Tuesday, May 22, 2012

Dia Encik Basketballku 1


Bab Satu

Rahadatul 'Aisy terkejut apabila melihat namanya disenaraikan sebagai calon pengurus bola keranjang sekolahnya.
"Eh bila pulak aku apply jadi pengurus ni?"Dia tertanya-tanya.Dahinya berkerut memikirkan bila pula dia pergi daftar nama dia.Aisy memandang Sushmita dengan pandangan 'Ini-kerja-kau-ye?'
"Eh manada aku buat.Jangan nak tuduh-tuduh ye."Sushmita menafikan sekeras-kerasnya.
"Habis tu siapa?Takkan la pula nama aku boleh daftar sendiri?"Kata Aisy sedikit sinis.
"Don't look at me.I don't know a thing."Galak mata Ifti memandang wajah Aisy.Tidak mahu dituduh-tuduh juga.
"You better come or else you will be punish."Sushmita bersuara.
"Hah?Eh kenapa pulak?"Tanya Aisy sedikit terjerit.Matanya merenung tulisan tangan yang ditulis disebelah namanya.Kenapa hanya dia saja yang diberi amaran?
"Mana aku tau.Dah di tulis kat kertas ni."Kata Sushmita lagi.
Aisy mendengus geram.'Kalau aku dapat orang yang sesuka hati tulis nama aku ni,siap dia aku kerjakan.Takde benda ke nak buat selain nak menyusahkan aku yang memang dah sedia susah ni?
"Menghairankan betul,kenapa cuma kau dan anak pengetua je perempuan yang terpilih,yang 8 lagi lelaki?"Ifti menyuarakan rasa peliknya.
"Entah."Sushmita menggelengkan kepala macam lah soalan itu ditujukan padanya.
Mahu tak mahu Rahadatul 'Aisy terpaksa datang juga.Tapi dia berharap dia tidak akan terpilih.'Malasnya gue nak menguruskan mereka itu.Buang masa aku aje.Lagi banyak perkara penting aku nak buat.'Gerutu Aisy didalam hati.
..............................
Aisy berhenti dihadapan dewan sekolah tempat bermain basketball.Kelihatan begitu ramai gadis-gadis sedang berdiri di luar dewan untuk menyaksikan sesi temu duga ini.
'Macam lah temu duga ni masuk TV.Haisy geram aku..'Aisy mencebik kerana meluat.
'Sanggup betul mereka ni bersesak-sesak kat sini.Ni mesti kes nak menggatai.'Dalam diam Aisy mengutuk.
Aisy menghabiskan masa selama setengah jam dengan mendengar lagu dari itouch yang baru dibelinya seminggu lepas."Bila la giliran aku ni?"Aisy mendengus geram.Betisnya terasa lenguh kerana lama berdiri,nak duduk bukannya ada space pun nak labuhkan punggung dia ni.
Tiba-tiba seorang perempuan berdiri di hadapannya."You will not be chosen."Perempuan itu tersenyum sinis lalu berlalu dari situ.
'Gila ke budak tu?Muka sombong semacam..'Aisy merenung lenggok jalan gadis yang bercakap dengannya tadi dengan perasaan geram.
"Rahadatul 'Aisy."Namanya dipanggil kuat.
Aisy bergegas kedepan."Ye saya."Laungnya.
Gadis-gadis yang berhimpit-himpit tadi berundur untuk memberinya ruang.Rahadatul'Aisy berjalan menunduk kerana tidak mahu melihat wajah-wajah sinis mereka yang menyakitkan hati.
"Come."Kata lelaki berbadan tinggi itu.Aisy tersenyum nipis.Kakinya terasa berat hendak melangkah masuk kedalam dewan menuju bilik rehat yang dikhaskan untuk pemain-pemain bola keranjang.
Aisy memandang wajah lelaki-lelaki dihadapannya silih berganti.Memang betul pemain-pemain bola keranjang ini kacak-kacak.
Selama hampir dua tahun bersekolah di sini,baru kali ini dia dapat melihat secara dekat wajah pemain-pemain bola keranjang sekolahnya.Selama ini dia tidak pernah mengambil peduli tentang wajah-wajah lelaki yang menjadi pujaan ramai gadis disekolahnya.
Lagipun memang payah untuk melihat mereka kerana sekolah ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu; East wing yang menempatkan pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 4 .Bahagian West wing menempatkan pelajar-pelajar tingkatan 5.South wing menempatkan pelajar-pelajar dari tingkatan 1 dan 2 manakala bahagian North wing yang juga disebut bahagian paling eksklusif menempatkan pelajar-pelajar tingkatan 6 bawah dan enam atas.
Kesemua wings ini dipisahkan dengan bangunan besar yang terletak di bahagian centre sekolah.Di bahagian centre ini terletaknya lobby sekolah,kantin yang menjual bermacam-macam makanan,staff cikgu-cikgu dan tempat-tempat untuk belajar dan berpresentasi seperti lecture hall,meeting room,career room dan juga student centre. .Kesemua wings ini juga disambungkan dengan grandstand tempat students menunggu ibu bapa apabila waktu persekolahan tamat.
"Ehem..dah habis berangan?"Teguran sinis seseorang membuatkan pipi Aisy menjadi merah kerana malu.Aisy diam,tidak berani bersuara.
"Okay.We know your intention but kami nak cari orang yang betul-betul ingin mengurus kami dan bukannya orang yang mahu tugas ni semata-mata nak salah seorang dari kami ni menyangkut jadi boyfriend."Lelaki yang duduk di tengah-tengah meja itu bersuara sinis.Sangat-sangat sinis.
Aisy yang terasa lelaki itu seperti menganggapnya perempuan gedik terus jadi bengang.Dia dengan selambanya berkata"Owh,kalau awak tak nak saya jadi pengurus kamu,atau perempuan-perempuan lain jadi pengurus kamu,awak boleh pilih lelaki2 yang datang interview tadi jadi pengurus kamu,that'll make your life easier.Isn't it?"
Lelaki ditengah-tengah tadi merenungnya dengan pandangan tajam.
"I don't even care if you don't choose me,saya lagi suka,buat apa susahkan diri saya uruskan korang,nak uruskan diri sendiri pun susah.I guess I am done.Asalammualaikum." Kata Aisy dengan lembut tapi pedas.
Aisy cepat-cepat berlalu dari situ.Dalam hati dia mengucapkan syukur kerana dengan kata-kata menyindir seperti itu dia pasti tidak dipilih sebagai pengurus pasukan basketball sekolah.Dalam bengang kepada lelaki berwajah masam tadi dia juga sempat berterima kasih dalam hati kerana membuka ruang untuknya tidak dipilih.
Dah lah 3 bulan akan datang ni dia akan menghadapi peperiksaan final menengah 4,kalau keputusan dia jatuh,mati dia di marahi cikgu dan ibu bapa,nak uruskan basketball club lagi?Hish,mana sanggup!
Rahadatul 'Aisy tersenyum melihat Sushmita terkedek-kedek berjalan menghampirinya.
"Macam mana?"Tanya Sushmita laju.
"Alhamdulillah.."
"Aaaaa..bagusla kau rasa confident,dapat la aku kenal-kenalan dengan senior-senior kita yang kacak-kacak tu."Sushmita tersenyum gedik.
"Eh apa kau ni?Ooohhh..jadi kau la dalangnya?Kau yang tulis nama aku kan?"Mencerlung mata Aisy melihat temannya itu.
"Bukan aku la.Aku betul-betul tak buat.Aku tumpang happy je dan sekaligus sedia berkongsi kegembiraan tu.Kalau ada apa-apa aku akan tolong kau."Sushmita tersengih.
"Eh malam sikit ye.Aku tak terpilih la.Nasib baik juga la.Naya aku kalau terpilih.Kau tau tak,aku kena usaha sikit,kan aku dah janji nak kalahkan budak nerd tu kat mama dan papa aku.Asyik budak nerd tu je yang menang."Aisy mencebik.'Budak nerd' yang di maksudkan adalah sepupunya sendiri.
"Alaaa...senang aje kau nak kalahkan si Nazmi tu."Sushmita memujuk temannya.
"Senang?Banyak lah senang.Aku geram betul,asyik dia je yang kena puji kat family aku tu.Menyusahkan hidup aku je.Mama papa aku pn dah tekan aku ni.WAJIB kalahkan Nazimi end of year ni.Bengang la aku."Merah muka Aisy menahan marah.
"Kau No 2 pun kena marah?Kau kalah pun berapa point aje.Tapi english,B.M dengan maths dia tak leh lawan kau."Sushmita memuji kepandaian temannya itu di dalam tiga subjects  itu.
"Aku tau.Tapi sciences,geo,computer?Stress lah.Kalau kalah lagi,mati aku kena bebel.Bebel pun bukan sekali,banyak kali.Aku tak sanggup lah."Aisy mengeluh.Terasa lemas apabila teringat bebelan papa dan mamanya yang berulang kali itu.
“Tapi cousin kau si Nazmi tu kacak juga,macam model and  plus,otak bergeliga.”Puji Sushmita apabila ternampak Nazmi berdiri tidak jauh dari mereka.
“Eh aku cakap lain,kau cakap lain.”Marah Aisy.”Mana kau tengok ni?”Aisy mengikuti arah mata Sushmita.Nazmi!”Dasar gatal lah kau ni.”Aisy menghempas kuat lengan Sushmita kerana geram.
Nazmi tersenyum melihat gelagat sepupunya itu.Dia ingin menghampiri untuk bertanya tentang Aisy di suruh menghadiri temuduga sebagai pengurus pasukan basketball sekolah tapi dia takut kerana dia tahu Aisy tidak sukakan dia.Amaran yang tertulis di sebelah nama Aisy membuatkan dia yakin gadis itu dipaksa menghadiri temuduga tapi kenapa?
Tanpa sedar,kakinya melangkah laju ke arah sepupunya itu.“Hai Aisy.”Sapa Nazmi.
Aisy yang terang-terangan menunjukkan dia tidak suka Nazmi hanya mencebik.
Sushmita yang memahami keadaan itu menjawab bagi pihak Aisy.”Hai Mi.”
Nazmi tersenyum mesra kepada Sushmita.
‘Alamak bisa cair ini.Eh tak boleh..aku tak boleh curang dekat abang-abang basketball aku.’Sushmita perasan sendiri.
“Aku nak tanya sikit boleh?”Tanya Nazmi lembut.
“Tanya je lah.”Aisy yang sedang marah,membalas sedikit kasar.
“Kau dipaksa hadiri temuduga tu ke?”
Aisy mengetik jari.Dikepalanya sudah timbul satu spekulasi.”Kau yang calonkan nama aku kan?”
“Hah?”Nazmi mengerutkan dahi.
Sushmita menarik-narik lengan baju sekolah Aisy.”Aisy,jangan tuduh sebarangan.”
“Aku tahu kau tak nak aku menang.Kau suka aku kena marah dengan papa mama aku.Kau nak kau je kan jadi pujian family?”Aisy tidak memperdulikan nasihat Sushmita.
“Apa kau cakap ni?Aku..”
“Ah sudah lah.. Malas aku nak cakap dengan kau.Sepupu apa macam ni.Guna cara kotor.”Di saat marah menguasai akal fikiran dan hati,Aisy tidak dapat berfikir secara rasional.Semua main tuduh je.Aisy berjalan laju meninggalkan Nazmi yang terpinga-pinga dan Sushmita yang jelas pada wajahnya rasa bersalah dan kesal kerana kelakuan Aisy terhadap sepupunya sendiri.
....................
Sushmita berlari laju mendapatkan Rahadatul Aisy.
"Aisy.."Tercungap-cungap Sushmita mengambil nafas.
"Kau apasal?Kenapa lari?"Aisy merenung kawannya itu pelik.
"Kau...kau di pilih."Sushmita akhirnya bersuara apabila nafasnya kembali normal.
"HAH?!"Mata Aisy membulat."You gotta be kidding me!"
"Cepat la,kau kena lapor diri sebelum pukul 1,ni dah 12.40."Sushmita menarik tangan Aisy.
"Ehhhhh..."Aisy menarik tangannya kasar."Apa pulak,aku pasti aku tak di pilih,kau salah orang agaknya,ada nama student kat sini sama kot dengan aku."Aisy ingin kembali ke ke dalam kelas kerana pukul 1.30 nanti ada extra class.
Belum sempat Aisy hendak melangkah masuk,Sushmita sudah menariknya kembali."Rahadatul 'Aisy Binti Abdul Rahman.Tu nama kau kan?Lagipun hanya dua orang perempuan je yang interview,kau dengan anak pengetua.Jangan bagitahu aku nama anak pengetua sebiji macam nama kau!"Dalam kegeraman,Sushmita masih sempat melawak.
Aisy terlongo.'Tu memang betul nama aku.'Tanpa berfikir panjang,Aisy berjalan pantas untuk bertemu ketua pasukan basketball itu.
"Mereka kat dewan."Laung Sushmita.
'Nasib budak bertuah ni beritahu,tak perlu susah-susah ke board depan tu.'Aisy mempercepatkan lagi langkah kakinya menuju dewan besar sebelah blok North Wing.
Seperti yang di ketahui,ramai pelajar perempuan berada di luar dan di dalam dewan itu,apa lagi,untuk melihat jejaka-jejaka kacak itu bermain la.
"Siapa ketua basketball?"Aisy bersuara sedikit lantang.
Semua pemain-pemain basketball berhenti bermain dan memandang Aisy dengan pandangan-'Apesal budak kecik ni?Nak cari gaduh ke?'
Seorang lelaki dari tengah dewan berjalan menghampiri Aisy.
"Ada apa?"Lelaki itu menundukkan sedikit kepalanya untuk melihat Aisy.
Aisy mendongak.'Gila tinggi mamat ni,mahu patah leher aku kalau tiap-tiap hari cakap dengan dia.'
"Aku tak nak jadi pengurus kelab korang."Aisy bersuara berani.Di luar saja berani,tapi kat dalam,tuhan saja yang tahu.
Lelaki itu menyilangkan tangannya lalu merenung dalam-dalam wajah Aisy."I don't care.You have been chosen.You should be responsible."
Aisy kehilangan kata."Errr..tapi..tapi aku tak nak kerja ni."
"You've applied it and now you are chosen,you want to back out?Huh irresponsible!Worse!!!."Kata-kata pedas ketua basketball itu mencabar Aisy.
'Eleh,bajet cakap english pulak.Kalau keluar english aku kang,terkangkang kau dengar.'Aisy mengutuk lelaki itu di dalam hati.
"Make sure everyday before 2,you are here or else you'll regret for becoming an irresponsible people.You can go now."Dia berpusing dan berlalu dari situ.
‘Ek eleh.. suka hati dia aje.Habis tu extra kelas aku macam mana?’Soalan itu hanya bermain-main di minda.Dia malas hendak bertanya sebab dia tidak akan datang.Tidak akan!
"I won't be here.Nasib kau tinggi,kalau ketot,dah lama aku belasah!"Aisy menjeling geram lelaki itu lalu berlalu dari situ.Gadis-gadis yang berada di luar dan di dalam dewan memandangnya jelik,ada yang berbisik-bisik,ada yang terang-terangan mengutuk perbuatannya.
"Apa?kau nak kena?"Aisy benar-benar marah petang itu kerana dipaksa melakukan kerja yang dia tidak mahu.Hisy siapa punya kerja la semua ni,kalau aku dapat memang aku kerat-kerat tangan dia
"Gila betul budak tu,berani dia cari pasal dengan ketua basketball?Sah-sah cari mati." Bisik salah seorang gadis kepada temannya yang lain.
"Kenapa?"Tanya salah seorang dari teman gadis itu.
Gadis yang berbisik awal tadi melopong."Don't tell me you don't know him."
Lelaki yang menjadi ketua basketball sekolah itu tersenyum sinis.

3 comments:

  1. hai cik writer.. bestla citer ni..thumbs up n gud luck keyh..^_^

    ReplyDelete
  2. hai nk tye x da smbung dye k novel ni nk sngtt2 bce smbung dye tau....

    ReplyDelete
  3. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete