Wednesday, July 3, 2013

Dia Encik Basketball ku 19



Part 1 *Ni cuma part 1, Aya akan post part 2 tomorrow :).. In Shaa Allah.. Sorry Aya busy sikit now dengan tests.. :(..
Hari-hari yang dilalui terasa menyeksakan. Setiap hari ada-ada sahaja kata-kata sinis yang terpaksa di dengar oleh Aisy. Aisy malu. Mike memang kejam. Aisy takkan lupa apa yang Mike pernah buat padanya. One fine day, Aisy bertekad akan buat Mike menyesal dengan perbuatannya.
Aisy mengeluh. ‘Untuk apa? Lebih baik jangan jumpa lagi bagus!’ Akal yang masih waras lekas menyedarkan. ‘Biarlah,yang penting aku happy sekarang.I hope L
Ketukkan di pintu menghentikan lamunan Aisy. Kepala adiknya,Shah terjengul di muka pintu. “Kak,mama papa panggil kat bawah.”
Aisy bangkit dari perbaringan. “Okay.” Dia lekas menuruni tangga menuju ke ruang tamu.
“Ada apa ma,pa?” Tanya Aisy.Macam ada sesuatu yang serius saja yang sedang di bincangkan membuatkan Aisy merasa agak hairan dan tertanya-tanya.
“Aisy,Shah.. We’ll go to UK for two years. Papa dihantar untuk kerja kat kedutaan sana.”
“Wuhuu…”Shah merasa teruja manakala Aisy masih memandang mama papanya tanpa reaksi.
“Bila?” Tanya Shah dengan nada tidak sabar. Shah teruja apabila diberi peluang untuk tinggal di Negara yang sejuk itu.
“We’ll go dua minggu lagi..” Kali ini papa pula yang menjawab.
“Okay..” Jawab Aisy. Dia sedih sebenarnya kerana akan berpisah dengan teman-teman baiknya tapi dia juga menginginkan untuk pergi jauh dari berjumpa dengan Mike lagi. Dia rasa ini kesempatan terbaik untuk melupakan Mike dan juga peristiwa yang memalukan dirinya itu.
…………………………………………………..
Hari ini Aisy dan keluarganya akan berangkat menuju ke United Kingdom. Sushmita dan Ifti datang ke airport untuk menghantar sahabat baik mereka.
“Kau jangan lupa hantar news kat aku tau..” Sushmita memeluk erat sahabat baiknya itu. Ada air bergenang di tubir mata. “I will miss you Aisy..”
Aisy turut mengalirkan airmata. “Kau pun sama. I will miss you guys so bad.”
Ifti turut memeluk kedua-dua sahabatnya itu.
Nazmi menghampiri. “Aisy..” Panggilnya.
Pelukan terlerai. Aisy menoleh tanpa senyuman. Nazmi tersenyum pahit.
“Aku just nak bagi kau ni..”Nazmi menghulurkan bungkusan berwarna kuning keemasan. Aisy menyambut tanpa berkata apa-apa.
“Okay.. just take care..” Nazmi merasa sayu kerana Aisy seperti tidak mahu bercakap dengannya apatah lagi berbaik dengan dia. Jadi Nazmi merasakan adalah lebih baik dia berputus asa dan anggap sahaja mereka berdua sepupu yang tidak begitu mengenali antara satu sama lain.
“Nazmi..” Aisy memanggil nama sepupunya itu. Dia dapat merasakan keikhlasan Nazmi untuk berbaik dengannya. Aisy pun sedar bukan Nazmi yang memulakan sengketa tapi dia. Ini kerana dia merasa iri dengan kelebihan yang Nazmi ada. Aisy sedar dia bersikap kebudak-budakkan.
“Thank you..” Aisy tersenyum manis pada Nazmi. Nazmi terkesima dan seakan tidak percaya. Kembang kuncup hatinya apabila diberi senyuman oleh gadis yang disukai.
Ifti yang menyaksikan senyuman manis Nazmi pada Aisy merasa agak sakit hati. Nazmi memang sukakan Aisy,teman baiknya dan itu sangat-sangat menyakitkan.
“Aisy.. come…” Mama memanggil Aisy untuk masuk ke balai pelepasan.
“So..goodbye guys..” Aisy sekali lagi memeluk kedua-dua temannya.
“Aisy, umm.. I got something to give you..” Ifti mengeluarkan sesuatu dari begnya.”Nah..”
Kotak berwarna hitam bertukar tangan. “Apa ni?”
“Open it bila kau dah ada kat sana..” Ifti tersenyum hambar.
“Thank you Ifti.” Aisy memegang kejap tangan Ifti.
Sebelum masuk ke balai pelepasan,Aisy menoleh sekali lagi. Dia memerhatikan wajah-wajah saudara maranya dan sahabat-sahabatnya. Aisy melambai mereka sebelum melangkah masuk ke balai pelepasan.
‘Mike.. ‘ Aisy mengeluh kerana nama itu yang berada di fikirannya kala ini. ‘Good bye..’
Aisy menggenggam jari jemarinya seakan cuba member semangat pada diri sendiri untuk melupakan Mike. Aisy sendiri hairan kenapa amat susah untuk dia melupakan lelaki itu padahal peristiwa itu sudah hampir sebulan berlalu.

22 comments:

  1. aaaaaaaaaaah!!!! rindunya kat Aisy!! huhuhu!

    ReplyDelete
  2. Thanks aya...tak sabar tnggu part 2 ...^_^

    ReplyDelete
  3. Moga mereka bertemu semula bila dewasa .. syabas...teruskan menulis... DEBK cerita menarik

    ReplyDelete
  4. Bila nak sambung?? Dah lama sngt ni

    ReplyDelete
  5. Kate nk sambung esk??ni dah 2015..dh kahwin ke??

    ReplyDelete
  6. Best.... xde smbungan kew?
    huhu..

    ReplyDelete
  7. Smbungan please. Tak sbar nk tahu next and next.

    ReplyDelete
  8. please smbung dia encik kacakku T^T

    ReplyDelete
  9. Sambunglah cerita ni😯

    ReplyDelete
  10. mn sambungan cerita ni...tk sabar nk baca.please cepat ye

    ReplyDelete
  11. Bila nk smbg kak?tolongla bg smbgnnya...please kak.....

    ReplyDelete
  12. Bila nk smbg kak?tolongla bg smbgnnya...please kak.....

    ReplyDelete
  13. Wahh,sambung lagi ceta nii..besttt....bila nak terbit ke buku?kalau ada,nak booked..

    ReplyDelete
  14. Skarang dah tahun 2017.....smbung lah..best crita nya nhe..

    ReplyDelete
  15. Skarang dah tahun 2017.....smbung lah..best crita nya nhe..

    ReplyDelete
  16. Kenapa takde sambungan lagi😭😭Nak tau kesudahan cerite ni😭😭

    ReplyDelete
  17. Kenapa takde sambungan lagi😭😭Nak tau kesudahan cerite ni😭😭

    ReplyDelete
  18. Srsly . dh beberape thun ai tggu .

    ReplyDelete