Thursday, April 4, 2013

Dia Encik Basketball ku 18



*Asalammualaikum.. InsyaAllah Aya akan cuba post new entry every 2-3days.. Aya harap sangat idea mencurah-curah cuti ni... ~__~''



Bab 18

“Sebelum kau berubah fikiran dan hilang semangat,lebih baik kau luahkan cepat.” Usul Ifti.

“Takkan petang ni? Aku.. aku tak sedia lagi la...” Aisy memprotes
.
“Aku rasa ada betulnya cakap Ifti tu Aisy, lagi cepat lagi bagus, tak ada la pening kepala nak pikir.” Sushmita sebagai penyokong setia idea gila Ifti bersuara dengan penuh semangat. 

“Masalahnyaaaaa... Aku belum ready. Aku takut...” Aisy bangkit dari duduknya. Dia geram kerana teman-temannya tidak sudah-sudah memaksa dirinya. Walaupun dia suka dan ingin luahkan tapi dia perlukan masa yang tepat. Takkan nak main redah saja?

“Okay..okay..Tak jadi petang ni.. tapi jangan lambat sangat. “Ifti yang tadi beria-ria kini mula bertolak ansur.

“Jom la kantin.. “Sushmita mengajak teman-temannya itu. Dipeluknya kedua-kedua tangan Ifti dan Aisy sebelum memulakan langkah berjalan.

“Ouchh..perlahan-lahan la..” Kaki Aisy yang terseliuh semalam masih terasa sedikit sakitnya.Jalannya pun masih perlahan dan terincit-incit.

“Apasal kaki kau?”Tanya Sushmita.

“He he..” Aisy tersengih. “Terseliuh.”

“Terseliuh pun nak tersengih-sengih..” Kutuk Ifti.

“Jom la..” Sushmita melepaskan kembali memeluk lengan Aisy.Mereka bertiga beriringan berjalan menuju ke arah kantin.Gelak ketawa mengiringi perjalanan mereka. Ada-ada sahaj cerita lucu yang dikongsi bersama.

Dalam perjalanan menuju ke kantin,Mike ternampak Aisy dan dua orang temannya sedang usik mengusik dan bergelak ketawa. Mike rasa macam nak tegur Aisy saja tapi seumur hiudp tak pernah dibuat olehnya perkara sebegitu. Mike menegur gadis di sekolah? Mati hidup balik pun dia tidak akan melakukannya. Egonya setinggi langit. Dia,Mike,lelaki yang ditakuti pelajar-pelajar,dia ,lelaki yang tidak pernah melayan orang dengan mesra disekolahnya apatah lagi gadis-gadis.

Mike memandang Aisy yang masih agak cacat pergerakannya. ‘Harap dia cepat sembuh..’ Matanya tidak lepas dari melihat Aisy.

Tidak semena-mena,Aisy menoleh ke arahnya. Mata mereka bertembung. Aisy terkejut. Hatinya berdebar. Berdenyut lebih laju dari biasa. Malah dua kali lebih laju. 

Aisy yang merasa seperti diperhatikan menoleh. Tidak menyangkanya matanya bertembung dengan mata Mike.Mike memandang dirinya? Adakah dia bermimpi di siang hari? Atau cuma perasaannya saja?

Mike juga terkejut. Tidak menyangka Aisy akan menoleh kearahnya. Pipinya memerah. Mike membuang pandang ke arah bertentangan. Berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku padahal hatinya sudah berdenyut deras. Seperti baru lepas berlari. Mike sendiri keliru kenapa dia berperasaan seperti itu.

.............................................................................

Aisy menguatkan semangat. Berkali-kali dia meniup semangat ke dalam diri. Berkali-kali dia meyakinkan diri agar meluahkan perasaanya hari ini juga.Ada getar didalam hati. Tangannya sudah berpeluh. Itu tanda hatinya sedang tidak menentu.

Sebagai permulaan,dia menulis surat ringkas mengajak untuk betemu.Berkali-kali juga dia mencincai kertas dan membuang ke tong sampah yang setia membuka mulut seluas-luasnya.

‘SAYA HARAP AWAK DAPAT DATANG DI BELAKANG DEWAN. PUKUL 3 PETANG.’

