Kau tu kan..hmm.. mudah lepas cakap."

Irdina tersengih."Hehehe.. aku tau.."

"Aku juga tak nak bagitahu sebab aku tahu dia dah ada girlfriend.Tadi pun dah terbukti "Wajahku berubah sedih.Nada suaraku perlahan."Dan kau siap doakan lagi!"Aku menjegil mata pada Irdina.

"Aku tak tahu the truth tapi setahu aku la kan,Kak Anya belum sah jadi girlfriend abang Fan.Tapi mereka memang rapat la.."Jujur Irdina memberitahu.

"Dari cara aku tengok perempuan tu,I know she loves your cousin.She is very pretty tentu dia suka uwaa...I bet durg dah jadi la.."

"Aku rasa untuk lupakan Encik Kacak aku,aku try je lah jumpa lelaki yang nak risik aku tu.Mana tahu he is more..hmmm..Bencinya bila macam ni.." Ujarku dengan rasa hampa yang menggunung.

"Encik kacak I have to forget you.."Aku tiba-tiba jadi emosi.Irdina memelukku.

"Its okay,kalau kau nak pastikan,I'll ask him about it for you."Pujuk Irdina.

Serta merta pelukkan ku leraikan."Gila!Jangan!Aku dah nekad untuk lupakan dia.He is own by someone who deserve him better.Bukan jodoh aku kot."

"Tapi kau janganlah paksa diri kau terima someone dengan keadaan terburu-buru."Irdina memberi nasihat.

Aku hanya diam.Tidak tahu apa perlu aku buat.Aku sebenarnya kecewa kerana di saat aku fikir dia juga menyukaiku,kebenaran pula muncul didepan mata.Gadis itu memang girlfriend Zharfan kalau tak tentu dia menafikan apabila Irdina giat mengusik tadi.Betul tak?

"Tapi dari gaya kau cerita tadi,abang Fan macam ada hati je kat kau.."Irdina angkat kening."Tapi hmm..aku tak tahulah..selama ni aku selalu je anggap that he and Kak Anya have something going on."

"Aku malaslah nak fikir lagi.He has a girlfriend.Jangan cakap pasal dia lagilah.Dia dah happy dengan sepupu kau tu.And!Don't you dare ask him or tell him anything about this,sengaja atau tidak I'll hunt you down kalau rahsia aku ni bongkar!"Aku memberi amaran keras pada Irdina.

Irdina mengangkat ibu jari tanda okey."Aku akan try jaga rapi mulut aku ni."

"Kau jangan kecewa ye.Aku betul-betul tak tahu tadi.Kalau kau bagitahu aku awal-awal yang abang Fan tu lah si Encik Kacak kau,memang aku tak usik dan doakan pun mereka.Sorry."Irdina pegang tanganku.Aku membalas sambil tersenyum nipis.

"Tak pe.Aku faham."Hipokritnya aku rasa,tadi bukan main marah lagi kat Irdina dalam hati sebab usik-usik dan mendoakan jodoh mereka depan muka aku.Heh..

........................

"Ilya..'Panggil mama dengan lembut.Ketika itu kami sedang mengemas dapur selepas makan malam.Aku menoleh.

"Apa ma?"

"Bukan mama nak mendesak lagi tapi dah lebih seminggu dah Ilya masih belum bagi jawapan pasti pada mama."Rupanya mama menagih jawapan.

Aku tersenyum nipis.Masih berkira-kira untuk memberi jawapan yang ku rasa betul.

"Ma.."Panggilku.

Mama menoleh melihat aku yang sedang berdiri di pintu masuk dapur."Kenapa?"

"Erm..Ilya..Ilya..rasa Ilya terima je lah cadangan mama nak Ilya jumpa lelaki tu."Kataku dengan rasa hati yang berat.

Kerana kecewa,aku begini.Ahh..manalah tahu lelaki inilah jodohku?Encik kacakku sudah tidak wujud.

"Tak payah lah Ilya.Kalau boleh kamu terima je lah dia terus.Boleh?"Aik?Mama ni orang bagi betis dia nak paha pula?

"Hmm.. mama ni orang tak kenal lagi,mana boleh terima sesuka hati."Aku memuncungkan mulut.

"Ye lah,ye lah.. nanti mama khabarkan pada bakal menantu mama tu okay?"

"Ish bakal menantu mama  apa?Belum lagi lah,Ilya just nak jumpa untuk turuti kemahuan mama.Kalau Ilya tak berkenan,Ilya reject terus ye mama?"

"Kamu pasti suka.Percayalah cakap mama."Mama sudah memegang lenganku.Senyuman tersungging di bibir mama,senyuman penuh harapan dan keyakinan.Mama ni cakap macam yakin je aku akan terima dia.Kita tengoklah nanti.

"Kalau dah jodoh ma,kalau tak.. Ilya harap mama janganlah mengharap sangat."Aku tersenyum nipis sebelum meminta izin untuk naik ke bilik.


P/S: sorry kalau tak cukup panjang. Next entry Aya cuba panjangkan lagi. Thank you pada yang baca dan suka cerita ni.Feedback amat di alu-alukan ;).Thanks pada yang komen bab lepas ;D.Enjoy~


4 comments:

  1. hrap2 dpt pnjangkn lgi. . best sngat2 cite nie

    ReplyDelete
  2. best sangat...sambunglah lagi...

    ReplyDelete
  3. hye..
    bila nak smbung??
    tak sbar tggu smbungan cte ny..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye :D
      Aya akan sambung cerita ni sampai habis.. bab 7 akan muncul hari ini atau esok.. thank you sudi membaca..maaf sebab lama dah tak sambung.. >.<

      Delete