Saturday, June 9, 2012

Cerpen pertama:Akhirnya bahagia ini milik kita.


Suhaida..

Aku hanya wanita.Wanita yang punya hati.Yang ada rasa ingin mencintai dan di cintai tapi kenapa kau tak mahu mencuba untuk membalas?Renungan matamu pada ku hanya kaku sepertinya aku ini patung,dilihat tanpa perasaan.Aku tersiksa diperlakukan begini,kalau pun kau tak cinta,aku mohon jangan terlalu di tunjukkan.Aku cuma mampu berharap suatu hari nanti,kau akan membuka sedikit pintu hatimu untuk aku berteduh.Berat sangat kah permintaan aku ini sebagai isteri?

...................

Eusoff

Aku lelaki yang setia pada yang satu.Cintaku bukan untuk engkau,aku tak ingin berpura.Kenapa kau tak menolak kalau kau tahu aku takkan pernah cintakan kau?Aku lelaki punya perasaan tapi aku cinta mati kekasih hatiku dulu.Maaf andai kau tersiksa,aku juga begitu.Dan tolong jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.

.........................

Adakah Eusoff akan berubah?Mampukah dia membuka pintu hatinya buat isteri pilihan Umi dan Walid?


                             **********************************************

"Umi,Walid,tolong jangan paksa Eusoff,I can't accept her."Eusoff memohon pengertian kedua ibu-bapanya.Wajah terlukis duka.
"Eusoff,tolonglah sekali ni,dengar cakap Umi.Sampai bila kamu nak membujang?Sampai mati?"Umi mengeluh kesal.Sudah puas di pujuk,sudah puas di rayu,tapi anak ini degil,hatinya keras.
"Umi.Eusoff tak cintakan dia.Merana nanti budak tu."Eusoff sengaja berkata begitu.Biar Umi sedar cinta tak boleh dipaksa-paksa.
"Macam mana kamu tahu kamu tak cinta kan dia,jumpa pun tak,kenal pun tak."Umi mula hilang sabar.Sayu hatinya melihat anaknya merana selama hampir 9 tahun.Pintu hatinya di tutup rapat setelah kecewa.
"Cinta boleh di pupuk Eusoff."Walid pula turun padang,bersuara setelah lama menjadi pendengar.
Eusoff mengeluh.Dia rimas di paksa-paksa.
"Eusoff dah 35 tahun,kerja steady.Dah layak sangat kahwin.Dah patut kahwin pun."Nasihat Umi bagai masuk telinga kiri,keluar telinga kanan.
"Itu Eusoff tahu,tapi Eusoff nak kahwin dengan Syuhada.Hanya Syuhada!"Nada suaranya sedikit tegas.
Umi tertegun.Hati ibu mana yang tak sedih bila anak jadi begitu?Mengharap pada orang yang sudah tiada.Air matanya mengalir.
"Eusoff!Sampai bila?Sampai bila kamu nak macam ni?Syuhada dah tak ada Eusoff,dah tak ada!Kamu faham tak?"Umi terduduk saat kata-kata itu di luahkan.
Eusoff diam sejenak."Dia ada Umi,dia tetap ada.Selamanya.Dalam hati Eusoff."
"Allah!"Hanya itu yang di dengarnya keluar dari mulut Umi.Dia lari naik ke atas.Dia rimas,dia bosan,setiap hari Umi mengingatkan dia kenyataan yang dia tidak mahu tahu.Kenyataan yang dia cuba hindari.