“Sush.. kau rasa perlu ke aku bagi nama? Aku malu la.. kalau dia tak datang,harunyaaaa...” Aisy mengeluh.
“Tak tahu. Kau la decide..” Sushmita tidak berani memberi kata putus.

“Ifti?” Aisy memandang wajah teman yang seorang itu lagi. 

“Bagi je la.. apa nak takut. Kalau tak bagi..nanti dia pikir orang nak mainkan dia pula.” Kata-kata Ifti ada benarnya.

“Nak kena bagi juga yea?” Muka Aisy sudah berubah sedih. Sedih bukan kerana apa,sedih kerana cuak.

“A’ah.. bagi juga..”Jawab Ifti.” Tu pun nak kena tanya ke?”

Aisy tersengih. “Aku takut la.. Tak pernah aku buat macam ni... Kenapa la hati ni pilih si Mike tu..”
Aisy menulis nama nya di atas kertas kecil itu.

“Siapa nak bagi ni?” Aisy memandang wajah kedua-dua temannya itu.

“Biar aku je yang settlekan. Aku tak harap sangat si Sushmita ni..” Ifti menawarkan diri sekaligus mengutuk Sushmita.

“Heii...” Mata yang sedia bulat dan luas itu semakin galak apabila terjegil. “Sukahati je kan kau kutuk aku...”

Aisy tergelak. Begitu juga Ifti.

.................................................................

Surat kecil yang diberi oleh Ifti, direnung oleh Mike.

“Dia nak confess dekat kau.. jadi tolong lah datang..” Ifti memberitahu niat sebenar Aisy ingin berjumpa dengan Mike.

Mike diam. Tidak menyahut. Wajahnya pun selamba seperti tidak mendengar apa-apa tapi hatinya sekarang tengah tidak menentu. Otaknya bercelaru.

“Kau dengar tak?” Ifti tidak gentar bersuara.

“Confess? Confess apa?” Mike memandang kosong wajah Ifti.

“Confess perasaan. Aku pergi dulu. Kau kena datang.” Ifti mengingatkan.

“Suruh dia jumpa aku di kantin je nanti petang.” Mike bersuara sebelum Ifti melangkah meninggalkan tempat itu.

Ifti hanya mengangguk walaupun ada kehairanan yang terbit dihatinya.

Mike sedar dia patut buat sesuatu. Dia tidak menyangka Aisy menyukai dirinya. Setelah apa yang dia buat,Aisy menyukai dirinya?

Selama ini dia melayan orang dengan kasar bukan hanya kerana dia kurang kasih sayang tapi dia tidak tahu macam mana hendak menunjukkan yang dia sayangkan seseorang itu dan dia tidak mahu orang melukakan hatinya seperti mana kedua ibu-bapanya buat padanya. Dia kurang percaya pada kasih sayang yang dihulur oleh orang lain. Orang yang mendapatkan  kepercayaan hanya teman-teman rapatnya,Seiran dan keluarga Aunti Arena.

“Aisy..” Keluh Mike. Nama itu meniti di bibir. Nama itu hampir mendapat tempat di hati Mike tapi dia tidak yakin. Mike sebenarnya takut untuk menerima.

...........................................................................

Aisy menahan tangis. Bibir di ketap. “Walaupun kau tak suka,kau tak perlu malukan aku.” Air mata yang jatuh di lap kasar. Tidak ingin dilihat lemah. Tidak ingin di injak-injak harga diri.
Mike merenung wajah Aisy. Hatinya sakit melihat gadis itu menangis. Dia sayangkan gadis itu tapi dia tidak tahu macam mana hendak meluahkannya. Dia tidak berani untuk menerima perasaan Aisy padanya. Dia takut. Dia tidak yakin. Selama ini dia tidak pernah merasakan kasih sayang yang sempurna sehingga dia merasa tidak percaya adanya cinta yang tulus. Baginya, kalau sudah ibu bapa yang sepatutnya mencurahkan kasih pada anak pun tak pernah menyayanginya apatah lagi orang lain.
Nazmi yang kebetulan baru menjejak kaki ke cafeteria terkejut melihat Aisy menangis dihadapan Mike.
 “Aku menyesal pernah suka kau. Aku bodoh!” Aisy cuba tersenyum walaupun hatinya sakit. Dirinya malu.
Mike cuba sedaya upaya menahan wajahnya dari berubah. Dia perlu kuat untuk terus nampak seperti tidak punya perasaan langsung pada Aisy.
Nazmi kaget. ‘Aisy suka Mike?’ Hatinya terasa bagai ditusuk-tusuk. Bibirnya diketap. Sedihnya dia hanya Allah yang tahu. Gadis yang dipuja rupanya suka pada orang lain.
“Thanks atas semua ni.” Aisy berlari dari situ. Tidak sanggup lagi menatap wajah Mike.
“Aisy!!!” Dia berteriak memanggil nama Aisy tapi itu hanya dalam hati. Dia tidak kuat untuk menahan Aisy dari pergi.
“Show is over.” Mike berpaling ke arah pelajar-pelajar yang ada situ.
Mike berlalu dari situ dengan rasa yang tidak menentu. Hatinya terasa kosong. Dia tahu dia tidak akan dapat bertemu dengan Aisy lagi. Kalau terjumpa pun tentu Aisy akan mengelak darinya. Ahh.. ini sendiri terjadi kerana kebodohannya. Baru sekejap dia sudah rindu pada Aisy.
Mike betul-betul bermain dengan perasaannya kali ini. Separuh dari dirinya terasa melayang pergi. Dia berasa kehilangan sesuatu benda yang amat berharga dalam hidupnya.
.......................................
“Aisy..” Sushmita memeluk tubuh sahabat baiknya itu. Dia baru dapat tahu tentang perkara yang terjadi pada Aisy. Dia menyesal sangat-sangat kerana menyokong Aisy meluahkan perasaanya pada Mike.
“Sush...” Air mata sekali lagi mengalir. “Aku malu sangat-sangat.”
“Kurang ajar betul dia tu. Geramnya aku..” Sushmita betul-betul marah dengan tindakan Mike. Harap muka je kacak, kali ini dia tidak akan dibutakan lagi dengan kekacakan Mike. Perangai jahat!
 “Maafkan aku Aisy..”Sushmita betul-betul sedih dan kesal.
“Aku tahu dia macam mana... yet I thought aku ada harapan.. ha ha.. silly me..” Aisy tergelak kecil dalam menangis apabila teringatkan kebodohannya.
“Sabar ye Aisy.. “ Pelukan di eratkan. “Aku minta maaf.. kalau aku tahu aku...” Sushmita merasa sangat bersalah. Sekarang Aisy dipermalukan.
“Its okay Sush..Atleast I know the answer.” Aisy memaksa dirinya untuk tersenyum.
 “Demi sahabat baik yang aku sayang,aku akan boikot mamat tu dari hidup aku.” Sushmita berkata penuh semangat dan dia harap itu dapat menenteram sedikit perasaan Aisy. “Lupakan saja dia okay?”
Kalau lah sesenang itu melupakan luka yang Mike beri pada Aisy,tentu hatinya tidak sesedih ini.
“Jangan risau aku akan protect kau... Aku takkan biar dia malukan kau Aisy..”
“Thank you Sush..” Pelukan dua sahabat itu bertambah erat.
 

11 comments:

  1. Cepat sambung!! Best la. Apesal ngan mike tuh?? Kesian Aisy . . . Be strong Aisy!!!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Kesian aisy.....be strong..find new boyfriend.he.he.he.biar mike jelous.

    ReplyDelete
  5. cite ni best...cepat2 sambung ye~

    ReplyDelete
  6. cik writer.. buat citer time deorang besar pulak ke,,da lme x jumpe n terjumpe balik..huhu.. klise la plak kan.. tapi serius cite ni chomel glerr.. tu yang gagah marathon dari bab 1 sampai bab 18.. sambung lagi k..^_^

    ReplyDelete
  7. Thank you sebab suka crita ni <3.. will update soon. Ni Aya tengah cari idea huhu.. sorry lama tak update. Thanks to chamyra juga for the cute ideas hehe <3 ;)

    ReplyDelete
  8. bila nak sambung nie aya.... lm dh x bersambung.. cite nie sgt2 menarik...

    ReplyDelete
  9. cepatlah sambung....best ni....jangan mengecewakan saya....huhu

    ReplyDelete
  10. bestt!!!! cepatla sambung.......

    ReplyDelete
  11. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete