Tuesday, December 11, 2012

Dia Encik Kacakku 7

Aku merenung dada langit yang dihiasi bintang.Hati yang tadi agak resah jadi tenang melihat dada langit yang dipenuhi bintang-bintang yang indah.Aku jadi teringat pada abang Zharfan. Aku rindu ingin bertemu dia dan aku rindu saat pertemuan kami di restaurant Songket. Alangkah baiknya jika masa terhenti pada waktu itu.

Kala ini aku betul-betul rasa ragu.Betul ke apa yang aku buat ni?Sekejap lagi aku akan berjumpa dengan lelaki yang telah merisik aku.Demi mama sebenarnya.Aku cuma bersetuju berjumpa dengannya untuk puaskan hati mama.Aku pasti akan menolak walau siapapun dia.Aku tak boleh nak tipu hati aku yang tersangat sayang pada Abang Zharfan.Aku takut aku tak boleh jadi isteri yang baik buat lelaki yang merisik aku itu kerana dalam hati aku ada cinta buat lelaki lain.Aku dalam dilemma,lebih-lebih lagi apabila melihat lelaki yang aku cinta itu sudah ada perempuan lain dalam hatinya.Sayunya hati sebab selama ni syok sendiri!

Mesej dari Irdina tadi yang menasihati aku untuk berterus-terang dengan Abang Zharfan dan jangan bertemu dengan lelaki yang merisik aku itu aku biarkan tanpa balasan.Malaslah nak balas balik.Aku tak tahu pun nak balas apa pada teman baik aku tu.

Aku cadang nak pakai baju selekeh-selekeh je depan lelaki yang berani-berani merisik aku tu,tapi apa kata mama nanti?Lagipun aku yakin tentu lelaki ni dah kenal aku dan tahu aku macam mana,kalau tak mana berani dia nak merisik aku kan?Katakan kami dijodohkan tak juga,mama tak pernah pun cerita kat aku.Hish..menyusahkan betullah lelaki ni,buat otak aku tambah serabut.Stress!

Akhirnya aku buat keputusan untuk berpakaian seperti yang kebiasaan.Lantaklah,yang penting aku nak perjumpaan ini cepat selesai agar aku boleh reject jejaka malang tu straight away,no second chance!..he he he..

"Dah siap Ilya?"Mama masuk setelah mengetuk pintu bilikku.Aku hanya tersenyum nipis.

"Mama ikut sekali?"Tanyaku dengan harapan mama akan menjawap 'Ya'.Namun gelengan mama menghampakan aku.Berdua-duaan? Hish.. tak nak aku.Cancel je lah macam ni.Amboi banyak betul songeh aku.Cuba jumpa dengan Abang Zharfan tak adanya aku nak tanya mama ikut sekali ke tak..hahaha. Tak boleh blah betullah kau ni Ilya!

"Siapa hantar Ilya?Ilya dah cakap Ilya tak nak dia jemput. Ilya tak suka." Sekali lagi aku mengulang kata-kataku semalam apabila mama memberitahuku yang lelaki itu sudi menjemput dan menghantarku pulang.Aku tak sudi hokeyyy..

"Papa la hantar.. Dah selesai papa ambil Ilya,tapi kalau dah berkenan tu alamatnya lelaki tu lah yang hantar Ilya balik.."Mama cuba melawak.Lawak yang menjengkelkan bagiku.Tapi takkanlah aku nak cakap mama menjengkelkan?Hish...nak jadi anak durhaka ke apa??

"Jangan berharap sangat mama. You know me.." Aku bersuara lembut tapi tegas,berharap mama faham aku yang degil.Ini pun kira aku compromise dengan mama je sebab aku terluka..ecewahhh... tapi selagi bukan Abang Zharfan,aku tetap akan reject tak kira dia hansem macam Orlando Bloom ke Dennis Oh ke.. Ecewahhh berlagak...

"InsyaAllah..."Mama merenung wajahku dalam-dalam sebelum menyambut huluran tanganku untuk bersalam.

"Bye ma..."

.....................

"Pa. Papa jangan balik dulu tau. Ilya just nak jumpa dia for ten to fifteen minutes,lepas tu Ilya blah.. Papa jangan bagitau mama tau." Aku sudah memberitahu papa strategi dan plan yang sudah ku rancang semalam.

"And papa please tolong Ilya.. Call me 15 minutes later okay? Ilya akan buat alasan..konon-konon something comes up and I have to go immediately kay?Please~~~?

Papa mengangguk.Aku tersenyum lebar.

"Ni Ilya,tahu ke wajah budak tu macam mana?Confident je.."

Aku tersengih sikit lagi nak iras kerang busuk. "Mama kata dia pakai baju kemeja lengan panjang warna maroon dan seluar slack hitam.Don't worry la papa,he knows me right? He wants to meet me,he should know how to find me.. Kalau dia tak ada,Ilya blah je lah..Bye pa.."Tanpa menunggu kata-kata seterusnya dari papa,aku terus je keluar kereta.Aku nak urusan aku dengan lelaki tu selesai secepat mungkin.Kalau aku jumpa dia,aku akan warn dia dan minta dia batalkan hasrat suci murni dia tu dan lupakan saja.

Restoran Seri kenangan menjadi pilihanku kerana Restoran ini lah yang paling dekat dengan kawasan perumahanku.Papa pun suka lepak kat Warung kopi tak jauh dari restoran Seri Kenangan ni.So sambil tunggu aku,dia akan lepak dengan kawan-kawan dia dulu.

Dari luar Restoran aku dah nampak seorang lelaki berbaju kemeja warna maroon sedang duduk membelakangi dari tempat ku berdiri.

Errrkkk.. aku lupa pula nak tanya nama lelaki tu pada mama dan papa.Ni sebab aku stress lah ni,asyik fikir strategi nak reject apa je..Ni nak panggil apa ye? Nak tanya apa dulu untuk mensahihkan dia lah lelaki tu?Hmmm..Kasi hentam saja lah...

"Excuse..."Kata-kataku terhenti disitu.Mataku membulat. Salah orang agaknya aku ni...

"Maaf,salah orang..."Ucapku lalu bergegas pergi dari situ untuk membuang malu.Sambil jalan sambil fikir apa dia buat kat sini hah?

"Natina Ilya!"Panggilnya.Siap nama penuh sekali. Ni yang makin sayang ni..

Aku menghentikan ayunan kakiku lalu berpaling menghadapnya.Aduhai Encik Kacak,kenapa kau ada disini?Kau tahu tak aku nak jumpa lelaki yang dah merisik aku.Kalau kau nampak,akan musnahlah harapan aku nak bersama dengan mu.Sekarang pergi balik!

Heii... memang dah musnahlah,dia kan dah ada girlllllllpw..ehhrgghh tak sanggup lidah aku nak sebut.. aku tak rela la nak sebut..Hati aku hancusss..

"Buat apa kat sini?"Soalan itu spontan keluar dari mulutku.Aku tiba-tiba rasa nak tampar mulut aku. Sukahati dia lah nak ke sini ke,ke situ ke,siti situ sana sini ke..

Dia tertawa kecil.Aduhai sangat mempesonakan,semakin tertawan hatiku yang telah sedia ditawan.

"Jumpa bakal tunang abang...kot?"Dia tertawa kecil. "Kalau dia sudi la.."Dia berbisik perlahan namun masih jelas di penndengaranku.

"Oh.."Aku pura-pura tersenyum.Tidak tahu hendak memberi reaksi yang sepatutnya. Tatkala ini hatiku rasa merusuh. Aku sebak kerana aku yakin aku takkan pernah mendapat tempat di hatinya.