.................................
"Aku terima nikahnya,Nur Suhaida Maisara Bin Jamani.."
"Allah,ulang balik.Bukan Bin,Binti.Dia kan perempuan,Kamu ni."Tok kadi bersuara dengan nada bergurau.Semua tetamu yang mendengar tertawa.
Eusoff diam.Memang dia sengaja.Dia ingin menangguhkan majlis ini.Dia tidak rela menjadi suami buat gadis yang tidak akan pernah dia cintai.Melihat wajahnya pun tidak pernah.
Umi melihat anak bujangnya itu dengan mata mengharap,ada kesedihan tersembunyi di dalam matanya.
Eusoff mengeluh.Akhirnya dia mengalah.Berapa kali pun dia menghindar,dia tetap akan menjadi suami gadis itu.
Usai membaca doa,Eusoff bangun mengerjakan solat sunat dan selepas itu berangkat menuju ke kamar milik gadis yang baru sah menjadi isterinya.Buat pertama kalinya dia akan melihat wajah isterinya ketika upacara membatalkan air wudhu.
Gadis itu mendongak.Eusoff sedikit terpegun dan tergamam.Wajah gadis itu?Betapa cantiknya wajah gadis itu.Eusoff merasa seperti Syuhada masih hidup dan seperti tersenyum memandang ke arahnya.Eusoff membalas senyuman itu dengan manis sekali.
Wajah isterinya itu seiras dengan wajah kekasihnya.Dia menghampiri dan menilik wajah isterinya.Sekejapan saja wajahnya kembali muram.Dia bukan Syuhada!Dia bukan gadis yang aku cinta!
Suhaida yang ingin mencium tangan suaminya tersentak apabila lelaki itu dengan pantas menarik tangannya sebelum sempat bibirnya mencecah kulit.
Eusoff tidak mencium dahi,hanya kepala isterinya yang di selubungi tudung.Dia tidak mahu.Dia tidak sanggup.Dia tidak ingin.
..................................................................

