Bab empat
Mike duduk di kerusi besi berwarna putih yang berukir cantik.Wajahnya
memang jarang tersenyum.Dia lebih suka bermuka masam dan marung.
“Mike?”Panggil mummynya,Puan Cassie,atau nama betulnya,Qasidah.
“Kenapa tak layan Mariah kat dalam tu?Merajuk pula dia.”Puan Cassie memegang
bahu anaknya lembut.
Mike berdiri.Hatinya yang membara cuba di tahan.
Puan Cassie sedikit terkejut dengan kelakuan anak terunanya.
“Puan Cassie.”Mike cuba tersenyum tetapi tidak ikhlas.Wajahnya masih nampak
marah.”Mind your own business.”
Puan Cassie terpana.Hatinya tersayat apabila anaknya hanya memanggilnya
dengan nama.
Salahnya juga kerana tidak mendidik anaknya itu dengan betul.Semasa Mike
masih kecil dia asyik bersuka ria ke luar negara bersama teman-teman.Dia juga
pernah berlaku curang dihadapan Mike suatu ketika dahulu sebab itulah Mike
membencinya dan hilang rasa hormat padanya.
Puan Cassie tertunduk.Airmata mula menitik ke pipi.
Mike melihat wajah mummynya dengan pandangan meluat.”Jangan buat orang geli
melihat kepalsuan Puan Cassie okay?!”
Puan Cassie tidak bersuara.Ikutkan hati memang dia ingin menampar anaknya
tapi salah siapa anak itu tidak bersopan pada nya?Anak itu jadi manusia berhati
batu kerana nya.Anak itu tidak percayakan orang-orang sekelilingnya kerana dia.Dia!Anak
itu tidak di didik dengan didikan yang betul.Semua itu sudah terlambat,menyesal
pun sudah tiada gunanya lagi.
Dia hanya memandang Mike yang sudah jauh berjalan meninggalkannya.
.........................................
Wentz,Yafiee dan Andy yang sedang melepak main PS3 di rumah Wentz
masing-masing menerima message dari Mike menyuruh mereka datang ke stadium
tempat mereka selalu berlatih apabila cuti sekolah.
“Baru nak main game guitar hero ni,dah si Mike ni message.”Rungut Yafiee.
“Biasalah,angin dia tak baik lah tu.”Kata Wentz.Tangannya ligat
membersihkan violin miliknya.
“A’ah.Selalu kalau angin dia tak baik.Kita lah mangsa menemani dia main
basketball.”Sokong Andy.
“Kalau sekejap tak pe.Ni sampai tengah malam.Masak aku.Esok aku test
lah.”Sambung Andy lagi.
Yafiee menghumban bantal peluk Wentz kepada Andy.”Bangang lah kau.Cakap
test tapi melepak apasal?”
Andy tersengih-sengih apabila menyedari ketelanjurannya memberitahu
kawan-kawannya itu dia ada test esok.
“Wei.. nak humban benda pun jangan bawa-bawa bantal peluk aku.Humban je dia
dengan meja belajar aku tu.”Wentz tersenyum jahat sambil mengambil kasar bantal
peluknya dari Andy.
“Cis!Dasar kawan lah kau ni.”Kata Andy tanpa mengambil hati kerana dia tahu
Wentz hanya bergurau.
“Eh mana si Zafran huh?”Yafiee yang menyedari kawannya yang seorang lagi
belum timbul bertanya kepada Andy dan Wentz.
“Ah..kau tahu-tahu je la dia tu.Tentu si Mike pun ada message dia.Jom
lah,nanti lambat,mengamuk pula si Mike.”Jawab Wentz sambil menyimpan violinnya
dalam bekas kayu.
Mereka menaiki kenderaan masing-masing menuju ke destinasi yang sama.
.............................
Zafran adalah orang yang terawal sampai ke stadium selepas Mike.Dia
menerima message dari Mike ketika baru bangun dari tidur.Niatnya untuk ke rumah
Wentz di batalkan kerana dia tahu dia akan berjumpa juga dengan mereka di
stadium.
Zafran duduk menyendiri di pintu masuk dewan stadium.
Mike yang menyedari kehadiran Zafran menghampiri lalu duduk disebelahnya.
“Kau party lagi ke semalam?”Tanya Mike dengan wajah marung.
Zafran tersenyum sedikit,malas hendak menjawab soalan yang dia pasti Mike
tahu akan jawapannya.
“Kau panggil sini untuk apa?”Soal Zafran dengan mata terpejam.
“Berlatih.Perlawanan tak lama lagi.”Mike memberi alasan walaupun dia tahu
Zafran dan teman-temannya tahu sebab utama kenapa dia memanggil mereka ke sini.
“Berlatih apa pakai baju macam ni?”Zafran masih memejamkan matanya.Mike
melihat bajunya dan baju Zafran.
“Yang kau pakai baju macam tu apasal?”Marah Mike apabila menyedari Zafran
memakai baju kemeja lengan panjang dan seluar slack hitam.
Zafran tersenyum geli hati.”Aku ada blind date lepas ni.”
“Cis!Blind date kepala hotak.”Mike pantas berdiri lalu masuk ke dalam dewan
dan bermain basketball sendirian.
Zafran ketawa besar dengan kata-kata Mike.Entah apa yang lucu baginya.
.............................
Wentz,Andy dan Yafiee sampai ke perkarangan dewan 10 minit kemudian.Mereka
meletakkan kereta masing-masing di tempat meletakkan kereta di tempat khas buat
pengguna dewan.
Mereka berjalan beriringan menuju ke dalam dewan.
Dari jauh lagi mereka nampak kelibat Zafran yang sedang duduk dengan mata
terpejam di pintu masuk.
“Budak ni,kat mana-mana pun dia boleh tidur.Dah lah tak tepati janji.”Andy
meluahkan rasa geram dengan perangai buruk Zafran.
Wentz dan Yafiee ketawa mendengar kata-kata Andy itu.
“Kau ni,bukan Zafran la namanya kalau dia tak tidur dan tepati janji.”Wentz
menyahut.
“Macam kau.Bukan Andy la nama nya kalau kau BELAJAR untuk test kau
esok.”Yafiee membalas dengan menekankan perkataan belajar.
Andy tersengih-sengih macam kerang busuk apabila perangai buruknya di
bangkit.
“Yoo ran.Tidur lagi?Tak cukup tidur ke tadi?”Wentz menegur dengan nada
menyindir sambil menguis kaki Zafran.
Perlahan-lahan Zafran membuka matanya.’Ganggu aje lah..’
“Aku ada blind date lagi karang.Semalam pukul berapa aku balik.Ngantuklah
kawan..”Jawab Zafran dengan suara malas.Sindiran Wentz tidak sedikit pun
membuatnya terasa.
“Siapa tak kenal playboy taie hidung masin ni..”Andy yang cemburu dengan
Zafran kerana popular di kalangan perempuan mengutuk.
“Eh?”Zafran memandang Andy dengan wajah pelik.”Tak mungkin lah...”
“Kenapa?”Tanya Yafiee.
“Kau..”Zafran menuding jari telunjuknya ke arah Andy.
“Aku apa..gagap betul lah kau ni.”Marah Andy.
“Kau pernah rasa taie hidung aku?Bila?”Dengan wajah pura-pura polos,Zafran
bertanya.
“Cis!”Marah Andy.
Zafran,Wentz dan Yafiee ketawa besar melihat wajah masam Andy.
“Kau juga yang cakap aku playboy taie hidung masin.Aku suspect lah kau
pernah rasa taie hidung aku ke.Mungkin curi-curi kot.Sebab tu kau tau rasa taie
hidung aku.”Zafran menjelaskan dengan sisa-sisa tawa.
“Pengotor!Makan taie hidung kau boleh buat orang jadi bodoh.” Andy
merengus.
“Tengok..”Zafran memandang wajah Wentz dan juga Yafiee dengan senyuman
nakal menghiasi bibirnya.
“Ish...”Andy yang bengang ingin melawan kata.
“Korang ni!”Mike yang tiba-tiba muncul bersuara keras.”Asyik gaduh je bila
jumpa,lepas tu baik,lepas tu gaduh,macam budak-budak.Sengal!”
“Cepat berlatih.”Arah Mike.
Andy,Yafiee dan Wentz yang baru sahaja duduk-duduk menyandar di dinding
bangkit dengan wajah masam.
Zafran kembali memejamkan mata.
“Kau!”Mike menahan diri dari menjerit.Moodnya petang itu sangat-sangat
teruk.Asyik nak marah je.Ada saja yang tidak berkenan di matanya.Hatinya cepat
sangat meradang.Penyakit ‘dalaman’ ini memang berbahaya kalau tidak di kawal.
“Pergi balik kalau tak nak berlatih.Tapi kalau kalah,aku cari kau!”
Zafran masih begitu.Tidak bergerak atau menyahut.
Mike mengeluh keras sebelum masuk ke dalam dewan.
Zafran tersenyum sendiri dengan mata terpejam.’Mike..Mike..bila lah kau nak
berubah.’
*Aya rasa entry kali ni kurang best,maybe I'll edit it.For those yang dah baca,can give me comment about this entry,nak kena tukar/edit or just stay like this?Thanks :)
*Aya rasa entry kali ni kurang best,maybe I'll edit it.For those yang dah baca,can give me comment about this entry,nak kena tukar/edit or just stay like this?Thanks :)
huhu.. taik idung pun jadi topik.. comel jer..kihkih..
ReplyDelete