"Jomlah duduk dulu,teman abang makan boleh?"Cewah dia betul-betul bahasakan diri dia abang la kat aku.Sukanyeeeeee..Dalam sebak hati ini masih rasa teruja dengan layanan baik dengan senyuman yang sangat aku suka tengok tu.

"Tak mengganggu abang ke?Nanti your gf datang... takut cemburu pula.."

"Please?~"Pintanya lagi tanpa menjawab soalanku.Kali ini dengan nada meleret dan wajah yang comel.Macam mana nak decline nih?

"Okey.."Tengok? Abang Zharfan pujuk sikit aku dah lemah gemalai lutut.. Lupa pula pada lelaki yang seorang lagi itu. Kalau dia nampak aku dengan lelaki lain,mahu makan hati dia dan terus cancel nak buat aku jadi bini!hahaha bagus! Itu yang aku nak tu.

"Kenapa resah je ni?Ilya ada hal ke?"Tanya Zharfan.Mungkin dia perasan kot dari airmuka aku yang memang ketara rasa gelisah.

Aku menggeleng sahaja.Masakan aku berterus terang dengan dia?.. No way!

"Cuba cakap dengan abang.Ilya perlu jumpa seseorang?"Tanya Zharfan lagi.Kali ini dengan nada mendesak.

Aku mengeluh perlahan lalu mengangguk. Kalau boleh aku tak nak jujur sebab aku nak berlama-lama dengan dia,aku tak puas lagi tatap wajah dia. Tak puas lagi hilangkan rasa rindu ni tapi aku tak dapat nak sorokkan kegelisahan aku sebab aku masih ada hal yang perlu diselesaikan. Hal yang bersangkut dengan kebahagiaan aku di masa akan datang.Pada masa ini aku juga berharap gf dia tak jadi datang dan lelaki yang merisik aku itu tak dapat cari aku. Huh.. aku jadi terlalu mengharap..

"Yes,I have to meet someone.. kat sini.. tadi tu fikir abang orangnya tapi salah orang sebab mama Ilya cakap dia pakai baju maroon.." Aku menjelaskan.

"Ilya tak tahu wajah dan nama lelaki yang Ilya nak jumpa tu?"

"Tak.."

Zharfan tersenyum lebar."Siapa lelaki tu?"

"Errr... "

Kening Zharfan terangkat sedikit apabila aku kelihatan agak sulit untuk menjawab soalan yang amat mudah tapi susah untukku memberi jawapan.

"Lelaki yang merisik Ilya."Akhirnya aku memberi jawapan jujur.

Senyuman Zharfan yang semakin lebar membuat hatiku terasa sedih. Nampaknya aku memang syok sendiri. Kot ye pun tak ada perasaan dengan aku,janganlah tunjuk sangat,ceisssss...

"Err..Ilya pergi dulu..takut lambat pula..." Ujarku meminta diri.

"Tak lambat pun.."Kata-katanya membuat aku merasa pelik.Aku yang baru mengangkat punggung kembali duduk berhadapan dengannya.

Dahiku sedikit berkerut meminta penjelasan darinya.Dia tersenyum.

"Abang la orangnya.." Kata-kata itu membuat aku terpana.Seperti terkena renjatan elektrik,aku tidak bergerak,tidak juga memberi sebarang reaksi,hanya diam membisu,aku sebenarnya masih belum dapat memproses sepenuhnya apa yang telah ku dengar sebentar tadi.Apakah cuma angan-angan?

"Ilya.."Panggilnya lembut.

"Apa maksud abang?"Tanyaku setelah kembali sedar dari rasa terkejut.

"Abang la lelaki yang merisik Ilya..."Jelasnya lagi.

Bappp... Hatiku rasa macam hendak meletup. Betul ke ni?Ohhh...Patut lah hari tu makan sama-sama di Restoran Songket,aku ingat terserempak,rupanya mama dah plan awal-awal akan perjumpaan tu.Baru aku terclick akan hal itu. Aku tidak mempamerkan apa-apa reaksi. Aku masih terkejut dan kurang percaya?Errr.. apa patut aku buat? Hati aku sangat-sangat gembira sekali. Aku ingin melompat riang. Bukankah ini maknanya Abang Zharfan suka pada aku?

Bagaimana dengan gadis hari itu? Siapa dia pada Abang Zharfan?

"Abang bergurau kan?"Tiba-tiba aku terfikir jikalau Abang Zharfan hanya bergurau. Mana tahu dia nak test aku? Naya aku kalau aku overreacted tup tup dia cakap "Just kidding.." Mana nak letak muka beb? Kat longkang???

Dia tertawa. Aku tersenyum nipis. Kan dah cakap..nasib takdibuai perasaan tadi..

"Kenapa tak percaya nih?Hmm?"Dia memandangku,senyuman terukir manis dibibirnya.

Aku mengetap bibir. Malunya bila di pandang sebegitu oleh lelaki yang disukai lebih-lebih lagi di situasi sebegini. Tettt....awkwardddd.. ha ha..

"Malu ye?" Soalnya dengan senyuman nakal.

"Er..." Belum sempat aku ingin berkata sesuatu lagu Aku suka dia nyanyian Ainan Tasneem berkumandang. Aku mengangkat telefon. Papa yang berada di hujung talian sudah menutup talian.Hanya aku yang berpura-pura sedang bercakap dalam talian."Err okay.."

"I have to go now."Aku meminta diri lalu berdiri ingin pergi. Keadaan ini menyelamatkan aku. Aku betul-betul tidak tahu bagaimana hendak menjawab dan aku juga hendak tahu sejauh mana dia menyukai aku.. he he he...

Abang Zharfan turut berdiri."I love you Ilya! "Katanya dengan penuh keyakinan dan pada masa yang sama romantik.

Sekali lagi aku terkesima. Tanpa aku sedari,kakiku menghayun langkah laju meninggalkan tempat itudan masuk ke dalam kereta papa yang sudah sedia menunggu.Aku juga tidak tahu apa reaksi Abang Zharfan dan apa yang difikirkannya.

Ilya! Erghh apa la yang kau fikirkan.. ishhhhh... Aku tiba-tiba rasa menyesal meninggalkan Abang Zharfan di saat dia meluahkan rasa hatinya pada aku! Yea..aku! Gila! lelaki yang selama ini aku gila bayang meluahkan perasaan pada aku? Dan yang paling gila,dia lelaki yang merisik aku? Hati aku...Hati aku berdetak memikirkan si Encik Kacakku. Saat ini aku bahagia.

"Senyum nampak?"Papa menegurku.

Pantas ku matikan senyuman tapi tidak menjawab teguran papa. Biarlah apa papa nak fikirkan. Kala ini aku hanya ingin memikirkan si dia yang tentunya terpinga-pinga dengan kelakuanku tadi. Ha ha.. biarlah.. Aku nak tengok apa dia akan buat :p..

12 comments:

  1. best.... cepat sambung...

    ReplyDelete
  2. Tolonglah Sambung!! Tk sabar ni .. Hehe so cweet :)

    ReplyDelete
  3. Pleeeezzzzz continue...!!!!
    Best nihhh..

    ReplyDelete
  4. Pleaseeeeeee tolonglah smbg....dh sweet sgt nih...nk tau apa jadi lepas ni

    ReplyDelete
  5. Pleaaaseeee smbg....tgh best ni...nk tau smbgan dia....sooo please smbg

    ReplyDelete
  6. Please sambung.please.please.please

    ReplyDelete
  7. Please tolonglah sambung.. best dan sweet sgt ni....

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. please continue...tak sabar nak baca kisah dorg...best sgt2...

    ReplyDelete
  10. Best gilaa cerita ni..😍😍😍😍😍

    ReplyDelete