"Abang nak makan?"Suhaida bertanya dengan lembut.Walaupun hatinya sedih kerana suaminya langsung tidak masuk ke kamar pada malam pertama tapi dia redha.Mungkin suaminya masih belum bersedia.
"Siapa abang kau?Panggil aku Eusoff!"Marah Eusoff tanpa memperdulikan perasaan isterinya.Panggilan abang itu hanya layak di sebut oleh Syuhada!sambungnya dalam hati.
Suhaida terpana.Malu apabila ditegur sebegitu.Niatnya hanya ingin menjadi isteri yang baik buat suaminya dan panggilan manja itu diharap dapat membuat hati suaminya terbuka untuk menerimanya.
"Maaf."Hanya itu yang terluah.Hati wanitanya merajuk dan sedikit terguris.'Tak pe,hari esok masih ada.Aku akan cuba cairkan hati dia kerna aku cinta kau,suamiku.'
Eusoff makan tanpa memperdulikan Suhaida yang sedang berdiri.Sedikitpun tidak dia menjemput isterinya itu duduk bersamanya di meja makan.Akhirnya Suhaida sendiri yang terhegeh-hegeh duduk menghadap Eusoff.
"Huhh.. kenyang pula aku."Kata Eusoff apabila Suhaida baru mencecahkan punggungnya di atas kerusi makan.
Umi yang baru turun terdengar kata-kata kasar anaknya itu.Dia menghampiri dengan wajah selamba.Tidak mahu memalukan menantunya.
"Umi.Aida ada buat nasi goreng dengan cucur udang.Kalau Umi tak nak ni,Aida boleh masak yang lain.Umi nak makan apa?"Suhaida dengan penuh sopan santun bertanya.
"Eh buat apa susah-susah.Aida dah masak banyak ni.Nampak sedap,bau pun dah buat Umi lapar.Walid tentu suka cucur udang kegemaran dia ada."Umi bersuara ceria.Senang dengan ulah menantunya yang ringan tulang.
"Wahh sedap cucur udang ni.Ranggup."Puji Umi."Biar Umi panggil walid jap.Tadi dia tengah baca Quran."
Umi naik ke atas mencari suaminya.
"Ab...Err.. Eusoff tak nak makan cucur udang?"
Eusoff tidak membalas.
Suhaida tersenyum menyembunyikan malu kerana tidak di layan.
"Cepat lah bang rasa,sedap.Abang tentu suka."Umi muncul kembali bersama walid di sisi.
"Iyerle.. gopoh sangatlah Uminya ni.."Walid mengomel dengan tujuan bergurau.
"E'emmmmm sedap sungguh."Puji Walid."Kalah buatan uminya,ye tak?"Walid mengusik.Umi sudah muncung mendengar kata-kata suaminya.
"Terima kasih Umi,Walid.Semua ni tunjuk ajar mama saya.Umi masak hari tu lagi sedap."
Umi tersenyum menang.Walid ketawa.Eusoff masih diam.Suhaida pula hanya tersenyum nipis.
........................................
"Eusoff?Saya nak tanya sesuatu boleh?"
"Tanya je lah,tak payah minta izin."Jawab Eusoff sedikit kasar.Suhaida tersenyum nipis.
"Kenapa awak terima saya kalau awak tahu awak akan layan saya macam ni?Sekali pun awak tak pernah masuk kamar kita.Kita macam orang asing.Bukan suami-isteri."Suhaida meluahkan dengan sebak di dada.
"Aku tak suka kau.Aku terpaksa terima kau.For your info,aku tak akan pernah anggap kau isteri aku.Aku cuma nak Syuhada jadi isteri aku.Kau faham?"Tempikan Eusoff membuat Suhaida tergamam.Terguris hati wanitanya dengan kata-kata suaminya itu.Ini baru seminggu kahwin,dah kena tengking.
'Tak pe hari esok masih ada.'Suhaida mengukir senyuman manis buat sang suami.
'Gila apa pompuan nih,kena tengking pun senyum.Tak pe,aku boleh buat lagi hebat,grenti lepas ni kau tak tahan dengan perangai aku.'Eusoff membalas senyuman ikhlas isterinya dengan jelingan tajam.
......................................
"Eh Eusoff!!"Walid menjerit nyaring apabila melihat Eusoff menolak tubuh kecil Suhaida.Terdorong dan terjelepok jatuh wanita itu ke atas lantai.Tidak sedikit pun dia menjerit kesakitan atau mengaduh.Suhaida hanya bangkit dengan senyuman.Malu sebenarnya pada Walid.
"Kau ni dah melampau Eusoff."Amat jarang untuk melihat Walid marah apalagi menjerit seperti itu.
Umi yang terdengar jeritan suaminya itu bergegas turun.'Apalagi yang Eusoff dah buat ni?'Hati Umi bergolak risau.
"Hah tengok ni anak kamu ni,dia nih dah melampau."Walid memandang isterinya dengan wajah tegang.
"Kenapa ni bang?Aida?Eusoff?"
Suhaida menggeleng dengan senyuman.Eusoff mendengus kasar.
"Entah siapa ajar dia berkasar sama bini.Di tolaknya Aida sampai terjatuh budak tu."Walid merenung tajam wajah anak lelakinya itu.
Umi terperanjat."Ya Allah,mana akal kamu Eusoff?"Rawan hati Umi melihat Suhaida yang masih mampu tersenyum meski suaminya bersikap kasar padanya.Salahnya juga.Menyesal sekarang pun tak guna.
"Eusoff nak naik,solat."Eusoff beralasan untuk menghindar dari kena marah.
"Tahu solat,tahu tadah tangan minta ampun,tapi perangai teruk macam ni?Kamu sendiri tahu,fasih,solat ni untuk mengingatkan kita dan menegah kita dari buat perkara yang di larang Allah.Kamu sedar tak apa kamu buat ni?Kamu sedar apa kamu buat ni dosa hah?Kamu patut malu!"Bukan menyindir apalagi menghina,Walid cuma tidak dapat menahan amarahnya.Kasihan dia melihat menantunya yang hanya diam,berdiri 3 langkah dari suaminya.
"Walid,dah lah,Aida tak apa-apa."Suhaida cuba menjadi orang tengah meleraikan ketegangan keluarga itu.
Eusoff jelik mendengar kata-kata isterinya itu.'Pandai sangat berpura-pura.Geli leher aku dengar.'
Eusoff.. Eusoff.. mata dan hatinya sudah buta untuk menilai kebaikan isteri sendiri.
Kata-kata Walidnya tadi sedikit sebanyak membuat dia kecil hati dan terasa.Pipinya terasa macam kena tampar.Malu ada juga.
"Lebih baik kamu belajar agama balik,baca Quran tu betul-betul.Hidup ni kena ikut macam dalam Quran.Contohi Nabi dan sahabat-sahabatnya.Jangan hidup ikut nafsu saja.Yang dah tak de tu,buat macam tak de.Jangan seksa diri kamu Eusoff.Kamu kena sedar!"Walid memberi nasihat.Umi hanya tertunduk sayu.Air matanya menitis.
"Isteri kamu ni dah cukup baik Eusoff.Berdosa kamu kasari dia,berdosa kamu tak bagi dia nafkah zahir dan batin.Eusoff.Tolonglah fikirkan secara rasional nak.."Dalam tersedu-sedu Umi bersuara.
Eusoff diam.Suhaida lekas meminta diri untuk naik.Dia takut empangan air matanya pecah di hadapan mertuanya.Dia tidak mahu mertuanya itu semakin marah dengan suaminya.
...................................................
"Kau sengajakan?Kau sengajakan nak malukan aku depan walid dengan umi?"Kata Eusoff dengan kasar.Pintu bilik isterinya itu di kunci.
Suhaida hanya duduk di birai katil dengan senyuman.
"Eh dah lah dengan senyuman kau tu,benci aku tengok.Geli kau tau tak?"Eusoff mencebik meluat.
"Kalau kau takde dalam hidup aku lagi bagus,lagi aman,takdelah aku nak naik darah je nengok kau."Eusoff meluah kata tanpa memikirkan perasaan Suhaida yang terguris.
Suhaida bangkit dari duduknya."Eusoff,kalau Eusoff dah memang benci dengan Aida,izinkan Aida balik ke rumah ibu-bapa Aida buat sementara waktu.Kalau Eusoff dah boleh terima Aida dalam hidup Eusoff,jemputlah Aida balik ke sini."
"Hahahaha.."Eusoff ketawa berdekah-dekah.Nampak sangat di buat-buat."Kau buat lawak ke?"
"Eh kalau kau nak balik terus lagi aku suka.Tak payah minta izin okay?"Eusoff tersenyum senang.
Suhaida diam tidak membalas.
...............................................
"Umi,maafkan Aida,Aida terpaksa pulang ke rumah keluarga Aida.Bukan Aida tak happy tinggal sini,Aida happy,cuma Aida nak bagi abang tenangkan fikiran dan fikir masak-masak tentang hubungan kami ni."Aida menyalam tangan tua Umi dengan lembut.Airmatanya di seka perlahan.
"Maafkan Umi sebab jodohkan..."
"Tak Umi,tak.Suhaida memang sukakan abang sejak dari dulu lagi.Umi tak salah.Sebab Umi lah Aida dapat jadi isteri abang."
Umi terkedu.'Sejak dulu lagi?'Dia ingin bertanya menantunya itu tapi lidahnya kelu.Dia takut mengguris hati wanita tabah itu.
"Walid,Aida pergi dulu."Suhaida menyalam Walid.Walid mengangguk.Wajahnya nampak sayu memandang wajah menantu kesayangannya itu.
Suhaida pergi dari rumah itu dengan senyuman yang di buat-buat.Umi menangis di dada suaminya.
...............................................
"Kamu happy sekarang?"Walid yang jarang marah merenung wajah anaknya tajam apabila anak itu baru turun.Eusoff buat tidak dengar.Dia hanya duduk di meja makan dan menyapu roti dengan mentega dan jam berry.
Umi menggeleng-gelengkan kepala melihat ulah Eusoff.Sebelum ni, tak pernah dua beranak itu bertegang urat,apalagi bergaduh besar macam ni.Eusoff anak yang baik,dengar cakap dan sangat hormatkan orang tidak kira siapa.Entah kenapa sejak Syuhada meninggal,anak itu jadi keras kepala.Seolah anak itu tidak redha dengan kematian kekasihnya.
Sudah berbuih-buih mulutnya menasihati Eusoff agar redha dan menjalani hidup seperti biasa tapi anak itu degil.
"Siapa suruh dia terima Eusoff jadi suami?Ni lah padanya,lain kali jangan paksa-paksa Eusoff terima orang yang Eusoff tak suka."Eusoff mengunyah kasar roti yang tinggal separuh itu.
"Kamu tahu apa dia cakap tadi Eusoff?"
Eusoff tidak bereaksi.
"Dia terima kamu sebab dia memang dah suka kamu sejak dulu lagi."Umi berlalu pergi begitu juga Walid meninggalkan Eusoff keseorangan di situ terpinga-pinga.
........................................
 Sejak ketiadaan Suhaida,hubungan walid dan umi dengan Eusoff hambar.Sudah lama mereka tidak bertegur sapa.Walid seakan menjauhkan diri dari dia.Umi pula hanya diam membisu.Nampaknya mereka memang sangat-sangat terluka dengan sikapnya pada Suhaida dan ketiadaan Suhaida membuat mereka sangat-sangat kesal dengan Eusoff.
Eusoff mengeluh.
Tett.. tett..tett... Handphonenya bergetar tanda menerima message.
'Sembahyang sunat itu baik untuk menenangkan fikiran.Di kala hati gundah gulana,bangun di tengah malam untuk mengerjakan solat sunat tahajjud sangat di galakkan.Di kala hati tidak tahu mana yang baik dan buruk sesuatu keputusan itu,tunaikanlah solat sunat Istikharah,bermunajatlah kepada Yang Maha Esa,Allah Subhanahu Wataala.Dia Maha mengetahui apa yang manusia tidak ketahui.'
Message itu datang dari nombor yang dia tidak ketahui siapa.
Kata-kata Walid sekali lagi menjengah kotak memorinya."Tahu solat,tahu tadah tangan minta ampun,tapi perangai teruk macam ni?Kamu sendiri tahu,fasih,solat ni untuk mengingatkan kita dan menegah kita dari buat perkara yang di larang Allah.Kamu sedar tak apa kamu buat ni?Kamu sedar apa kamu buat ni dosa hah?Kamu patut malu!".Dia mengeluh.Ada kebenarannya juga.Dia membuat keputusan terburu-buru sehingga melukakan banyak pihak.Dia terlalu ikut nafsu.Terlalu di ikutkan sangat amarah yang membuai-buai jiwa.
Dia menulis sesuatu di atas kertas sebelum mengambil beg pack dan memasukkan baju-seluar dan barang-barang keperluan yang patut di bawa.Dia sudah membuat keputusan yang nekad.
.......................................
Tiga minggu kemudian.

Sedang Suhaida menjemur pakaian yang di basuhnya pagi tadi selepas mengerjakan solat subuh,dia ternampak kelibat seseorang sedang berdiri di luar pagar.Biasan matahari pagi membuatkan matanya menyepet.
'Siapa ye?'Bisik hatinya.
Dalam diam dia melangkah menghampiri jejaka yang sedang berada di luar pagar rumahnya.Terjengah-jengah dia ingin melihat wajah si pemuda berambut sedikit panjang hingga leher.
'Macam kenal je..'Pemuda berbaju t-shirt putih dan berseluar jeans biru muda itu tiba-tiba menoleh.Suhaida tergamam tidak percaya.Lelaki itu yang menyedari seseorang sedang merenung mengalih pandangan ke arah tempat Suhaida menghendap.Terukir senyuman ikhlas di bibir merah Eusoff.
Suhaida bersembunyi di sebalik pagar.Perlahan-lahan dia berjalan terhendap-hendap hendak masuk ke rumah.Dia pun tidak pasti kenapa dia begitu walau hakikatnya wajah itu lah yang dia rindui setiap masa selama sebulan lebih tidak bersua.Tidak sudah-sudah dia bermunajat memohon agar hati suaminya terbuka untuknya.
'Apa dia buat ke sini?'Hati Suhaida tertanya-tanya.
"Aida!Tunggu."Eusoff yang sedar isterinya itu cuba lari darinya melaung lembut.
'Erkk..Eusoff cakap lembut-lembut dengan aku?'Mata Suhaida membesar.
"Bukalah pintu untuk abang,kalau Aida sudi."Eusoff meminta.Suaranya romantis semacam.
Suhaida berdiri tegak lalu perlahan-lahan berpusing ke arah suaminya.Suhaida tersenyum manis dan dengan langkah laju dia membuka pintu pagar buat suaminya.
"Jom."Eusoff menarik tangan isterinya lembut.Suhaida terkocoh-kocoh mengikut langkah suaminya.
"Eh kejap,Eusoff nak bawa saya pergi mana?"
"Honeymoon."Senyuman nakal menghiasi bibir si suami.
"Hah?"Membulat mata Suhaida melihat suaminya.Apa dah jadi nih?
"Baju macam mana?barang-barang keperluan?"Suhaida bertanya setelah kereta meluncur laju dari perkarangan rumah keluarga Suhaida."Macam mana dengan mama,abah,umi walid?"
Eusofff cuma tersenyum manis.
.......................................
"Subhanallah,cantiknya tempat ni.."Suhaida memuji dengan rasa takjub dan bersyukur kerana berpeluang melihat satu lagi keindahan alam ciptaan Allah.
"Cantikkan?"Eusoff menghampiri lalu merangkul bahu isterinya.Suhaida menunduk.Terkejut dengan perlakuan tiba-tiba suaminya itu.
Eusoff tertawa kecil."Tak biasa ye?"
Suhaida tersenyum segaris.Masih bingung dengan perubahan mendadak si suami.
"Eusoff.."
"Abang.."Kata-katanya di pintas.
Suhaida buat muka terkejut.
"Abang..mulai sekarang panggil abang."Eusoff bersuara dengan lirikan mata menggoda dan senyuman yang sangat comel.
"Dan abang akan panggil Aida hmm..mine?"Eusoff mengucup pipi isterinya pantas tanpa sempat isterinya itu menepis lalu tersenyum lebar hingga nampak gigi.
Reaksi spontan,Suhaida memegang pipinya dan matanya terkebil-kebil memandang Eusoff.
"Abang akan cuba sayangi Aida dengan sepenuh hati.InsyaAllah,abang akan cuba dengan sepenuh daya dan usaha."Eusoff meraih tangan isterinya  lalu di kucup perlahan.
"Err.. boleh Aida tanya macam mana abang boleh err.. berubah?"Tanyanya sedikit ragu.Takut ditempelak macam dulu.
.............................................
Dia menulis sesuatu di atas kertas sebelum mengambil beg pack dan memasukkan baju-seluar dan barang-barang keperluan yang patut di bawa.Dia sudah membuat keputusan yang nekad.Dia akan bercuti sehingga dia menemukan jawapan.Dia akan ke pejabat dulu untuk memberitahu rakan perniagaannya tentang hal ini dan akan bertolak kemana hati ingin pergi.Biarlah semuanya secara spontan.Bukannya dia hendak pergi jauh pun,dalam negara juga.
Setelah membaca sekali lagi nota buat Umi dan Walid,dia melekatkan nota itu di depan pintu biliknya.
"Ya Allah kau berkatilah perjalanan ku ini,perjalanan mencari keputusan yang terbaik buat diriku dan keluargaku.Ampunkan dosa ku dan lindungilah keluargaku dan rumah kami ini sepanjang ketiadaanku.Amin."Setelah membaca ayat kursi,dia memandu keluar dari rumah keluarganya.
Eusoff akan berhenti di mana-mana masjid berdekatan untuk menunaikan sembahyang 5 waktu dan di setiap solatnya itu akan diiringi dengan bermunajat kepada Allah.Berdoa sehingga hatinya merasa tenang.
Dalam tiga minggu itu juga dia kadang-kadang menumpang rumah kawan-kawan baiknya,kadang-kadang menyewa hotel,dan di setiap tengah malam itu juga lah dia bangun bersolat sunat tahajjud,Istikharah dan taubat sehingga hatinya benar-benar lapang dan redha,sehingga dia menemui jawapan yang dia betul-betul yakini dan puas hati yang membuatkan dia sekarang berada di sini bersama isterinya,Suhaida.Semalam juga dia pulang ke rumah untuk meminta ampun pada Umi dan Walid,dan juga ingin memberitahu berita gembira itu.Umi dan Walid sangat gembira dan merestui seratus peratus keputusannya itu.
...........................................
Suhaida terharu lalu memeluk Eusoff erat."Maafkan Aida.Aida tak patut keluar dari rumah tu.Aida sepatutnya ada di sisi abang,mencuba dan terus mencuba,bukannya berputus asa."
Eusoff membalas pelukan erat isterinya."Salah abang.Mulut abang yang lancang berkata-kata.Maafkan abang ye sayang?Kata-kata Walid tempoh hari buat abang sedar,dan juga abang terima sms dari nombor yang abang tak tahu.Ni,abang ada simpan."Pelukan dileraikan lalu Eusoff mengeluarkan handphone untuk melihatkan isterinya sms yang dia terima yang menyebabkan dia nekad.
Suhaida tertawa kecil.
"Kenapa?"
Suhaida menggeleng.
"Jom kita balik rumah Walid dan Umi."Ajak Suhaida.
"Our honeymoon?"Eusoff menjeling nakal.
Merah pipi Suhaida dengan usikan Eusoff.Hatinya bahagia.
'Terima kasih Ya Allah.'Bisik hatinya dengan penuh syukur.
.....................................
Deringan lagu dari handphone Eusoff menandakan ada panggilan masuk."Ehh..nombor siapa ni?"
"Asalammualaikum."
"Waalaikumsalam.Aida?"Eusoff yang dapat mengecam suara isterinya tertawa kecil dengan ulah isterinya."Apa call-call ni?Sayang kat bawah je kan?Malas nak naik ye?"Selama lebih tiga bulan kahwin baru dia tahu nombor telefon isterinya.Dia sedikit kesal dengan perangainya dulu.
Kedengaran gemersik ketawa manja isterinya.
"Naiklah,abang rindu ni."Eusoff mengusik.
"Saja je call nak kasitau abang nombor Aida.Habis tu abang tak pernah tanya pun.Lepas ni save tau.Bye~"Panggilan di letak.Eusoff tersenyum-senyum.Senang dengan perangai isterinya yang comel dan manja.
Dia mengikuti permintaan isterinya.Di tulisnya 'Sayang' di contactnya bagi nombor telephone isterinya.Setelah itu dia mula menekan-nekan keypad menuju ke messaging.
'I love you sayang.Abang dah save tau.'-Send.
Seminit kemudian kemudian handphonenya bergetar.'I love you too.Hehe thank you :D'.
Senyuman terukir,dia bagai orang gila bayang.Di scrollnya semua messages di inbox. 
Berkerut dahinya apabila melihat isterinya pernah menghantar message padanya dulu.'Aku pernah message dengan dia ke dulu?'Pantas tangannya menekan message itu.Matanya membulat lalu dengan pantas dia turun ingin mencari Suhaida.Tidak perlu lama di cari,Suhaida sedang duduk di ruang tamu melihat TV dengan Umi dan Walid.Rupanya itu juga usaha isterinya dalam mendapatkan cintanya dan menyedarkannya dari terus terbelenggu dengan kenangan lama dan dendam pada isteri yang tidak bersalah.Suhaida sedikit bingung melihat suaminya tergopoh-gopoh berjalan ke arahnya.
"Abang minta maaf sebab sia-siakan isteri abang ni.Rupanya message yang buat abang sedar tu,dari Aida ye.Maafkan abang please?"Eusoff memeluk erat isterinya,kucupan di hadiahkan di dahi Suhaida."Sayang dah buat abang betul-betul gila bayang nih.Tanggungjawab tau."Dia membisik lembut ke telinga Suhaida.Di kenyitnya mata pada isterinya.Suhaida malu kerana perlakuan mesra mereka menjadi tontonan Umi dan Walid.
Umi dan Walid tersenyum lebar.Sangat senang melihat perubahan Eusoff dan kebahagiaan anak menantunya.
 ......................................
"Sayang,abang baru ingat,umi ada cakap sayang terima abang sebab sayang dah lama suka pada abang,betul ke?"Eusoff bertanya ketika mereka sedang bersantai di balkoni rumah.
Suhaida mengangguk dengan senyuman.
"Macam mana?"
"Sebenarnya mama Aida dan mama Syu cousin."Eusoff sedikit kaget namun berusaha mengawal riak wajahnya.Patutlah wajah ada iras.Patutlah juga dia ada ternampak keluarga Syuhada semasa pernikahannya.
"Aida pernah tengok abang dengan arwah Syu masa akak Nadira kahwin.Tapi tu bukan kali pertama Aida jumpa abang.Entah kenapa hati Aida sayu sangat tengok abang sangat-sangat bahagia dengan arwah Syu.Macam tak wujud je orang di sekeliling abang tika abang bergurau dengan arwah Syu."
Eusoff mengakui kebenaran kata-kata isterinya,tapi itu dulu.
"Tapi Aida gembira tengok abang ketawa."
"Sayang cemburu lah tu."Usik Eusoff.
Suhaida tersenyum malu."Bila mama tengok kan gambar yang Umi bagi pada Aida,Aida gembira sangat.Rasa macam tak percaya pun ada."
"Aida memang tahu abang tak suka Aida sebab Umi dah bagitahu awal-awal agar tabah hadapi perangai abang.Umi kata kalau nak berundur,Umi izinkan,tapi Aida yang tak nak sebab Aida memang sayang abang.Walaupun Aida tahu abang tak dapat lupakan Syu."
"Tu dulu,sekarang abang cinta mati pada Aida.Dia hanya kenangan yang abang tak boleh lupa,tapi Aida masa depan abang yang abang tak boleh hidup tanpa."Eusoff berkata jujur.
"Sayang tak kisah kan?"
Suhaida menggeleng."Aida faham bang.Abang dah boleh buka hati abang untuk Aida pun dah buat Aida rasa gembira dan bersyukur."
"Tak sangka abang ada peminat rahsia dulu.Comel lah isteri abang ni."Eusoff mencubit lembut pipi isterinya yang tersenyum manja.
 "InsyaAllah,bahagia akan sentiasa jadi milik kita.Through life's ups and downs,kita akan selalu bersama dan menyayangi each other.Amin~"Eusoff memohon doa dan Suhaida turut mengaminkan.
"Dan dapat anak cepat-cepat."Eusoff tersenyum nakal.Suhaida mencubit perut suaminya kerana malu di usik.

'Cinta akan datang tanpa siapa pun dapat menduga bila,di mana,macam mana dan dengan siapa.Walau sehebat mana pun ku pertahankan kasihku pada Syuhada,hebat lagi kasih Suhaida yang sabar terhadapku,tidak pernah mengadu,mengeluh saat aku mengasarinya.Kerna isteriku,kini aku bahagia.Terima Kasih Ya Allah.'-Eusoff.

8 june 2012

10 comments:

  1. love this cerpen much <3 congrats to writer =)

    ReplyDelete
  2. aku tak respect lelaki macam ni...
    mulut kalau dah cakap perkara yg keterlaluan macam tuh, the first thing die mesti buat is MINTA MAAF, bukannye charm his way out of it, jd romantic out of the blue dan even worse,last2 si isteri tuh yang mintak maaf untuk perkara yang dia tak bersalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i know rite..............hate THAT man shoo much

      Delete
    2. Menyampah giler dengan lelaki macam tue...anyway good job writer...

      Delete
  3. Salam.
    kami dari penerbitan lovenovel sedang mencari manuskrip untuk dinilai.
    sekiranya cik/puan ade manuskrip penuh untuk dinilai oleh pihak kami.
    cik/puan boleh email terus ke lne.manuskrip@gmail.com . TQ

    ReplyDelete
  4. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete